Panduan Taharah Memahami Jenis Najis Cara Istinjak Yang Betul



Apakah jenis najis dalam Islam?
Bagaimana pula cara yang betul menyucikan najis-najis tersebut?
Artikel ini akan membicarakan secara lengkap mengenai soal taharah (bersuci).
Panduan ini merangkumi beberapa perkara seperti:
Perbezaan setiap jenis najis & cara penyuciannya Pembahagian jenis air dalam Islam Apa yang menarik, panduan ini ditulis secara tersusun untuk memudahkan pemahaman anda.
Jika memerlukan panduan ini, mari kita mulakan sekarang..

Isi Kandungan Panduan Ini Adalah: 1. Pengenalan Taharah
2. Pembahagian Jenis Air Dalam Islam
Air Mutlak Air Mustakmal Air Musyammas Mutanajis 3. Pengertian Najis
4. Jenis Dalam Islam
Najis Mukhaffafah Najis Mughallazah Najis Mutawassitah 5. Adakah Air Mani Itu Najis?
6. Bentuk Keadaan Najis
7. Cara Menyucikan Najis
Cara menyucikan Najis Mukhaffafah Cara menyucikan Najis Mughallazah Cara menyucikan Najis Mutawassitah 8. Jenis Najis Yang Dimaafkan 
 
Pengenalan Taharah Islam ialah satu cara hidup yang sempurna syariatnya dan lengkap pula tatacara pengamalannya.
Taharah atau bersuci merupakan suatu tugas yang begitu penting dalam kehidupan seorang Muslim kerana ia punca atau asas penerimaan segala amal ibadat.
Sekiranya seseorang itu mengerjakan ibadah solat tetapi belum bersuci dan membersihkan diri sama ada dari segi tubuh badan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya, maka solatnya dikira tidak sah.
Apabila solat yang merupakan tiang agama itu tidak sah maka ibadah-ibadah lain juga turut tidak diterima Allah.
 
Pembahagian Air (Jenis-Jenis Air) Sebelum bab bersuci disentuh dengan lebih lanjut, lebih elok dimulakan dengan menerangkan tentang pembahagian air yang boleh dan yang tidak boleh dibuat bersuci.
Bagitu juga air yang harus diminum dan sebaliknya.
Air dibahagikan kepada empat jenis:
1.Air Mutlak (Air Yang Suci Lagi Menyucikan) Air yang boleh diminum dan boleh pula dibuat bersuci sama ada beristinjak, berwuduk, mandi hadas, membasuh najis ataupun sebagainya.
Air yang dimaksudkan ialah air mutlak iaitu air yang benar-benar tulen yang tidak bercampur dengan benda-benda lain sama ada yang bersih seperti minyak wangi, kopi, susu atau lainnya ataupun bercampur dengan benda-benda najis.
Apabila air tulen yang melebihi daripada dua qullah (216 liter) dimasuki oleh sesuatu benda lain yang tidak mengubah sifat air, maka air itu masih lagi dianggap sebagai mutlak.
Tetapi sekiranya berubah sama ada bau, rasa atau warna, maka air itu tidak boleh lagi digunakan untuk bersuci.
Sebagai contoh, memasukkan kopi ke dalam air mutlak maka air itu tidak lagi boleh digunakan untuk bersuci, tetapi hanya boleh diminum sahaja.
Sekiranya air tersebut kurang daripada dua kolah dan dimasukkan pula sesuatu (sama ada berubah atau tidak), maka air tersebut tidak lagi boleh dibuat bersuci.
Sebagai contoh, apabila nama air itu telah berubah menjadi air teh, air tersebut tidak boleh dibuat bersuci.
2.Air Mustakmal (Air Yang Suci Tetapi Tidak Menyucikan) Air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas sama ada hadas kecil (berwuduk) ataupun hadas besar (mandi wajib).
Ini bererti air yang telah digunakan untuk membasuh anggota yang wajib sekiranya ditadah semula dan air itu tidak sampai dua qullah, maka air itu dikira mustakmal iaitu tidak boleh dibuat bersuci.
Air ini hanya boleh dibuat minum atau makan atau membasuh benda-benda bukan najis sahaja.
Begitu juga sekiranya air basuhan wajib menitis ke dalam air yang tidak sampai dua qullah, itu dikira mustakmal.
3.Air Musyammas (Air Yang Makruh Digunakan) Air mutlak tetapi terjemur di tengah panas matahari di dalam bekas yang mempunyai karat dan digunakan pula ketika air masih panas.
Walau bagaimana pun, di negara kita Malaysia (dan rantau asia tenggara) tidak menjadi makruh kerana darjah kepanasan suhunya tidak setinggi seperti di negara-negara Timur Tengah, India dan Pakistan.
4.Mutanajis (Air Yang Mengandungi Najis) Air yang kurang daripada dua qullah dimasuki oleh najis sama ada air itu berubah ataupun tidak, dikenali sebagai “mutanajis”
Begitu juga sekiranya air yang lebih daripada dua qullah dimasuki najis lalu air itu berubah rasa, bau dan warnanya, maka air itu tidak boleh dibuat bersuci atau diminum.
 
Pengertian Najis Apakah yang dimaksudkan dengan najis?
Pengertian najis daripada sudut bahasa ialah sesuatu yang cemar, kotor dan jijik.
Pengertian najis daripada sudut hukum syarak ialah kekotoran yang menghalang daripada sah solat.
Terdapat beberapa jenis kategori najis.
Jenis najis itu akan diterangkan di bawah
 
Jenis Najis Dalam Islam Terdapat tiga jenis najis dalam Islam, iaitu:
1. Najis Mukhaffafah (Najis Ringan) Najis Mukhaffafah ialah air kencing bayi lelaki yang berumur kurang daripada dua tahun dan hanya minum susu ibunya.
Dengan kata lain, bayi lelaki itu belum makan sebarang makanan lain (bijirin, susu lembu, buah-buahan, glukos dan sebarang bentuk makanan) sama ada banyak atau sedikit.
2. Najis Mughallazah (Najis Berat) Najis Mughallazah adalah apa sahaja yang ada pada anjing dan babi dan keturunan kedua-duanya.
Contohnya bulu, tulang, air liur dan haiwan kacukan yang terhasil daripada kedua-duanya.
3. Najis Mutawassitah (Najis Pertengahan) Najis Mutawassitah adalah najis selain najis mukhaffafah dan najis mughallazah.
Ini termasuk:
Khamar – bermaksud minuman atau cecair yang memabukkan seperti arak, samsu dan sebarang bentuk minuman keras. Bangkai binatang. Semua haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut syariat hukumnya najis. Darah dan nanah yang mengalir. Sesuatu yang keluar dari qubul dan dubur kecuali air mani. Ini termasuk air kencing, tahi, air mazi, air wadi, darah dan sebagainya. Bahagian anggota binatang yang halal dimakan iaitu terpisah daripada badannya ketika ia masih hidup, kecuali bulu dan kulitnya. Contohnya bulu biri-biri yang dicukur sewaktu ia masih hidup, bulunya itu tidak najis. Tetapi apabila dipotong telinga atau tanduknya ketika ia masih hidup, maka telinga dan tanduk itu najis. Muntah Adakah Air Mani & Air Mazi Itu Najis? Air Mani Air yang terpancut keluar dari alat kelamin lelaki ketika bersetubuh atau apabila mencapai puncak syahwat atau bermimpi.
Air mani bukan najis tetapi perlu mandi wajib bagi menyucikannya untuk membolehkan seseorang menunaikan ibadah.
Air Mazi Cecair jernih yang keluar dari alat kelamin, biasanya keluar terdahulu daripada mani, yang tidak mewajibkan seseorang mandi junub.
Air mazi adalah najis dan tidak wajib mandi, memadai membasuh sahaja tempat berkenaan.
Air Wadi Air putih (pekat) yang keluar dari zakar atau faraj ketika badan penat bekerja.
Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja.
 
Bentuk-Bentuk Keadaan Najis Terdapat dua bentuk jenis najis, iaitu Najis ‘Aini dan Najis Hukmi.
1. Najis ‘Aini Najis ‘aini adalah najis yang dapat dilihat atau dirasa atau dihidu baunya.
Contohnya tahi, air kencing dan darah.
2. Najis Hukmi Najis hukmi adalah najis yang sudah hilang kesannya seperti sudah hilang bau atau warnanya.
Contohnya air kencing yang sudah kering.
 
Cara Menyucikan daripada Najis Berikut adalah cara menyucikan dari najis mengikut jenisnya:
Najis Mukhaffafah Buang ‘ain najis iaitu air kencing menggunakan kain bersih, tisu dan seumpamanya. Renjis air mutlak ke atas tempat yang terkena air kencing sehingga rata. Najis Mughallazah Buang ‘ain najis sekiranya ada. Basuh kawasan bernajis menggunakan air tanah (air mutlak yang dicampur dengan tanah yang suci) sebanyak satu kali. Bilas menggunakan air mutlak sebanyak enam kali. Najis Mutawassitah Buang ‘ain najis sekiranya ada. Basuh kawasan bernajis menggunakan air mutlak sehingga hilang bau, rasa dan warnanya. Sekurang-kurangnya dibasuh sekali dan sebaik-sebaiknya tiga kali.  
Najis yang Dimaafkan Syarak Kadangkala ada najis yang terkena pada tubuh dan sesuatu tempat yang sukar dikesan atau sukar dielakkan.
Jenis najis seumpama ini dengan beberapa syarat tertentu, dimaafkan sehingga ibadah boleh dilakukan tanpa membersihkannya terlebih dahulu.
Antara jenis najis yang dimaafkan termasuklah:
Najis yang halus dan sedikit sehingga sukar dilihat dengan mata kasar. Contohnya najis pada kaki lalat dan percikan air najis yang sedikit. Darah, nanah dan muntah yang sedikit dan tidak mengalir. Ini termasuk tompokan darah, nanah dan muntah yang besarnya tidak melebihi ukuran wang syiling lima sen. Bangkai binatang yang tidak berdarah seperti lalat dan semut. Darah dan nanah yang keluar daripada luka pada tubuh sendiri walaupun banyak. Namun, sekiranya darah dan nanah itu daripada tubuh orang lain, hukumnya tetap najis. Najis binatang melata yang sukar dikesan atau dielakkan. Najis ikan di dalam air, dengan syarat tidak mengubah sifat air. Najis burung yang terkena pada pakaian di tempat-tempat tumpuan manusia seperti kawasan Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid ‘Umawi. Ini disebabkan ia sukar dielakkan. Darah yang ada di dalam daging yang sudah siap dilapah dan dipotong.  
Sumber Rujukan Sumber rujukan dalam menyiapkan panduan taharah ini adalah:
Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid Ensiklopedia Solat: A-Z Tentang Solat, Dr. Nik Yusri Musa  
Penutup Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah berkaitan taharah dalam kehidupan seharian.
Jika anda ada sebarang soalan atau kemusykilan, sila nyatakan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.
The post Panduan Taharah: Memahami Jenis Najis & Cara Istinjak Yang Betul appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/fiqh/jenis-najis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Istinjak Yang Betul

Cara Istinjak Yang Betul

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 720 hits
Bagaimanakah cara istinjak yang betul Panduan ini akan membantu anda memahami maksud dan cara istinjak yang betul secara mudah dan ringkas Artikel ini juga akan membantu anda mengetahui syarat syarat dan benda yang tidak boleh dilakukan sem...
Cara Betul Pengambilan Iron Tablet

Cara Betul Pengambilan Iron Tablet

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 651 hits
CARA BETUL PENGAMBILAN IRON TABLET Punya dah lama bertahun tahun sakit baru aku tahu cara aku makan iron tablet tersangatlah salah Haaa patutlah hemoglobin aku tak berapa nak stabil Sebelum ni aku sukahati je kejap makan sebelum kejap makan...
Mak Saya Nak Kahwin Bagaimana Cara Yang Betul Memujuk Orang Tua Anda

Mak Saya Nak Kahwin Bagaimana Cara Yang Betul Memujuk Orang Tua Anda

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 554 hits
Perkahwinan bukan permainan dan boleh dilakukan secara suka suka atau mengikut trend Ia merupakan sebuah ibadah dan melaksanakannya mampu mendekatkan atau menjauhkan diri anda kepada tuhan bergantung kepada siapa pasangan yang anda pilih Di...
9 Cara Memilih Travel Bag Yang Betul Untuk Bercuti

9 Cara Memilih Travel Bag Yang Betul Untuk Bercuti

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 399 hits
9 Cara Memilih Travel Bag Yang Betul Untuk Bercuti YES Seronoknya bila tiba masa nak pergi bercuti Dah terbayang dalam fikiran betapa happynya masa tu nanti Dapat hilangkan stress dapat happy bersama family dan of course dapat nikmati peman...
Cara Untuk Dapatkan Subscribers Letak Video Watermark Panduan Youtube 1

Cara Untuk Dapatkan Subscribers Letak Video Watermark Panduan Youtube 1

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 368 hits
Cara Untuk Dapatkan Subscribers Letak Video Watermark Panduan Youtube 1 Salam semua di youtube dashboard analitik ni kalau perasan pihak youtube sentiasa update tips tips untuk youtuber di luar sana bagaimana nak tingkatkan lagi kualiti vid...
Beberapa Tips Untuk Menaikkan Rank No1 Blog Website Cara Yang Betul

Beberapa Tips Untuk Menaikkan Rank No1 Blog Website Cara Yang Betul

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 478 hits
Ramai blogger blogger baru masa kini yang kebanyakannya menggunakan laman sosial seprti FB Instagram Twitter untuk menaikkan trafik dan view ke blog mereka Sebenarnya perkara ini sudah lama dibincangkan oleh para sifu sifu blogger Pada tahu...
Putih Atau Biru Diluar Cara Pakai Topeng Muka Yang Betul Ketika Jerebu

Putih Atau Biru Diluar Cara Pakai Topeng Muka Yang Betul Ketika Jerebu

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 4584 hits
Jerebu teruk kembali melanda negara tahun ini Pastikan anda menjaga kesihatan dengan pakai mask topeng muka dengan betul Betul rupanya cara saya pakai ni baru google Kalau dilihat face mask mempunyai dua warna yang berbeza di setiap belahny...
Cara Block Iklan Yang Tak Sesuai Di Youtube Panduan Youtube 2

Cara Block Iklan Yang Tak Sesuai Di Youtube Panduan Youtube 2

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 438 hits
Cara Block Iklan Yang Tak Sesuai Di Youtube Panduan Youtube 2 Salam semua sis perasan yang entri untuk cara dapatkan subscriber letak video watermark tu pageviews naik tinggi Ramai rupanya nak jadi youtuber ni hii Ok faham mesti ada orang y...
Ramai Tak Tahu Cara Yang Betul Guna Tandas Dalam Pesawat

Ramai Tak Tahu Cara Yang Betul Guna Tandas Dalam Pesawat

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 516 hits
RAMAI TAK TAHU CARA YANG BETUL GUNA TANDAS DALAM PESAWATETIKA penggunaan tandas di dalam pesawat sebenarnya sangat penting memandangkan kemudahan ini terpaksa dikongsi bersama ratusan penumpang terutamanya untuk penerbangan panjang
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik