Kwsp Pengeluaran I Sinar Tidak Bersyarat Hanya Kriteria Pastikan Permohonan Selari


 


KUALA LUMPUR - Pengeluaran i-Sinar tidak bersyarat dan apa yang dicirikan adalah hanya kriteria untuk memastikan permohonan selari dengan data sedia ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
KWSP dalam satu maklum balas yang dikeluarkan hari ini menjelaskan bahawa ini adalah untuk membolehkan proses kelulusan dipercepatkan dengan mudah dan selamat.
“Proses pengesahan diperlukan untuk mengelakkan penipuan dan pengeluaran i-Sinar secara tidak sah oleh pihak ketiga.
“Ahli yang memenuhi kriteria, permohonannya akan diluluskan secara automatik. Permohonan ahli yang dibuat dalam talian hanya memerlukan pengesahan amaun maksimum sahaja dan tidak susah atau sukar,” kata dana pencen itu.
Ia juga berkata oleh kerana setiap situasi ahli adalah unik, Kategori 2 memberi ruang kepada KWSP mempertimbangkan situasi ahli berdasarkan dokumen sokongan yang boleh dipohon secara dalam talian.
Mengenai mengapa KWSP tidak memberi kelulusan automatik i-Sinar kepada mereka yang telah memohon i-Lestari, ia berkata situasi ketika KWSP melancarkan i-Lestari dan i-Sinar sangat berbeza, negara berada dalam situasi yang berlainan pada ketika itu dan pada masa sekarang.
“Bagaimanapun, KWSP memahami bahawa situasi ekonomi berbeza bagi ahli bergantung kepada sektor pekerjaan dan industri dan i-Sinar tersedia untuk membantu ahli-ahli tersebut,” katanya.
Bagi individu yang gusar tidak dapat memohon kerana tidak mengalami pengurangan gaji sebanyak 30 peratus, KWSP berkata masih ada ruang di bawah Kategori 2 untuk mempertimbangkan permohonan ahli yang terkesan.
“Sekiranya ahli mengalami pengurangan pendapatan atau gaji dan mempunyai dokumen sokongan sebagai bukti, ahli digalakkan untuk memohon pada 11 Januari 2021. KWSP akan mempertimbangkan permohonan tersebut.
“Ini untuk memastikan pintu tidak tertutup dan memberi peluang untuk seramai ahli yang mungkin untuk memohon i-Sinar, yang dianggarkan sehingga 8 juta pemohon,” katanya.
Bagi pengeluaran berperingkat untuk enam bulan yang dinyatakan, KWSP menjelaskan bahawa ia adalah untuk memastikan ahli dibantu untuk tempoh selama yang mungkin dan memahami bahawa bulan pertama adalah penting untuk ahli membayar tanggungan dan perbelanjaan awal tahun seperti persekolahan anak dan lain-lain.
“Oleh itu, pendekatan secara berperingkat adalah berdasarkan beberapa pertimbangan iaitu data semasa tanggungan ahli KWSP, perlunya memanjangkan tempoh bantuan kerana ketidaktentuan tempoh penularan pandemik COVID-19; dan mengimbangi aliran tunai dan struktur pelaburan sedia ada KWSP,” katanya.
Bagi permohonan Kategori 1, KWSP telah mempercepatkan proses permohonan melalui kelulusan automatik menggunakan data dalaman di mana dianggarkan ahli akan menerima pembayaran pertama pada pertengahan Januari 2021.
“Untuk mereka dalam Kategori 2, KWSP menganggarkan masa pemprosesan antara 2 hingga 3 minggu daripada tarikh permohonan, untuk membolehkan pengesahan dokumen dan pertimbangan kes demi kes. Dianggarkan ahli akan menerima pembayaran pertama pada akhir Februari,” katanya.
KWSP juga menyeru ahli yang memohon untuk memastikan i-Akaun mereka aktif, nombor telefon dikemas kini bagi menerima nombor TAC dan nombor akaun bank aktif. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/12/kwsp-pengeluaran-i-sinar-tidak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarat Pengeluaran I Sinar Kwsp Hanya Untuk Ahli Kwsp Yang Terjejas

Syarat Pengeluaran I Sinar Kwsp Hanya Untuk Ahli Kwsp Yang Terjejas

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 702 hits
SYARAT PENGELUARAN i Sinar KWSP HANYA UNTUK AHLI KWSP YANG TERJEJAS Sejak diumumkan melalui siri bahas Bajet 2021 di Parlimen ramai yang ternanti nanti berita baik mengenai i Sinar KWSP ini Umum mengetahui ramai yang terjejas dengan keadaan...
Berikut Perinclan Dan Kriteria Kelayakan Ahli Terbaru Pengeluaran I Sinar Kwsp

Berikut Perinclan Dan Kriteria Kelayakan Ahli Terbaru Pengeluaran I Sinar Kwsp

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 352 hits
loading Kluang Pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengenai pengoperasian semula cawangannya semalam menyebabkan ada ahli yang beratur di luar premis itu seawal 8 pagi hari ini untuk berurusan
Permohonan Pengeluaran I Sinar Rm10000 Ahli Terjejas Pendapatan Layak Buat Pengeluaran Akaun 1 Kwsp

Permohonan Pengeluaran I Sinar Rm10000 Ahli Terjejas Pendapatan Layak Buat Pengeluaran Akaun 1 Kwsp

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 701 hits
PERMOHONAN PENGELUARAN i SINAR RM10000 AHLI TERJEJAS PENDAPATAN LAYAK BUAT PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP Kerajaan mengumumkan diperluaskan kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul ...
Permohonan Pengeluaran Kwsp Akaun 1 I Sinar

Permohonan Pengeluaran Kwsp Akaun 1 I Sinar

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 627 hits
Perhatian buat anda yang berminat membuat permohonan pengeluaran KWSP i Sinar di sini kami kongsikan cara permohonan secara online The post appeared first on
Syarat Dan Permohonan Pengeluaran I Sinar Akaun 1 Kwsp Online

Syarat Dan Permohonan Pengeluaran I Sinar Akaun 1 Kwsp Online

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 607 hits
Apakah syarat dan permohonan pengeluaran i Sinar Pihak KWSP akan umumkan syarat syarat i sinar dan permohonan pengeluaran akaun 1 KWSP ini dalam masa terdekat Apa yang penting adalah kita dibenarkan membuat pengeluaran akaun 1 KWSP ini deng...
Akhirnya Kwsp Umumkan Kelayakan Pengeluaran Wang I Sinar Ini Reaksi Najib Razak

Akhirnya Kwsp Umumkan Kelayakan Pengeluaran Wang I Sinar Ini Reaksi Najib Razak

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 521 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengumumkan dua kategori membabitkan lapan juta ahli yang layak memohon skim i Sinar KWSP dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan Kategori 1 melibatkan mereka yang bekerja di sektor formal yang bekerja se
Kwsp Pertimbang Setiap Permohonan I Sinar Kategori 2

Kwsp Pertimbang Setiap Permohonan I Sinar Kategori 2

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 355 hits
Kuala Lumpur Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan mempertimbangkan setiap permohonan kemudahan i Sinar di bawah Kategori 2 kata Ketua Pegawainya Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias Beliau berkata ahli yang terjejas dari segi kewangan tidak ki...
Program I Sinar Pengeluaran Wang Dari Akaun 1 Kwsp Rm10000

Program I Sinar Pengeluaran Wang Dari Akaun 1 Kwsp Rm10000

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 586 hits
Program i Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP RM10 000 Program i Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP kini dibuka kepada SEMUA ahli yang menghadapi masalah kewangan Sekarang 8 juta ahli KWSP layak untuk mengeluarkan sehingga RM10 0...
I Sinar Diperluaskan Kepada Semua 8 Juta Pencarum Kwsp Maksimum Pengeluaran Rm10 000

I Sinar Diperluaskan Kepada Semua 8 Juta Pencarum Kwsp Maksimum Pengeluaran Rm10 000

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 325 hits
350 total views 350 views today Kerajaan bersetuju KWSP I sinar kepada semua ahli yang terjejas pendapatan setiap ahli boleh mengeluakan dari akaun 1 dengan had maximum RM 10 ribu Perkara ini disampaiakn oleh Menteri Kewangan Dato Sri Tengk...
No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan

Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh

Dua Maut 16 Cedera Nahas Bas Persiaran Dengan Dua Lori

Nak Tanya Bekas Ketua Polis Negeri Sarawak Apa Manfaat Vape Ni Ye

Resepi Sup Bayam Dengan Cendawan

Senior Glc Manager In Sabah Nabbed Over Alleged Bribery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Percutian 3h2m Ke Pulau Redang Terengganu Part 1

Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Cara Mudah Naikkan Jualan Harian Anda Dengan Sleeve Cup Custom

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Huawei Mungkin Dahului Apple Guna Memori Telefon Berkelajuan Tinggi

Kelantan Lombong Emas Haram Di Gua Musang Diserbu Rampasan Lebih Rm1 Juta