Panduan Survival Guide Dalam Bisnes Multi Level Marketing Network Marketing
Bagaimana cara untuk kita boleh survive dalam bisnes Multi Level Marketing (MLM) atau Bisnes Network Marketing ini?
Ini merupakan topik yang saya nak bincangkan dalam posting pada kali ini. Pertama sekali, survival guide ini saya tulis khusus buat mereka yang masih baru dalam bisnes jenis MLM. Kalau yang dah pakar, dah berjaya, mungkin apa yang saya kongsikan disini anda sudah tahu kesemuanya. Saya juga percaya yang anda pastinya sudah mempunyai strategi dan game plan anda sendiri dan tak memerlukan survival guide ini.
Justeru, bagi mereka yang masih baru dan kurang pengalaman, perkongsian ini saya tulis untuk anda. Mana-mana yang baik, sila jadikan ia panduan dan yang kurang baik, sila tinggalkan.
Boleh jadi akan ada mana-mana point yang saya highlight disini yang anda kurang setuju. Its okay. Anda tak perlu setuju dengan semua perkara yang saya kongsikan disini, dan sekiranya anda mempunyai pandangan dan pendapat lain yang lebih baik, anda bebas untuk ikut pandangan tersebut.
Bagi leader MLM yang mempunyai rangkaian yang cukup besar namun tak ada masa untuk hasilkan panduan seumpama ini, saya alu-alukan kesudian anda untuk berkongsi link artikel blog ini kepada rangkaian anda. Ye la… manalah tahu selepas anda baca keseluruhan posting saya ini, anda merasakan ianya “make sense” dan ahli dibawah rangkaian anda boleh mendapatkan serba sedikit manfaat dari perkongsian ini.
Baiklah, sebelum saya bercerita dengan lebih panjang, saya juga ingin tegaskan disini, bahawa bisnes MLM bukanlah satu bisnes yang PERFECT serba-serbi dan langsung tiada kelemahan. Sudah tentu bisnes ini juga ada kelemahan dan kekurangannya. Ya, sama seperti lain-lain jenis dan model perniagaan diluar sana, sudah tentu ada kelemahannya.
Saya ingin ambil contoh beberapa jenis bisnes yang ada diluar sana.
i. Bisnes makanan ataupun bisnes restoran
Memang betul, setiap hari orang perlu makan. Tapi adakah setiap hari orang yang sama akan makan ditempat anda? Belum tentu. Malahan dewasa ini, kita sebagai pelanggan ada terlalu banyak pilihan dalam bab makan. Ada banyak restoran yang kita boleh kunjungi dan bukan itu sahaja malahan dengan adanya applikasi Grab Food, Food Panda dan sebagainya memudahkan kita untuk memesan makanan tanpa perlu susah payah untuk keluar rumah.
Ada beberapa lagi faktor yang bakal membuatkan bisnes makanan yang kita lakukan kurang mendapat sambutan, misalnya rasa makanan yang kurang sedap, rasa yang tak konsisten, tidak menepati selera pelanggan, premis perniagaan sukar untuk dapat parking, ada Perintah Kawalan Pergerakkan yang menghalang pelanggan untuk datang makan dan sebagainya.
Adakah ini bermaksud bisnes kedai makan tu tak bagus? Tidak. Bukan begitu. Itu hanya memberikan gambaran bahawa bisnes ini ada cabarannya, dan terpulang pada kita untuk mengambil langkah proaktif untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut.
Kita tengok contoh bisnes lain. Bisnes kedai runcit misalnya. Untuk memulakan bisnes kedai runcit, kita memerlukan modal yang agak besar untuk membeli stok barangan secara borong. Namun begitu keuntungan yang bakal diperolehi hasil jualan secara runcit, hanyalah sekadar beberapa sen atau beberapa ringgit sahaja. Tiada sebarang jaminan bahawa anda akan pulang modal atau menjana keuntungan pada tahun pertama perniagaan dijalankan.
Saya ingin sentuh juga tentang bisnes homestay. Satu ketika dulu, bisnes homestay adalah satu jenis bisnes yang sedang meningkat naik dan permintaan sangat menggalakkan. Kewujudan homestay milik persendirian mampu menggugat bisnes yang dijalankan oleh hotel. Namun sejak wabak Covid-19 mula melanda, kita semua dapat lihat permintaan terhadap bisnes ini jatuh merudum dan orang ramai sudah tak berani pergi bercuti.
Jatuh bangun sesebuah perniagaan adalah satu lumrah. Kalau ada yang kata, banyak orang gagal dalam bisnes MLM, hakikatnya dalam bisnes lain pun ada orang yang gagal. Bukan sekadar di dalam industri MLM sahaja.
Satu isu yang agak serius dalam kalangan mereka yang tertarik dengan peluang bisnes dalam industri MLM adalah mereka mempunyai jangkaan yang kurang realistik. Ya, unrealistic expectation.
Terdapat segelintir individu yang menganggap (atau berharap) dengan menyertai perniagaan MLM, mereka akan dapat kaya cepat. Bisnes MLM bukan skim cepat kaya, walaupun terbukti ada ramai yang berjaya jadi kaya melalui bisnes ini.
Kebiasaannya dalam sesi penerangan, kita memang tak akan cerita semua sekali hakikat sebenar mengenai bisnes MLM. Kita akan bercerita sekadar yang perlu. Tak lebih dan tak kurang, seterusnya terpulang kepada individu yang mendengar untuk bertanya soalan, membuat kajian sendiri dan bertanya kepada orang lain, sama ada peluang ini adalah sesuatu yang baik ataupun tidak.
Dari penerangan yang ringkas itu, boleh jadi ada antara mereka yang menganggap bisnes ini sangat senang. Anda hanya perlu join dan daftar sebagai pengedar (distributor). Kemudian dapatkan dua orang untuk jadi pengedar di kumpulan sebelah kiri dan kanan, seterusnya anda sudah boleh relax dan tak perlu buat apa-apa lagi.
Ya, mungkin gaya pemikiran seperti ini ada benarnya. Itupun kalau dua orang yang anda daftarkan itu adalah seseorang yang kita boleh katakan ia sebagai Super-Ejen, iaitu mereka yang mampu bergerak sendiri tanpa perlu campur tangan dari anda. Bayangkan, dua orang itu adalah Prof Muhaya dan seorang lagi adalah Dr Tengku Asmadi.
Ini cuma sekadar gambaran. Hakikatnya, kebanyakkan yang nak join bisnes MLM ini adalah individu yang biasa-biasa. Ya, orang seperti saya. Saya tak kenal mana-mana selebriti untuk saya bawa masuk dalam bisnes ini. Justeru, saya perlu berpijak di bumi nyata dan perlu merangka satu strategi pemasaran yang lebih masuk akal, berbanding terus mengharap akan ada selebriti yang akan join saya dalam rangkaian.
Masalah dengan unrealistic expectation ini juga membuatkan seseorang itu melakukan sesuatu tindakan yang kurang munasabah namun mereka ini tetap berharap bahawa satu hari nanti mereka akan berjaya bina rangkaian yang besar dalam bisnes ini.
Apakah perkara yang kurang munasabah yang saya maksudkan disini?
Mereka bersungguh-sungguh untuk join bisnes, namun selepas join mereka seolah-olah tak tahu nak buat apa, dan kesudahannya mereka betul-betul tak buat apa-apa.
Cuba kali ini anda bayangkan pula, pengusaha bisnes restoran atau pemilik bisnes runcit, setelah mereka mengeluarkan modal puluhan ribu ringgit untuk memulakan bisnes, kemudian selepas itu langsung tak buat apa-apa untuk mengembangkan dan mengusahakan bisnesnya.
Boleh ke buat macam tu?
Boleh jadi, bisnes MLM ini adalah satu-satunya bisnes, yang mana orang yang join bisnes ini, setelah mereka join mereka langsung tak anggap ini adalah satu bisnes.
Saya sudah beberapa kali jumpa orang seperti ini. Selepas mereka join
1. Mereka langsung tak beli barang
2. Mereka langsung tak pernah buat marketing
3. Langsung tak pernah cuba untuk cerita tentang bisnes kepada orang lain
4. Bila kita whatsapp, langsung tak delivered (dah kena block?)
5. Kalau mesej delivered sekalipun, cuma sekadar bluetick sahaja.
Setidak-tidaknya, kalau kita nak bandingkan antara orang yang join bisnes ini dengan orang yang ada hobi mengumpul setem, orang yang hobinya mengumpul setem itu lebih serius terhadap hobinya berbanding orang yang buat bisnes ini.
Misteri ini hanya mereka yang berkaitan sahaja yang tahu jawapannya. Persoalan, kenapa tak buat bisnes ini dengan serius, dengan sepenuh hati… anda sahaja yang ada jawapannya.
Bagi mereka yang masih belum pernah join sebarang bisnes MLM, namun ada mempertimbangkan untuk join bisnes ini melalui rangkaian saya, sudah tentu saya juga mahu anda berjaya dan mampu untuk survive dalam bisnes ini. Jika anda berjaya, sama ada dengan bantuan saya atau tanpa bantuan dari saya, saya juga akan dapat tempiasnya.
Walaubagaimanapun, jika anda memilih untuk tak buat apa-apa, memilih untuk tak berjaya, In Shaa Allah perkara tersebut tidak akan melemahkan semangat saya, dan saya akan terus usahakan bisnes ini. Saya akan terus buat bisnes ini, mempromosi dan memberi penerangan dengan sebaiknya mengenai peluang bisnes ini kepada orang ramai.
Persoalan yang bermain difikiran saya, kenapa anda tak mahu berjaya bersama-sama saya? Apa sebenarnya yang menjadi penghalang buat diri anda?
1. Bidang Keusahawanan – Adakah sesuai untuk anda?
Nampaknya kita perlu terima hakikat, bahawa bidang ini bukan untuk semua orang. Ada orang yang memang langsung tak ada minat untuk jadi bos dan bersaing dalam bidang perniagaan.
Jika kita tanyakan soalan yang cukup mudah contohnya seperti
“Kau tak minat nak jadi bos?”
“Tak minat.”
Satu jawapan yang cukup yakin dan tuntas.
Dia lebih berasa senang dan selesa dengan apa yang dia ada sekarang. Ingat senang ke nak jadi usahawan? Seorang usahawan, kena fikir tentang strategi perniagaan, strategi pemasaran dan banyak aspek lagi.
Sedangkan apabila kita kerja makan gaji, kita hanya perlu menjalankan tugas yang spesifik. Sesetengah pekerjaan, tak perlukan kita untuk jadi seorang yang multitasking.
Its fine.
Itulah yang kita namakan sebagai kepelbagaian. Kalau semua orang nak jadi bos, siapa pula yang nak jadi pekerja? Untuk individu yang langsung tak minat dengan bisnes, tak perlu kita nak paksa-paksa, tak perlu kita sampai beriya-iya nak memujuk hingga kita nampak seperti sangat terdesak.
Adakalanya kita kena terima kenyataan, bahawa no itu bermaksud tidak. Tak nak, tak mahu, tak minat dan jangan ganggu saya lagi.
Kalau dia tak minat nak join, tak minat nak cuba produk, hormati pendirian mereka dan ucap sahaja terima kasih kerana sudi mendengar.
Anda tak perlu rasa susah hati, tak perlu susah-payah nak fikirkan apakah hujah paling mantap atau ayat yang paling power yang anda boleh berikan kepada individu tersebut bagi mengubah pendirian mereka.
Sudah tentu, saya juga pernah jadi seorang pekerja. Saya pernah jadi seorang yang langsung tak minat bidang keusahawanan. Saya lebih selesa jika dapat buat kerja saya tanpa gangguan dan bila cukup bulan, dapat gaji seperti yang dijanjikan dalam kontrak pengambilan kerja.
Kemudian pada satu hari, saya berada dalam satu persimpangan dilema. Saya mula merasakan kerja makan gaji sudah tidak lagi mampu untuk memberi saya satu kepuasan dan kerap kali saya merasakan usaha yang selama ini saya berikan dalam melakukan kerja tidak diberikan imbuhan dengan setimpal.
Pada saat itu, saya mula menerokai beberapa peluang-peluang perniagaan yang ada dihadapan saya. Jika anda juga berada dalam situasi yang sama atau hampir sama dengan apa yang saya rasai, maka saya boleh katakan menceburi bidang perniagaan Multi Level Marketing adalah satu tindakan yang selamat dan bijak.
Ada beberapa sebab kenapa saya katakan tindakan menyertai bisnes network marketing adalah satu tindakan yang bijak, antaranya sebab
1. Bisnes ini boleh disertai dengan modal yang rendah atau tanpa modal langsung.
Bisnes MLM yang saya join langsung tak perlu modal untuk disertai. Tiada sebarang bayaran untuk yuran pendaftaran. Anda hanya akan dikenakan bayaran apabila anda beli produk bagi kegunaan sendiri.
2. Produk yang dikeluarkan oleh syarikat MLM ada pelbagai
Saya syorkan anda join syarikat yang produknya ada pelbagai. Dari 100 lebih produk, pasti ada satu atau dua produk yang anda boleh guna untuk diri sendiri. Produk yang banyak ini juga memberikan lebih pilihan kepada prospek anda untuk jadi pengguna.
3. Masa yang fleksibel
Bisnes ini anda sendiri yang tentukan, bila anda nak buat. Ingat ini, anda yang kena tetapkan masa untuk buat bisnes ini.
4. Anda boleh belajar strategi pemasaran dan memahami kehendak pasaran
5. Peluang bina perniagaan yang pendapatannya semakin hari semakin berkembang
Pendapatan anda berkait rapat dengan berapa besar rangkaian pengguna dan downline yang anda boleh dapatkan. Nak pendapatan yang besar? Maka kenalah besarkan saiz rangkaian.
2. Bisnes MLM adalah bisnes Part Time
Benda yang biasa kita dengar adalah kerja part time, tapi tahukah anda, lebih mudah untuk kita memulakan bisnes part time berbanding dapatkan kerja part time.
Kerja part time ini, ada macam-macam kerenah dan syarat yang kita perlu penuhi.
1. Kena tunggu ada majikan yang offer kerja kosong
Itupun kalau ada. Biasanya kalau ada tawaran kerja sekalipun, kekosongan adalah terhad dan anda perlu bersaing dengan pemohon lain.
2. Jarang ada majikan yang tawarkan peluang kerja kosong dengan masa kerja yang fleksibel
Ya, memang jarang. Bukan bermaksud tiada langsung.
3. Kebiasaannya anda perlu datang ke pejabat, premis perniagaan atau suatu lokasi khas
Terpulang pada majikan kita, nak minta kita bekerja dari mana. Lazimnya kerja part time ini kita kena berada dilokasi yang ditetapkan oleh majikan kita. Kita tak boleh pandai-pandai nak kata pada majikan, kita nak kerja tu tapi kita nak buat kerja dari rumah.
Berbeza halnya dengan bisnes. Pada bila-bila masa anda boleh mulakan bisnes anda sendiri. In fact, anda boleh mula sekarang juga. Peluang itu sentiasa terbuka dan terpulang pada anda untuk bertindak atau tidak.
Bisnes MLM lazimnya dilakukan secara part time. Macam baru-baru ini saya ada baca perkongsian daripada salah seorang ahli yang menyertai bisnes MLM.
Kata beliau, setiap hari dia akan peruntukkan dalam dua jam sahaja untuk buat bisnes ini. Dalam pukul 8 hingga pukul 10 malam sahaja. Sambil-sambil tengok tv, layan anak-anak, dia akan mula membuat posting di Facebook dan seterusnya copy paste sahaja di lain-lain media sosial miliknya.
Bila ada yang bertanya tentang bisnes, dia akan terangkan itupun sekadar copy paste skrip jawapan yang telah dia sediakan sebelum ini. Maklumlah, lazimnya orang yang bertanya ini akan tanya soalan yang sama sahaja. Jadi, daripada susah payah nak taip satu per satu, kan lebih mudah kalau kita siap sedia dengan skrip jawapan.
Kalau prospek tanya, kita terus copy paste jawapan yang telah kita sediakan.
Dia cuma buat benda yang sama setiap hari. Konsisten itu adalah kuncinya.
Kaedah yang dia gunakan, lebih kurang sama sahaja dengan apa yang saya sendiri lakukan. Cuma bezanya dia membuat posting di media sosial, manakala saya pula buat posting di blog.
Tak kiralah nak buat posting dekat mana, asalkan ada buat. Apa yang penting konsisten buat benda yang sama. Lama kelamaan jumlah orang yang bertanya akan makin ramai dan dalam ramai-ramai tu pasti akan ada yang sertai rangkaian kita.
Berbalik kepada fokus asal kita iaitu bisnes MLM ini adalah bisnes yang kita akan lakukan secara part time pada peringkat permulaan. Buat masa ini, saya tak pernah lagi jumpa individu yang terus berhenti kerja, dan buat bisnes ini full time.
Kalau ada yang buat full time sekalipun sebab dia adalah seorang yang memang bekerja sendiri, atau orang yang sudah bersara. Selain dari itu, ada juga yang memilih untuk buat bisnes ini fulltime sebabnya income yang dia hasilkan berkali ganda lagi besar berbanding gaji bulanan.
Pada saya, kalau kerja hakiki dan bisnes tidak saling mengganggu, apa salahnya buat kedua-duanya sekali. Melainkan anda ada merancang untuk buka ofis dan bergerak lebih agresif dalam bisnes ini.
Bisnes MLM bukanlah satu bentuk bisnes yang susah sangat. Cuma saya merasakan sesetengah dari kita ini terlalu over thinking. Dia membuatkan bisnes yang senang jadi rumit.
Konsep bisnes MLM sebenarnya sangat ringkas. Kita hanya perlu berkongsi apa yang kita tahu, apa yang kita telah perolehi dan apa yang kita alami setelah berada dalam bisnes ini.
Apa yang kita tahu?
Tentang syarikat, tentang produk, tentang amalan pengilangan yang baik, tentang industri dan sebagainya.
Apa yang kita telah perolehi?
Hasil penggunaan produk-produk keluaran syarikat, sebarang pendapatan dari menjalankan bisnes, sebarang bentuk latihan dan ilmu dari kelas-kelas yang dijalankan
Apa yang kita alami?
Perubahan dari segi tahap kesihatan, peningkatan pendapatan, pengalaman berkenalan dengan ramai orang dan sebagainya.
Kesemua ini kita akan lalui jika kita benar-benar aktif dan serius dalam bisnes. Apa yang kita tahu, perolehi dan alami itu kita kongsikan kepada orang ramai, yang mungkin minat untuk lalui apa yang kita lalui.
Sudah tentu, dalam waktu kita cuba menyampaikan apa yang kita tahu, apa yang kita perolehi dan apa yang kita alami, akan ada tentangan dan bantahan daripada mereka yang belum bersedia untuk menerima apa yang kita bawa. Itu normal. Sebaik-baiknya, kita tak perlu nak terlalu ambil hati, dan lebih baik kita move on.
3. Tahun pertama dalam Bisnes MLM
Awal-awal tadi saya ada sebutkan, satu masalah yang lazimnya ada pada mereka yang join MLM ini ialah, mereka mempunyai jangkaan yang kurang realistik (unrealistic expectation).
Mungkin anda ada terjumpa orang lain yang nampak sangat mudah untuk bina rangkaian, senang dapat sales, cepat dapat income, lalu anda pun menjangkakan yang anda akan lalui perkara yang sama. Tiba-tiba anda dapati hal yang sama tidak berlaku pada anda.
Rangkaian anda tak berkembang. Tiada ahli dibawah anda yang membuat pembelian. In fact, anda juga tak pernah buat pembelian, namun anda mengharapkan keajaiban akan berlaku tanpa anda memberikan usaha yang setimpal.
Saya kira masalah ini timbul sebab kita terlalu fokus kepada hasil yang orang lain perolehi. Kita nampak, wahhh senangnya dia dapat downline… senangnya dia dapat komisen… tapi yang kita tak nampak, betapa susahnya dia membuat penerangan kepada prospek, betapa susahnya dia meyakinkan prospek untuk terima tawaran yang diberikan dan sebagainya.
Justeru saya nak mengajak anda untuk ketepikan sejenak segala jangkaan yang kurang realistik yang mungkin ada pada diri anda, sebaliknya kita berpijak dibumi yang nyata.
Dalam bisnes, lazimnya pada tahun pertama kita tak akan dapat merasa sebarang keuntungan. Fahamkan betul-betul ya. Saya katakan pada tahun pertama, lazimnya kita tak akan merasa sebarang keuntungan, bukannya langsung tak ada sebarang jualan.
Jualan itu ada (dan ianya berlaku) cuma jualan itu tak mampu untuk cover segala kos yang kita peruntukkan pada peringkat permulaan apabila memulakan bisnes.
Begitulah yang saya sendiri lalui semasa saya mulakan bisnes kedai runcit. Jualan memang setiap hari ada, dan pelanggan masuk seperti biasa. Cuma bila diperhalusi, saya dapati bisnes tersebut mampu survive tapi belum mampu untuk buat untung.
Ahaaa… ini yang saya cuba sampaikan. Tahun pertama adalah fasa untuk survive.
Kebanyakkan usahawan memang akan lalui fasa yang sama. Tahun pertama, cuma untuk survive dan belajar seberapa banyak yang boleh mengenai bisnes yang dilakukan.
Sudah tentu kalau nak pertikaikan apa yang saya kata ini, pasti boleh. Bukan semua usahawan akan lalui fasa survival ini. Memang ada usahawan yang terus kaut untung puluhan ribu pada tahun pertama dan bisnes sangat baik. Mungkin sebab dia jual barang yang viral? Atau diri usahawan itu sendiri adalah seseorang yang ada pengaruh dalam masyarakat? Artis?
Ah… maaflah. Posting saya ini, saya bercerita tentang orang kebanyakkan seperti saya. Orang yang bermula dengan tiada apa-apa, namun ada semangat yang kental untuk majukan diri.
Kalau nak cerita tentang orang yang dah terkenal, selebriti, artis dan sebagainya, mereka ini mempunyai formula yang berbeza, yang orang-orang kebanyakkan seperti saya ini tak boleh nak pakai.
Nak berbisnes dengan follower dan peminat setia? Ha… follower dan peminat setia pun kita tak ada.
4. Penerimaan oleh keluarga dan orang paling rapat dengan kita
Minggu pertama saya join MLM ini, saya akui memang saya rasa sangat excited.
Kalau boleh saya nak bawa masuk semua orang yang saya kenal, especially ahli keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan untuk masuk dalam sistem buat duit yang cukup luar biasa ini. Maklumlah, sebelum ini saya dah pernah sertai dan kaji beberapa syarikat MLM dan pelan pemasaran yang mereka gunakan.
Saya boleh katakan, MLM yang saya join kali ini berkali ganda lebih baik dan ada potensi yang sangat besar untuk mengubah kehidupan. Satu lagi yang buatkan saya begitu yakin ialah sebab saya kini lebih matang dan lebih berpengalaman berbanding percubaan sebelum ini.
Cuma sayangnya, kebanyakkan yang saya ajak tidak berminat untuk join syarikat dan buat apa yang saya buat. Saya rasa agak kecewa sebab mereka tak berpandangan jauh dan tak nampak apa yang saya nampak. Tak kira walau apa yang saya kata, mereka tetap tidak mengubah pendirian dan seolah-olah mereka sudah ada jawapan skema dan akan terus berkata tidak pada setiap tawaran yang ada perkataan MLM didalamnya.
Ok fine.
Ini juga berpunca dari kelemahan saya sendiri dalam membuat penerangan. Mungkin cara saya buat penerangan tidak cukup baik dan belum mampu untuk membuka hati mereka untuk terima bisnes ini. Tunggu satu hari nanti, saya tunjukkan ini bukti income yang saya terima dan waktu tu boleh saya guna pendekatan “kalau kamu join saya, saya akan latih kamu semua untuk berjaya buat sama seperti yang saya buat…”
Sebenarnya ini adalah situasi biasa, yang akan dialami oleh kebanyakkan orang yang sertai bisnes MLM. Kalau boleh mereka memang nak bawa ahli keluarga dan insan tersayang untuk join sama. Alasannya ialah, apabila bisnes ini berjaya kelak, mereka akan dapat sebahagian manfaatnya kerana mereka turut berada dalam rangkaian yang kita turut sama-sama aktif membinanya.
Berkenaan dengan ahli keluarga dan insan yang rapat dengan kita tu, kita sebenarnya perlu mempunyai persediaan dari segi mental. Kebiasaannya situasi begini yang akan terjadi. Mereka tak akan support mahupun join anda dalam bisnes anda.
Kalau ada yang support sekalipun, itulah ada special case. Sebaliknya kita lebih cenderung untuk menerima nasihat-nasihat negatif seperti
Jangan join lah…
Benda ni tipu je, kau tak akan berjaya buat duit…
Aku dah lebih dulu makan garam dari kau, bisnes macam ini cuma orang-orang tertentu je boleh pergi jauh…
Nasihat-nasihat yang kurang membina ini tidak akan terhenti setakat itu. Mereka bukan sengaja nak melemahkan semangat anda atau tak mahu anda berjaya.
Cuma mereka tak yakin dengan kemampuan anda.
Mereka tak mahu anda kecewa kalau gagal kelak.
Mereka berikan nasihat sedemikian rupa kerana mereka tak nampak yang anda akan berjaya.
Macam mana mereka nak yakin, kalau mereka sendiri tak pernah membuat kajian tentang bisnes MLM, tak pernah ada pengalaman dalam bidang keusahawanan dan tak minat untuk buat sesuatu yang berbeza berbanding apa yang mereka buat selama ini.
Tiba-tiba, anda nak ambil nasihat dari orang yang seperti itu?
Dengan ahli keluarga, kita tak perlu nak terlalu berharap yang mereka akan join. Namun tak bermaksud kita perlu abaikan dan tinggalkan mereka.
Teruskan berkongsi, cuma atas tujuan yang berbeza. Memandangkan mereka ini adalah orang yang paling dekat dengan kita, jadi kita boleh minta bantuan mereka untuk sekadar mendengar supaya kita boleh berlatih membuat pembentangan jualan. Anggap macam mereka ini adalah prospek, dan kita minta mereka mendengar dan tanya soalan. Kalau boleh tanya soalan yang susah-susah lagi bagus.
Ini akan sangat membantu kita untuk lebih memahami bisnes kita sendiri kelak.
Dulu saya pernah ada satu pendapat yang begini. Saya nak ajak family members saya untuk join MLM, tapi mereka tak perlu nak susah payah buat marketing pun tak ada masalah. Biar saya sahaja yang buat marketing, dan bantu susun downline dibawah mereka.
Pada masa itu, saya rasa itu adalah idea yang sangat bijak dan sudah tentu mereka ini akan berterima kasih pada saya apabila saya berjaya bantu mereka dapat komisen yang pertama nanti.
Kemudian selepas saya mula menimba pengalaman dalam bisnes ini, saya mula mempertikaikan pendapat saya sendiri yang dahulu. Saya rasa itu bukan cara terbaik untuk bantu keluarga saya sendiri.
Satu perkara yang anda mungkin akan lalui jika buat seperti ini ialah, anda akan dapat lihat ahli tersebut tidak akan ada sebarang progress sepanjang berada dalam syarikat.
Dia tak pernah membeli, tak ada usaha untuk bercerita tentang produk, dan langsung tak pernah buat marketing. Nothing. Jika anda ingin melihat rangkaian dibawahnya berkembang, suka ataupun tidak, anda terpaksa buatkan kerja-kerja pemasaran dan mencari downline untuk orang tersebut.
Dalam bisnes MLM, setiap orang hanya bertanggungjawab untuk mengembangkan bisnesnya dan rangkaiannya sahaja. Tapi disebabkan idea untuk bantu famili, anda kini terpaksa fikir untuk bantu kembangkan dua rangkaian.
Sudahnya anda terpaksa buat kerja untuk orang lain sama. Dalam konteks ini, anda perlu buat kerja untuk bina rangkaian bagi pihak orang lain.
Orang tersebut pula langsung tak peduli dengan apa yang anda lakukan untuknya. Ini yang kita namakan, membantu seseorang yang tak memerlukan bantuan kita.
Kita ibarat membuat kerja yang sia-sia.
Ada dua kemungkinan yang bakal berlaku dimasa akan datang setelah anda berusaha dan berhempas pulas mengembangkan rangkaian selama setahun atau dua tahun.
Kemungkinan yang pertama, anda berjaya bantu individu tersebut buat duit. Penghargaan tertinggi yang anda bakal terima, hanyalah sekadar ucapan terima kasih. Itu pun kalau ada.
Kemungkinan kedua, anda gagal kembangkan bisnes ini. Most likely, anda akan dapat respon seperti “aku dah kata dah… benda ni tak akan berjaya. Sekarang tengok apa dah jadi, betul kan apa yang aku nasihat dulu. Sia-sia je usaha ko selama ni…”
Walaupun dalam keluarga, kita kena lihat juga sama ada orang itu benar-benar worth it untuk kita bantu sehingga sebegini rupa. Pada saya la kan, kalau anda memang serius nak bantu ahli keluarga, bentuk bantuan seperti ini dah memadai
1. Kongsi peluang dengan mereka. Kalau mereka kata tak minat, that’s it la. Tak perlu sampai anda nak buat kerja bagi pihak dia.
2. Kalau anda ada rezeki lebih, boleh beli extra produk dan bagi famili anda guna.
3. Let say, lepas 3 atau 4 tahun anda buat bisnes, kemudian pendapatan anda semakin baik maka bantulah mereka sama ada dari segi kewangan atau apa-apa yang perlu
5. Bina aset, bukan sekadar untung runcit atau pendapatan one off
Sama ada anda sedar ataupun tidak, dalam bisnes MLM kita sebenarnya sedang membina aset. Rangkaian yang kita bina dibawah kita itu adalah aset yang akan menyumbangkan aliran wang masuk yang konsisten dimasa akan datang.
Bagaimana hal ini boleh terjadi? Kita sebagai upline akan menerima imbuhan dalam bentuk Point Value, atau sesetengah syarikat MLM menggunakan konsep peratusan komisen setiap kali ahli dalam rangkaian kita membuat pembelian untuk kegunaan peribadi.
Saya tak akan cerita MLM lain, sebaliknya saya akan lebih fokus kepada compensation plan yang diamalkan oleh syarikat MLM yang saya join sahaja.
Ini satu kriteria yang membezakan antara bisnes MLM dengan lain-lain bisnes yang ada diluar sana. Dalam bisnes ini, kita akan memperoleh manfaat daripada rangkaian yang kita bina.
Sebab itu dalam bisnes ini, kita tidak seharusnya sekadar fokus kepada untung runcit semata-mata. Usaha pemasaran kita juga perlu fokus untuk membina rangkaian.
Setiap kali anda bertemu dengan prospek ataupun menerangkan tentang konsep bisnes MLM, perlu juga kita perjelaskan pada mereka apakah kelebihan yang bakal diperolehi apabila berjaya membina rangkaian perniagaan.
Saya faham diluar sana memang ada ramai anti-MLM yang akan kata, dalam bisnes MLM ini kita seperti makan duit orang bawah, orang bawah sekadar mengkayakan orang yang diatas dan macam-macam lagi kata-kata yang kurang sedap untuk didengari.
Pada saya, kalau anda tak minat dengan konsep bisnes ini, its okay. Rasanya tak perlu sampai nak hamburkan kata-kata yang begitu negatif, sampai down orang yang memperkenalkan bisnes ini kepada anda. Mereka bukannya berniat jahat nak menipu, atau nak mencuri duit anda. Sedangkan orang yang memperkenalkan bisnes ini kepada anda sekadar ingin berkongsi manfaat dan jika tak minat, boleh saja kata tak minat.
Dari pemerhatian saya, tak timbul isu orang atas makan duit orang bawah mahupun isu orang bawah hanya sekadar mengkayakan yang diatas. Saya kata sedemikian sebabnya
1. Apabila rangkaian membuat pembelian, kita sebagai upline hanya akan dapat ganjaran dalam bentuk Group PV.
Hanya apabila group PV ini mencapai satu jumlah tertentu, barulah kita akan dapat bayaran komisen dari syarikat. Downline kita tu pula tidak sama sekali dipaksa untuk membuat pembelian, sebaliknya kita hanya mengalakkan mereka buat belian jika produk tersebut dah habis dan benar-benar diperlukan. Contohnya sabun basuh dah habis, jadi beli la sabun basuh.
Harga yang dia perlu bayar juga adalah sama untuk setiap orang. Tak ada istilah harga ejen, harga stokis, harga branch dan sebagainya. Semua orang membeli dalam satu harga. Syarikat memberikan kita (upline) ganjaran dalam bentuk PV kerana menghargai usaha kita membantu syarikat membuat pemasaran dan membina jaringan pengguna. Faham ke?
2. Komisen tersebut puncanya adalah daripada keuntungan yang dijana oleh pihak syarikat.
Duit yang bakal kita perolehi adalah hasil daripada keuntungan syarikat. Bukannya diambil sedikit dari nilai belian yang dibuat oleh pengguna. Mungkin ada yang kurang jelas dan tak setuju.
Ini yang saya cuba sampaikan.
Downline buat pembelian terus menerusi website atau apps syarikat.
Dari pembelian tersebut, downline tu akan dapat personal PV, manakala upline akan dapat group PV.
Syarikat dapat apa? Syarikat akan beroleh keuntungan.
Keuntungan yang diperolehi oleh syarikat ini seterusnya dikongsikan pula kepada ahli-ahli yang layak dan cukup syarat dalam bentuk komisen. Komisen yang diterima oleh upline pula bergantung kepada berapa jumlah group PV yang dia miliki.
Tiada istilah, beli produk A maka komisen telah fix untuk upline sebanyak sekian peratus.
Dikesempatan ini, saya ingin mengesyorkan pembaca untuk membuat lebih banyak pembacaan tentang topik network marketing dan MLM.
Sifat bisnes MLM itu memang kita sebagai ahli (distributor) memang ada peluang untuk bina pendapatan (aset) melalui rangkaian kita. Jika anda tak suka dengan konsep ini, iaitu memperolehi pendapatan melalui rangkaian, maka anda tak perlu berada dalam bisnes ini.
Ada banyak lagi bisnes lain yang anda boleh cuba, dan saya pernah cerita 7 model bisnes yang mempunyai risiko rendah, modal rendah dan mudah untuk dilakukan.
Kalau kita dah berada dalam bisnes MLM, maka kita perlu suka dan bersedia untuk membina rangkaian, dan menggalakkan ahli dalam rangkaian kita untuk membuat pembelian.
Bagaimana cara untuk memastikan kita mampu untuk jana income dari rangkaian yang kita bina?
1. Jadi product lover
Ala.. jadi seseorang yang sukakan produk keluaran syarikat. Syarikat ada beratus-ratus produk. Tak perlu suka semua pun tak apa. Sekadar jadi pengguna untuk satu dua jenis produk pun dah cukup kalau anda risau ia akan jadi satu bebanan.
2. Komited untuk tukar jenama produk sebelum ini kepada jenama syarikat
Ya, selama ini beli sabun jenama XY. Kali ini kita tukar kepada jenama syarikat. Itu yang saya sendiri buat dan saya mengajak ahli dalam rangkaian saya untuk buat benda yang sama. Kalau tak mahu tukar semua, tukar satu dua produk sahaja.
3. Galakkan downline kita untuk buat benda yang sama
Ya, buat benda yang sama seperti kita. Jadi product lover, tukar jenama produk lain kepada jenama syarikat dan bina rangkaian pengguna seperti yang kita buat.
6. Berkongsi kepada seberapa banyak orang yang boleh
Bisnes MLM ini adalah tentang berkongsi peluang.
Bila berada dalam bisnes ini, kita perlu berkongsi peluang kepada seberapa banyak orang yang boleh. Terpulanglah pada anda nak bercerita menggunakan pendekatan apa.
Sama ada
1. Face to face
2. Whatsapp
3. Media sosial
4. Blog
5. Email
Semuanya terpulang pada anda.
Kalau dulu, setiap kali saya memulakan satu bisnes baru, saya pasti akan buat satu laman web khas (blog) bagi tujuan mempromosikan bisnes tersebut. Tapi lama kelamaan saya mula rasa kaedah tersebut agak memenatkan sebab saya terpaksa update banyak laman web dalam satu-satu masa.
Sekarang ini, saya hanya guna laman web sedia ada sahaja. Jika anda masih belum ada laman web atau blog untuk tujuan pemasaran, bolehlah mulakan laman web anda. In Shaa Allah saya akan guide anda jika anda memerlukan.
Untuk install atau memasang laman blog sangatlah mudah.
Anda boleh dapatkan perkhidmatan domain dan hosting dari laman web NetKL. Kemudian untuk memasang laman blog, anda boleh rujuk posting yang saya pernah tulis sebelum ini bertajuk panduan memasang sistem blog wordpress.
Apabila laman blog anda telah siap dipasang, seterusnya anda perlu menulis artikel yang berkaitan dengan bisnes anda. Selepas itu, link artikel tersebut bolehlah anda sebarkan di media sosial dan mana-mana platform yang sesuai.
Jika ada yang bertanya pasal bisnes kepada anda, dan anda tak ada masa untuk menerangkan dengan panjang lebar, boleh berikan sahaja link artikel blog anda untuk dia baca.
Menulis artikel dengan kerap juga mampu untuk membuatkan anda jadi lebih mahir dan memahami selok belok perniagaan. Sambil kita menulis pasal bisnes, kita akan jadi lebih memahami bisnes tersebut.
Walaubagaimanapun, saya ingin menarik perhatian anda untuk berhati-hati dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat. Jika syarikat tidak membenarkan anda menggunakan laman web sebagai medium pemasaran, atau tidak membenarkan anda menyebut nama syarikat, maka anda perlu elakkan berbuat demikian.
7. Sentiasa Alert dengan berita-berita dan isu semasa
Ada banyak berita-berita yang sebenarnya relevan dan boleh kita kaitkan dengan bisnes MLM yang kita buat. Cuma terpulang pada kita untuk olah berita tersebut, supaya ianya boleh disesuaikan dengan bisnes kita.
Kurang jelas, ok tak apa biar saya berikan contoh situasi.
Sebelum bulan Mac 2020, mungkin kita tak mampu untuk gambarkan, bagaimana rupa dan keadaan yang akan berlaku apabila Perintah Kawalan Pergerakkan dilaksanakan.
Tapi sejak wabak Covid-19 melanda negara, kita mula melalui fasa tersebut. Kita telah pun melalui fasa PKP dan kita sedia maklum betapa sukarnya kehidupan kita pada waktu itu. In fact, pada waktu catatan ini saya tulis, kita juga sebenarnya sedang melalui fasa PKP, cuma di tempat saya kini sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat.
Sepanjang PKP ini ada banyak aktiviti yang terjejas.
Kita tak dibenarkan untuk keluar rumah untuk riadah.
Mereka yang bekerja, diminta untuk bercuti ataupun bekerja dari rumah.
Mereka yang berniaga sendiri, diarahkan untuk menutup perniagaan.
Tapi tahukah anda, bisnes MLM beroperasi seperti biasa dalam fasa PKP ini? Saya sendiri join bisnes MLM ini pada ketika PKP dijalankan. Semuanya dibuat secara online.
Saya berhubung dengan upline saya secara online.
Saya ikuti kelas teknikal secara online.
Daftar pun online.
Kemudian saya membuat pesanan produk secara online.
Untuk pemasaran? Sudah tentu saya buat secara online.
Apabila ada prospek yang bertanya, penerangan juga saya lakukan secara online. Bisnes ini sudah cukup senang. Anda mungkin tak akan jumpa bisnes sebegini senang ditempat lain.
Itu sebabnya saya kata, selalu alert dengan sebarang isu yang menggusarkan hati dan menimbulkan rasa kurang tenteram pada orang awam. Kemudian, kita cuba ulas isu tersebut dan kita beri cadangan bagaimana menghadapi situasi getir tersebut dengan menyertai bisnes ini.
Ya saya akui, ia tidak menyelesaikan masalah. Namun setidak-tidaknya ia memberi kita harapan dan mengalih fokus kita kepada asyik berfikir tentang masalah, kepada berfikir bagaimana untuk menambahkan pendapatan.
Isu-isu seperti PKP, darurat, penyebaran virus covid dan sebagainya… itu memang satu isu yang penting, namun ia tidak memberi nilai tambah dalam hidup kita. Sebaliknya ia hanya membuatkan kita rasa lebih stress.
Justeru, elakkan asyik memikirkan tentang isu yang kita tak boleh nak selesaikan, sebaliknya kita fokus untuk lakukan satu usaha yang In Shaa Allah satu hari nanti kita juga yang akan dapat manfaatnya.
8. Baca buku
Memandangkan kita berada dalam bisnes MLM, maka bacalah buku-buku yang berkaitan dengan MLM. Ada banyak buku-buku yang telah ditulis yang membincangkan topik ini.
Saya syorkan anda untuk luangkan sedikit masa untuk baca buku dan upgrade ilmu. Benda ini memang nampak remeh dan leceh. Banyak kali dah saya dengar orang bagi alasan, tak suka baca buku, mengantuk bila baca buku dan macam-macam lagi.
Tapi percayalah, anda tak akan tahu apa yang anda tidak tahu selagi mana anda tak bertindak untuk baca buku. Dulu saya pun selalu fikir saya dah tahu semua benda berkaitan dengan bisnes MLM, tapi setiap kali saya baca buku mengenai MLM, baru saya tahu, ada banyak lagi yang saya belum tahu.
Idea-idea yang dimuatkan dalam buku-buku yang saya baca juga kerap saya gunakan untuk kerja-kerja pemasaran yang saya buat. Alhamdulillah, berhasil!
9. Kejayaan dalam bisnes MLM adalah berdasarkan kepada prestasi anda
Sebarang imbuhan mahupun ganjaran yang dijanjikan kepada anda, hanya akan anda perolehi apabila berjaya menepati syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Kalau syarikat kata, kena tunggu dapatkan pairing 300,000 PV dikiri dan kanan, maka kenalah tunggu capai nilai tersebut. Bagaimana cara untuk capai jumlah tersebut?
Formulanya ialah, rajin. Kena rajin buat perkongsian, buat pembentangan peluang perniagaan, dan yakinkan orang lain untuk jadi pelanggan dan menyertai rangkaian anda.
Ingat ini, kita yakinkan orang untuk join dengan cara kita tunjukkan benefit yang bakal mereka perolehi. Kita kongsikan maklumat produk dan cerita mengenai kualiti produk.
Tak ada isu untuk yakinkan orang lain, asalkan apa yang kita kongsikan itu adalah benda yang betul, dan bukannya over claim. Selalunya yang jadi masalah dan orang tak suka ialah kita menipu dan cuba memperdayakan orang lain dengan jaminan dan dakwaan yang tak masuk akal untuk join.
10. Anda perlu tetapkan komitmen setakat mana yang anda sanggup buat
Join sebagai ahli baru satu langkah.
Ada banyak lagi langkah yang perlu anda ambil jika serius nak berjaya dalam bisnes ini. Istimewanya bisnes ini ialah, anda sendiri tetapkan, berapa banyak langkah dan sekuat mana kerja yang anda sanggup buat. Ini bermakna, anda perlu tetapkan matlamat dan komited dengan matlamat tersebut.
Sekadar untuk memberikan anda sedikit idea,
1. Anda bertekad untuk luangkan at least 2 jam setiap hari untuk jalankan bisnes ini
2. Anda akan luangkan sekurang-kurangnya 2 jam, setiap hari selasa, khamis dan sabtu untuk buat bisnes ini.
3. Anda akan luangkan masa 2 jam dalam satu minggu.
4. Anda akan luangkan 2 jam pada minggu pertama dan minggu ketiga pada setiap bulan.
5. Anda akan luangkan masa 2 jam dalam satu bulan untuk mempromosikan bisnes ini.
Untuk terus survive dalam bisnes ini, anda kena terus berkongsi kepada seberapa ramai yang boleh. Walaupun pada masa tersebut anda rasa macam tak ada mood, tak ada idea dan sebagainya. Kalau anda memang betul-betul tak ada idea dan tak ada tenaga untuk buat semua ini, tak apa boleh berehat sejenak dan sambung kemudian.
Cuma janganlah berehat terlalu lama dan bertangguh. Apa yang penting, kena ada pergerakkan, kena ada langkah yang diambil, walaupun ia hanya satu langkah yang kecil.
Mana tahu, hanya dengan anda kongsikan artikel yang saya tulis ini juga sudah mampu untuk membuka minda orang lain untuk menerima bisnes ini. Wallahua’lam.
11. Teruskan menjadi pengguna walaupun hanya beli satu produk dalam setahun
Saya nampak ini kelebihan yang ada pada bisnes MLM yang saya join ini. Saya tak pasti, sama ada orang lain akan nampak ia sebagai satu kelebihan atau sebaliknya.
Mungkin pada peringkat permulaan atau pada tahun pertama anda join, anda masih belum berjaya dapat sebarang hasil. Anda masih belum mampu bina downline dan belum ada sebarang income dihasilkan.
Saranan saya, teruskan buat kerja-kerja pemasaran.
Tapi, kalau the reason kenapa anda tak berjaya bina rangkaian sebab anda tak pernah buat kerja pemasaran langsung, please la.. buatlah dulu kerja pemasaran. Tak kan anda nak mengharapkan orang lain buat kerja untuk anda?
Kalau betul-betul tak ada masa, boleh ambil pekerja untuk bantu anda buat marketing. Namun begitu, anda perlu sediakan bayaran upah kepada pekerja bebas tersebut.
Tujuan saya menyarankan anda untuk terus beli produk adalah bagi memastikan keahlian anda tidak ditamatkan. At least dalam setahun belilah satu produk.
Setakat hari ini, produk paling murah yang dijual oleh syarikat ialah penyental periuk yang harganya RM12. At least dalam setahun belilah produk tersebut bagi terus menyambung keahlian.
Tak kan RM12 pun tak mampu sediakan?
Kita buat pengiraan mudah. Dalam setahun ada 12 bulan. Memandangkan harga produk ini RM12 sahaja, tak kan tak boleh nak simpan RM1 setiap bulan untuk beli produk ini?
Teruk sangat tu kalau tak mampu kumpul. Kalau anda berada dalam rangkaian saya dan anda betul-betul tak mampu nak beli produk RM12 untuk memastikan keahlian anda terus aktif, tak apa. Anda hubungi saya, dan saya akan bantu anda.
Saya akan bantu buat pembelian menggunakan akaun anda. Anda akan dapat PV dan keahlian anda akan terus disambung, manakala produk tersebut saya akan pos ke rumah saya (sebab saya yang beli, bezanya cuma saya beli menggunakan akaun anda).
Kesimpulan
Jika anda ikuti survival guide yang saya kongsikan disini, saya percaya anda pasti boleh pergi jauh dan tak mustahil anda juga mampu capai kejayaan dalam bisnes ini.
Ya saya tahu, apa yang saya tulis disini mungkin masih belum betul-betul lengkap. Boleh jadi anda masih mempunyai banyak persoalan dan pertanyaan. Jika anda ingin berhubung terus dengan saya, dan ingin bertanya mengenai peluang dalam bisnes MLM yang saya ceburi, boleh hubungi saya menerusi whatsapp ditalian berikut 011 5689 0863.
Kalau nak senang, klik je link ni dan akan terus bukak whatsapp https://naktanyapasalbisnes.wasap.my/
(talian ini saya buka khusus untuk menjawab pertanyaan mengenai bisnes network marketing atau MLM sahaja)
The post Panduan “Survival Guide” dalam Bisnes Multi Level Marketing @ Network Marketing appeared first on Blog Sabree Hussin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sabreehussin.com/panduan-survival-guide-dalam-bisnes-multi-level-marketing-network-marketing/