Tips Mulakan Bisnes Kek Dengan Resepi Old School Buttercake Versi Bajet



Hai semua.. Mesti ramai dok tunggu Resepi Old School Buttercake ni kan sebab Kekny janji semalam nak share resepi hari ni. Sebenarnya bila Kekny tengok ramai yang terkesan dengan Pandemic Covid 19 yang melanda dunia sekarang, selain masing masing terkurung di rumah, ada yang terjejas ekonomi mereka. Kesian pada yang kena diberhentikan kerja, terpaksa tutup perniagaan, terpaksa ambil cuti tanpa gaji. Sebab tu Kekny rasa yang mana kita yang masih bergaji tetap ni tolong serba sedikit. Tak banyak pun tapi biar sedikit. Kalau ramai yang tolong walau sedikit kan dah jadi banyak juga kan. Tapi nak tolong macam mana? Ok langkah pertama Kekny nak tolong hangpa yang nak start bakery jual kek simple simple sesimple Buttercake ni. 

Tips Asas Memulakan Bisnes Kek Dari Rumah 
Beli oven biasa bukan industrial ovenOven saiz sekurangnya dalam 55 ke 60 liter. Yang boleh muatkan acuan paling besar 10 inci petak dan bulat. Jangan beli oven kecil sangat sebab kek yang elok naikya perlukan oven yang panas sekata dan suhunya tak terlalu panas. Oven terlalu kecil selalunya akan overheat dan kek naik berkerak, hangus serta membuncit

Beli stand mixer murah bajet dalam RM 200 ke RM 300Jangan focus pada brand ye. Ada yang katanya nak brand Kitchen Aid baru nak buka bakery. Kitchen Aid ni kalau paling murah pun untuk home used je. Jadi beli yang biasa macam brand Philips, Cornell atau Pensonic. 
Acuan KekTetapkan dulu kek apa nak buat. Kalau Buttercake size 8 inci mulakan dengan 2 atau 3 acuan 8x8x4 inci. Jangan bisness belum mula apa dah beli acuan kek dari size 4 inci ke size 13 inci hahahaha
ProdukFaktor pembelian mesin dan peralatan bergantung kepada produk apa kita nak jual. Kalau nak jual brownies je, boleh hold dulu beli mixer sebab brownies tak perlu pakai mixer. Kalau nak buat buttercake dimana butter dan gula kena betul pukul baru gebu, jadi belilah stand mixer.  
KLIK UNTUK RESEPI NIAGA BROWNIES ENY ABDULLAH
Tetapkan juga size produk kita dan buat costing berapa untung kita boleh dapat setelah tolak kos

PackagingTentukan nak letak kek dalam kotak? Atau bekas plastik? atau dalam kotak cantik berhias? Semua ni korang boleh check dan survey di kedai baking apa jenis kotak yang ada dan check skali harga. Kalau nak buat kek bajet memadai lah guna kotak biasa atau kotak plastik. Kalau nak pos pula boleh survey kotak kek jenis keras dan juga kos bubble wrap



Nak Guna Premium Butter atau Butter Biasa Yang MurahIni terpulang pada permintaan dan target market kita. Dua dua tak salah. Kalau resepi dan teknik silap, pakai butter harga RM20 seketul macam Golden Churn pun tak akan jadi. Tapi kalau pandai olah guna marjerin pun sedap. Keduanya ada pros dan cons. 
Bagi saya saya suka butter premium sebab rasa lemak dia lain. Ada customer tahu bezanya guna premium butter

Adakalanya saya suka bau lembut marjerin pada butter dan guna marjerin atau butter yang biasa pun dah memadai. Ada customer tak kisah asal kek tu sedap, rupa elok, gebu dan paling penting mampu milik. Nak anytime beli boleh je tak ada berkira kira nak makan ke tak nak beli ke tak sebab mahal

Ha jadi ambil kira faktor diatas, hang pa boleh bahagikan produk dan market tu kepada dua. Bagitahu kat customer nak jenis premium atau jenis biasa. Bagitahu kelebihan setiap satunya. Contohnya Kek Butter Premium guna butter mahal, harga agak mahal tapi lemak sedap dan harum bau susu je. Kek butter biasa, lebih moist, tahan lama dan harga sangat murah. Yang penting kita pandai bagi highlight kelebihan je ya, bukan keburukan







Review Latifolia MargerinUntuk kek butter kali ni saya guna butter yang sangat mampu milik harganya iaitu Butter Latifolia. Dah lama saya dengar dari kawan kawan bakers yang kata butter tong ni sedap dibuat kek dan biskut walaupun harganya murah. Harga saya beli online sekitar RM16 ke RM17 bagi 1.8kg. Murah kan! Tapi rasanya sedap sangat dan kek sangat moist! Boleh cuba ya






Resepi Kek Butter Old School
Acuan Size 8X8 inci
Bahan-bahan Kek Butter Old School250 gram tepung naik sendiri250 gram butter Latifolia (boleh guna buttercup atau Planta)6 sudu besar buttermilk ( susu dicampur 1/2 sudu besar cuka)220 gram gula caster4 biji telur1 sudu teh esen vanilla1 sudu teh butter oil (butter flavour)1/2 sudu teh garam
Cara Penyediaan Kek Butter Old SchoolPutar gula dan butter sehingga betul-betul berkrim
masukkan telur sebiji demi sebiji bersama esen vanilla
masukkan tepung dan buttermilk berserta butteroil dan garam
Kaup pakai spatula atau putar sekejap sahaja. Selepas masuk tepung jangan putar lama atau kek akan jadi 'liat'
Bakar ada suhu 160 selama 45 minit atau sehingga kek masak




 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.enyabdullah.com/2020/10/old-school-butter-cake.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Saya Mulakan Bisnes Pest Control Tanpa Ada Sedikitpun Pengalaman Dalam Industri Intro

Bagaimana Saya Mulakan Bisnes Pest Control Tanpa Ada Sedikitpun Pengalaman Dalam Industri Intro

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 382 hits
Artikel kali ni nak cerita pengalaman saya mulakan bisnes pest control lebih 17 tahun dulu dengan lansung tak ada pengalaman dalam industri yang sama sebelum itu Mungkin anda selalu dengar The post appeared first on
Kek Coklat Moist Versi Bakar Cukup Lembut Macam Kukus Sedap

Kek Coklat Moist Versi Bakar Cukup Lembut Macam Kukus Sedap

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 522 hits
Ada waktunya tekak mula terasa ingin menikmati sajian kek yang manis lembut dan gebu Menyediakan sendiri kek di rumah barulah puas hati anak anak dan suami makan di petang hari Tercari cari kek coklat yang enak dan rasanya sedikit berbeza r...
Essay Writing Tips And Tricks Useful Tips For High School Students

Essay Writing Tips And Tricks Useful Tips For High School Students

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 373 hits
Writing an Essay is among the most troublesome things which you need to go through before you graduate from high school There are a good deal of important things to consider when you re going to compose your essay but additionally there are...
Panduan Mudah Mulakan Bisnes Makan Dan Delivery Dari Rumah

Panduan Mudah Mulakan Bisnes Makan Dan Delivery Dari Rumah

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 345 hits
Bisnes Yang Mudah Untuk Dimulakan Bagi Orang Orang Mahu Mulakan Bisnes Dengan Kos Yang Rendah Serta Sentiasa Ada Permintaan Yang Tinggi Walaupun Selepas Tamat PKP Ebook ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis iaitu Abang Speggo dalam per...
Resipi Kek Coklat Bajet Guna Senduk Nasi Tak Perlu Mixer Yang Dijamin Sedap Dan Gebu

Resipi Kek Coklat Bajet Guna Senduk Nasi Tak Perlu Mixer Yang Dijamin Sedap Dan Gebu

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 459 hits
Kek coklat sememangnya mendapat tempat istimewa di hati bagi kebanyakan daripada kita Ramai yang gemarkan kek coklat berbanding perisa lain Sudah banyak resipi kek coklat dikongsikan di luar sana namun kali ini kami akan kongsikan resipi ya...
Kek Buah Bakar Makin Lama Makin Lembab Versi Buah Berselerak

Kek Buah Bakar Makin Lama Makin Lembab Versi Buah Berselerak

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 434 hits
Ni dia resipi kek buah berselerak yang sedap lembab Makin lama disimpan bila keluar dari peti sejuk bila digigit ya ampun sedap kemain lagi Ni resipi kek buah versi bakar oleh Mariana Zainal yang sudi berkongsi resipi mengikut olahannya sen...
Resepi Kek Pelangi Cheese

Resepi Kek Pelangi Cheese

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 714 hits
Selalunya yang menjadi kegemaran orang ramai adalah kek chocolate atau kek red velvet kan Mesti hampa pernah dengar pasal kek pelangi kan
Resepi Ayam Masak Bali Cik Epal

Resepi Ayam Masak Bali Cik Epal

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 919 hits
Assalammualaikum Dunia Yok jom kita masak memasak Okew resepi cikbunga ambik dari Blogger termahsyur dari Blogger Cik Epal Ayam Masak Bali Cik Epal Laa nie blog nyer macam tak leh nak ekses laaa Dulu pernah cuba resepi Ayam Masak Bali nie J...
Resepi Tomyam Ayam Macam Dekat Kedai

Resepi Tomyam Ayam Macam Dekat Kedai

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 612 hits
Resepi Tomyam Ayam Macam Dekat Kedai Assalamualaikum Hai dah lama tak masak tomyam ayam Teringin punya pasal baru baru Cik Ash ada buat tomyam ayam satu periuk besar hihihi Memang nak makan hirup kuah sungguh ni Dekat rumah ni suami kalau t...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi