Panduan Lengkap Sujud Sahwi Sekiranya Terlupa Rakaat Serta Doa Qunut


 

Sebagai seorang hamba dan insan yang bersifat lemah dan pelupa, kita tidak akan terlepas dari lupa ataupun membuat kesilapan. Dalam solat contohnya kita terlupa dengan bilangan rakaan ataupun kita terlupa melakukan doa qunut.
Perkara itu adalah lumrah bagi seorang hamba. Kita tak akan terlepas dari sifat lupa atau leka walaupun ketika beribadah kepadaNya. Sujud sahwi adalah cara untuk menutup kekurangan dalam solat fardhu.
HUKUM SUJUD SAHWI
Sahwi bererti lupa. Menurut Imam merangkap Penolong Pengarah Pembinaan Sakhsiah Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sesuai dengan namanya, sujud sahwi ini dilakukan adalah untuk menampung beberapa jenis kesalahan yang dibuat ketika solat akibat lalai atau terlupa. Antara kesalahannya adalah terlupa melakukan salah satu sunat ab’adh, iaitu tahiyat awal dan doa qunut.
Hal ini adalah berdasarkan hadis daripada al-Mughirah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang kamu berdiri sesudah dua rakaat tetapi ia belum sampai sempurna berdiri, maka hendaklah ia duduk kembali (untuk tasyahud pertama) tetapi jika ia sudah berdiri dengan sempurna, maka jangan ia duduk kembali dan hendaklah ia sujud dua kali (Sujud Sahwi)”. (Riwayat Ahmad)
Selain itu, ia juga dianjurkan sekiranya kita berasa ragu-ragu terhadap bilangan rakaat. Dari Abu Sa’id al-Khudri RA, di mana Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِـيْ صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثًا أَوْ أَرْبَعًـا؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَـا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَـانَ صَلَّى خَمْسًا شَفِعْنَ لَهُ صَلاَتُهُ، وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا ِلأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيْمًا لِلشَّيْطَانِ.
“Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i RA)
Sujud sahwi hukumnya adalah sunat. Ini bermakna, tidaklah batal solat seseorang jika tidak dilakukan.
CARA SUJUD SAHWI YANG LENGKAP
Walaupun hukumnya sunat, eloklah kita melakukannya apabila perlu. Ini kerana, cara sujud sahwi sebenarnya amat mudah, iaitu seperti berikut:
1) NIAT
Sujud sahwi perlu diniat terlebih dahulu pada penghujung rakaat terakhir. Sesudah tahiyat akhir, sebelum memberi salam, takbir dan sujud dengan lafaz sujud sahwi. (Menurut kuliah Ustaz Don Daniyal, jika kita sudah berniat mahu melakukan sujud sahwi, duduk tahiyat akhir seeloknya dalam keadaan duduk antara dua sujud.)
2) SUJUD
Lafaz ini dibacakan 3 kali dalam sujud sahwi:
سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ
(Subhana Man Laa Yanaamu Walaa YasHuu )Maksudnya: Maha suci Allah, zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa
3) DUDUK ANTARA DUA SUJUD
Selepas membaca lafaz tersebut, bangun daripada sujud dan duduk dalam posisi di antara dua sujud, sama seperti yang biasa kita lakukan dalam solat. Bacaan juga sama seperti duduk antara dua sujud.
4) SUJUD SEKALI LAGI
Sesudah itu duduk kembali pada posisi duduk di antara dua sujud dan lakukan sujud sahwi sekali lagi. Kemudian duduk dalam keadaan tahiyat akhir dan beri salam seperti biasa (tak perlu mengulang bacaan tahiyat akhir sekali lagi).
BAGAIMANA KALAU TERTINGGAL PERBUATAN YANG TERMASUK DALAM RUKUN SOLAT?
Setakat ini, kita dijelaskan bahawa kita digalakkan melakukan sujud sahwi apabila kita terlupa sesuatu perbuatan sunat ab’adh, iaitu doa qunut atau tahiyat awal yang tidak termasuk dalam 13 rukun solat.
Jadi, apakah yang sepatutnya kita lakukan jika kita terlupa melakukan perkara yang termasuk dalam rukun (contohnya membaca al-fatihah atau rukuk)?
Kita tidak boleh menggantikan perkara yang tertinggal tadi dengan sujud sahwi semata-mata. Contohnya, kita terlupa membaca al-fatihah pada rakaat ketiga dalam solat maghrib. Maka, kita perlu membaca al-fatihah yang tertinggal tadi dengan cara mengulang rakaat ketiga secara keseluruhannya (kerana rakaat ketiga tadi tidak dikira sempurna). Sebelum mengakhiri solat, barulah kita melakukan sujud sahwi.
HIKMAH SUJUD SAHWI
Sujud sahwi sangat dituntut untuk membaiki solat kita yang cela. Allah yang Maha Penyayang masih boleh menerima ibadah kita walaupun ada cacat celanya.
Segala amalan yang dituntut dalam Islam pasti ada hikmahnya. Dalam perihal sujud sahwi, kita sebagai hamba banyak kekurangannya. Maka, Rasulullah SAW mengajar kita cara sujud sahwi sebagai salah satu cara menutup kekurangan kita.
Lihatlah betapa pengasihnya Allah kepada kita. Dengan segala kekurangan kita dalam melakukan ibadah, Allah tetap memberikan jalan untuk menampung kekurangan tersebut. Semoga kita dapat bersama-sama memperbaiki kualiti ibadah kita agar diterima oleh Allah SWT
Sumber : majalahperdana
The post Panduan Lengkap Sujud Sahwi Sekiranya Terlupa “Rakaat” Serta “Doa Qunut” appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/panduan-lengkap-sujud-sahwi-sekiranya-terlupa-rakaat-serta-doa-qunut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemaskini Bsh 2020 Panduan Lengkap

Kemaskini Bsh 2020 Panduan Lengkap

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 684 hits
Kemaskini BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 Fasa 1 telah diagihkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan pada 20 Januari 2020 yang lalu Bantuan peruntukan sebanyak RM1 bilion dan memanfaatkan hampir 3 8 juta penerima BSH kategori i...
Doa Saat Sujud Doa Luar Biasa

Doa Saat Sujud Doa Luar Biasa

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 495 hits
Doa saat sujud adalah doa luar biasa Silakan diamalkan namun ada beberapa aturan terkait hal ini Posting ditampilkan lebih awal di
Manhajus Salikin Sujud Sahwi

Manhajus Salikin Sujud Sahwi

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 407 hits
Apa pengertian sujud sahwi apa fungsinya kenapa sampai kita diperintahkan sujud sahwi Kita akan lihat dari perkataan Syaikh As Sa di dalam Manhajus Salikin berikut ini Posting ditampilkan lebih awal di
E Filing Lhdn Panduan Lengkap Isi Borang Be Online

E Filing Lhdn Panduan Lengkap Isi Borang Be Online

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 546 hits
e Filing LHDN Panduan Lengkap Isi Borang BE Online Sudah pasti semua rakyat malaysia yang bekerja dan mempunyai gaji minima dikenakan cukai perlu mengetahui bagaimana cara untuk mengisi borang cukai pendapatan melalui sistem e filing LHDN i...
Panduan Mudah Untuk Solat Sunat Taubat Berserta Doa

Panduan Mudah Untuk Solat Sunat Taubat Berserta Doa

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 941 hits
Panduan Mudah Untuk Solat Sunat Taubat Berserta Doa Setiap manusia ada melakukan dosa Bezanya ada dosa yang disedari dan sering diulangi dan ada dosa yang tidak disedari Bagi membersihkan diri bolehlah lakukan Solat Sunat Taubat bagi memoho...
Tata Cara Azan Dan Iqomah Lengkap Beserta Doa Dan Syaratnya

Tata Cara Azan Dan Iqomah Lengkap Beserta Doa Dan Syaratnya

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 179 hits
Alangkah indahnya bila kita dapat menjalankan ibadah sesuai dengan syariat Islam yang telah Rasulullah SAW ajarkan
Panduan Qiamullail Lengkap

Panduan Qiamullail Lengkap

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 307 hits
Ini adalah panduan mengerjakan Qiamullail Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun utk memudahkan anda mengikutinya secara langkah demi langkah Apa yg menarik Ejaan dlm rumi juga
Doa Supaya Merasa Cukup Dengan Harta Dunia

Doa Supaya Merasa Cukup Dengan Harta Dunia

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 522 hits
Para ilmuwan mengumpamakan dunia ini seperti air lautan Ianya tidak dapat menghilangkan dahaga bahkan jika diminum sekalipun akan mendatangkan mudarat kerana terlampau masin Dunia dipenuhi dengan hal hal yang boleh menggelapkan mata Jika ki...
Doa Pengikat Kasih Sayang 9718

Doa Pengikat Kasih Sayang 9718

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 1534 hits
Antara akhlak Rasulullah didalam hadis ialah Suka memudahkan dan tidak suka menyulitkan Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Hadith Usman Bin Affan Reported The Messenger Of ALLAH Said The Best Amongst You is The O...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul

Penjawat Awam Antara 13 Ditahan Disyaki Terbabit Dengan Kartel Pindah Milik Tanah Secara Tidak Sah

Sila Cermin Diri

Pi Kwc Fashion Mall Pulak