Panduan Lengkap Sujud Sahwi Tatacara Dan Makna Dalam Rumi
Sujud sahwi adalah cara Allah SWT memberi peluang kepada kita untuk memperbetulkan kesilapan kita dalam solat. Betapa sayangnya Allah SWT kepada hamba-hambaNYA. Setiap detik dalam solat adalah detik yang penting kerana itu lah cara kita berkomunikasi dengan Allah tapi sebagai manusia yang tak sempurna kadang-kadang kita melakukan kesilapan dalam solat.
$ads={1}
$ads={1}
Ramai yang masih belum tahu jika kita terlupa rakaat atau terlupa baca doa qunut, kita masih boleh membetulkan solat. Perkongsian kali ini adalah bagaimana cara sujud sahwi dengan betul,hukum sujud sahwi, bila perlunya kita melakukan sujud sahwi dan semoga perkongsian dapat menambah ilmu sebagai umat islam
Apa itu Sujud Sahwi ?Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan bila kita terlupa dan meninggalkan sesuatu dengan tidak sengaja. Sujud sahwi adalah bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan kita dalam solat yang di lakukan tanpa sengaja. Dua sujud tambahan ini dilakukan di akhir solat selepas tahiyat akhir dan sebelum salam
Dari Abu Sa‘id al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
إذَا شَكَّ أحَدُكُمْ فِي صَلاَتِهِ فَلْيُلْقِ الشَّكَ وَلْيَبْنِ عَلَى الْيَقِينِ، فَإذَا اسْتَيْقَنَ التَّمَامَ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ، فَإِنْ كَانَتْ صَلاَتُهُ تَامَّةً كَانَتِ الرَّكْعَةُ نَافِلَةً وَالسَّجْدَتَانِ، وَإنْ كَانَتْ نَاقِصَة ًكَانَتِ الرَّكْعَةُ تَمَاماً لِصَلاَتِهِ وَكَانَتِ السَّجْدَتَانِ تَرْغِيمَتَىِ الشَّيْطَانِ.
(رواه أبو داود)
Maksudnya: "Jika seseorang daripada kamu ragu-ragu dalam sembahyangnya, maka hendaklah membuang dan meninggalkan keraguan tersebut dan tetapkanlah bilangan raka‘at yang diyakini (yang paling sedikit). Maka apabila dia telah yakin akan kesempurnaan sembahyangnya itu, hendaklah dia melakukan dua kali sujud (sujud sahwi). Jika ternyata sembahyangnya adalah sempurna (empat raka‘at), maka raka‘at tambahan (yang kelima) dan sujud sahwi tersebut adalah sebagai nafilah (amalan sunat). Dan jika ternyata sembahyangnya kurang, maka raka‘at keempat itu adalah sebagai pelengkap sembahyangnya, dan dua sujud sahwi pula sebagai pengajaran (tamparan) bagi syaitan".
(Hadits riwayat Imam Abu Daud)
$ads={2}
Hukum Sujud SahwiBanyak pendapat hukum sujud sahwi mengikut mazhab, tapi sebagai pengikut mazhab Shafi’e hukum sujud sahwi adalah sunat muakkad, sunat yang dituntut untuk melakukannya
Hukum Sujud Sahwi dalam Solat BerjemaahJika imam melakukan sujud sahwi maka makmum wajib mengikutinya. Jika makmum tidak buat maka solatnya terbatal.
Jika makmum mengetahui imam melakukan kesilapan tapi imam tidak melakukan sujud sahwi, makmum tidak boleh melakukan sujud sahwi
Jika makmum melakukan kesilapan, makmum tidak boleh melakukan sujud sahwi kerana mengikut imam adalah wajib
Bagi imam, hukum sujud sahwi adalah sunat ab’ad. Jika imam tidak melalukan sujud sahwi, solat berjemaah itu tetap sah
Cara Sujud Sahwi Dengan Betul dan Lengkap Dalam Jawi dan RumiSujud sahwi dilakukan pada akhir solat, selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam. Sujud sahwi perlu dilakukan 2 kali
“beliau (Nabi) sujud dua kali. Ketika itu beliau bertakbir pada setiap akan sujud dalam posisi duduk.” (HR. Bukhari Muslim)
$ads={1}
1. Niat (sewaktu duduk antara dua sujud). Boleh niat dalam bahasa rumi kerana tiada niat khas untuk sujud sahwi : “Sahaja aku sujud sahwi’’ dan lafazkan di dalam hati.
2. Sujud pertama : Selepas niat terus sujud dan baca bacaan di bawah sebanyak 3 kali :
سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ
Subhana Man Laa Yanaamu Walaa YasHuu
Maksudnya : Maha Suci Engkau Ya Allah, Rabb kami, dengan segala pujian kepada-Mu, ampunilah dosa-dosaku
3. Kembali pada kedudukan duduk antara dua sujud, waktu ni kita boleh diam sekejap atau pun boleh baca bacaan duduk antara dua sujud seperi dalam solat fardhu
4. Sujud kedua : Kemudian sujud sahwi yang kedua dengan bacaan seperti sujud sahwi pertama tadi.
5. Kembali pada kedudukan duduk antara dua sujud seperti kita melakukan tahiyat akhir dan sudahi dengan salam
$ads={1}
Bila Perlu Melakukan Sujud Sahwi ?Terlupa atau ragu-ragu pada bilangan rakaatTerlupa tahiyat awalTerlupa membaca qunutMelakukan perbuatan yang dilarang dalam solatMelakukan rukun bukan pada tempatnyaTertinggal rukun solat kecuali niat dan takbiratulihramMeninggalkan sunat Ab’adh
Contoh :
Kita tidak ingat rakaat berapa kita sedang solat, contohnya rakaat kedua atau ketiga. Maka tetapkan ia sebagai rakaat kedua dan teruskan solat sehingga selesai dan tutup solat tersebut dengan sujud sahwi. (Jika terlupa rakaat lebih selamat untuk memilih rakaat yang terdahulu atau yang sedikit)Jika ketika sujud, ada rasa was-was dan tidak ingat sudah melakukan rukuk atau tidak, wajib ulangi semula rakaat tersebut dan teruskan solat hingga selesai dan tutup ia dengan sujud sahwiMembaca Al-Fatihah bukan pada tempatnya kerana tidak khusyuk atau berkhayal , jika masih dalam keadaan berdiri, ulanglah bacaan Al-Fatihah itu dan teruslah solat seperti biasa dan tutup ia dengan sujud sahwiJika bergerak lebih dari 3 kali atau melafazakan sesuatu yang bukan bacaan solat juga boleh tutup solat dengan sujud sahwi
$ads={2}Ada 3 Jenis Sujud Sujud sahwiSujud tilawahSujud syukur
Perbezaan antara Sujud Sahwi, Sujud Tilawah dan Sujud Syukur Sujud sahwi jika berlaku kesilapan dalam solat
Sujud tilawah berlaku ketika kita membaca ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran, tanda penghormatan terhadap kandungan suci Al-Quran. Ada beberapa ayat yang bila kita membacanya kita perlu membuat sujud tilawah setelah bacaan ayat itu selesai
Sujud syukur dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmat atau hal-hal yang baik dalam hidup kita. Boleh dilakukan di dalam dan luar solat
Hikmah dan Kelebihan Sujud Sahwi Setiap amalan atau perkara yang Allah berikan pasti ada hikmah yang besar buat kita. Sujud sahwi adalah sujud tambahan yang diberikan sebagai peluang untuk kita perbaiki diri yang selalu leka
Sesungguhnya Allah itu sangat penyayang, walaupun hamba-hambaNya masih leka dalam solat DIA tetap memberi peluang untuk memperbaiki ibadahNya
Kita sebagai hambaNYA selalu lah memohon kemaafan kerana hanya Allah tempat kita bersujud dan memohon taubat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.qasehdalia.com/2023/08/panduan-lengkap-sujud-sahwi.html