Panduan Pengeluaran I Sinar Kwsp Akaun 1 Kwsp Sehingga Rm10 000


Pada pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban kewangan ahli yang terjejas.
Sebelum ini, KWSP telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan selama tempoh 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000.
Pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF) boleh membuat permohonan i-Sinar iaitu pengeluaran simpanan KWSP akaun 1.
TERKINI:
Pengumuman terkini daripada KWSP pada 2 Disember 2020,Permohonan pengeluaran i-SINAR dan pendaftaran i SINAR kini telah diumumkan secara rasmi oleh KWSP
Kelayakan Pengeluaran i-Sinar
Terdapat dua Kategori yang telah dimaklumkan oleh KWSP:
Kategori 1
Mereka yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau diberi cuti tanpa gaji.
Syarat kelayakan untuk kategori 1
Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.
Bagi kategori ini:
Tiada dokumen sokongan diperlukan; Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP; Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020. Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.
Kategori 2
Mereka yang masih bekerja tetapi mengalami masalah pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020.
Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa. Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.
Tarikh dan cara membuat Permohonan Untuk kategori 1
Permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui https://isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020. Tiada dokumen sokongan diperlukan. Kelulusan diberikan secara automatik melalui data dalam KWSP. Pembayaran akan dilakukan bermula pertengahan Januari 2021. Baca Juga:
Panduan Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Sebelum Usia 55 Tahun Maksud Di Sebalik Fungsi Akaun KWSP 1 Dan 2 Yang Sebenar Untuk kategori 2
permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui https://isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021. Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa 2 ke 3 minggu selepas pembayaran dibuat. Pembayaran akan dijalankan sebelum akhir bulan berikutnya selepas mendapat kelulusan. Pemohonanan akan di buka selama 6 bulan bermula 21 Disember 2020.
Kadar pengeluaran i-Sinar terbaru Pengeluaran yang dibenarkan bagi kemudahan i-Sinar ini ialah 10% daripada Akaun 1 mereka dan tertakluk kepada baki minimum RM100.
Duua kriteria penting yang diambil kira ialah iaitu
Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah dibenarkan untuk mengeluarkan wang sehingga RM10,000. Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 RM100,000 ke atas dibenarkan untuk mengeluarkan 10% simpanan mereka dan maksimum pengeluaran adalah sebanyak RM60,000. Bagi kriteria pertama, pihak KWSP akan mengkreditkan wang tersebut selama 6 bulan dengan pendahuluan bagi bulan pertama adalah sehingga RM5,000.
Untuk kriteria kedua, pendahuluan maksimum yang akan dikreditkan bagi bulan pertama adalah sehingga RM10,000 dan bakinya akan diberikan pada bulan-bulan seterusnya sehingga 6 bulan.Sila rujuk jadual dibawah untuk anda mendapat gambaran jelas tentang kadar pengeluaran yang dibenarkan.
Kriteria: Baki Akaun 1 berjumlah RM90,000 dan ke bawah Baki Akaun 1 Pendahuluan Bulan Pertama Maksimum Jumlah Pengeluaran Dibenarkan RM4,500 Sehingga RM4,400 RM4,400 RM10,000 Sehingga RM5,000 RM10,000 RM70,000 Sehingga RM5,000 RM10,000 2. Kriteria: Baki Akaun 1 berjumlah RM100,000 ke atas
Baki Akaun 1 Pendahuluan Bulan Pertama Maksimum Jumlah Pengeluaran Dibenarkan RM100,000 Sehingga RM10,000 RM10,000 RM500,000 Sehingga RM10,000 RM50,000 RM800,000 Sehingga RM10,000 RM60,000 Sekarang anda tidak perlu beratur panjang di kaunter KWSP pun untuk semak baki.Cara semak baki akaun 1 KWSP secara online boleh baca dibawah:
Cara Daftar I-Akaun Dan Semak Penyata KWSP Online
TERBARU:
Menurut Persidangan Dewan Rakyat pada 26 November 2020
Pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun KWSP Akaun 1 ditambah baik dengan diperluaskan kepada semua melalui penambah baikan melibatkan:
Dibuka dan diperluas kepada semua ahli yang terjejas pendapatan tidak kira hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan Tanpa mengira pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak, selagi mereka terjejas pendapatan dengan ketara Daripada 2 juta kini kepada 8 juta ahli Daripada pengeluaran sebanyak RM9,000 kini sehingga RM10,000 Perlu memohon di dalam talian atau hadir mana-mana pejabat KWSP, tunjukkan bukti kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji elauan atau OT mahupun pengurangan pendapatan (sekiranya bekerja sendiri).  Kelayakan Pengeluaran TERKINI
Pengeluaran i-Sinar sehingga RM10,000 akan diperluas kepada kira-kira lapan juta ahli KWSP. Menurut Menteri Kewangan, pengeluaran terbuka kepada:
SEMUA Ahli KWSP tanpa mengira sama ada mereka yang hilang atau terjejas pendapatan Ahli yang bekerja dalam sektor formal atau tidak juga boleh memohon Setiap ahli dibenarkan mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 sehingga RM10,000.
Namun, tarikh permohonan pengeluaran Akaun 1 KWSP i-Sinar masih belum diumumkan.
Sebagai persediaan , anda boleh semak penyata baki Akaun KWSP anda sekarang. Selepas ini senang untuk anda buat perancangan kewangan bagi pengeluaran Akaun 1 jika perlu.
Cara memohon Pengeluaran i-Sinar KWSP Duit KWSP (Akaun 1)
Permohonan Pengeluaran i-Sinar KWSP boleh dilakukan melalui dua cara:
Melalui online (Akan dikemaskini kemudian) Hadir ke Pejabat KWSP terdekat Tarikh permohonan i-Sinar KWSP: Pertengahan Disember 2020 (Akan dikemaskini)
Senarai dokumen yang diperlukan ketika membuat permohonan:
Bukti kehilangan pekerjaan Notis cuti tanpa gaji Potongan gaji/ elaun/ OT Bukti pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri Contoh-contoh dokumen adalah:
Notis diberhentikan kerja daripada majikan Notis diberi cuti tanpa gaji daripada majikan Notis potongan gaji daripada majikan Notis potongan elaun daripada majikan Notis potongan OT (Elaun kerja lebih masa) daripada majikan Penyata akaun perniagaan/ laporan pendapatan bulanan (Bagi yang bekerja sendiri) Surat akuan pengesahan pendapatan (Bekerja sendiri / tidak mempunyai slip gaji) Dokumen-dokumen ini boleh di perolehi dari majikan di tempat kerja untuk dijadikan bukti pendapatan terjejas.Walau bagaimanapun kita tunggu perincian tentang i-sinar KWSP pada 2 Disember ini.
Tarikh jadual Pembayaran Tarikh kredit mengikut maklumat yang kami dapat bermula Januari 2021
Lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari, i-Sinar akan diperincikan pada 18 November 2020. Inisiatif ini menghadkan amaun pengeluaran sebanyak RM500 maksimum demi keperluan ahli dalam jangka masa pendek serta kesejahteraan masa depan persaraan mereka .
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil langkah memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.
KWSP dalam kenyataannya menjelaskan, i-Sinar akan memberi manfaat kepada dua juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli terbabit.
Jelasnya, ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember ini.
“Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.
“Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.
kelayakan yang dibenarkan i-Sinar KWSP
Boleh rujuk kenyataan media dibawah.Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang dibenarkan:
ahli yang kehilangan pekerjaan pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2 bulan berturut-turut pekerja yang diberi cuti tanpa gaji ahli yang tiada sumber pendapatan Pengeluaran Akaun 1 KWSP Yang Dibenarkan
Ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, namun tertakluk kepada baki minimum RM100.
Ahli mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah di dalam Akaun 1, akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000. Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM1,000 sebulan. Ahli mempunyai baki lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1, akan mempunyai akses 10%, namun jumlah maksimum boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000. Pengeluaran seterusnya adalah pada tahap maksimum RM10,000 sebulan. Boleh rujuk gambar di atas.
Ramai yang keliru dengan ayat “ganti semula” pengeluaran akaun
Untuk makluman anda, menurut KWSP, amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 itu akan diganti semula dengan caruman ahli pada masa depan.
Maksudnya begini:
Katakan anda keluarkan RM9,000 dari akaun 1 melalui i-Sinar.
Maka disyaratkan kelak apabila ahli telah berkerja semula dan mencarum KWSP seperti biasa (bersama caruman majikan), caruman baharu itu akan dikreditkan ke akaun 1 sepenuhnya sehinggalah pendahuluan RM9,000 tadi diganti.
Setelah itu barulah caruman dipecahan semula mengikut kebiasaan 70:30 Akaun 1 dan Akaun 2.
Anda mungkin tidak akan rasa perbezaan. Cuma akaun 2 ahli berkuranglah sedikit. Jumlah caruman tiada beza secara keseluruhannya.
Bagaimana pula kalau tidak berkerja? Tak berkerja maka tak perlu mencarum dan tak perlu ganti duit yang telah dikeluarkan itu.
Pertanyaan Lanjut Untuk sebarang pertanyaan  mengenari pengeluaran Akaun 1 KWSP,boleh hubungi:



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2020/12/panduan-pengeluaran-i-sinar-kwsp-akaun-1-kwsp-sehingga-rm10000/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Cara Mohon Rm10 000 I Sinar Kwsp Pengeluaran Akaun 1

Panduan Cara Mohon Rm10 000 I Sinar Kwsp Pengeluaran Akaun 1

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 494 hits
Mulai hari ini 21hb Disember 2020 permohonan untuk pengeluaran i Sinar Kategori 1 telah dibuka secara online Di sini ana nak kongsikan cara untuk membuat permohonan i Sinar Kategori 1 sebagai panduan dan rujukan kita bersama Sebagai panduan...
Permohonan I Sinar Online Pengeluaran Kwsp Akaun 1

Permohonan I Sinar Online Pengeluaran Kwsp Akaun 1

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 711 hits
Permohonan i Sinar secara online kini dibuka kepada semua pencarum KWSP yang ingin mengeluarkan simpanan di dalam akaun 1 mereka Terdapat dua kategori ahli yang boleh memohon pengeluaran ini Kategori 1 Ahli yang tidak mencarum sekurang kura...
Permohonan Pengeluaran Kwsp Akaun 1 I Sinar

Permohonan Pengeluaran Kwsp Akaun 1 I Sinar

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 575 hits
Perhatian buat anda yang berminat membuat permohonan pengeluaran KWSP i Sinar di sini kami kongsikan cara permohonan secara online The post appeared first on
Ini Perkara Yang Korang Kena Tahu Sebelum Buat Keputusan Keluarkan Rm10 000 Akaun 1 Kwsp

Ini Perkara Yang Korang Kena Tahu Sebelum Buat Keputusan Keluarkan Rm10 000 Akaun 1 Kwsp

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 453 hits
loading Bermula 21 Disember 2020 haritu meriah di media sosial sampai jadi viral apabila permohonan KWSP i Sinar sudah dibuka untuk kategori 1 Untuk yang belum tahu i Sinar ini adalah satu inisiatif kerajaan membenarkan pencarum KWSP mengel...
Kwsp Pengeluaran I Sinar Tidak Bersyarat Hanya Kriteria Pastikan Permohonan Selari

Kwsp Pengeluaran I Sinar Tidak Bersyarat Hanya Kriteria Pastikan Permohonan Selari

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR Pengeluaran i Sinar tidak bersyarat dan apa yang dicirikan adalah hanya kriteria untuk memastikan permohonan selari dengan data sedia ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP dalam satu maklum balas yang dikeluarkan hari ini men...
Cara Mohon Kwsp I Sinar Akaun 1 Daftar I Akaun Kwsp Online

Cara Mohon Kwsp I Sinar Akaun 1 Daftar I Akaun Kwsp Online

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 719 hits
Cara mohon kwsp i Sinar akaun 1 daftar i akaun kwsp online Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Haritu saya ada buat video youtube berkaitan dengan cara mohon kwsp i sinar secara online kelayakan syarat untuk keluar duit 10k dari aka...
Pengeluaran Duit Kwsp I Lestari Dan I Sinar Perlu Bayar Zakat Ke

Pengeluaran Duit Kwsp I Lestari Dan I Sinar Perlu Bayar Zakat Ke

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 740 hits
Esok dah bermula permohonan untuk pengeluaran caruman KWSP I Sinar dan pengeluaran I Lestrai pula masih berlangsung sekurangnya sehingga bulan Mac depan kalau Cik Sue tak silap Semalam borak borak dengan Mr D terkeluar topik dan persoalan k...
Cara Mudah Untuk Memohon I Sinar Kwsp Online Tarikh Bayaran I Sinar Kelayakan Permohonan

Cara Mudah Untuk Memohon I Sinar Kwsp Online Tarikh Bayaran I Sinar Kelayakan Permohonan

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 667 hits
Cara Mudah Untuk Memohon i Sinar KWSP Online Untuk artikel kali ini saya ingin kongsikan cara cara untuk mengeluarkan duit KWSP dari akaun 1 dengan membuat permohonan di portal i Sinar Siapakah Yang Layak Untuk Memohon i sinar diwujudkan un...
Lupa Id Kata Laluan I Akaun Kwsp Cara Reset Password

Lupa Id Kata Laluan I Akaun Kwsp Cara Reset Password

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 517 hits
LUPA ID KATA LALUAN i AKAUN KWSP CARA RESET PASSWORD Ahli KWSP ada masalah terlupa LUPA ID KATA LALUAN i AKAUN KWSP Kami akan kongsikan cara untuk reset kata laluan i Akaun KWSP bagi kes LUPA ID KATA LALUAN i AKAUN KWSP Sebelum belajar cara...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana