Panduan Mudah Untuk Solat Sunat Taubat Berserta Doa


Panduan Mudah Untuk Solat Sunat Taubat Berserta Doa | Setiap manusia ada melakukan dosa. Bezanya ada dosa yang disedari dan sering diulangi dan ada dosa yang tidak disedari. Bagi membersihkan diri, bolehlah lakukan Solat Sunat Taubat bagi memohon kepada Allah SWT dosa atau kesalahan itu diampunkan.

Cara untuk melakukan solat sunat taubat ini tidak susah sebenarnya. Cuma, sebelum hendak melakukan solat sunat taubat ini, si empunya diri perlu lepasi beberapa syarat taubat ini dulu. 



Syarat syarat taubat tersebut adalah ;

Ikhlas ingin bertaubat atas kehendak diri sendiri Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu ituMeninggalkan segera perbuatan dosa itu serta mertaBerazam untuk tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagiWalaubagaimanapun, jika dosa itu ada melibatkan seseorang yang lain (tidak hanya melibatkan Allah SWT), seperti mencuri dan sebagainya. Maka si pendosa ini hendaklah juga memulangkan barang yang di curti, mengakui kesalahan dan memohon ampun dari orang tersebut. 

Kelebihan Jika Melakukan Solat Sunat Taubat 
Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah. Kita juga kena faham yang Sembahyang sunat Taubat ini bererti sembahyang memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah SWT.

Maka, jika melakukan solat sunat taubat ini, seseorang itu boleh 

1. diampunkan Allah SWT. 2. dimudahkan segala urusan. 3. menceriakan kehidupan seharian. 4. menghilangkan perasaan yang menekan. 5. mencegah dosa dan menghindari gangguan.
Ensiklopedia Solat Sunat Taubat 
Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).



Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)

Jumlah Rakaat Solat Sunat Taubat 
Solat Taubat boleh dilakukan sebanyak dua, empat atau enam rakaat 

Waktu Solat Sunat Taubat 
Solat sunat taubat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dikehendaki. Itu terpulang pada diri masing-masing. Cuma adalah lebih afdal jika dilakukan pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang. Saat itu boleh rasa lebih dekat dengan Allah SWT tanpa sebarang gangguan berbanding di siang hari.

Panduan Mudah Untuk Melakukan Solat Sunat Taubat Berserta Doa 
1.  Mulakan dengan membaca Niat Solat Sunat Taubat, boleh baca dalam Rumi saja juga

 Usolli sunnata taubati rak’ataini lillahi taala Maksudnya: Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala2.  Bacaan Dalam Solat

Rakaat Pertama:Ketika rakaat pertama, membaca surah Al-Fatihah dan seterusnya baca surah Al-Kafirun.

Maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! "Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah. "Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
Rakaat Kedua:Ketika rakat kedua, membaca surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan surah Al-Ikhlas.


Maksudnya: Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) , bacalah ayat di bawah ini sebanyak 40 kali:“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”

Maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).


4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;


“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.

Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.


b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;


“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.




c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :


“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”

Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.


5.  Baca Doa Taubat
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

Semoga dengan perkongsian ini dapatlah kita sama-sama belajar bagaimana untuk melakukan solat taubat dengan betul. 

Solat sunat Taubat ini elok juga jika dilakukan setiap hari. Tak perlu tunggu terasa ada dosa besar. Jadikan solat sembahyang sunat taubat ini sebagai rutin untuk mendapatkan kehidupan yang lebih aman dan tenteram. 

Mudah sebenarnya untuk melakukan Solat Sunat Taubat ini cuma atas diri masing-masing sama ada benar-benar menyesal di atas segala kesilapan sendiri ataupun tidak. Doa dan harapan moga kita berjaya mendapat taubat nasuha di atas kesalahan dosa masing-masing. 

Aamiin. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.abangrock.com/2020/02/panduan-mudah-untuk-solat-sunat-taubat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Memulakan Solat Sunat Sebaik Sahaja Iqamah Dilaungkan

Hukum Memulakan Solat Sunat Sebaik Sahaja Iqamah Dilaungkan

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 197 hits
SOALAN Kalau saya agak terlewat untuk melaksanakan solat sunat Subuh bolehkah saya melakukannya sebaik sahaja muazzin iqamah JAWAPAN Solat sunat sebelum Subuh merupakan antara solat sunat ratibah yang amat dituntut untuk dibuat Ini berdasar...
Panduan Lengkap Sujud Sahwi Sekiranya Terlupa Rakaat Serta Doa Qunut

Panduan Lengkap Sujud Sahwi Sekiranya Terlupa Rakaat Serta Doa Qunut

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 376 hits
Sebagai seorang hamba dan insan yang bersifat lemah dan pelupa kita tidak akan terlepas dari lupa ataupun membuat kesilapan Dalam solat contohnya kita terlupa dengan bilangan rakaan ataupun kita terlupa melakukan doa qunut Perkara itu adala...
Cara Solat Sunat Istisqa Untuk Minta Hujan

Cara Solat Sunat Istisqa Untuk Minta Hujan

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 432 hits
solat sunat istisqa adalah sunat muakkad ke atas orang yang mukim musafir merdeka hamba yang sudah baligh dan belum baligh lelaki serta perempuan Solat sunat ini dilakukan bagi tujuan meminta hujan Jika tidak berkehendakkan hujan maka hukum...
Coronavirus Agong Orders All Mosques To Hold Solat Hajat Doa Selamat

Coronavirus Agong Orders All Mosques To Hold Solat Hajat Doa Selamat

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 435 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah on Tuesday ordered all mosques to hold solat hajat and doa selamat Comptroller of the Royal Household for Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin said the move ...
Sunat Anak Lelaki Masa Bayi Ibu Kongsi Cara Mudah Nak Jaga Sembuh Cepat Ikut Saranan Doktor

Sunat Anak Lelaki Masa Bayi Ibu Kongsi Cara Mudah Nak Jaga Sembuh Cepat Ikut Saranan Doktor

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 631 hits
Bersunat atau berkhatan adalah kemestian yang perlu dilakukan kepada anak anak bagi orang Muslim Ada yang memilih untuk mengkhatankan anak anak ketika usia yang masih kecil dan ada juga yang sunatkan anak anak bila mereka dah mula bersekola...
Solat Sunat Hadiah

Solat Sunat Hadiah

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 226 hits
SOALAN Apakah Nabi SAW pernah melakukan solat sunat hadiah JAWAPAN Sebelum kita masuk pada perbincangan yang khusus berkaitan solat sunat hadiah ini suka bagi kami untuk menjelaskan terlebih dahulu adakah orang yang telah meninggal dunia ak...
Gilir Gilir Solat Dan Pergi Masjid Tolak Ansur Suami Isteri Penting 20 Tip Ibu Ni Boleh Jadikan Panduan

Gilir Gilir Solat Dan Pergi Masjid Tolak Ansur Suami Isteri Penting 20 Tip Ibu Ni Boleh Jadikan Panduan

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 396 hits
Kini boleh dikatakan membawa anak mengerjakan umrah adalah hal yang biasa bagi semua ibu bapa Pun begitu ketika membuat keputusan untuk membawa anak kecil ini bukanlah satu hal yang mudah Banyak hal yang perlu difikirkan malah waktu melakuk...
Tip Mudah Bangun Subuh Amalkan Lepas Ni Tak Susah Bangun Solat Subuh

Tip Mudah Bangun Subuh Amalkan Lepas Ni Tak Susah Bangun Solat Subuh

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 471 hits
Tip Mudah Bangun Subuh Amalkan InsyaAllah Lepas Ni Tak Susah Bangun Solat Subuh Ramai beranggapan lagi lama tidur lagi bagus kerana badan dapat berehat secukupnya Ada yang beranggapan bangun awal pagi menyebabkan kita lesu dan penat seharia...
Surah Al Fatihah Mesti Dibaca Dalam Setiap Rakaat Kerana Ianya Adalah Salah Satu Daripada 13 Rukun Solat 9692

Surah Al Fatihah Mesti Dibaca Dalam Setiap Rakaat Kerana Ianya Adalah Salah Satu Daripada 13 Rukun Solat 9692

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 401 hits
Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Firman Allah SWT Maka bacalah apa yang mudah dari Al Quran assalamualaikum sye nk tnye skit nie Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir kene baca doa berik...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu