Cara Istinjak Yang Betul



Bagaimanakah cara istinjak yang betul?
Panduan ini akan membantu anda memahami maksud dan cara istinjak yang betul secara mudah dan ringkas.
Artikel ini juga akan membantu anda mengetahui syarat-syarat dan benda yang tidak boleh dilakukan semasa istinjak.
Tanpa buang masa, jom kita mulakan..

Isi Kandungan: Maksud istinjak Cara istinjak Syarat menggunakan batu atau benda kesat Benda yang tidak boleh digunakan untuk istinjak Adab membuang air dan istinjak Maksud Istinjak Apakah yang dimaksudkan dengan istinjak?
Istinjak adalah menyucikan najis dari tempat keluarnya, sama ada qubul atau dubur (Jalan hadapan atau jalan belakang).
Sama ada dengan batu atau dengan air.
Hukum melakukan istinjak adalah wajib.
Najis yang perlu dibersihkan sama ada najis yang biasa seperti tahi dan air kencing atau yang jarang-jarang seperti air mazi, air mani atau darah.
 
Cara-Cara Istinjak Disini adalah langkah-langkah yang betul untuk beristinjak:
1. Hilangkan najis dengan menggunakan benda-benda yang kesat seperti batu atau tisu. 2. Basuh qubul atau dubur menggunakan air mutlak sehingga hilang rupa, warna, dan bau najis itu. Ini adalah cara istinjak yang utama. Sekiranya tidak ada benda-benda kesat, memadai beristinjak menggunakan air.
Sekiranya diberi pilihan antara menggunakan benda-benda kesat atau air, lebih utama menggunakan air.
 
Syarat-Syarat Menggunakan Batu atau Benda Kesat Benda yang dijadikan alat bersuci perlu suci, kering dan kesat sehingga dapat menghilangkan najis. Contohnya batu, kayu, daun dan tisu. Najis yang hendak disucikan itu belum kering dan tidak dibasahi oleh air atau benda-benda lain. Najis itu tidak meleleh dari tempat keluarnya. Contohnya air kencing tidak melebihi kepala zakar dan najis yang keluar dari dubur tidak melebihi bahagian punggung yang bertangkup ketika berdiri. Mengulanginya sebanyak tiga kali menggunakan sekurang-kurangnya tiga ketul batu atau tiga penjuru batu untuk batu besar. Apabila perlu ditambah, sunat ditambah mengikut bilangan ganjil seperti lima, tujuh dan seterusnya.  
Benda-Benda yang Tidak Boleh Digunakan untuk Istinjak Najis atau benda yang sudah terkena najis. Makanan seperti roti atau tulang. Benda-benda yang mulia seperti lembaran ilmu dalam buku, maksud al-Quran dan potongan hadis.  
Adab-Adab Membuang Air dan Beristinjak Adab Memilih Tempat Tidak boleh membuang air di tempat laluan awam, di dalam lubang binatang, di dalam tanah atau dinding, di bawah pokok dan di dalam air yang bertakung. Membuang air di atas kubur adalah haram. Seeloknya perlu membuang air di tempat yang disediakan iaitu tandas. Tidak mengadap atau membelakangi kiblat apabila terpaksa membuang air di tempat terbuka iaitu tidak berdinding atau jaraknya dengan dinding lebih dari tiga hasta (150cm) Tidak membawa benda-benda yang bertulis ayat-ayat al-Quran atau nama-nama Allah SWT dan Rasulullah SAW. Adab Masuk dan Keluar Tandas Sunat masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan. Tidak boleh membawa masuk benda-benda yang bertulis nama-nama Allah SWT atau ayat-ayat al-Quran serta nama Rasulullah. Sunat membaca doa sebelum masuk tandas dan doa keluar dari tandas. Tidak memandang najis dan kemaluan. Tidak berkata-kata ketika membuang air kerana hukumnya makruh. Beristinjak menggunakan tangan kiri. Makruh menggunakan tangan kanan kecuali terpaksa. Memakai alas kaki untuk memastikan kaki bersih daripada najis.  
Sumber Rujukan Sumber rujukan dalam menyiapkan panduan taharah ini adalah:
Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid Ensiklopedia Solat: A-Z Tentang Solat, Dr. Nik Yusri Musa  
Penutup Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah berkaitan taharah dalam kehidupan seharian.
Jika anda ada sebarang soalan atau kemusykilan, sila nyatakan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.
The post Cara Istinjak Yang Betul (Panduan Lengkap) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/istinjak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Taharah Memahami Jenis Najis Cara Istinjak Yang Betul

Panduan Taharah Memahami Jenis Najis Cara Istinjak Yang Betul

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 461 hits
Apakah jenis najis dalam Islam Bagaimana pula cara yang betul menyucikan najis najis tersebut Artikel ini akan membicarakan secara lengkap mengenai soal taharah Panduan ini merangkumi beberapa perkara seperti Perbezaan setiap jenis najis ca...
Ramai Tak Tahu Cara Yang Betul Guna Tandas Dalam Pesawat

Ramai Tak Tahu Cara Yang Betul Guna Tandas Dalam Pesawat

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 516 hits
RAMAI TAK TAHU CARA YANG BETUL GUNA TANDAS DALAM PESAWATETIKA penggunaan tandas di dalam pesawat sebenarnya sangat penting memandangkan kemudahan ini terpaksa dikongsi bersama ratusan penumpang terutamanya untuk penerbangan panjang
9 Cara Memilih Travel Bag Yang Betul Untuk Bercuti

9 Cara Memilih Travel Bag Yang Betul Untuk Bercuti

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 402 hits
9 Cara Memilih Travel Bag Yang Betul Untuk Bercuti YES Seronoknya bila tiba masa nak pergi bercuti Dah terbayang dalam fikiran betapa happynya masa tu nanti Dapat hilangkan stress dapat happy bersama family dan of course dapat nikmati peman...
Mak Saya Nak Kahwin Bagaimana Cara Yang Betul Memujuk Orang Tua Anda

Mak Saya Nak Kahwin Bagaimana Cara Yang Betul Memujuk Orang Tua Anda

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 558 hits
Perkahwinan bukan permainan dan boleh dilakukan secara suka suka atau mengikut trend Ia merupakan sebuah ibadah dan melaksanakannya mampu mendekatkan atau menjauhkan diri anda kepada tuhan bergantung kepada siapa pasangan yang anda pilih Di...
Putih Atau Biru Diluar Cara Pakai Topeng Muka Yang Betul Ketika Jerebu

Putih Atau Biru Diluar Cara Pakai Topeng Muka Yang Betul Ketika Jerebu

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 4589 hits
Jerebu teruk kembali melanda negara tahun ini Pastikan anda menjaga kesihatan dengan pakai mask topeng muka dengan betul Betul rupanya cara saya pakai ni baru google Kalau dilihat face mask mempunyai dua warna yang berbeza di setiap belahny...
Beberapa Tips Untuk Menaikkan Rank No1 Blog Website Cara Yang Betul

Beberapa Tips Untuk Menaikkan Rank No1 Blog Website Cara Yang Betul

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 492 hits
Ramai blogger blogger baru masa kini yang kebanyakannya menggunakan laman sosial seprti FB Instagram Twitter untuk menaikkan trafik dan view ke blog mereka Sebenarnya perkara ini sudah lama dibincangkan oleh para sifu sifu blogger Pada tahu...
Penyebab Mengapa Bayi Menjadi Rewel Saat Diletakkan Di Boks Dan Cara Mengatasinya

Penyebab Mengapa Bayi Menjadi Rewel Saat Diletakkan Di Boks Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 253 hits
Terdapat sejumlah hal yang mungkin bisa menjadi penyebab mengapa buah hati enggan kamu letakkan di boks Dilansir dari Times of India ini sejumlah penyebab mengapa bayi rewel saat kamu letakkan di boks
3 Cara Mencegah Kehamilan Jika Suami Terpancut Dalam

3 Cara Mencegah Kehamilan Jika Suami Terpancut Dalam

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 3779 hits
Jika anda melakukan hubungan seks dengan suami tanpa perlindungan pasti anda risau dan ingin tahu cara mengelak hamil selepas pancut dalam Suami mungkin tidak suka kondom anda pula mungkin terlupa kehabisan atau tidak suka mengambil pil per...
5 Cara Islam Kalau Nak Jaga Wajah Agar Kelihatan Awet Muda Rugi Kalau Tak Cuba

5 Cara Islam Kalau Nak Jaga Wajah Agar Kelihatan Awet Muda Rugi Kalau Tak Cuba

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 427 hits
5 Cara Islam Kalau Nak Jaga Wajah Agar Kelihatan Awet Muda Rugi Kalau Tak Cuba Wajah yang kelihatan awet muda sememangnya menjadi impian ramai orang Kecantikan bukan hanya boleh dipelihara melalui teknologi kecantikan sahaja Melalui amalan ...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan