Pengeluaran Duit Kwsp I Lestari Dan I Sinar Perlu Bayar Zakat Ke


Esok dah bermula permohonan untuk pengeluaran caruman KWSP I-Sinar dan pengeluaran I-Lestrai pula masih berlangsung sekurangnya sehingga bulan Mac depan kalau Cik Sue tak silap. Semalam borak-borak dengan Mr D terkeluar topik dan persoalan kena zakat ke eh pengeluaran ni,kata dia officemate dia pun dok bincang ada kata wajib bayar ada kata tak.Haaaa dah jadi kemusykilan pulak,jadi tugas Cik Sue la dapatkan maklumat untuk persoalan ni dari pihak zakat.Untuk maklumat lanjut pengeluaran I-Sinar korang boleh ke https://isinar.kwsp.gov.my/

Pertamanya kita perlu sedar tuntutan zakat adalah wajib ye bagi umat Islam,haaa kena ingat tu,dan kena ambil tahu cara pengiraan dan nisabnya,kalau cukup haul/layak wajib di tunaikan.Zakat ni terbahagi kepada beberapa jenis/bahagian :
1. Zakat Fitrah 
2.Zakat Harta yg di bahagikan kepada : 
-zakat pendapatan
-zakat perniagaan
-zakat wang simpanan 
-zakat emas dan perak
-zakat saham
-zakat KWSP 
-zakat takaful
Jelas di sini duit KWSP yang kita simpan tu memang wajib zakat tapi bergantung pengiraan nisab untuk layak atau tidak di tunaikan zakat ye,ingat tu


Fatwa di bawah Seksyen 47, menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.

“ Berdasarkan kepada Fatwa Zakat KWSP dan berpandukan kepada Fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor bagi tahun 2013, pencarum KWSP diwajbkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut tanpa menunggu haul setahun ”




Dalil Al-Quran :


“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”(Surah At-Taubah : Ayat 34-35)


Jadi wajib zakat ke tidak pengeluaran Kwsp I -Lestari dan I-Sinar??
Wang KWSP diwajibkan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan cuma bezanya, wang KWSP ni tak boleh dikeluarkan sesuka hati. Kewajipan membayar zakat bagi pengeluaran apabila memenuhi syarat " Sempurna Milik ". Semasa masih mencarum dan dalam simpanan KWSP kita terlepas dari tuntutan zakat sebab belum cukup syarat jadi milik sempurna kita yang di wajibkan berzakat, jadi bila di keluarkan sejumlah wang KWSP tu terus jadi "sempurna milik" dan kena la zakat ye tuan puan

Tapi ada yang buat pengeluaran sebab terkesan dengan pandemik Covid-19 ni ,dan keluarkan untuk kelangsungan hidup tambah-tambah yang di berhentikan kerja,hilang pendapatan,kena zakat juga ke? Haaaa kena baca sampai habis ye

Jenis dan Syarat Zakat KWSPJenis Zakat KWSP
1) Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna) - 2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat. Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab,hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain
2) Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna ) - 2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP

Syarat Zakat KWSP

- Pencarum KWSP yang telah menerima wang simpanan, atau telah layak mengeluarkan wang KWSP tersebut, tetapi memilih untuk terus menyimpan di KWSP, yang dibenarkan untuk mengeluarkan pada bila-bila masa seperti simpanan yang melebihi ‘Ringgit Malaysia Satu Juta’ adalah wajib mengeluarkan zakat setiap tahun apabila telah cukup nisab dan haul kerana wang tersebut telah sempurna menjadi miliknya

- Wang simpanan KWSP wajib dikeluarkan bagi pekerja-pekerja Islam sebagai zakat bila cukup haulnya iaitu setahun setelah penerimaannya

- Pencarum KSWP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus selepas menerima wang wang KWSP jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun

Bagi pencarum yang mengeluarkan simpanan mereka sebelum umur 55 tahun, kaedah taksiran zakatnya perlu melihat kepada kewajipan zakat pendapatannya. Kaedahnya sebagaimana berikut:
1. Jika ia adalah pembayar zakat pendapatan. - Pengeluaran KWSP wajib dizakat walaupun jumlah pengeluaran kurang drpd nisab
2. Jika ia bukan pembayar zakat pendapatan. - Jumlah pengeluaran zakat KWSP perlu dicampurkan dengan jumlah pendapatannya untuk dinilai samada melebihi nisab atau tidak
ii. Jika melebihi nisab, ia wajib dizakat
ii. Jika tidak melebihi nisab, zakat tidak wajib dikeluarkan

Galakan ini termasuk semua jenis pengeluaran samaada pengeluaran penuh atau sebahagian yang dibenarkan KWSP dan telah cukup nisab

Tapi ada kelonggaran jika wang KWSP di keluarkan untuk tujuan kehidupan yang mendesak contohnya untuk keperluan makan minum seharian, tiada pendapatan lain untuk di gunakan akibat desakan pandemik Covid19 ,anda tidak di wajibkan zakat ye

Tapi jika pengeluaran bukan untuk tujuan keperluan hidup yang mendesak,wajib zakatlah dan mengikut syarat dan kiraan yang di tetapkan,boleh rujuk ke Pusat Zakat yang terdekat dengan anda  ye,macam Cik Sue di Lembaga Zakat Selangor la

Contoh pengiraan nisab pembayaran zakat : 
Contoh 1: KWSP dikeluarkan pada tahun 2019 sebanyak RM 20,000 untuk tujuan deposit perumahan. Kadar nisab pada tahun 2019 adalah RM13,536 (berdasarkanLembaga Zakat Selangor) . Maka, jumlah yang dikeluarkan ini cukup nisabnya

Oleh itu, jumlah zakat yang perlu dibayar adalah RM 20,000 x 2.5% = RM 500

Contoh 2: RM 4000 dikeluarkan dari akaun KWSP pada tahun 2019 bagi tujuan pembeliankomputer riba. Disebabkan tak cukup nisab , jumlah pengeluaran ini disekalikan dengan zakat pendapatan

Gaji bersih bulanan (setelah ditolak keperluan asas) adalah RM3,500 sebulan dan jumlahnya adalah RM42,000 (setahun). 
Oleh itu, jumlah zakat yang perlu dibayar adalah (RM42,000 + RM4,000) x 2.5% = RM1,150
Ini hanya contoh ye ,untuk pengiraan tepat dan mengikut situasi keperluan serta tujuan pengeluaran korang,boleh rujuk laman web atau hubungi terus pusat zakat masing-masing ye.Insya Allah kelak lebh jelas macam mana prosedur serta syarat dan kelayakan yang mewajibkan tuntutan zakat ni


Insya Allah ,tuntutan zakat dalam Islam bukanlah membebankan setiap umatnya tapi kita di beri peluang menunaikan hak orang dalam dalam harta kita dan ingatlah takkan miskin bila kita salurkan harta ke jalan yang benar malah menyucikan harta dalam genggaman kita malah pahala dan keberkatan rezeki menanti kita,hidup juga lebih tenang bila kita tunaikan tuntutan yang di wajibkan.Jom sama-sama kita cari ilmu ,sebelum ni tak tahu tak pe,dah tahu jom la kita tunaikan

Untuk info lanjut boleh layari
Website: https://www.zakatselangor.com.my/
Instagram: https://www.instagram.com/zakatselangor/
Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangor
Youtube: https://www.youtube.com/user/LZStube
Twitter: https://twitter.com/zakatselangor/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sueizza.com/2020/12/pengeluaran-duit-kwsp-i-lestari-dan-i.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Cara Mohon Rm10 000 I Sinar Kwsp Pengeluaran Akaun 1

Panduan Cara Mohon Rm10 000 I Sinar Kwsp Pengeluaran Akaun 1

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 494 hits
Mulai hari ini 21hb Disember 2020 permohonan untuk pengeluaran i Sinar Kategori 1 telah dibuka secara online Di sini ana nak kongsikan cara untuk membuat permohonan i Sinar Kategori 1 sebagai panduan dan rujukan kita bersama Sebagai panduan...
Panduan Pengeluaran I Sinar Kwsp Akaun 1 Kwsp Sehingga Rm10 000

Panduan Pengeluaran I Sinar Kwsp Akaun 1 Kwsp Sehingga Rm10 000

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 1019 hits
Pada pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lalu Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM...
Zakat Kwsp Pengeluaran Wang Kswp Wajib Zakat Atau Tidak

Zakat Kwsp Pengeluaran Wang Kswp Wajib Zakat Atau Tidak

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 364 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah syukur kerana kerajaan telah mengumumkan mengenai kebenaran untuk pencarum KWSP membuat pengeluaran wang KWSP mereka melalui Skim i Lestari dan i Sinar Ini adalah khabar gembira dan sedikit melegakan buat ahli ...
Permohonan Pengeluaran Kwsp Akaun 1 I Sinar

Permohonan Pengeluaran Kwsp Akaun 1 I Sinar

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 576 hits
Perhatian buat anda yang berminat membuat permohonan pengeluaran KWSP i Sinar di sini kami kongsikan cara permohonan secara online The post appeared first on
Permohonan I Sinar Online Pengeluaran Kwsp Akaun 1

Permohonan I Sinar Online Pengeluaran Kwsp Akaun 1

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 712 hits
Permohonan i Sinar secara online kini dibuka kepada semua pencarum KWSP yang ingin mengeluarkan simpanan di dalam akaun 1 mereka Terdapat dua kategori ahli yang boleh memohon pengeluaran ini Kategori 1 Ahli yang tidak mencarum sekurang kura...
Pengeluaran Wang Kwsp Dikenakan Zakat Ini Syarat Dan Cara Kiraan

Pengeluaran Wang Kwsp Dikenakan Zakat Ini Syarat Dan Cara Kiraan

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 694 hits
hai assalammualaikum Zakat Pengeluaran Wang KWSP Ini Syaratnya Dan Cara Kiraan Korang tau tak bila kita keluarkan duit KWSP jika cukup syarat kita wajib bayar Zakat KWSP Mungkin ada yang tak tau atau tak ambil tau ni nad kongsikan berkenaan...
Berhati Hati Dengan Sms Palsu Berkenaan Status Permohonan Kwsp I Sinar

Berhati Hati Dengan Sms Palsu Berkenaan Status Permohonan Kwsp I Sinar

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 667 hits
Pihak KWSP telah membuka pendaftaran untuk program i SINAR pada minggu ini sekaligus membolehkan mereka yang terjejas untuk mengeluarkan wang dari akaun KWSP untuk perbelanjaan Walaupun hanya dibuka pada minggu ini tetapi kini ia didapati t...
I Sinar Kwsp Dan Moratorium Pemuda Umno Kumpul Aduan Rakyat Untuk Diserah Kepada Mof

I Sinar Kwsp Dan Moratorium Pemuda Umno Kumpul Aduan Rakyat Untuk Diserah Kepada Mof

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 350 hits
Setelah Menteri Kewangan berjanji dalam penggulungan belanjawan 2021 untuk memenuhi tuntutan BN bagi pengeluaran dari Akaun 1 KWSP dan lanjutan Moratorium pinjaman secara automatik Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah menyediakan dua hotli...
Nak Duit Kwsp Apply Sudah Jangan Kata Kesat

Nak Duit Kwsp Apply Sudah Jangan Kata Kesat

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 262 hits
Bab kwsp ni apply jer la Dpt tak dpt blkg kira Ni blom apa2 dah maki hamun bagai Mmg semua org terdesak dan perlukan duit tapi bersyukurlah ada ruang utk buat pengeluaran Andai kata takde kwsp ni mcm mana la gamaknya org kita Yg kata payah ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids