Panduan Paling Lengkap Belajar Buat Duit Dengan Blog


Adakah anda berminat nak belajar cara yang betul untuk buat duit dengan blog? 
 
Kalau jawapan anda adalah ya, maka panduan LENGKAP buat duit dengan blogging ini, saya tuliskan khusus untuk anda.
 
Awas!

Artikel ini agak panjang. Anda mungkin terpaksa meluangkan masa berjam-jam atau mungkin berhari-hari untuk selesai baca perkongsian ini. Justeru, saya cadangkan anda bookmark dulu blog saya. Kalau tak sempat nak baca dalam satu masa, nanti-nanti anda boleh datang kembali ke sini untuk sambung pembacaan.
 
Matlamat saya apabila mula menulis posting ini, adalah untuk menghasilkan satu blogpost yang cukup lengkap dan padat, supaya anda yang membaca posting ini boleh terus mula dan praktikkan apa yang saya kongsikan disini.
 
Tanpa membuang lebih banyak masa, mari kita mulakan perbincangan kita tentang cara untuk menghasilkan blog yang boleh memberikan income kepada anda.

 
(1) Pemilihan niche blog Okay first thing first, sebelum anda nak terus menulis artikel blog yang pertama, apa kata anda berhenti sejenak dan mari kita mula buat kajian apakah niche yang paling bagus untuk kita bina blog.
 
Sebelum ini saya dah pernah beberapa kali menulis tentang apakah niche yang patut kita terokai sekiranya kita berminat untuk memulakan aktiviti penulisan blog.
 
Tapi sekarang ini kan kita dah ada teknologi Artificial Intelligence, jadi saya syorkan anda gunakan teknologi tersebut untuk mengetahui apakah niche yang mungkin bagus untuk anda.
 
Anda boleh guna sama ada
i. ChatGPT (https://chat.openai.com/)
ii. BARD (https://bard.google.com/)
iii. LLaMa Chat (https://labs.perplexity.ai/)
 
Saya bertanya kepada ChatGPT menggunakan prompt
“Base on the current data that you have, please brainstorm and list down 20 niches that is profitable for blogging.”

Dan dibawah ini adalah merupakan niche yang dicadangkan oleh AI.
Health & Wellness
1. Fitness routines
2. Healthy recipes
3. Mental health tips
4. Holistic wellness.
 
Personal Finance
1. Budgeting
2. Investing
3. Saving money
4. Financial independence
 
Beauty and Skincare
1. Product reviews
2. Makeup tutorials
3. Skincare routines
4. Beauty tips
 
Technology and Gadgets
1. Reviews
2. How-tos
3. Tech news
4. Troubleshooting guides
 
Travel
1. Destination guides
2. Travel hacks
3. Budget travel
4. Cultural experiences
 
Fashion
1. Outfit inspiration
2. Style tips
3. Fashion trends
4. Sustainable fashion
 
Parenting
1. Childcare advice
2. Parenting tips
3. Family activities
4. Education resources
 
Lifestyle
1. Minimalism
2. Productivity
3. Self-improvement
4. Organization
 
Food and Cooking
1. Recipes
2. Cooking techniques
3. Meal planning
4. Dietary tips
 
Home Decor and DIY
1. Interior design ideas
2. Home improvement projects
3. DIY crafts
 
Personal Development
1. Goal setting
2. Time management
3. Motivation
4. Self-care

Pets
1. Pet care
2. Training tips
3. Pet product reviews
4. Pet stories
 
Self-Care and Mental Health
1. Stress relief
2. Mindfulness
3. Coping strategies
4. Therapy insights
 
Entrepreneurship and Business
1. Startups
2. Online business tips
3. Marketing strategies
 
Gardening
1. Plant care guides
2. Gardening techniques
3. Urban gardening
 
Photography
1. Techniques
2. Equipment reviews
3. Editing tutorials
4. Photo inspiration
 
Outdoor Activities
1. Hiking
2. Camping
3. Adventure travel
4. Outdoor gear reviews
 
Home Workouts and Fitness
1. At-home exercise routines
2. Workout equipment reviews
 
Book and Movie Reviews
1. Critiques
2. Recommendations
3. Analysis of popular media
 
Sustainable Living
1. Eco-friendly practices
2. Green living tips
3. Zero waste lifestyle
 
Sebenarnya dekat luar sana ada banyak lagi niche yang anda boleh pilih. Memandangkan saya meminta secara spesifik, 20 niches sahaja, maka AI memberikan saya 20 sahaja.
 
Kalau sebelum wujudnya teknologi AI, saya akan sarankan anda untuk buat kajian niche terlebih dahulu. Tapi disebabkan teknologi ini sudah ada untuk memudahkan kerja-kerja penulisan kita, jadi saya fikir adalah lagi baik kita gunakan sahaja teknologi tersebut ya.
 
Baiklah, daripada niche yang dicadangkan, mana satu yang paling bagus?
Jawapannya ialah, bergantung kepada anda.
 
Ya saya tahu, jawapan ini sangat umum dan tak berguna.
Sesetengah pembaca, dia mengharapkan ada seseorang yang boleh menjawab setiap pertanyaan dia secara spesifik.
 
Misalnya, bila dia nak tahu, apa pilihan yang terbaik, dia mahukan satu jawapan yang spesifik dan konkrit.
 
Sorry to say, dunia kita bukan macam tu.
Jawapan yang anda mahukan mungkin tak ada siapa yang boleh berikan.
 
Jadi beginilah, persoalan mengenai mana satu niche yang baik ini, ia sebenarnya bergantung kepada diri anda sendiri.
 
Katakanlah dalam banyak-banyak niche yang disyorkan ini, anda tertarik dengan niche Personal Finance.

Persoalannya ialah, adakah anda bagus dan mempunyai ilmu, kepakaran dan pengalaman yang banyak dalam bidang kewangan peribadi ini?
 
Jika jawapan anda adalah ya, maka anda berada dilandasan yang betul untuk menghasilkan blog yang bagus dan dimuatkan dengan konten-konten yang terbaik.
 
Tapi kalau anda sendiri agak kurang ilmu dan pengalaman dalam niche yang anda minat tersebut, besar kemungkinan hasil kerja yang bakal anda hasilkan juga tak begitu baik.
 
Jadi dalam keadaan ini, bukan niche itu yang tak bagus, tapi diri anda yang bermasalah.
 
Bagi mereka yang dah lama kenal blog saya ini, anda pasti tahu yang blog ini sebenarnya adalah blog peribadi.
 
Atas sebab itu, blog ini tak mempunyai satu niche yang spesifik. Saya menulis perihal yang saya kira menarik pada pandangan saya.
 
Walaubagaimanapun, kebiasaannya saya akan menulis topik berkaitan dengan
1. Personal finance
2. Travel
3. Entrepreneurship and Business
4. Review buku
 
Niche ini sebenarnya akan jadi panduan dan yang memberi kita fokus, apa topik yang kita nak hasilkan dan siarkan dalam blog kita. Ia seperti satu blueprint yang memberi kita panduan, blog yang bagaimana yang ingin kita hasilkan kelak.
 
Bila kita ada pilihan niche yang jelas, kita juga tak akan menghasilkan konten yang bercampur aduk macam rojak. Sekejap tulis pasal gossip artis, sekejap bicara tentang politik, dan kebanyakkan masa menulis mengenai produk review.
 
Kalau boleh jangan buat macam tu.
Adalah lebih baik kalau anda pilih suatu niche kemudian fokus untuk bangunkan blog anda dalam niche tersebut sahaja.
 
(2) Dapatkan nama domain dan hosting Proses untuk mendapatkan nama domain dan hosting sangatlah mudah. Di Malaysia, ada beberapa syarikat yang anda boleh berurusan sekiranya ingin mendaftarkan nama domain dan hosting yang bakal digunakan untuk projek membina blog anda.
 
Antara yang boleh anda pilih adalah
i. NetKL
ii. Serverfreak
iii. Exabytes
 
Kalau anda buat carian melalui Google Search, anda pasti akan temui banyak lagi syarikat hosting yang boleh memberikan khidmat seperti yang anda mahukan.
 
Saya sendiri menggunakan khidmat dari syarikat Netkl. Dari awal saya mula berkecimpung dalam bidang penulisan blog ini, saya dah mula gunakan khidmat mereka.
 
Justeru saya amat berkeyakinan untuk mengesyorkan anda untuk menggunakan khidmat mereka juga.
 
Dibawah ini merupakan harga yang ditawarkan sekiranya anda ingin menggunakan khidmat dari syarikat netkl.

Sebagai permulaan, anda boleh ambil pakej yang paling murah sahaja dahulu.
 
Anda boleh mula dengan melanggan hosting pelan MySilver dengan kos RM60 setahun.
Kemudian dapatkan domain .com dengan kos langganan RM60 setahun.
Jumlah keseluruhan dia ialah RM120 setahun.
 
Anda rasa kos ini agak mahal?
Ya, saya pun rasa macam tu.
 
Saya masih ingat lagi, dulu waktu saya bermula sekitar tahun 2009 macam tu, kos langganan untuk setahun hanya RM60 sahaja.
Sekarang ini? Memang banyak benda yang naik harga.
 
Saya tak rasa kos untuk langgan domain dan hosting akan turun dimasa depan.
Sebaliknya yang akan berlaku, kosnya akan terus meningkat dan terus meningkat.
 
Tapi setidak-tidaknya, walaupun kosnya makin mahal, kita boleh bayar yuran langganan tersebut melalui pendapatan yang terhasil daripada aktiviti penulisan blog yang kita lakukan.
 
Blog anda akan jadi self sustainable.
Seolah-olah ia bayar untuk dirinya sendiri.
 
Kalau anda perasan, setiap penulis blog biasanya akan mencadangkan syarikat hosting yang berbeza, dan kebiasaannya, kalau dia akan buat cadangan, dia akan cadangkan untuk guna perkhidmatan dari syarikat yang sama yang dia gunakan.
 
Saya juga begitu.
Saya berani cadangkan NetKL sebagai penyedia perkhidmatan bukan semata-mata sebab saya akan menerima komisen jika anda buat tempahan melalui link affiliate saya ini. Tapi saya buat cadangan sebab saya sendiri adalah pelanggan mereka sejak dari tahun 2009 lagi.
 
(3) Pemasangan blog wordpress self-hosted Selepas anda berjaya membuat pembelian pakej domain dan hosting, seterusnya adalah masa untuk anda buat pemasangan sistem wordpress pada hosting tersebut.
 
Jangan risau sebabnya proses pemasangan sistem wordpress ini sangatlah mudah.
 
Setelah anda berjaya mendapatkan pakej domain dan hosting, anda akan diberi tunjuk ajar cara untuk akses akaun cpanel anda. Pada asasnya, cara untuk akses akaun cpanel adalah seperti berikut.
 
Katakanlah, nama domain yang anda beli adalah www.domainsaya.com
Maka, untuk mula akses ke bahagian cpanel, anda hanya perlu layari www.domainsaya.com/cpanel
 
Anda akan diminta untuk login menggunakan username dan password yang dibekalkan kepada anda semasa pembelian pakej hosting.
 
Setelah anda berjaya login, paparan seperti dibawah ini akan kelihatan.

Ini merupakan paparan susun atur terkini bahagian dashboard. Pada pemerhatian saya, yang berubah hanyalah dari segi susun atur (layout) tetapi dari segi fungsinya ianya masih sama dengan versi sebelum ini.
 
Untuk pemasangan sistem wordpress ini, anda boleh gunakan perisian softaculous yang diberi secara percuma untuk kemudahan anda. Scroll down halaman dashboard cpanel itu tadi hinggalah anda jumpa Softaculous Apps Installer.

Klik pada menu dropdown dan kemudian anda pilih wordpress.

Anda hanya perlu ikuti sahaja langkah demi langkah yang diperlukan. Isikan maklumat yang diminta. Jika anda perlukan rujukan, boleh baca posting saya yang terdahulu.
Baca disini: Panduan pemasangan blog wordpress self hosted pada hosting
 
(4) Alternatif kepada sistem blog wordpress Dekat luar sana memang ada banyak alternatif untuk kita pilih bagi dijadikan platform untuk bina laman blog.
 
Kalau anda tekan klik pada bahagian softaculous itu tadi, anda akan dapat lihat ada beberapa cadangan platform yang anda boleh pilih bagi tujuan membina blog.
 
Antaranya ialah
1. WordPress (of course la…)
2. Dotclear
3. Serendipity
4. b2evolution
5. Textpattern
6. SitePad
7. HTMLy
8. FlatPress
 
Selain daripada senaraian yang kita boleh pasang menggunakan perisian softaculous ini, ada lagi perisian lain yang boleh kita gunakan seperti
1. Blogger/Blogspot
2. Typad
3. Tumblr
 
Walaupun senaraiannya ada banyak, namun adakah ini bermakna kita perlu cuba semua?
 
Sebenarnya tak perlu pun.
Kalau nak cuba lebih dari satu platform, saya syorkan anda gunakan wordpress dan juga blogspot sahaja.
Lain-lain platform tu, boleh abaikan sahaja.
 
Mungkin ada yang akan bertanya, mana satu yang patut dijadikan pilihan utama? WordPress ke blogspot?
Sebenarnya saya pernah tulis pendapat saya mengenai dua pilihan tersebut.
Baca disini ya: Platform blog terbaik? WordPress atau Blogpsot?
 
Pada akhirnya, persoalan sama ada wordpress atau blogspot, ia hanyalah sebuah platform yang menawarkan fungsi-fungsi tertentu sahaja.
 
Ia merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada kejayaan anda dalam bidang penulisan blog.
 
Namun, faktor lain seperti
1. Skil penulisan
2. Minat pada bidang penulisan
3. Kepakaran anda dalam sesuatu topik
4. Produktiviti anda
 
Semua ini akan diambil kira dan menjadi penyumbang kepada kejayaan anda. Bukan semata-mata aspek pemilihan platform sahaja.
 
(5) Pemasangan plugin Plugin wordpress ini sebenarnya merupakan suatu software yang mampu memberikan fungsi dan ciri tambahan kepada laman web yang dibina menggunakan platform wordpress.
 
Dengan adanya plugin, pengguna platform wordpress ini akan dapat menjadikan blognya mempunyai lebih banyak fungsi dan tak terhad sekadar untuk dijadikan platform menyiarkan konten atau karya penulisan.
 
Selain daripada itu, pengguna yang kurang mahir dengan coding dan programming, juga dapat menggunakan wordpress dengan fungsi tambahan tanpa sebarang masalah. Kita tak perlu usik sebarang coding pun untuk meningkatkan fungsi blog kita.
 
Plugin ini ada pelbagai fungsi.
Antaranya
(1) Memperbaiki kualiti SEO
Saya tahu, untuk penulis blog yang masih baru ini, topik mengenai SEO mungkin agak complicated bagi anda. Justeru, saya cadangkan anda pasang plugin Yoast SEO untuk membantu dan memudahkan kerja-kerja SEO anda.
 
(2) Keselamatan blog
Perlindungan blog dari percubaan serangan hackers dan lain-lain.
Anda boleh pasang plugin All In One WP Security
 
(3) Bina contact form
Contact form contohnya macam yang saya gunakan di halaman ini. Tujuannya adalah untuk memudahkan pembaca menghantar emel kepada kita, kalau mereka ada sebarang pertanyaan.
Ada banyak plugin yang boleh digunakan untuk bina contact form, tapi saya pakai Easy Contact.
 
(4) Membina laman blog dengan fungsi e-commerce
Ada juga plugin yang boleh membantu anda mencipta halaman yang dilengkapi dengan sistem e-commerce. Fungsi ini sangat berguna untuk mereka yang ingin membuat jualan terus melalui blog.
 
Pembaca boleh baca keterangan produk, buat tempahan dan seterusnya buat bayaran, tanpa perlu keluar dari blog tersebut.
 
(5) Backup kandungan blog wordpress
Terdapat juga plugin yang dihasilkan bagi tujuan membuat backup blog anda. Anda boleh back up keseluruhan blog anda dan simpan di hard drive. Jika terjadi apa-apa pada blog anda, dengan mudah anda boleh gunakan file back up itu tadi untuk dapatkan semula blog anda seperti waktu back up itu dibuat.
 
Apa yang saya boleh katakan, plugin ini ada terlalu banyak dan ada fungsi yang berbeza. Ada plugin yang kita boleh dapat secara percuma, dan ada juga yang didatangkan dengan versi premium.
 
Anda boleh baca dan lihat sendiri senarai plugin yang anda boleh pasang di blog anda di ruangan Plugins. Tapi nasihat saya, anda tak perlu pasang semua plugin yang ada disitu.
 
Cukup sekadar pasang plugin yang penting-penting sahaja.
Kalau terlalu banyak plugin yang anda pasang, ia boleh menjejaskan fungsi dan kelajuan blog anda.
 
(6) Pemasangan Premium Theme Theme untuk blog wordpress sebenarnya berfungsi untuk menjadikan blog anda kelihatan menarik pada pandangan pembaca.
 
Ada pelbagai theme wordpress yang terdapat dipasaran.
 
Ada theme wordpress yang percuma dan ada juga yang berbayar (premium).
 
Theme yang percuma boleh diperolehi dengan mudah melalui dashboard wordpress anda.
 
Cari menu Appearance dan pilih Themes seperti dibawah.

Kemudian anda akan dibawa ke halaman seperti berikut.
 
Klik pada bahagian Add New yang saya tandakan dengan petak merah dibawah.

Selepas anda klik pada Add New, anda akan dibawa ke halaman dimana anda boleh pilih theme untuk dipasang pada blog anda.
 
Ini dia halaman yang saya maksudkan.

Kalau anda temui mana-mana theme yang anda rasa menarik dan anda berminat nak pasang, tekan sahaja butang Install.
 
Theme ini pun kita boleh tukar banyak-banyak kali. Kalau anda rasa jemu dengan satu theme, boleh sentiasa tukar yang lain.
 
Ataupun kadang-kadang kita tengok theme tu macam menarik, lalu kita pun pasang dekat blog kita. Tetapi bila kita dah pasang dekat blog, nampak macam kurang sesuai. Kita boleh tukar sahaja theme lain.
 
Premium theme ini pula dijual melalui laman web rasmi pengeluar theme tersebut.
 
Berikut adalah antara premium theme yang popular.
1. StudioPress (https://www.studiopress.com/)
2. Astra (https://wpastra.com/)
3. GeneratePress (https://generatepress.com/)
4. Themeforest (https://themeforest.net)
5. Woocommerce (https://woocommerce.com/)
6. Divi (https://www.elegantthemes.com/gallery/divi/)
 
Premium theme ini harganya memang nauzubillah mahal. Memang harga kerat leher.
 
Saya ada cadangan atau tips untuk anda dapatkan premium theme dengan kos yang lebih rendah.
 
Caranya adalah dengan dapatkan khidmat pemasangan theme dari freelancer di laman web fiverr.
 
Kita andaikan yang anda berminat nak pasang premium theme dari studiopress. Anda search sahaja keyword studiopress di laman web fiverr.
 
Lihat contoh dibawah ini.

Dekat situ biasanya akan ada banyak freelancer yang tawarkan servis pemasangan dengan harga yang lebih murah berbanding anda beli premium theme tersebut melalui laman web rasmi.
 
Saya syorkan anda baca juga posting saya, bertajuk pemasangan premium theme untuk wordpress, kerana dekat situ saya ada bincangkan beberapa langkah keselamatan untuk memasang premium theme melalui khidmat freelancer.
 
(7) Setting blog untuk Search Engine optimization (SEO) Blog dengan search engine sememangnya mempunyai hubungan yang cukup rapat dan istimewa.
 
Salah satu sumber trafik yang sangat berharga bagi blog datangnya dari search engine.
 
Bagi meningkatkan kebarangkalian untuk trafik masuk dengan banyak dari search engine, pertama sekali blog anda perlulah dioptimasikan dengan betul.
 
Setting (atau tetapan) yang biasanya saya akan tukar dari awal lagi adalah setting untuk permalink.
 
Cari menu Settings kemudian pilih Permalinks.
 
Seterusnya saya akan pilih permalinks kepada format https://www.sabreehussin.com/sample-post/

Apabila kita tukar format permalink kita kepada bentuk yang saya nyatakan tadi, nanti bila kita publish artikel kita, link url kita tu nanti akan muncul kata kunci yang bakal kita sasarkan bagi tujuan SEO.
 
(8) Menghasilkan konten blog Mesti anda dah tak sabar nak hasilkan artikel blog anda yang pertama bukan?
 
Sabar dulu ya.
 
Sebelum anda nak menulis artikel pertama anda, yang bakal anda berikan tajuk “ini adalah artikel pertama”, ada beberapa perkara yang anda patut lakukan terlebih dahulu.
 
8.1 Kajian kata kunci Saya andaikan yang anda telahpun menetapkan, apakah sebenarnya niche bagi blog yang anda hasilkan. Sebelum anda nak terus menghasilkan artikel blog anda yang pertama, pertama sekali sudah tentu kita dapatkan maklumat mengenai kata kunci yang bakal digunakan.
 
Kajian kata kunci sebenarnya adalah langkah asas dalam proses menghasilkan sebuah karya penulisan yang menepati citarasa dan keperluan pembaca.
 
Dengan menjalankan kajian kata kunci secara terperinci, anda akan memperolehi maklumat yang penting dan berharga berkaitan dengan frasa dan perkataan yang spesifik yang banyak dicari oleh pengguna internet apabila menggunakan halaman search engine.
 
Halaman search engine ini adalah seperti
1. Google
2. Bing.com
3. Yahoo

Pengetahuan berkaitan dengan kajian kata kunci ini berupaya untuk membantu anda menghasilkan karya penulisan yang sejajar dengan kehendak (user intent) dan tingkahlaku mereka ketika membuat carian.
 
Peranan kita sebagai penulis blog, adalah untuk memastikan artikel yang kita hasilkan itu nanti betul-betul dekat dengan hati dan jiwa pembaca.
 
Kita nak, bila pembaca baca apa yang kita tulis, dia merasakan seolah penulis ini faham apa yang aku rasakan sekarang ini, dan nasihat yang dia berikan ini semuanya berguna untuk aku.
 
Saya nak sentuh sedikit mengenai user intent.
 
Apa benda sebenarnya user intent ini? Kalau kita terjemah dalam bahasa Melayu, ia membawa maksud “niat pengguna” atau “hasrat pengguna”.
 
User intent ini sebenarnya merujuk kepada matlamat atau tujuan sebenar disebalik tindakan seseorang pengguna internet ketika membuat carian menggunakan kata kunci tertentu menerusi halaman search engine seperti Google, Bing, Yahoo dan sebagainya.
 
Perkara ini penting untuk anda ambil tahu, kerana ia sangat membantu dalam proses menghasilkan konten yang betul-betul relevan dengan keperluan dan kemahuan pengguna internet.
 
Ada 4 jenis user intent yang kita perlu tahu.
1. Informational intent
Pengguna seperti ini membuat carian kerana ingin mendapatkan sesuatu maklumat ataupun informasi berkenaan dengan sesuatu perkara.
 
Mereka ini mungkin ingin
a. Belajar sesuatu perkara yang sebelum ini mereka tak tahu
b. Mereka ingin menyelesaikan masalah tertentu
c. Mereka ingin buat keputusan
d. Mereka mencari fakta, sama ada saintifik atau sejarah berhubung sesuatu perkara
e. Mereka ingin kefahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu isu
 
Matlamat mereka membuat carian dan pembacaan adalah semata-mata untuk mendapatkan informasi.
Contoh keyword: Kelebihan buat iklan advertorial
 
2. Navigational intent
Pengguna yang memiliki navigational intent ini sebenarnya sudah tahu laman web atau blog apa yang mereka ingin cari.
 
Laman web tersebut mungkin adalah laman web yang mereka pernah layari sebelum ini. Namun disebabkan mereka terlupa nama dan alamat url website tersebut, maka dia perlu buat carian semula menggunakan enjin carian.
Contoh keyword: arkib blog sabreehussin
 
3. Commercial intent
Pengguna yang mempunyai commercial intent ini sebenarnya bercadang untuk membeli sesuatu produk. Tapi mereka ini masih belum buat keputusan untuk beli produk yang mana satu, memandangkan diluar sana terdapat terlalu banyak pilihan.
 
Jadi, apa yang dia lakukan adalah dia membuat perbandingan harga, membaca review, mencari maklumat tambahan berkenaan dengan jenama serta model produk tertentu dan sebagainya.
Contoh keyword: Review jam tangan G-Shock
 
4. Transactional intent
Pengguna yang mempunyai transactional intent ini adalah mereka yang sudah buat keputusan untuk membuat pembelian.
Contoh keyword: Beli jam G-Shock
 
Apabila anda ingin menghasilkan konten untuk laman web anda, cuba tanya pada diri anda terlebih dahulu, konten yang bakal anda hasilkan ini sebenarnya memuaskan pengguna yang berada di fasa yang mana satu?
 
Informational intent? Navigational intent? Commercial intent? Atau transactional intent?
 
Justeru, kajian kata kunci ini merupakan satu fasa yang penting dan jangan abaikan ia.
 
Sudah tentu pada peringkat permulaan anda akan merasakan kerja-kerja membuat kajian kata kunci ini seperti banyak kerja dan leceh. Tapi percayalah, selepas beberapa kali anda buat langkah ini, anda akan mula terbiasa, dan anda boleh buat prediction sendiri, apakah kata kunci yang paling sesuai untuk digunakan.
 
Software atau apps untuk kajian kata kunci Bagi tujuan menjalankan kajian kata kunci, ada beberapa software atau apps yang saya sendiri biasa gunakan.
 
Berikut adalah diantara software dan tools yang biasa saya gunakan.
1. Google Keyword Planner (https://ads.google.com/home/tools/keyword-planner/)
2. Keywordtool.io (https://keywordtool.io/)
3. Ubersuggest (https://app.neilpatel.com/en/dashboard)
4. Answerthepublic (https://answerthepublic.com/)
5. Program Artificial Intelligence (ChatGPT, BARD, LLaMa Chat)
 
Sebenarnya memang ada banyak lagi tools yang anda boleh gunakan untuk kajian kata kunci.
 
8.2 Kalender penerbitan artikel Ini merupakan kesinambungan bagi langkah selepas membuat kajian kata kunci.
 
Selepas anda temui kata kunci yang mempunyai potensi yang bagus untuk disasarkan, jangan tergesa-gesa untuk terus buat artikel. Sabar kejap.
 
Kita rangka dulu strategi penerbitan artikel dengan cara menyusun jadual penerbitan artikel dulu.
Perkara ini penting untuk dilakukan bagi mengelakkan kita kehabisan idea untuk menulis artikel.
 
Step ini pun sebenarnya kita boleh minta tolong bantuan Artificial Intelligence untuk berikan cadangan artikel yang menarik dan sesuai.
 
Anda boleh gunakan mana-mana satu AI yang anda suka, dan masukkan prompt seperti berikut
“Please brainstorm and list down for me 20 articles title related to topic ….” 
 
Dalam contoh ini, saya bertanya topik mengenai “blogging” dan dibawah ini adalah 10 daripada 20 tajuk yang dicadangkan oleh AI.
1. 10 Proven Strategies to Boost Your Blog Traffic
2. The Art of Crafting Captivating Blog Post Introductions
3. SEO Tips Every Blogger Should Know for Higher Rankings
4. Mastering the Art of Consistent Blogging: A Step-by-Step Guide
5. From Zero to Blogger: A Beginner’s Guide to Starting a Blog
6. The Power of Storytelling: Engaging Readers through Narrative Blogging
7. Unleashing Creativity: Tips for Overcoming Writer’s Block
8. The Dos and Don’ts of Monetizing Your Blog: A Comprehensive Guide
9. Creating Evergreen Content: Timeless Strategies for Long-Term Success
10. The Role of Social Media in Growing Your Blog Audience
 
Memandangkan prompt yang saya gunakan adalah dalam Bahasa Inggeris, maka cadangan tajuk yang dibekalkan juga adalah dalam bahasa Inggeris. Anda juga boleh masukkan prompt dalam Bahasa Melayu jika anda lebih selesa menggunakan bahasa tersebut.
 
AI ini dari apa yang saya perasan la kan, dia akan meniru atau mengajuk gaya kita apabila memberi respon kepada pertanyaan kita. Maksudnya, kalau cara kita tanya seperti kasar, kurang sopan, maka jawapan balasnya juga akan lebih kurang sama, dan kadang-kadang kurang berkualiti.
 
Sebaliknya, kalau kita ubah sedikit gaya penulisan prompt, kepada yang lebih mesra, dan bersopan santun, jawapan balas yang kita akan terima biasanya akan lebih elok.
 
Seronok kan bila dah ada teknologi AI ini?
Senang-senang jer kita boleh dapat banyak cadangan idea untuk hasilkan artikel blog.
 
8.3 Bina outline untuk artikel Apa benda sebenarnya outline ini?
 
Outline ini kalau saya boleh terangkan ianya adalah kerangka yang menggariskan isi-isi penting yang perlu dimasukkan dalam sesebuah artikel.
 
Sebelum ini, AI telahpun bantu kita dengan memberikan senarai tajuk. Tapi, sekadar ada cadangan tajuk, boleh ke kita terus tulis artikel?
 
Mungkin boleh. Dengan syarat kalau kita memang ada kemahiran dan kepakaran dalam topik tersebut. Kali ini kita minta bantuan AI sekali lagi untuk bantu hasilkan kerangka untuk artikel kita.
 
Kita pilih artikel yang bertajuk 10 Proven Strategies to Boost Your Blog Traffic.
Prompt yang akan saya gunakan ialah,
“Please help me write an outline for article title 10 Proven Strategies to Boost Your Blog Traffic”
 
Dibawah ini pula adalah hasil yang diberikan.
Introduction
A. Importance of blog traffic
B. Overview of strategies to be discussed
 
(1) Quality Content Creation
A. The foundation of attracting readers
B. Importance of originality and value
C. Crafting engaging headlines and introductions
 
(2) SEO Optimization
A. Keyword research and selection
B. On-page optimization techniques
C. Importance of meta descriptions and alt tags
 
(3) Social Media Engagement
A. Choosing the right platforms for your audience
B. Crafting shareable content
C. Utilizing hashtags and trends
 
(4) Email Marketing
A. Building an email subscriber list
B. Creating compelling email campaigns
C. Encouraging blog subscription
 
(5) Guest Blogging and Collaborations
A. Identifying relevant guest blogging opportunities
B. Pitching ideas and creating valuable content
C. Leveraging partnerships for mutual traffic benefits
 
(6) Content Promotion
A. Sharing on social media platforms
B. Participating in relevant online communities
C. Utilizing content syndication networks
 
(7) Visual Content and Multimedia
A. Incorporating images, infographics, and videos
B. The role of visual appeal in retaining readers
C. Enhancing user experience with multimedia
 
(8) Consistency and Posting Schedule
A. Establishing a consistent posting routine
B. Keeping readers engaged and returning
C. Balancing frequency and quality
 
(9) Optimizing for Mobile Users
A. Importance of mobile-friendly design
B. Responsive layouts and fast-loading pages
C. Ensuring a seamless experience across devices
 
(10) Analyzing and Adapting
A. Monitoring traffic and engagement metrics
B. Identifying successful strategies and areas for improvement
C. Adjusting your approach based on data insights
 
Conclusion
A. Recap of the 10 strategies
B. Encouragement to implement these strategies
C. The potential for increased blog traffic and growth
 
Bila dah ada kerangka macam dekat atas ini, barulah senang nak buat artikel, betul tak?
 
Anda nak tahu tak?
Sebenarnya masih ada lagi yang lebih senang.
 
Selepas dah dapat kerangka macam dekat atas tu, anda masukkan pula prompt yang baru iaitu
“Please help me write complete article based on the outline generated earlier. I need your help to make the article interesting and enjoyable to read.”
 
Tekan je butang enter, BAM!
Satu artikel yang lengkap akan muncul dipaparan skrin anda.
 
Anda hanya perlu copy and paste sahaja artikel tersebut di blog anda, jika anda mahu.
 
Sila perhatikan, yang saya ada highlight ayat “jika anda mahu”.
 
Sebabnya, hasil kerja AI ini pada saya masih kurang kemas. Kadang-kadang lenggok bahasa dan ayatnya agak pelik. Selalunya saya terpaksa edit beberapa ayat sebelum betul-betul puas hati nak gunakan artikel tersebut.
 
Kalau untuk blog personal, macam yang anda sedang baca sekarang ini, saya kurang selesa untuk menggunakan AI dalam penulisan. Tapi, untuk projek-projek blog saya yang lain, yang memang fokusnya cuma untuk buat duit, haaa yang tu saya gunakan AI dalam penulisan.
 
Apapun, semuanya terpulanglah pada anda.
 
Saya secara peribadi, saya tak berapa suka adanya teknologi AI ini. Ia memberi impak yang sangat besar kepada penulis blog seperti saya.
 
Tapi itulah realitinya.
Sama ada suka ataupun tidak, teknologi ini sudah ada.
 
Belajar cara untuk menggunakannya, dan mudah-mudahan selepas ini kita mampu hasilkan karya yang lebih bagus berbanding hasil kerja AI. Ya, walaupun pada hakikatnya, kita mendapat bantuan dari AI.
 
(9) Penggunaan imej untuk artikel blog Penggunaan imej boleh membuat artikel blog yang anda hasilkan akan kelihatan lebih menarik.
 
Imej yang dimasukkan dalam artikel juga sebenarnya boleh menarik minat dan boleh membantu memberi emosi kepada pembaca.
 
Masalahnya, bukan semua orang mempunyai galeri gambar yang menarik, yang boleh dimasukkan dalam artikel.
 
Oleh sebab itu, saya syorkan anda menggunakan perkhidmatan Free Stock Photo.
 
Ada banyak gambar-gambar yang statusnya adalah royalty free yang anda boleh masukkan dalam artikel blog, tanpa perlu risau tentang isu copyright.
 
Ada dua laman web yang saya boleh syorkan, iaitu
1. Pexels (https://www.pexels.com/)
2. Pixabay (https://pixabay.com/)
 
Sebenarnya selain dua laman web ini, memang ada beberapa lagi laman web free stock photo yang anda boleh gunakan. Namun saya sendiri hanya guna dua ini sahaja.
 
(10) Mencipta halaman (pages) blog Ada beberapa halaman yang penting untuk anda sediakan atau bina untuk blog anda.
 
10.1 About Me Ini merupakan halaman yang menceritakan tentang latar belakang anda sebagai pemilik dan penulis laman blog tersebut.
 
Kalau anda tak berminat nak menulis tentang diri anda, selaku penulis dan pemilik blog, anda boleh tulis mengenai visi, misi dan objektif kenapa laman blog tersebut diwujudkan.
 
Lazimnya, halaman about me ini, akan dimuatkan dengan perkara seperti
 
Pengenalan
Anda memperkenalkan diri anda.
Anda memperkenalkan team penulis yang menjadi tulang belakang pada blog anda.
Anda memperkenalkan syarikat atau perniagaan yang anda jalankan.
 
Bina keyakinan dan kepercayaan pembaca
Siapa-siapa pun boleh bina dan tulis blog. Tapi adakah semua penulis blog boleh dipercayai?
Sudah tentulah tidak.
 
Jadi menerusi ruangan about me ini, biasanya pemilik blog akan cuba meyakinkan pembaca, bahawa dia adalah seorang yang boleh dipercayai dan diyakini. Dia juga ada kepakaran untuk menulis topik yang disiarkan.
 
Membezakan blog anda dengan blog lain
Terdapat banyak blog yang masih aktif, dan anda perlu tunjukkan bahawa blog anda mempunyai kelainan berbanding sedia ada.
Manfaatkan halaman ini untuk terangkan, apa yang membuatkan anda berbeza?
 
Maklumat perhubungan
Pada ruangan about me ini juga anda boleh masukkan maklumat perhubungan seperti
i. Alamat email
ii. Whatsapp
iii. Alamat surat menyurat
 
Maklumat apa yang anda ingin kongsikan bergantung kepada keselesaan anda untuk berkomunikasi dengan individu yang anda tak kenali dimasa akan datang.
 
Peluang kolaborasi
Sekiranya anda terbuka dengan cadangan untuk menjalinkan kerjasama dalam sebarang bentuk sekalipun, anda boleh nyatakan ia disini.
 
Sesetengah orang walaupun dia kata dia terbuka untuk kolaborasi, dia sebenarnya ada maksud yang spesifik. Bukan semua jenis kolaborasi dia akan terima.
 
10.2 Arkib Blog Halaman arkib ini sebenarnya adalah untuk memudahkan pelawat dan pembaca melihat senarai artikel lama yang pernah anda siarkan diblog anda.
 
Halaman arkib untuk blog saya ini, saya bina menggunakan plugin wordpress iaitu Clean Archives Reloaded. Kalau anda ada terjumpa plugin lain yang lebih baik, boleh gunakan sahaja plugin tersebut.
 
10.3 Privacy Policy Halaman ini menyentuh tentang dasar privasi yang anda amalkan sepanjang anda menjadi pemilik dan pengendali blog tersebut.
 
Pada halaman ini, anda bakal menyatakan secara jelas bagaimana cara anda mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melindungi maklumat peribadi yang anda perolehi dari pelawat, pembaca, subscriber dan juga para pelanggan anda.
 
10.4 Penafian Dalam halaman penafian ini selalunya kita akan bagi tahu, apa yang kita tulis dalam blog ini sebenarnya adalah pendapat dan pandangan peribadi.
 
Kita juga akan nyatakan bahawa sebarang posting yang kita hasilkan walaupun ia berbentuk nasihat, ia sebenarnya tak sepatutnya dijadikan pengganti atau satu-satunya rujukan dalam hal-hal berkaitan membuat keputusan kewangan dan yang terkait dengan aspek undang-undang.
 
Jika pembaca berhadapan dengan situasi seumpama ini, mereka sepatutnya mendapatkan khidmat nasihat yang bersesuaian dengan situasi dan keadaan mereka. Pembaca tak seharusnya bergantung sepenuhnya dengan info yang disiarkan dalam laman blog.
 
Ada beberapa sebab kenapa pembaca tak seharusnya menerima bulat-bulat apa yang ditulis di laman blog, antaranya
1. Maklumat yang disiarkan mungkin sudah ketinggalan zaman
2. Situasi dalam penulisan tak sama dengan yang dialami oleh pembaca
3. Pembaca mungkin tersalah tafsir terhadap maksud sebenar penulis
4. Penulis tidak mempunyai pengetahuan sepenuhnya tentang risiko berkaitan
 
Dengan mewujudkan halaman disclaimer ini, ia bertindak sebagai pelindung untuk melindungi pembaca dan penulis dari kejadian yang tak diingini.
 
Walaubagaimanapun, sama ada halaman ini bakal dibaca atau tidak, ia merupakan persoalan kedua.
 
10.5 Servis / Perkhidmatan Jika anda ada menawarkan perkhidmatan tertentu, seperti
1. Servis penulisan artikel
2. Penulisan review & advertorial
3. Penulisan Search Engine Optimization (SEO)
4. dan sebagainya
 
Anda boleh bina halaman khas untuk menyenaraikan perkhidmatan yang anda tawarkan.
 
(11) Sumber pendapatan blog Bagaimana blog boleh memberikan pendapatan kepada pemiliknya?
Bagi sesetengah orang, topik mengenai buat duit dengan blog ini bukanlah satu perkara yang penting.
 
Kita sedia maklum, blog itu sendiri sebenarnya mempunyai banyak fungsi.
Baca juga: Fungsi blog dan manfaatnya kepada pemiliknya
 
Alang-alang buat blog biarlah sampai dapat mengutip hasilnya.
 
Blog ini sebenarnya boleh memberikan hasil pendapatan melalui beberapa cara iaitu.

11.1 Pengiklanan Kaedah lazim yang biasa digunakan oleh blogger dalam menghasilkan pendapatan adalah menerusi pengiklanan.
 
Ada dua pendekatan yang boleh dipraktikkan.
1. Sertai program pengiklanan
Terdapat beberapa program pengiklanan yang cukup popular dalam kalangan penulis blog, antaranya
i. Google Adsense
ii. Innity
iii. Bidvertiser
iv. Media.net
v. Infolinks
 
Program pengiklanan ini memang ada banyak diluar sana. Setakat ini, yang saya pernah cuba hanyalah Google Adsense, Bidvertiser dan juga Nuffnang.
 
Konsep buat duit dengan program pengiklanan ini juga begitu mudah.
 
Kita hanya perlu masukkan kod iklan dalam blog kita dan biarkan.
 
Iklan-iklan dari syarikat yang kita sertai akan muncul secara automatik, dan bayaran upah yang bakal kita perolehi lazimnya bergantung kepada faktor
i. Berapa banyak klik yang diperolehi
ii. Berapa banyak views pada iklan yang muncul
 
Program pengiklanan ini mudah untuk dilakukan. Tapi kalau anda inginkan pendapatan yang agak besar, anda perlu pastikan bahawa blog anda menerima limpahan trafik yang tinggi.
 
Walaupun terdapat banyak syarikat yang menawarkan peluang untuk kita sertai mereka sebagai publisher, namun ini tak bermakna kita patut sertai kesemua sekali.
 
Saya syorkan anda pilih satu, dan fokus pada syarikat tersebut hingga berjaya.
 
2. Anjurkan program pengiklanan sendiri
Cara pertama tadi, kita join program pengiklanan yang dianjurkan oleh syarikat lain.
 
Jika anda mempunyai laman blog yang mempunyai prestasi yang cukup baik, dengan trafik yang begitu tinggi, anda boleh pertimbangkan untuk menganjurkan program pengiklanan anda sendiri.
 
Cara biasa yang dilakukan ialah, anda akan sewakan tapak iklan di blog anda.
Dengan cara ini, anda boleh tetapkan, berapakah kadar sewa yang anda mahukan.
 
Mungkin, anda tetapkan harga RM2,500 untuk sewa tapak iklan selama 30 hari?
Adakah orang atau syarikat yang sanggup bayar anda sebanyak itu?
 
Semua ini bergantung kepada prestasi blog anda. Kalau memang blog anda terbukti mampu untuk memberikan pulangan yang lumayan, pemilik perniagaan lazimnya tak ada masalah untuk dapatkan khidmat anda.
 
Siapa tahu, dari RM2,500 yang dibelanjakan untuk tujuan iklan, sebenarnya memberikan pulangan sebanyak RM10,000 kepada mereka. Ini sebenarnya satu pelaburan yang cukup menguntungkan.
 
11.2 Program Affiliate/ Referral Marketing Ini adalah cara kedua yang boleh anda cuba untuk hasilkan pendapatan melalui blog.
 
Dalam program affiliate, anda akan dibayar komisen dalam peratusan tertentu, apabila link-link affiliate yang anda siarkan dalam blog anda, menerima klik lalu berlaku jualan.
Baca juga: Apa itu program affiliate marketing
 
Dalam konteks program affiliate ini, anda bukan semata-mata perlukan trafik blog yang banyak, pada masa yang sama, anda juga perlukan trafik yang kita panggil ia sebagai highly targeted.
 
Kalau kita patah balik ke perbincangan mengenai user intent, kita mahukan trafik yang terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai
i. Commercial intent
ii. Transactional intent
iii. Informational intent
 
Artikel blog yang anda hasilkan juga perlu dimuatkan dengan elemen call to action bagi mengajak pembaca anda membuat suatu tindakan.
 
11.3 Jualan Servis atau produk fizikal Seterusnya adalah melalui jualan produk ataupun servis.
 
Kalau cerita mengenai jualan produk ini, ia boleh jadi dalam bentuk digital ataupun produk fizikal.
 
Sekiranya produk digital, ia mungkin dalam bentuk e-book, rakaman video, software dan sebagainya.
 
Kalau produk fizikal ini pula, ada macam-macam produklah yang kita boleh jual. Produk fizikal ini memerlukan penghantaran kepada pelanggan dan selalunya ia memerlukan masa.
 
Penjualan produk fizikal ini, boleh dilakukan sama ada menerusi program dropship yang dianjurkan oleh mana-mana syarikat pembekal, atau anda sendiri yang uruskan semuanya.
 
Kadang-kadang penulis blog ni, dia malas nak fikir sangat bab-bab urus perniagaan ini. Kita lebih minat nak menulis dan bila ada masa, kita akan membaca atau menonton movie. Semua ini  bertujuan untuk dapatkan idea untuk menghasilkan konten yang lebih baik.
 
Tapi bila dah masuk bidang perniagaan, kadang tu fokus kita boleh berubah dan lari sedikit dari matlamat asal.
 
Memandangkan saya pun pernah menulis mengenai topik ini sebelum ini, saya kira ada baiknya anda sambung pembacaan melalui artikel tersebut ya.
Baca: Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
 
(12) Pemasaran blog Pemasaran adalah merupakan satu lagi aspek yang penting yang perlu diberikan perhatian dalam bidang penulisan blog ini.
 
Memiliki sebuah blog sebenarnya ibarat memiliki sebuah perniagaan. Pembaca blog kita itu merupakan pelanggan kita. Adakalanya, blog kita tidak menerima sebarang kunjungan pembaca bukanlah kerana konten blog kita tak bagus.
 
Tetapi sebaliknya mungkin keadaan yang berlaku adalah pembaca tak tahu dan tak sedar pun tentang kewujudan blog anda. Justeru, daripada anda mengharapkan pembaca untuk tahu dan sedar sendiri kewujudan blog anda, apa kata anda yang mengambil inisiatif untuk membuat kerja marketing untuk memperkenalkan blog anda.
 
Pemasaran untuk blog ini, kita akan terokai tiga kaedah. Iaitu
 
12.1 Strategi pemasaran Search Engine Optimization (SEO) Blogging mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan halaman enjin carian (search engine).
 
Setiap apa yang kita tulis dan siarkan di blog kita, ianya akan turut tersenarai di platform enjin carian. Sama ada ia akan tersenarai di muka surat yang ke berapa, itu persoalan yang lain.
 
Apabila kita menulis blog, kita sebenarnya boleh mengharapkan trafik dari search engine. Tapi adakalanya, kalau sekadar mengharap dari search engine semata-mata, ia mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk betul-betul nampak hasilnya.
 
Oleh yang demikian, selain mengharap trafik dari search engine, kita juga perlu ambil langkah proaktif dan buat kerja-kerja pemasaran tambahan untuk mendapatkan lagi ramai pembaca.
 
12.2 Strategi pemasaran media sosial dan blog Gabungan strategi pemasaran di media sosial untuk tujuan mempromosikan blog adalah antara kaedah yang biasa dipraktikkan diluar sana.
 
Dalam penulisan blog, kita akan fokus kepada pemilihan keyword yang banyak orang cari.

Tetapi, dalam pemasaran media sosial, gameplan dan strateginya adalah sedikit berbeza.
 
Pertama sekali kita perlu kenal pasti siapakah target audience yang ingin kita sasarkan dan cuba fahamkan apakah sebenarnya keperluan dan kemahuan mereka.
 
Media sosial seperti Facebook mempunyai ciri yang membolehkan kita untuk menghasilkan iklan berbayar, yang boleh menepati demografik, minat, dan tingkah-laku mereka apabila berinteraksi dengan akaun milik pengguna lain.
 
Apabila kita dah kenalpasti siapa target audiens kita, langkah seterusnya adalah untuk menghasilkan konten yang berkualiti dan menepati citarasa dan selera golongan yang kita sasarkan.
 
Konten di media sosial walaupun pada asasnya menyampaikan mesej yang sama, namun ia tak boleh dipersembahkan dalam cara dan gaya bahasa yang sama.
 
Kalau anda buat gaya penulis blog dekat media sosial… alamatnya sunyi sepilah posting anda.
 
Apa pun, yang saya ingin sampaikan ialah, strategi pemasaran menerusi platform media sosial ini boleh digunakan bagi tujuan mendapatkan pelawat dan pembaca ke laman blog kita.
 
12.3 Strategi pemasaran emel dan blog Strategi mendapatkan dan mengekalkan trafik blog yang tinggi kali ini adalah berkaitan dengan strategi pemasaran emel.
 
Sebenarnya strategi pemasaran emel ini adalah strategi yang biasanya dipraktikkan oleh para internet marketer, yang aktif mempromosikan sesuatu produk ataupun servis kepada senarai emel milik mereka.
 
Jika anda menjual atau mempromosikan produk, kaedah pemasaran emel ini adalah antara yang bagus untuk anda gunakan. Kita andaikan, setelah anda mempromosikan produk tertentu, ada antara subscriber anda yang akan buat pembelian, lalu menyumbangkan komisen kepada anda.
 
Duit komisen ini nanti boleh digunakan semula bagi tujuan membayar kos langganan sistem autoresponder kelak.
 
Walaubagaimanapun, anda mungkin akan berdepan dengan masalah seperti berikut
 
(1) Anda sudah kehabisan produk untuk dipromosikan
Pada peringkat permulaan dulu, saya pun tak sangka bahawa saya akan berdepan dengan masalah ini. Saya fikirkan, diluar sana akan sentiasa ada produk untuk saya promosikan. Tetapi, ianya tak begitu.
 
Selepas saya mula mempromosikan 4 – 5 produk kepada mailing list / subcriber saya, tak lama selepas itu saya mula menghadapi kesukaran untuk mencari produk baru untuk dipromosikan kepada mereka.
 
(2) Subscriber anda sudah tidak baca emel anda
Apabila emel yang kita hantar kepada subscriber kita adalah email untuk jual barang sahaja kebanyakkannya, lama kelamaan mereka ini akan mula bosan dengan kita, dan selepas itu mereka tidak lagi membuka emel kita.
 
Anehnya, mereka ini tak keluar dari senarai mailing list kita (unsubscribe) tetapi mereka sekadar tak buka emel kita. Kewujudan mereka dalam list email kita hanya menambahkan kos langganan autoresponder.
 
Kita benar-benar berada dalam situasi diluah mati emak, ditelan mati bapak.
 
(3) Anda terlalu mengejar sales
Memang seronok, apabila setiap kali kita hantar emel, dalam masa beberapa minit selepas itu jualan masuk dengan sendirinya. Banyak pula tu.
 
Ini yang akan buatkan kita rasa, nak hantar emel lagi, dan lagi, dan lagi. Tapi awas, subscriber anda mungkin mempunyai pandangan yang berbeza. Mereka akan mula rasa kurang gembira apabila setiap emel yang mereka terima adalah lebih kepada nak jual barang.
 
Pada awal-awal dulu, mereka tertarik untuk follow anda, mungkin kerana tips yang anda selalu kongsikan. Tetapi setelah anda mula seronok mengejar jualan, anda dah kurang berkongsi tips tetapi lebih banyak membuat kerja-kerja promosi.
 
(4) Anda mula rasa stress dengan komisen yang menurun
Satu masa nanti, anda mungkin akan berdepan dengan situasi dimana komisen affiliate anda semakin menurun.
 
Hal ini disumbangkan oleh beberapa faktor misalnya
i. Kekurangan produk untuk dipromosikan
ii. Subscriber yang sudah tak buka emel
iii. Subscriber kita sudah semakin pandai dan tak perlukan info dari kita
 
Dalam keadaan ini anda mungkin akan mempersoalkan apa rasionalnya untuk terus maintain list dan langganan autoresponder tersebut. Kita perlu ingat, kos langganan autoresponder semakin mahal dengan bertambahnya senarai emel yang kita miliki.
 
Justeru, apa yang patut dilakukan?
Masih lagi dibawah konsep database marketing, cuma kita ubah tools yang digunakan dari sistem autoresponder kepada sistem database percuma seperti
(1) Group whatsapp
(2) Channel/Group telegram
(3) Group Facebook
 
Sebenarnya, bila kita tiada tekanan dari segi keperluan untuk membayar yuran langganan yang semakin mahal, kita akan lebih tenang dalam menghasilkan karya penulisan.
 
Kita tak dirisaukan dengan hal-hal dan komitmen untuk membayar yuran langganan.
 
Justeru, dalam konteks pemasaran blog, ini merupakan salah satu kaedah yang anda patut pertimbangkan. Kekal berhubung dengan pengikut anda, dan In Shaa Allah mereka juga akan terus menerus menyumbangkan trafik ke blog anda.
 
12.4 Strategi offline marketing Pemasaran untuk blog sebenarnya boleh juga dilakukan secara offline. Boleh jadi, pemasaran secara offline ini juga sebenarnya sama efektif dengan kita buat pemasaran secara online.
 
Kalau anda masih belum pernah gunakan kaedah pemasaran secara offline sebelum ini, bolehlah mula dari sekarang. Ada beberapa strategi yang anda boleh dan patut lakukan.
 
Antaranya
i. Masukkan link url blog anda pada kad perniagaan anda
ii. Print artikel blog anda dan edarkan untuk bacaan awam (ya ada kos)
iii. Sertai acara seperti persidangan, dan bina networking dengan para peserta yang lain.
iv. Jika anda menjual sesuatu produk, lekatkan stiker yang mengandungi link url blog anda pada produk
 
Pemasaran secara offline ini juga sebenarnya boleh membantu anda untuk mendapatkan lebih banyak pembaca. Cuma ya la, kita kena lebih kreatif dan berani mencuba sesuatu yang baru.
 
(13) Pantau prestasi dan perkembangan blog Pantau dan analisa prestasi dan perjalanan blog yang anda hasilkan. Ini merupakan satu langkah yang cukup penting dalam menghasilkan sebuah projek blogging yang berjaya.
 
Perkara-perkara berikut perlu anda pantau setiap masa,
1. Trafik blog anda
2. Engagement pembaca blog anda seperti komen, like, share
3. Conversion rate berapa income terhasil dari artikel anda
4. Apa komen pembaca anda
 
Maklumat-maklumat ini sebenarnya boleh kita jadikan rujukan bagi mengetahui apa kekurangan dan kelemahan kita.
 
Kadang-kadang ada pembaca yang menghubungi kita dan bertanyakan soalan yang berkaitan dengan artikel blog yang kita hasilkan. Ini tandanya, artikel kita memang ada yang baca, namun ianya kurang lengkap.
 
Jadi apa yang perlu anda lakukan seterusnya adalah mengemaskini artikel tersebut dan masukkan maklumat baru yang masih belum lengkap itu tadi.
 
Apabila kita peka dengan maklumbalas dari pembaca, dan seterusnya kita sentiasa kemaskini artikel kita, akhirnya kita akan dapat hasilkan artikel yang semakin baik dan sempurna.
 
(14) Upgrade diri anda dengan skil baru Jangan cepat puas hati dengan apa yang kita telah tahu.
Boleh jadi, diluar sana sebenarnya masih ada banyak lagi perkara yang kita belum tahu.
 
Bercakap dalam konteks bidang penulisan itu sendiri, sebenarnya ada terlalu banyak ilmu dan skil penulisan yang terdapat diluar sana. Kalau anda masih belum pernah belajar skil penulisan tersebut, ada baiknya anda luangkan masa untuk pelajari.
 
Dibawah ini adalah antara skil penulisan yang anda perlu tahu dan kuasai.
 
14.1 Content marketing Apa yang dimaksudkan dengan content marketing?
Kalau anda juga bertanya soalan yang sama, saya ingin jemput anda untuk baca posting saya sebelum ini.
Baca disini: Apa itu content marketing?
 
Bila kita faham, bagaimana content marketing ini berfungsi, kita akan mula nampak bahawa setiap artikel yang kita hasilkan, yang kita siarkan dalam blog kita, semuanya mempunyai peranan yang spesifik.
 
Apa peranan artikel blog kita sebenarnya?
Baiklah, artikel blog yang kita hasilkan sepatutnya memainkan peranan untuk
1. Memberitahu tentang suatu maklumat
2. Menghubungkan pembaca dengan topik yang dicari
3. Melibatkan pembaca dalam perbincangan
4. Mengajak pembaca untuk sama-sama berfikir
5. Menyampaikan suatu idea kepada pembaca
6. Menyelesaikan suatu permasalahan tertentu
 
Hanya menulis sebuah artikel blog mengenai suatu topik adakalanya tak mencukupi.
Sepatutnya kita perlu luaskan lagi topik perbincangan dan banyakkan penulisan di blog kita.
 
Usahakan untuk buat perkara ini.
Artikel kedua yang kita tulis, mempromosikan artikel yang pertama.
Artikel ketiga yang kita tulis, mempromosikan artikel kedua dan pertama.
Begitulah seterusnya.
 
Tak sepatutnya ada artikel yang anda biarkan untuk berdiri sendiri di blog anda.
Jika ada artikel seperti ini, lazimnya ia akan mula kehilangan pembaca dan akhirnya terus dilupakan.
 
Sebagai contoh, blog anda mungkin adalah dalam niche personal finance, dan dari beribu-ribu artikel yang anda pernah terbitkan, hanya ada satu sahaja artikel mengenai pelaburan emas.
 
Kebiasaannya satu artikel itu akan menjadi artikel ganjil dan ia juga akan kurang perform dari segi kedudukannya di search engine.
 
Artikel tersebut masih akan masuk halaman Google, tapi ia biasanya tercampak di page belakang-belakang.
 
Bagaimana caranya nak naikkan kedudukan artikel ini?
Caranya adalah dengan menambahkan beberapa artikel baru yang turut bercakap mengenai pelaburan emas juga.
 
Atas sebab yang sama inilah, penting untuk anda wujudkan kalendar penerbitan artikel.
Supaya tak ada artikel yang ganjil, yang berdiri sendiri.
 
Cuba bayangkan, kalau dalam blog anda ada 1,000 artikel tapi separuh dari jumlah artikel tersebut, langsung tak ada perkaitan antara satu sama lain.
Apa yang akan berlaku?
 
Sebenarnya situasi ini memang saya sedang alami.
Kesannya adalah dari segi trafik dan ranking di Search Engine Result Pages.
 
Artikel yang berdiri sendiri, yang tak ada kaitan antara artikel-artikel lain tercampak di muka surat yang agak jauh di search engine dan ia tak menerima sebarang trafik.
 
Justeru, jangan ulang kesilapan yang saya lakukan.
Ini akan mengambil masa yang agak lama untuk diperbetulkan.
 
14.2 Copywriting Copywriting merujuk kepada suatu kaedah penulisan yang fungsinya untuk mempengaruhi dan mengajak pembaca untuk melakukan sesuatu tindakan tertentu.
 
Penulis copywriting akan membuat pemilihan perkataan dengan sangat teliti, supaya mampu mempengaruhi pembaca untuk melakukan suatu tindakan yang spesifik, sama ada
i. Membuat pembelian
ii. Menghubungi pihak penjual (whatsapp, email, call dan sebagainya)
iii. Menekan klik pada pautan yang disertakan
iv. Menekan butang share, like, komen dan sebagainya
 
Kaedah penulisan copywriting ini akan jadi lebih berkesan apabila penulis itu merupakan seorang yang faham serba sedikit
i. Bagaimana sifat psikologi manusia?
ii. Bagaimana cara pelanggan kita berfikir?
iii. Apakah perkara yang menyakitkan dan menyusahkan hidup mereka?
iv. Bagaimana pelanggan menilai kelebihan pada sesuatu produk
v. Bagaimana memanfaatkan sikap pelanggan yang takutkan kehilangan
 
Penulisan copywriting ini banyak digunakan dalam bahan pemasaran seperti iklan, laman web jualan, kempen pemasaran email, landing pages bagi tujuan mengumpul lead dan sebagainya.
 
Selain itu, ia juga boleh digunakan dalam penulisan artikel blog, sekiranya penulisan tersebut memang ada tujuan untuk mengajak pembaca melakukan sesuatu tindakan yang spesifik.
 
14.3 Story selling Ini merupakan satu cabang penulisan yang fokusnya adalah untuk membuat jualan.
 
Seandainya artikel tersebut gagal untuk menghasilkan jualan sekalipun, setidak-tidaknya ia dapat memujuk dan mengajak pembaca untuk melakukan suatu tindakan yang spesifik.
 
Hasil akhir yang kita harapkan hampir sama dengan teknik copywriting, iaitu kita mahukan
i. Pembaca membuat tempahan produk
ii. Pembaca menghubungi penulis atau penjual
iii. Tekan klik pada pautan yang disertakan
iv. Menekan butang share, like, komen dan sebagainya
 
Dalam konsep story selling ini, pendekatan yang kita akan gunakan adalah bercerita. Kita pilih suatu cerita atau kisah-kisah menarik lalu kita akan olah ia supaya dapat membangkitkan rasa minat dan ingin tahu, sehingga pembaca akhirnya melakukan tindakan yang kita jangkakan.
 
Sesekali, kita memang perlu masukkan unsur penceritaan dalam penulisan, bagi menarik minat dan perhatian kategori pembaca yang suka untuk membaca artikel jenis cerita.
 
(15) Cabaran kepada blogging Saya akui, bidang penulisan blog ini memang ada banyak cabarannya.
 
Bercakap persoalan cabaran ini, sebenarnya dalam apa juga bidang, pasti ada cabarannya. Cabaran ini bukanlah untuk kita takuti.
 
Sebaliknya kita perlu akui, ya cabaran itu memang wujud kemudian kita atur strategi dan langkah untuk mendepani cabaran tersebut.
 
Sebagai penulis blog, kita sebenarnya bersaing untuk mendapatkan perhatian kelompok tertentu yang kita sasarkan. Pada hari ini, ada terlalu banyak perkara yang boleh menarik perhatian audiens kita.
 
Kenapa dia mesti nak baca blog anda, sedangkan dia boleh
1. Tengok movie dekat Netflix
2. Tengok video dekat Youtube
3. Layan Tiktok
4. Layan media sosial
5. Baca portal berita
 
…dan banyak lagi. Ya, diluar sana ada banyak lagi aktiviti yang target audiens kita boleh lakukan, selain daripada baca blog kita.
 
Sudah tentu, keadaannya tak begini sekitar tahun 2009 atau 10 tahun yang lalu. Dunia semakin maju, teknologi berkembang dan banyak perubahan berlaku disekeliling kita.
 
Audiens yang kita sasarkan untuk menjadi pembaca blog kita, hanya mempunyai 24 jam sahaja dalam sehari. Ya, sama macam kita. Kalau masa mereka, telah digunakan untuk buat perkara lain, selain daripada membaca blog kita, maka agak sukarlah untuk kita dapatkan trafiik yang banyak.
 
Kemudian kita juga perlu sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal terhadap respon negatif dari para pembaca blog kita. Maklumlah, dekat luar sana ada macam-macam jenis manusia.
 
Jenis-jenis yang toxic, kaki troll, suka kecam ini pun sebenarnya bilangannya agak ramai.
 
Bila kita menghasilkan konten dan siarkan ia secara terbuka, kita sebenarnya membuka pintu untuk individu seperti ini melemparkan kata-kata yang mungkin agak negatif.
 
(16) Menulis adalah passion Menulis ini bukan semata-mata satu “tugasan” atau “kerja” yang kita perlu siapkan.
 
Ia memerlukan minat yang begitu mendalam.
 
Setiap bait patah perkataan yang disusun membawa satu jalan cerita, yang membangkitkan emosi, menyampaikan suatu idea dan meluahkan apa yang terbuku didada.
 
Menulis ini bukanlah suatu perkara yang begitu sukar atau rumit untuk dilakukan.
Walaupun begitu bukan semua orang suka atau sanggup untuk melakukannya.
 
Sebaliknya, jika anda memang betul-betul mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penulisan ini, nescaya walaupun anda tak menerima sebarang bayaran, anda masih tetap suka menulis dan akan tetap terus menulis.
 
Penutup Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih untuk masa yang anda luangkan ketika membaca perkongsian saya ini.
 
Matlamat saya ketika menulis artikel ini, adalah untuk menghasilkan panduan yang cukup lengkap yang dapat membantu penulis baru mencipta blog yang hebat dan mampu menghasilkan pendapatan.
 
Namun demikian, jangan jadikan perkongsian ini sebagai satu-satunya rujukan anda.
 
Luaskan lagi pembacaan dan dapatkan juga pendapat serta pandangan penulis lain. Anda mungkin akan memperolehi manfaat yang lebih besar.
 
Sepanjang saya menulis artikel ini, mungkin ada banyak juga perkara yang saya tak perasan atau tertinggal.
 
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan, boleh tanyakan dibahagian komen.
 
Saya harap semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
 
 
 
The post Panduan paling LENGKAP belajar buat duit dengan blog appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/panduan-blogging-buat-duit-dengan-blog/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Lengkap Tentang Rtp Slot Cara Kerjanya Dan Bagaimana Memilih Yang Terbaik

Panduan Lengkap Tentang Rtp Slot Cara Kerjanya Dan Bagaimana Memilih Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 240 hits
Panduan Lengkap tentang RTP Slot Cara Kerjanya dan Bagaimana Memilih yang Terbaik Halo para pecinta slot Apakah Anda ingin mempelajari lebih lanjut tentang RTP slot Jika iya maka Anda telah datang ke tempat yang tepat Dalam panduan ini kita...
Situs Judi Bola Resmi Panduan Lengkap Untuk Pemula

Situs Judi Bola Resmi Panduan Lengkap Untuk Pemula

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 177 hits
Situs Judi Bola Resmi Panduan Lengkap untuk Pemula Halo para pemula di dunia taruhan bola online Jika Anda sedang mencari situs judi bola resmi yang dapat dipercaya maka Anda telah datang ke tempat yang tepat Pada artikel ini kami akan memb...
Panduan Lengkap Judi Bola Parlay Cara Memenangkan Taruhan Dengan Strategi Yang Efektif

Panduan Lengkap Judi Bola Parlay Cara Memenangkan Taruhan Dengan Strategi Yang Efektif

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 164 hits
Panduan Lengkap Judi Bola Parlay Cara Memenangkan Taruhan dengan Strategi yang Efektif Apakah Anda seorang penggemar sepak bola yang juga suka berjudi Jika jawabannya iya maka Anda pasti sudah familiar dengan istilah judi bola parlay Judi b...
Panduan Lengkap Membela Kucing Bagi Pemula

Panduan Lengkap Membela Kucing Bagi Pemula

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 205 hits
Gelagat dan rupa seekor kucing amat menggamit perasaan adakalanya dilihat sangat comel boleh menghiburkan hati dengan telatah lucunya dan ada ketika kita merasa pilu dan sayu Disebabkan inilah haiwan kucing menjadi pilihan ramai sebagai kuc...
Panduan Lengkap Bermain Demo Slot Cara Pintar Menguji Keberuntungan Anda

Panduan Lengkap Bermain Demo Slot Cara Pintar Menguji Keberuntungan Anda

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 240 hits
Panduan Lengkap Bermain Demo Slot Cara Pintar Menguji Keberuntungan Anda Apakah Anda ingin menguji keberuntungan Anda dalam bermain slot tanpa harus mengeluarkan uang sungguhan Jika iya maka bermain demo slot bisa menjadi pilihan yang tepat...
Panduan Lengkap Sujud Sahwi Tatacara Dan Makna Dalam Rumi

Panduan Lengkap Sujud Sahwi Tatacara Dan Makna Dalam Rumi

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 336 hits
Sujud sahwi adalah cara Allah SWT memberi peluang kepada kita untuk memperbetulkan kesilapan kita dalam solat Betapa sayangnya Allah SWT kepada hamba hambaNYA Setiap detik dalam solat adalah detik yang penting kerana itu lah cara kita berko...
Panduan Lengkap Bermain Togel Sdy Tips Dan Trik Jitu

Panduan Lengkap Bermain Togel Sdy Tips Dan Trik Jitu

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 152 hits
Panduan Lengkap Bermain Togel SDY Tips dan Trik Jitu Halo para pecinta judi togel Apakah Anda telah mendengar tentang permainan Togel SDY Jika belum artikel ini akan memberikan panduan lengkap bagi Anda tentang bagaimana cara bermain togel ...
Panduan Lengkap Bermain Casino Online Di Indonesia

Panduan Lengkap Bermain Casino Online Di Indonesia

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 156 hits
Panduan Lengkap Bermain Casino Online di Indonesia Halo pecinta judi online Jika Anda mencari panduan lengkap untuk bermain casino online di Indonesia Anda telah datang ke tempat yang tepat Dalam artikel ini kami akan memberikan informasi y...
Panduan Lengkap Bermain Sydney Togel Untuk Pemula

Panduan Lengkap Bermain Sydney Togel Untuk Pemula

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 187 hits
Panduan Lengkap Bermain Sydney Togel untuk Pemula Halo pemula Bagi Anda yang tertarik untuk mencoba peruntungan di dunia perjudian togel khususnya Sydney Togel kami telah menyiapkan panduan lengkap untuk Anda Dalam artikel ini kami akan mem...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord