7 Jenis Bisnes Rendah Risiko Modal Rendah Dan Mudah Untuk Dilakukan


Apa yang menghalang seseorang itu daripada memulakan bisnes sendiri? Mungkin ada macam-macam faktor, tapi kalau kita ringkaskan, antara faktor yang popular sekali ialah sebab takut ambil risiko, modal memulakan bisnes yang besar dan sebab tak ada ilmu menjalankan bisnes tersebut.
 
Baik ada tiga faktor. Risiko, modal dan juga susah dilakukan.
 
Bagaimana kalau saya katakan, diluar sana sebenarnya terdapat sekurang-kurangnya 7 jenis model perniagaan yang mudah untuk dilakukan, tak memerlukan modal yang besar untuk dijalankan (sesetengahnya tak perlu keluar modal) dan dari segi risiko ianya sangat minima.
 
Bila sebut tentang bisnes, memang bohong kalau kata bisnes tersebut tiada risiko. Tapi, kalau kata risiko rendah atau minima, itu memang tak mustahil. Dalam kesempatan kali ini, saya ingin kongsikan kepada pembaca, 7 jenis bisnes yang menepati ciri tersebut.

Jika bisnes ini dilakukan dengan betul, In Shaa Allah ia juga mampu untuk hasilkan pendapatan yang sangat lumayan. In fact tak mustahil income yang bakal diperolehi boleh jadi setanding dengan bisnes yang nampak lebih gah dan tinggi risikonya.
 
Justeru, tanpa membuang lebih banyak masa, mari kita lihat apakah model-model bisnes yang saya maksudkan.

 
1. Bisnes menggunakan konsep Affiliate Marketing Nama lain bagi affiliate marketing adalah referral marketing. Jika anda membuat pembacaan dilaman web lain, dan menemui istilah referral marketing, sebenarnya ia merujuk kepada konsep yang sama dengan affiliate marketing.
 
Dalam affiliate marketing kita bertindak sebagai seseorang yang membuat pengesyoran dan mengajak orang lain untuk menjadi pengguna atau pelanggan bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Kita membuat recommendation tanpa perlu memaksa-maksa orang ramai untuk jadi pengguna.
 
Apabila bercerita mengenai affiliate marketing ini, lazimnya ada tiga kategori manusia yang menceburi bidang ini. Kategori tersebut adalah beginner, advance dan juga profesional. Mari kita lihat apakah perbezaan yang terdapat pada ketiga-tiga jenis kategori ini.
 
Kategori beginner
Boleh juga kita panggil sebagai kategori amatur. Individu dalam kategori ini adalah mereka yang baru mengetahui tentang selok belok perniagaan menggunakan kaedah affiliate marketing. Dia mungkin pernah baca topik mengenai affiliate marketing dari mana-mana sumber atau mungkin pernah beli panduan buat duit dengan affiliate marketing.
 
Individu dalam kategori amatur ini lazimnya akan join program affiliate sama ada
(1) Klikjer
(2) JV Warrior
(3) Involve Asia
(4) Access Trade
(5) Lazada
 
Apa yang dia buat setelah dia join? Sudah tentu dia akan mula buat kerja pemasaran. Cuma yang menjadi pertikaian dia ialah, kerja pemasaran yang dia lakukan lebih mirip kepada aktiviti spamming. Dia sebarkan link affiliate dengan cara yang agak semberono. Asalkan tempat tu boleh letak link dia akan letak link dia, termasuklah di FB personal, twitter, blast dekat twitter, promosi dari group ke group dan sebagainya.
 
Ya, cara ini juga boleh hasilkan jualan, cuma untuk jangka masa panjang, ianya agak memenatkan. Apabila kita berhenti buat kerja-kerja promosi seperti ini, lazimnya income kita juga akan terhenti.
 
Sekarang kita lihat pula cara yang dilakukan oleh mereka yang bertaraf advance.
 
Kategori Advance
Individu yang berada pada tahap advance selalunya sudah mempunyai strategi pemasaran yang lebih tersusun berbanding mereka yang masih amatur.
 
Kategori advance ini mempunyai platform pemasaran mereka sendiri sama ada platform laman blog sendiri, laman web berita ataupun halaman fanpage yang aktif dan mempunyai banyak follower. Apa yang perlu anda faham disini ialah, kategori advance mempunyai kawalan penuh terhadap platform pemasaran yang bakal digunakan.
 
Cara mereka membina ayat iklan juga agak berbeza. Sesetengahnya akan menggunakan strategi content marketing dan menghasilkan artikel yang memberi manfaat kepada pembacanya.
 
Kadang-kadang kita sendiri tak perasan bahawa penulis artikel sebenarnya sedang mempromosikan produk dalam artikel atau konten yang dihasilkan. Semuanya kelihatan smooth sekali apabila kita membacanya, namun apa yang pasti selepas kita baca keseluruhan cerita si pemilik artikel, kita mula rasa teruja dan ada keinginan untuk dapatkan maklumat tambahan mengenai produk atau servis yang disebutkan.
 
Itu keistimewaan teknik content marketing. Untuk makluman anda, strategi content marketing juga merupakan salah satu kaedah pemasaran digital yang berkesan untuk membantu anda hasilkan jualan untuk apa jua jenis produk.
 
Kalau ini merupakan kali pertama anda mendengar tentang konsep pemasaran content marketing, mungkin anda rasa agak janggal. Namun percayalah, teknik pemasaran tersebut sebenarnya sangat mudah dan boleh dipelajari dalam masa yang singkat!
 
Kategori Professional atau Pro
Mindset mereka yang dalam kategori ini memang cukup berbeza. Matlamat mereka bukan semata-mata nak dapatkan jualan tetapi mereka ingin berikan khidmat yang terbaik melalui produk dan servis yang dipromosikan.
 
Dalam kempen pemasaran yang dijalankan, individu yang pro ini akan mula dengan membina database pelanggan. Semasa proses pembinaan ini, dia akan tanya kepada para prospek apakah masalah yang mereka hadapi yang mereka ingin selesaikan.
 
Sepanjang tempoh tersebut, orang yang pro ini akan terus keep in touch dengan prospek dan akan selalu memainkan peranan yang aktif hinggalah masalah prospek dapat diselesaikan.
 
Bagaimana cara dia menyelesaikan masalah prospek itu tadi?
Sudah tentu dengan mengajak prospek untuk beli produk yang dipromosikan dan yakinkan mereka bahawa produk tersebut sangat bagus bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Peranan seorang affiliate marketer yang berada pada tahap pro tidak terhenti setakat meyakinkan prospek untuk beli produk yang dipromosikan.
 
Sebaliknya dia akan terus keep in touch dan terus membina perhubungan yang baik. Dari masa ke masa, dia akan bertanya khabar dan bertanya jika ada masalah lain yang boleh dibantu. Cuba teka, bagaimana cara dia nak bantu selesaikan masalah prospek? Ya, sudah tentu, dengan cara mencadangkan produk lain yang relevan. Dari prospek yang sama, dia mungkin boleh hasilkan jualan secara berulang-ulang kali.

Bisnes berkonsepkan affiliate marketing ini memang ada banyak kelebihannya. Saya pernah menulis satu artikel yang membincangkan tentang kelebihan menjalankan bisnes menggunakan konsep affiliate marketing disini sebelum ini. Kalau anda minat nak ikuti perbincangan yang lebih panjang boleh baca disitu.
 
Cuma dekat sini, saya nak tekankan secara ringkas, bahawa program affiliate ini sememangnya ada banyak kelebihan. Saya boleh katakan, apabila anda sertai program ini, anda akan dapati ada terlalu banyak produk dan juga servis yang anda boleh promosikan. Sebagai contoh,
i. Jika anda ingin mempromosikan produk digital sama ada ebook, rakaman video dan sebagainya, boleh sertai program affiliate dari Klikjer, JV Warrior, On Pay Solutions, Order Sini dan banyak lagi.
ii. Kalau anda nak mempromosikan beribu-ribu produk dari macam-macam kategori, jangan lepaskan peluang untuk sertai program affiliate Lazada, Shopee dan banyak lagi platform e-commerce
iii. Jika anda cenderung kepada produk kewangan, ada program affiliate yang memasarkan perkhidmatan kad kredit, personal loan, dan sebagainya. Boleh join melalui Involve Asia dan lihat sendiri syarikat dalam bidang kewangan yang menawarkan peluang.
iv. Jika anda suka bidang berkaitan percutian dan pelancongan, boleh mempromosikan produk-produk seperti pakej aktiviti, bilik hotel dan sebagainya. Syarikat seperti Agoda juga membuka peluang untuk orang ramai menyertai mereka sebagai affiliate.
 
Bisnes berkonsepkan affiliate adalah satu contoh bisnes yang mudah untuk dijalankan. Lazimnya tiada sebarang bayaran dikenakan untuk mula jadi affiliate. Justeru, tiada risiko anda akan alami kerugian dari segi wang ringgit. Kalau berlaku kerugian juga, mungkin sebab anda mengeluarkan belanja untuk pengiklanan tapi iklan anda langsung tak convert kepada jualan.
 
Kita lihat pula contoh model bisnes lain yang juga rendah risiko dan mudah untuk dijalankan.
 
2. Bisnes menggunakan kaedah Dropship Buat bisnes yang menggunakan sistem dropship adalah satu lagi jenis bisnes yang rendah risiko dan mudah untuk dilakukan. Semua orang boleh lakukannya, asalkan ada kemahuan dan ada kerajinan. Strategi untuk berjaya dalam bisnes dropship sebenarnya ada pelbagai. Apa yang penting peranan kita adalah fokus kepada kerja pemasaran dan membuat jualan.
 
Dropship ini sebenarnya adalah satu kaedah bagaimana sesuatu produk dapat diedarkan, dari pihak pengeluar sampailah kepada pengguna akhir.
 
Sebelum kaedah dropship mula popular, kebanyakkan usahawan yang ingin mula berniaga, terpaksa mengeluarkan modal yang besar bagi mendapatkan stok produk yang hendak dijual. Kemudian muncul kaedah jualan menggunakan katalog sahaja sebagai alat bantuan membuat jualan. Kaedah ini popular dalam kalangan syarikat jualan langsung.
 
Jurujual sudah tak perlu lagi keluar modal untuk membeli stok barang. Sebaliknya hanya dengan menggunakan katalog sahaja sudah memadai untuk menerangkan kepada bakal pelanggan, apakah ciri-ciri produk yang dijual dan beberapa maklumat yang berkaitan bagi memudahkan pembelian dilakukan.
 
Apabila kaedah pemasaran online ataupun pemasaran digital mula popular, kaedah yang lebih kurang sama terus dipraktikkan. Cuma kali ini, ia lebih popular dengan nama program dropship. Dalam program dropship, kita hanya perlu menggunakan gambar-gambar produk beserta dengan deskripsi produk bagi membuat jualan.
 
Saya juga sudah beberapa kali bercerita mengenai program dropship, dan terbaru saya tulis adalah mengenai program dropship menjual buku bersama syarikat PTS Bookcafe Sdn Bhd.

Peranan kita sebagai ejen dropship adalah membuat kerja-kerja pemasaran. Kemudian, apabila ada pelanggan yang minat untuk membuat pembelian, pelanggan tersebut akan menghubungi anda dan buat bayaran kepada anda.
 
Seterusnya, dengan duit yang dibayar oleh pelanggan, anda gunakan duit tersebut untuk membuat tempahan dengan syarikat yang menyediakan program dropship. Pelanggan akan membayar harga pasaran, manakala anda pula hanya perlu bayar harga ejen kepada syarikat dropship. Perbezaan harga itulah yang akan jadi keuntungan anda.
 
Selepas anda buat pembayaran kepada syarikat, penghantaran produk akan dilakukan. Anda boleh terus follow up dengan pelanggan ini, bagi memastikan dia betul-betul puas hati dengan pembelian yang dilakukan. Di masa akan datang, anda juga boleh terus follow up, manalah tahu pelanggan yang sama minat nak beli barang yang lain pula.
 
Sebenarnya bahagian yang paling mencabar mengenai bisnes dropship ini, bukanlah tentang cara untuk memahamkan bagaimana bisnes ini beroperasi, sebaliknya yang mencabar adalah bagaimana untuk membuat kerja-kerja pemasaran yang berkesan dan mendapatkan tempahan.
 
Sudah tentu, kalau nak berjaya dan pergi jauh, kenalah tahu macam mana nak buat pemasaran online dan perlu belajar kemahiran membuat jualan.
 
3. Bisnes berkonsepkan laman web atau apps e-commerce Apa reaksi dan pandangan anda, apabila dengar tentang konsep bisnes e-commerce? Adakah anda rasa ianya senang, atau susah untuk dijalankan?
 
Ok sebelum anda terus kata bisnes jenis ini mustahil atau sukar untuk dilakukan, dengarlah dulu penjelasan saya ini. Sebenarnya, bisnes e-commerce adalah salah satu contoh bisnes yang agak mudah dan simple.
 
Bahagian yang agak mencabar mungkin pada bahagian untuk menyediakan sistem laman web e-commerce. Ianya mencabar kalau anda tidak mempunyai kemahiran untuk membina laman web e-commerce.
 
Bagi mereka yang minat nak cuba bina sendiri, ada beberapa perisian yang anda boleh gunakan, misalnya menggunakan
i. Woo Commerce
ii. Open Cart

Jika anda lihat pada screenshot diatas, itu merupakan antara perisian yang anda boleh gunakan bagi tujuan membangunkan laman web berkonsepkan e-commerce. Anda hanya perlu pilih, nak guna sistem yang mana satu, dalam contoh diatas saya pilih Open Cart dan seterusnya klik next, next, next dan ikut arahan seterusnya.
 
Proses pemasangan boleh dilakuan dengan mudah menggunakan software Softaculous yang anda akan dapat percuma apabila menjadi pelangggan bagi perkhidmatan hosting dari NetKL Network.
 
Sekiranya anda kurang yakin untuk buat sendiri, dan mungkin anda risau laman web ecommerce anda nanti ada masalah, boleh minta bantuan dari pihak Kedai Onlinez untuk binakan laman web jenis e-commerce untuk anda.
 
Pada peringkat permulaan, lazimnya programmer yang anda upah akan bantu anda memasukkan maklumat produk dalam laman web e-commerce milik anda. Namun, pada masa yang sama anda juga perlu belajar cara untuk masukkan produk dalam laman web.
 
Tak perlu khuatir sebabnya proses untuk masukkan produk sangatlah mudah. (Pihak programmer akan berikan tutorial bagaimana cara nak masukkan produk)
 
Satu kelebihan apabila anda mempunyai laman web ecommerce anda sendiri ialah, anda boleh masukkan apa juga jenis produk ke laman web anda itu tadi. Tak kiralah sama ada produk tersebut adalah
i. Produk yang anda hasilkan sendiri (mungkin anda adalah founder produk)
ii. Produk yang anda ada simpan stoknya
iii. Produk yang memang ada dijual di kedai fizikal milik anda
iv. Produk dropship
v. Produk affiliate
vi. Produk pre-order
 
Cabaran yang paling besar, pada pandangan saya untuk berjaya dalam bisnes jenis e-commerce ini ialah bagi mendapatkan pelawat untuk masuk ke laman web milik kita lalu membuat tempahan.
 
Kalau berjaya tarik pelawat untuk masuk ke laman web e-commerce milik kita itu baru satu kejayaan. Seterusnya kena pastikan mereka cukup yakin untuk menjadi pelanggan.
 
Untuk bab-bab tarik pelawat ini, boleh gunakan kaedah iklan berbayar, ataupun guna sahaja mana-mana teknik pemasaran online seperti yang saya ceritakan disini. Ada 10 teknik yang saya bincangkan disitu, pilihlah mana-mana satu yang sesuai untuk anda gunakan.
 
Andai kata anda rasa macam susah nak bina laman web ecommerce anda sendiri, rasa susah nak tarik trafik, anda masih boleh berjaya buat bisnes berkonsepkan e-commerce dengan menumpang platform yang disediakan oleh Shopee dan juga Lazada. Dua panduan berikut boleh anda jadikan rujukan kalau anda memang zero tentang buat bisnes online menggunakan Shopee dan Lazada.


Laman web e-commerce seperti Lazada dan juga Shopee sememangnya sudah dikenali dan dipercayai. Jika anda meletakkan bisnes anda dilaman web tersebut, anda juga bakal mendapat tempias daripada kepercayaan dan populariti yang ada pada kedua-dua laman web tersebut.
 
4. Bisnes jenis memberi perkhidmatan kepada para pelanggan Dalam konteks memberi perkhidmatan ini, kita akan buat sesuatu untuk pelanggan berdasarkan kepada kemahiran dan kepakaran yang kita miliki.
 
Jika anda mahir dan pandai memasak, boleh ambil upah memasak. Mungkin memasak ketika sambutan perayaan atau jamuan tertentu sahaja.
 
Jika anda mahir menulis, boleh tawarkan servis penulisan dan ambil upah untuk menulis artikel bagi pihak klien anda. Bidang penulisan ini sebenarnya sangat luas, dan ia tidaklah terhad semata-mata menulis artikel sahaja. Boleh diperluaskan lagi dengan menulis kerta kerja perniagaan, kertas proposal, teks ucapan, skrip lakonan, penulisan puisi, lirik lagu dan banyak lagi.
 
Boleh jadi juga, anda mempunyai peralatan tertentu yang orang lain tak miliki. Sebagai contoh anda mempunyai alat untuk memotong rumput. Jadi, anda boleh tawarkan khidmat memotong rumput kepada jiran-jiran dan sesiapa yang perlukan khidmat memotong rumput dari anda.
 
Ada banyak bisnes, yang boleh tergolong kepada bisnes jenis memberi perkhidmatan. Saya kongsikan beberapa lagi, antaranya perkhidmatan menjaga budak (baby sit) perkhidmatan menghantar barang, menghantar penumpang, perkhidmatan menjaga haiwan peliharaan dan banyak lagi.
 
Untuk menjalankan bisnes jenis perkhidmatan, kita perlukan
i. Kemahiran atau kepakaran
ii. Masa kita
iii. Peralatan tertentu jika perkhidmatan tersebut perlu ada peralatan tertentu
 
Saya masukkan bisnes jenis ini sebagai bisnes yang mudah dan rendah risiko sebabnya anda boleh lakukan bisnes ini jika anda rasa anda perlukan duit pada satu-satu masa. Maksud saya, anda boleh jalankan bisnes-bisnes ini bila perlu sahaja dan anda tak terikat dengan komitmen untuk perlu jalankan bisnes ini setiap masa.
 
5. Bisnes mengajar atau memberi latihan Ada antara kita yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang tertentu, yang tidak dimiliki oleh orang lain. Orang lain yang tak mempunyai pengalaman dan kepakaran kita, sebenarnya ada yang minat nak belajar dari kita.
 
Contoh yang biasa saya tampilkan dalam blog ini ialah, ilmu untuk menghasilkan pendapatan di internet tanpa perlu susah payah nak cari kerja diluar sana. Anda mungkin ada ilmu bagaimana nak buat duit di internet dan selama ini memang anda mampu hidup selesa dengan pendapatan yang dihasilkan.
 
Apabila kita katakan pendapatan yang selesa, berapa sebenarnya pendapatan tersebut? Setiap orang sudah tentu ada gaya hidup yang tersendiri. Pada sesetengah orang, boleh dapat RM2,000 sebulan hanya dengan berbisnes di internet, itu dah cukup selesa. Pada orang lain yang menjalankan gaya hidup yang lebih mewah, mungkin jumlah tersebut tidak mencukupi.
 
Baiklah perbincangan disini bukannya nak menyentuh mengenai berapa banyak pendapatan yang baru dikatakan sebagai selesa, sebaliknya saya nak fokus kepada pembinaan sesebuah perniagaan dengan konsep mengajar orang lain untuk berjaya mencapai kejayaan seperti mana yang kita berjaya capai.
 
Kita namakan ia sebagai bisnes coaching. Bisnes coaching ini sebenarnya memang sangat banyak dipraktikkan diluar sana. Jika anda ada kemahiran tertentu, dan mampu untuk mengajar dan menyampaikan ilmu tersebut, bolehlah pertimbangkan untuk mulakan bisnes jenis ini.
 
Dalam bisnes coaching, ada yang
i. Mengajar subjek dan matapelajaran untuk peperiksaan
ii. Mengajar cara untuk buat bisnes
iii. Mengajar cara untuk melakukan pelaburan saham
iv. Mengajar untuk membuat senaman bagi mendapatkan bentuk badan ideal
 
Persoalan yang mungkin akan terlintas di fikiran ialah, ada ke orang yang nak ambil sesi personal coaching kalau anda tawarkan kelak?
 
Jawapannya, pasti ada. Cuma jangan la mengharap anda akan dapat pelanggan dengan mudah. Anda masih tetap perlu buat kerja-kerja pemasaran, bina profile anda dan yakinkan bakal pelanggan bahawa anda adalah orang yang sangat layak untuk mengajar.
 
Sebenarnya apa yang penting dalam minda bakal pelanggan adalah, adakah anda mampu untuk bantu diri mereka dapat result seperti yang mereka mahu capai. Jika jawapan anda adalah ya, maka tak syak lagi, andalah orang yang diperlukan oleh pelanggan anda.
 
6. Bisnes menyampaikan maklumat dan informasi Model bisnes jenis ini tidak begitu sukar untuk dilakukan. Peranan anda jika minat nak jalankan bisnes menggunakan konsep ini, adalah menjadi antara yang terawal untuk menyampaikan dan menyalurkan sesuatu maklumat.
 
Jika tak mampu untuk jadi yang terawal, setidak-tidaknya anda cuba untuk jadi antara sumber berita atau rujukan yang boleh dipercayai. Orang yang membaca sumber berita dari anda, tidak ada masalah untuk mempercayai apa yang anda laporkan.
 
Ini bermakna, dalam setiap perkongsian yang anda berikan, anda berikan juga sumber rujukan, kajian dan sebagainya. Bukanlah sekadar berita yang direka-reka.
 
Konsep bisnes seperti ini yang kita boleh jadikan contoh adalah bisnes majalah, surat khabar, tabloid dan sebagainya. Memandangkan kita tidak mempunyai wartawan yang akan bekerja untuk kita, maka apa yang saya boleh cadangkan ialah kita bekerja dengan cara memetik berita dari sumber yang boleh dipercayai.
 
Biasanya kita akan petik dari sumber berita nasional, dan lain-lain laman berita. Sebagai nilai tambah, kita masukkan juga sedikit ulasan dan informasi tambahan yang mungkin relevan dengan berita tersebut.
 
Bagaimana untuk hasilkan pendapatan jika menjalankan bisnes menggunakan konsep seperti ini? Pendapatan kita akan datang melalui penyiaran iklan-iklan berbayar seperti iklan Google Adsense, program affiliate dan jualan produk.
 
7. Bisnes menggunakan konsep Multi Level Marketing (MLM) Last but not least, buat bisnes yang dijalankan menggunakan konsep pemasaran Multi Level Marketing atau MLM. Sengaja saya masukkan konsep bisnes ini diakhir sekali, sebabnya saya faham ada ramai diluar sana yang agak anti dengan bisnes MLM. Well… mungkin sebab dia ada pengalaman yang kurang baik atau pernah terjebak dengan bisnes yang sebenarnya bukan MLM, tapi skim piramid.
 
Perihal sistem piramid, saya dah pernah sentuh dalam blog ini sebelum ini, jadi saya tak nak sentuh disini. Bila saya kata bisnes MLM, saya merujuk kepada bisnes yang
i. Mempunyai lesen AJL yang dikeluarkan oleh KPDNHEP
ii. Mempunyai produk
iii. Mempunyai sijil-sijil yang diperlukan untuk beroperasi secara sah
iv. Mempunyai pengiktirafan dari badan-badan yang berkaitan seperti KKM, Jakim dan sebagainya
 
Kalau nak cerita mengenai bisnes yang menyeleweng, menipu dan sebagainya, saya kira ia tak memberi sebarang nilai tambah dalam hidup kita. Lebih baik kita fokus kepada bisnes MLM yang memang betul-betul menjalankan bisnesnya mengikut etika sebenar. Ya, saya lebih berminat untuk bercerita mengenai syarikat MLM yang genuine, yang sah dan memang betul-betul fokus untuk memberikan perkhidmatan dan produk terbaik kepada para pelanggannya.
 
Saya berani bercerita dan mencadangkan bisnes MLM, sebabnya saya sendiri telah beberapa kali menyertai syarikat yang beroperasi menggunakan sistem MLM. Ada yang saya berjaya jana pendapatan, ada yang tak bertahan lama disebabkan oleh masalah pihak pengurusan.
 
Diluar sana terdapat banyak syarikat yang menjalankan bisnes berkonsepkan MLM. Terpulang pada anda, untuk pilih yang mana satu. Cuma kenalah pastikan anda tidak tersilap memilih syarikat yang mengamalkan skim piramid.
 
Syarikat MLM yang berbeza mempunyai pelan pemasaran yang berbeza. Saya tak mampu nak cerita semua pelan pemasaran yang dipraktikkan oleh syarikat yang berbeza. Namun, saya boleh sentuh sedikit pelan pemasaran yang digunapakai oleh syarikat MLM yang saya sertai.
 
Ini antara ciri-ciri syarikat MLM yang saya sertai, yang membuatkan saya minat untuk sertai
1. Pendaftaran adalah percuma.
Tiada sebarang yuran dikenakan untuk jadi ahli.
 
2. Tidak diwajibkan untuk beli produk setelah join.
Ahli ada masa 6 bulan untuk buat keputusan, apa produk syarikat MLM yang ingin dibeli. Tiada sesiapa yang akan memaksa anda untuk buat pembelian. Gunakanlah masa selama 6 bulan itu dengan sebaik-baiknya, untuk mengkaji, memahami produk atau apa sahaja yang anda rasakan perlu. Jika dalam masa 6 bulan selepas daftar itu, anda rasa tiada produk yang anda minat untuk beli, boleh tinggalkan sahaja bisnes.
 
Katakanlah selepas anda beli produk yang rasa tak puas hati dengan produk, syarikat ada tawarkan jaminan pulangan wang. Ya, boleh minta refund ya. Kalau skim piramid, mana ada jaminan dapat balik duit.
 
3. Tiada komitmen belian wajib setiap bulan.
Sesetengah bisnes MLM mewajibkan ahlinya untuk beli produk dalam nilai tertentu setiap bulan. Jika tak beli, keahlian akan digantung ataupun hilang kelayakkan menerima komisen.
 
4. Selepas daftar percuma, boleh terus mula buat bisnes
Bila dah dapat nombor keahlian, boleh terus buat kerja pemasaran dan mula daftarkan ahli baru sebagai downline.
 
5. Produk yang dijual adalah produk keperluan harian
Syarikat mengeluarkan produk keperluan seperti sabun basuh, produk kosmetik, produk penjagaan kebersihan, vitamin dan sebagainya. Kalau sebelum ini kita beli dari jenama lain yang tak beri kita peluang untuk bina perniagaan, kali ini kita tukar jenama sahaja.
 
6. Ada potensi untuk pelanggan membuat belian ulangan
Oleh sebab barangan yang dijual adalah barangan keperluan, jika downline kita puas hati dengan kualiti produk, dia pasti akan beli lagi jika sudah habis. Ini salah satu perkara yang membezakan antara produk skim piramid dengan produk dari syarikat MLM yang genuine.
Syarikat MLM selalunya akan mengeluarkan produk yang memang ada kualiti supaya pengguna akan jadi seseorang yang suka pada produk dan akan terus buat pembelian. Ya, kualiti produk perlulah sangat bagus supaya downline terus beli, walaupun dia masih belum berjaya bina rangkaian.
Kita beli sesuatu produk bukan semata-mata sebab kita nak dapatkan komisen, tetapi pada masa yang sama sebab kita puas hati dengan kualiti produk.
 
Apa yang kita perlu lakukan dalam bisnes MLM sebenarnya?
Ok.. dalam bisnes MLM lazimnya ada beberapa perkara yang kita perlu lakukan.
 
Pertama, kita perlu jadi ahli. Hanya ahli sahaja yang layak untuk menerima sebarang imbuhan yang bakal diberikan oleh pihak syarikat. Sesetengah orang tak suka nak jadi ahli, dia cuma nak beli produk sahaja. Untuk individu seperti ini, dia boleh beli produk tapi dia tak bolehlah bina rangkaian downline dan bina bisnes.
 
Saya percaya anda pasti biasa nampak ada banyak juga produk keluaran syarikat MLM yang dijual dipasaran bebas atau di outlet. Orang yang belum jadi ahli, boleh buat pembelian cuma dari pembelian tersebut tak ada sebarang elemen kumpul mata ganjaran (Point Value) dan sebagainya.
 
Kedua, setelah jadi ahli, kita perlu bina rangkaian downline yang memenuhi kriteria seperti berikut
i. Downline tersebut berminat untuk jadi pengguna
ii. Downline tersebut juga berminat untuk buat bisnes dan lakukan perkara yang sama seperti mana yang kita lakukan iaitu membina rangkaian
 
Dalam bisnes MLM, matlamat ataupun motif sebenar sesebuah syarikat menggunakan kaedah pemasaran seperti ini adalah bagi memastikan produk keluaran mereka dapat sampai kepada pengguna akhir. Dalam proses tersebut, syarikat membuka peluang kepada orang ramai yang minat untuk bersama-sama syarikat dan menjana pendapatan tambahan.
 
Ya, setiap yang join bisnes MLM ini, pendapatan yang bakal diperolehi tak akan sama. Ada yang mampu hasilkan sampai puluhan ribu ringgit dalam sebulan, dan ada juga yang tak berjaya buat duit langsung. Ada banyak faktorlah yang akan menyumbang kepada kejayaan seseorang itu dalam bisnes ini.
 
Hanya sebab seseorang itu tak berjaya dalam bisnes MLM, tak bermakna bisnes ini tipu. Pada saya, itu berlaku sebab individu tersebut yang tak ada skil dan kemahiran untuk buat bisnes. Sepatutnya dia belajar dan tambah ilmu macam mana untuk lebih berjaya dalam bisnes ini, bukannya buang masa mengeluh dan terus kata bisnes ini tak bagus.
 
Dalam bisnes MLM, ilmu membuat jualan, ilmu pemasaran, ilmu membuat rundingan, ilmu membuat persembahan jualan juga sangat penting dan mampu untuk membantu anda berjaya dalam bisnes.
 
Cuma dari apa yang saya perhatikan, kebanyakkan yang join bisnes MLM ini ialah mereka yang boleh dikatakan sebagai beginner atau amatur. Mereka ini langsung tak pernah ada pengalaman buat bisnes atau mereka yang baru nak mencuba. Bila mereka minat nak cuba berbisnes itu dah dikira cukup bagus.
 
Tapi masalahnya, ada antara mereka yang tak mahu upgrade diri, tak mahu tambah ilmu tapi mengharapkan bulan akan jatuh ke riba. Adakah mereka menganggap dengan sekadar join, nasib mereka akan terus berubah tanpa perlu buat apa-apa?
Baca juga: 11 Personaliti dan karekter individu yang menyertai bisnes MLM
 
Konsep bisnes MLM sebenarnya sangat ringkas. Kita hanya perlu berkongsi apa yang kita tahu, apa yang kita telah perolehi dan apa yang kita alami setelah berada dalam bisnes ini.
Apa yang kita tahu?
Tentang syarikat, tentang produk, tentang amalan pengilangan yang baik, tentang industri dan sebagainya.
 
Apa yang kita telah perolehi?
Hasil penggunaan produk-produk keluaran syarikat, sebarang pendapatan dari menjalankan bisnes.
 
Apa yang kita alami?
Perubahan dari segi tahap kesihatan, peningkatan pendapatan, pengalaman berkenalan dengan ramai orang dan sebagainya.
 
Kesemua ini kita akan lalui jika kita benar-benar aktif dan serius dalam bisnes. Apa yang kita tahu, perolehi dan alami itu kita kongsikan kepada orang ramai, yang mungkin minat untuk lalui apa yang kita lalui.
 
Kalau yang tak minat tu, tak apalah. Kita move on sahaja kepada orang lain. Eh panjang pula saya ulas tentang bisnes MLM, apapun kalau anda minat nak tahu lebih lanjut, baca posting saya yang sebelum ini ya.
Baca disini: Mesej Khas untuk mereka yang cari pendapatan sampingan!
 
Kesimpulan Saya doakan agar anda tak mudah putus asa apabila diuji dengan kesempitan hidup dan kekurangan dari segi wang ringgit. Ya, saya faham, memang susah nak hidup selesa apabila kita berada dalam serba kekurangan.
 
Mudah-mudahan, beberapa kaedah bisnes yang saya telah kongsikan disini dapat membuka minda anda dan dapat menggerakkan hati anda untuk mencubanya, dan mudah-mudahan anda berjaya jana pendapatan.
 
Kita mula dari bawah, kita mula dari sekarang, kita mula dari what ever status kita sekarang dan In Shaa Allah, satu masa nanti kehidupan kita juga pasti akan berubah kepada yang lebih baik. Yang penting ada usaha dan mulakan langkah yang pertama.
 
 
The post 7 Jenis bisnes rendah risiko, modal rendah dan mudah untuk dilakukan appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/bisnes-rendah-risiko-modal-rendah-dan-mudah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Satu Lagi Pusat Rawatan Covid 19 Risiko Rendah Dibuka Di Labuan

Satu Lagi Pusat Rawatan Covid 19 Risiko Rendah Dibuka Di Labuan

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR 29 OKT Satu lagi pusat kuarantin dan rawatan Covid 19 untuk kes berisiko rendah mula beroperasi di Labuan hari ini bagi menampung peningkatan jumlah kes Covid 19 di wilayah itu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Ab...
Idea Divider Dari Kayu Pallet Untuk Lindung Ruang Dapur Mudah Boleh Diy Modal Pun Tak Banyak

Idea Divider Dari Kayu Pallet Untuk Lindung Ruang Dapur Mudah Boleh Diy Modal Pun Tak Banyak

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 817 hits
Masuk saja rumah terus nampak dapur Ini suasana kebanyakan ruang rumah Sedangkan orang perempuan sebenarnya tak suka ruang dapur 8216 see through 8217 Maklumlah ada masa keadaan dapur berkecah Sebab itu ramai yang akan buat divider atau pem...
Bisnes Mudah Dan Terbaik Untuk Menjana Side Income Dari Rumah

Bisnes Mudah Dan Terbaik Untuk Menjana Side Income Dari Rumah

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 315 hits
Bisnes Mudah Dan Terbaik Untuk Menjana Side Income Dari Rumah Artikel ini membincangkan apakah model bisnes mudah dan terbaik untuk The post appeared first on
5 Jenis Bisnes Jana Pendapatan Tambahan Semasa Pkpb Yang Korang Wajib Tahu

5 Jenis Bisnes Jana Pendapatan Tambahan Semasa Pkpb Yang Korang Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 253 hits
1 JUAL MAKANAN DARI RUMAH Korang boleh jual makanan seperti set nasi kek kuih ataupun makanan yang korang pandai masak Boleh mula dengan bukak tempahan untuk mengelakkan pembaziran 2 RAKAM VIDEO DAN MUATNAIK DI YOUTUBE Korang boleh mula den...
Kkm Pertimbang Pesakit Covid 19 Risiko Rendah Dirawat Di Rumah

Kkm Pertimbang Pesakit Covid 19 Risiko Rendah Dirawat Di Rumah

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 263 hits
PUTRAJAYA 24 OKT Kementerian Kesihatan Malaysia mempertimbang untuk membenarkan pesakit Covid 19 berisiko rendah menjalani rawatan di rumah kata Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata kaedah tersebut merujuk kepada...
Kes Takiri Mudah Saja Kenapa Boleh Tak Kena

Kes Takiri Mudah Saja Kenapa Boleh Tak Kena

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 398 hits
Ipohmali Kes Takiri sebenarnya simple je Tak perlu siasatan polis tak perlu dibawa ke pejabat Peguam Negara pun Apa lagi melibatkan Peguam Negara Tak perlu bukti keterangan apa lagi bukti klinikal forensik pun Tak perlu borang 14B Kenyataan...
Tinggi Karbohidrat Sedap Mashed Potato Homemade Versi Special Untuk Anak Cukup Mudah

Tinggi Karbohidrat Sedap Mashed Potato Homemade Versi Special Untuk Anak Cukup Mudah

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 501 hits
Sesekali menyediakan makanan barat untuk keluarga dengan sajian chicken chop atau fish and chip tidak lengkap rasanya tanpa menyediakan homemade mashed potato atau kentang putar Barulah anak anak makin kenyang dan makan bertambah Rupanya me...
Disebabkan Keinginan Untuk Meraih Kemewahan Dengan Cara Mudah

Disebabkan Keinginan Untuk Meraih Kemewahan Dengan Cara Mudah

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 348 hits
Presiden Persatuan Seniman Malaysia dalam satu kenyataan kepada Harian Metro tidak menolak dakw4an kewujudan selebriti terbabit dalam sind1ket pel4curan kelas atasan Zed Zaidi bagaimanapun mend4kwa hanya segelintir kecil yang terbabit dan i
Resipi Ikan Percik Yang Sedap Paling Mudah Nak Buat

Resipi Ikan Percik Yang Sedap Paling Mudah Nak Buat

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 348 hits
Salah satu masakan ikan yang sedap adalah ikan percik Ikan percik sememangnya disukai ramai Rasanya sedikit berlemak kerana penggunaan santan dan jika anda suka pedas boleh lebihkan cili padi ke dalam masakan anda Kali ini kami akan kongsik...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp