Panduan Solat Sunat Aidilfitri Dan Khutbah Raya




Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bermula dengan terbenam matahari hari terakhir bulan Ramadhan.

TAKBIR HARI RAYA AIDIL FITRI

Sunat memperbanyakkan takbir setelah masuk waktu maghrib malam hari raya sebagai tanda mengagungkan Allah yang menganugerahkan peluang beribadah pada bulan Ramadhan dan mensyukuri nikmat petunjuk dan hidayah. Firman Allah Ta’ala:

وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2: 185)

WAKTU TAKBIR AIDIL FITRI
Bermula dengan masuk maghrib malam hari raya dan berakhir dengan Takbiratul Ihram imam menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Sunat bertakbir di rumah, masjid, jalanan dan di tempat-tempat awam.

LAFAZ TAKBIR

(اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَلِلَّهِ الْحَمْدُ (3 كالي
Sunat selepas takbir yang ketiga mengucapkan:

اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ .

WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

(1) Afdhal membayar zakat fitrah selepas solat subuh pada hari raya dan sebelum solat sunat hari raya.
(2) Harus membayar zakat fitrah sepanjang bulan Ramadhan.
(3) Makruh menangguhkan membayar zakat fitrah selepas solat solat sunat hari raya.
(4) Haram menangguhkan membayar zakat fitrah sehingga berakhir hari raya pertama tanpa sebarang uzur.
PERKARA SUNAT SEBELUM SOLAT SUNAT HARI RAYA
(1) Mandi Sunat Hari Raya. (Mandi seperti biasa dengan niat: Sahaja aku mandi sunat hari raya.)
(2) Berhias, memakai pakaian yang terbaik dan memakai haruman.
(3) Menjamah sedikit makanan (yang afdhal: buah kurma) sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidil Fitri.

PANDUAN SOLAT SUNAT AIDIL FITRI

Hukum melakukan Solat Sunat Aidil Fitri adalah sunad muakkad. Solat ini afdhal dilakukan secara berjemaah dan lebih afdal di masjid, surau ataupun di kawasan yang lapang dan terbuka. Boleh juga melakukannya di rumah. Solat ini juga boleh dilakukan secara bersendirian bagi mereka yang tiada peluang hadir berjemaah atau ketinggalan daripada jemaah.

Waktu Solat Sunat Aidil Fitri ialah selepas terbitnya matahari dan berpanjangan sehingga sebelum tergelincir matahari (zohor). Solat Sunat Aidil Fitri afdhal dilakukan saat matahari tinggi segalah ( awal waktu dhuha atau lebih kurang 28 minit selepas waktu isyra’)

TATACARA SOLAT

Solat Sunat Aidil Fitri boleh dilakukan dengan dua cara:

Pertama: Sekurang-kurang solat sunat Aidil Fitri itu ialah solat dua rakaat seperti solat sunat wudhuk.
Kedua: Cara yang akmal (sempurna) adalah melakukan solat dua rakaat seperti solat sunat wudhuk tetapi ada perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir. Caranya seperti berikut:
Rakaat Pertama:
Lafaz niat:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا / مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat imam/makmum kerana Allah Ta’ala.

Dimulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat ini di dalam hati.
Membaca doa iftitah.
Bertakbir tujuh kali dan setiap kali takbir diikuti dengan bacaan tasbih:

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر

Membaca surah al-Fatihah.
Membaca mana-mana surah al-Quran (Afdhal membaca surah al-A’laa).
Meneruskan solat dengan ruku’ dan perbuatan seterusnya sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat Kedua
Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir bangun dari sujud ke rakaat kedua).
Bertakbir lima kali dan setiap kali takbir diikuti dengan bacaan tasbih seperti di atas.
Membaca surah al-Fatihah.
Membaca mana-mana surah al-Quran (Afdhal membaca surah al-Ghasiyah).
Meneruskan solat dengan ruku’ dan perbuatan seterusnya sehingga selesai rakaat kedua.
Memberi salam.

KHUTBAH AIDIL FITRI (SELEPAS SOLAT SUNAT )

(1) Sunat Khutbah Aidil Fitri bagi yang solat berjemaah.
(2) Tidak sunat khutbah bagi yang solat sendirian.
Boleh muat turun teks khutbah lengkap di sini (MUAT TURUN: KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITIRI)

Khutbah Aidil Fitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat dimulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

UCAPAN SUNAT DI HARI RAYA
Dari Jubair bin Nufair, ia berkata bahawa jika para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berjumpa dengan hari ‘ied (Aidil Fitri atau Aidil Adha, penyusun), satu sama lain saling mengucapkan, “Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).” Al Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahawa sanad hadis ini hasan.

Rujukan:

Matla’ al-Badrain, Syiekh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatoni.
Mausu’ah Feqh as-Shiyam, Abu Qutaibah Rasyidi Abdurragman al-Fatoni.

artikel ini di ambil daripada ( Panduan Solat Sunat Aidilfitri dan Khutbah Raya )

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pemudattbc.blogspot.com/2020/05/panduan-solat-sunat-aidilfitri-dan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jais Teks Khutbah Raya 2020 Mufti

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jais Teks Khutbah Raya 2020 Mufti

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 1920 hits
Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri JAIS Teks Khutbah Raya 2020 Ringkas Lengkap Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Ye esok Raya InshaaAllah jika diizinkan Allah dapat kita menyambut hari lebaran Eidul Fitri 1 Syawal 1441H 24 M...
Teks Khutbah Raya Untuk Semua Yang Jadi Imam Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Dari Dr Maza

Teks Khutbah Raya Untuk Semua Yang Jadi Imam Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Dari Dr Maza

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 986 hits
Ramadan bakal berakhir beberapa hari sahaja lagi kemudian umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan hari raya Aidilfitri Bagi negara kita suasana sambutan hari raya pada tahun ini mungkin sangat berbeza berbanding tahun tahun lepa...
Panduan Solat Sunat Raya Di Rumah

Panduan Solat Sunat Raya Di Rumah

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 926 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraMemandangkan Solar Sunat Eidulfitri di masjid tidak dapat dilakukan seperti biasa maka ramai yang terpaksa bersolat sunat di rumah sahaja Bagi mereka yang ingin melakukan Solat Sunat Eidulfitri di rumah bo...
Pahang Sediakan Panduan Solat Sunat Aidil Fitri Di Rumah Masing Masing Beserta Teks Khutbah

Pahang Sediakan Panduan Solat Sunat Aidil Fitri Di Rumah Masing Masing Beserta Teks Khutbah

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 1001 hits
Pahang telah keluarkan panduan dan cara lakukan Solat Sunat Aidil Fitri beserta teks khutbah untuk anda lakukan sendiri di rumah masing masing bersama keluarga Panduan ini sedikit sebanyak akan memudahkan urusan kita semua Pahang antara neg...
Teks Khutbah Aidilfitri Ringkas Untuk Solat Raya Berjemaah Di Rumah

Teks Khutbah Aidilfitri Ringkas Untuk Solat Raya Berjemaah Di Rumah

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 607 hits
Cari teks khutbah Aidilfitri 1441H yang ringkas untuk solat berjemaah Hari Raya di rumah Ok anda boleh gunakan teks khutbah raya ringkas disediakan di dalam blog post ini untuk digunakan ketika solat sunat Raya Aidilfitri berjemaah bersama ...
Cara Solat Raya Aidilfitri Di Rumah Semasa Covid19 Beserta Khutbah

Cara Solat Raya Aidilfitri Di Rumah Semasa Covid19 Beserta Khutbah

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 524 hits
Panduan Solat Raya Aidilfitri Di Rumah Beserta KhutbahIstimewanya puasa dan Raya tahun ni Tuhan beri banyak kesempatan untuk kita ambil peduli dan belajar berdikari Aku nak kongsikan cara solat raya Aidilfitri di rumah memandangkan kita mas...
Cara Melaksanakan Solat Sunat Aidilfitri Dari Rumah Amp Bacaan Khutbah Mudah Untuk Imam Interim

Cara Melaksanakan Solat Sunat Aidilfitri Dari Rumah Amp Bacaan Khutbah Mudah Untuk Imam Interim

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 696 hits
Hampir setiap hari penulis akan memandang sayu di kawasan surau yang terletak berdekatan dengan rumah di mana keadannya sedikit lenggang yang terdengar hanyalah alunan azan yang berkemundang menandakan waktusolat Lalu terfikir adakah Solat ...
Panduan Para Ayah Lakukan Solat Sunat Hari Raya Aidul Fitri Di Rumah Bersama Keluarga

Panduan Para Ayah Lakukan Solat Sunat Hari Raya Aidul Fitri Di Rumah Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 551 hits
Tahun ini tahun sejarah buat semua orang Islam di Malaysia Malah mungkin berlaku diseluruh dunia Tahun yang sangat istimewa sebab sebulan berpuasa satu malampun tak berbuka dan tak tunaikan solat sunat taraweh di Masjid atau surau Semua ora...
Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri Di Rumah Kerana Pkpb Covid 19

Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri Di Rumah Kerana Pkpb Covid 19

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 644 hits
Panduan Solat Sunat Hari Raya di Rumah Amalan menunaikan sholat sunat Hari Raya adalah sunat Muakad mengikut mazhab Imam Syafie yang menjadi teras agama Islam di Nusantara ini Pun begitu Nabi Muhammad S A W tidak pernah meninggalkan sholat ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri