Panduan Mengenal Samseng Melayu




Baru-baru ini kita membaca berita tentang bagaimana Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menteri belia dan sukan merangkap ahli Parlimen Muar, bercempera menyelamatkan nyawa setelah diancam sekumpulan 200 orang di sebuah restoran di Ulu Tiram, Johor
Usaha Syed Saddiq melarikan diri dari gangguan mereka dengan memanjat pagar diraikan sesetengah netizen sebagai satu bahan jenaka. Akan tetapi kita semua tahu itu ia bukan kelakar. Ia satu masalah yang makin serius dalam kalangan orang Melayu. Ia bukan budaya tinggi Melayu. Ia perangai lanun-lanun dahulu kala
Jika kita mengikuti perjalanan pemilihan parti tertentu, kita juga akan mendapati hiruk-pikuk dan kehuru-haraan begini. Semua kekacauan ini berpunca dari kesamsengan yang memualkan. Kesamsengan ini semakin meningkat dan ia toksik untuk amalan demokrasi
Jika kita tidak membendungnya, kenaikan tangga Malaysia dalam Indeks Demokrasi dengan mendapat markah 7.16 tahun lalu akan merosot mendadak tahun ini. Kita boleh jadi Pakistan. Kita boleh jadi mana-mana negara Amerika Latin, atau di Afrika. Samseng menguasai politik
Oleh sebab begitu beraninya samseng menceroboh seorang menteri, dan ahli keluarganya; kita hanya ada satu ingatan. Hari ini kita tidak lagi dapat mengaitkan satu bangsa sahaja dengan kesamsengan
Kejadian itu hanya membuktikan, betapa segelintir Melayu juga samseng. Sudahlah Melayu malas, Melayu juga samseng
Akan tetapi bagaimanakah untuk mengenal samseng Melayu di kawasan kejiranan anda? Atau dalam kalangan parti politik yang anda anggotai
Novel Batas Langit dapat dijadikan panduan untuk mengenal samseng Melayu. Syed Saddiq boleh membacanya, Asyraf Wajdi Dusuki juga elok membacanya
Batas Langit dikarang Cikgu Mohamed Latiff Mohamed. Novel beliau itu meraih penghargaan Malay Literary Awards oleh Malay Language Council of Singapore pada 1999
Karya-karya Latiff khusus Batas Langit wajar diberi perhatian besar oleh kita. Karyanya patut menjadi dialog buat pelbagai bangsa, generasi dan pandangan politik yang berbeza. Latiff sendiri mengharapkan karyanya dapat mendidik generasi baru dari bangsa bukan Melayu
Latiff juga penerima Cultural Medallion Award 2013. Semacam gelar sasterawan negara kita. Karya-karya beliau yang lain merangkumi genre puisi
Selain Batas Langit, novel beliau yang lain mendapat perhatian adalah Kota Air Mata dan Dalam Keasingan. Batas Langit diterjemah dan diterbitkan dalam bahasa Inggeris sebagai Confrontation pada 2013 oleh Epigram Books
Batas Langit mengisahkan kehidupan orang Kampung Pak Buyung yang tertekan oleh kemelaratan hidup di ambang kemerdekaan. Menerusi watak Adi yang masih anak-anak, pembaca dibawa menerokai pelbagai suasana politik Singapura 1960-an yang penuh gelora di mana berlaku perkelahian kongsi gelap, wacana identiti politik dan ras, kejadian konfrontasi dengan Indonesia, tuntutan kaum cauvinis Cina, harapan bangsa Melayu, dan secara menyayat hati memperlihatkan kesan perpisahan Singapura dengan Malaysia secara psikologi terhadap pemikiran bangsa Melayu
Di tengah-tengah tema besar itu, Batas Langit menyediakan pelbagai jalur naratif sebuah novel yang menunjukkan nasib dan pilihan watak-watak sedia ada dan usaha mereka untuk keluar dari keterperukan
Jatuh bangun watak-watak seperti Kak Salmah, Mak Timah, Pak Mat, Abang Dolah, Kak Habsah, dan Bibik digarap secara pejal bersama-sama isu-isu besar di atas
Novel ini pertama kali diterbitkan pada 1997 oleh Kerjaya Printing Industries Pte Ltd Singapura, dan kemudian diterbitkan kembali oleh Pustaka Nasional Singapura pada 2002
Latiff merenung perangai bangsa Melayu yang pelbagai menerusi sudut pandang pertama dan “limited omniscient” (kemampuan terhad tetapi dapat menyelami jiwa) pada watak bernama Adi. Watak bulat ini ditampil naif, dari sekolah rendah sekitar usia 10 tahun, dan kita akan mengikuti riwayat hidup Adi sehingga beliau memasuki sekolah menengah Melayu
Pemilihan watak utamanya Adi dalam usia ini membolehkan Latiff melakukan ulasan mentah, tetapi mengesankan, diberi khusus dalam mengulas sosio-politik dan budaya di Singapura dalam dekad-dekad 1960an
Ada seorang watak bernama Bang Dolah, yang akan kita beri perhatian dalam merenungi budaya samseng Melayu. Atau, secara mudah, bagaimana untuk mengenal watak samseng Melayu
Samseng seperti Bang Dolah ini dalam kampung kita. Kalau anda tinggal di flat, Bang Dolah ada di flat anda. Jika anda ahli PKR, Bang Dolah ada dalam PKR
Beliau ada dalam PPBM. Terdapat juga, dalam parti keramat – Umno. Allah jauhkan, Bang Dolah ada dalam Amanah. Kerana jika pesen manusia begini ada juga dalam Amanah; kita boleh talkinkan siasah dan adab Melayu
Bang Dolah ini seorang yang bacul, pengecut, tapi pandai berucap. Cakap bukan main. Pagi petang ia akan duduk di pangkin bercakap,“Saya cakap dah, I told you so bla bla bla”. Bang Dolah ini kalau ahli falsafah, mungkin dia semacam watak MaxGuy yang akan ditampilkan dalam novel satira saya “Rusuhan Koro” kelak
Dalam novel Batas Langit, Bang Dolah si samseng ini lulus Senior Cambridge tapi malas bekerja. Kerjanya, jika ia satu kerja, ialah menggesek biola, main akordion, menyedut rokok dan membomohkan orang
Selalu Bang Dolah ini mengupah Adi untuk mendapatkan ulat dari bangkai supaya dapat dibuat dukunan menundukkan mana-mana orang politik yang jadi sasaran beliau
Kerja bomoh-membomoh Bang Dolah ini termasuklah membodohkan seorang perempuan bernama Habsah agar meninggalkan suaminya (yang dikatakan mati pucuk) dan tinggal dengan dia secara haram
Jadi mereka berzina dan bergelumang dengan dosa, tetapi Bang Dolah dalam masa yang sama akan memberi nasihat agama dan politik yang macam-macam
Perangai Bang Dolah seolah dia ketua agama di Kampung Pak Buyung. Dialah ahli. Tapi sebetulnya dialah paling haprak
Watak Bang Dolah ini ada penyokong tentunya. Iaitu Melayu-melayu yang senang diperbodohkan dan terikut-ikut dan percaya cakap Bang Dolah ini
Antara Melayu yang mengikut Bang Dolah ialah Mak Timah yang percaya sahaja apa yang disuguhkan Bang Dolah. Ini macam watak makcik yang telan apa sahaja ditonyoh dalam grup Whatssap, atau laman media sosial kumpulan kanan Melayu. Bang Dolah carutkan Cina, maka Mak Timah pun ikut carutkan Cina
Seorang lagi pengikut Bang Dolah ialah suami Mak Timah yang wataknya buruh kasar, kaki judi, merokok kuat, hutang keliling pinggang dengan ceti (dan menyuruh anaknya membayar) serta sering mabuk-mabukan
Watak Pak Mat ini bapa Adi dan meskipun miskin tidak cukup duit, tetap kaki joli. Semua mereka kalau bab menjuarai hak Melayu, bukan main ke hadapan
Apabila Adi, watak budak dalam novel Batas Langit ini ke sekolah, dia menghubungkan perangai samseng Bang Dolah dan watak seumpama bapanya bila diberi membaca karya sastera
Pengarang Batas Langit menuliskan apa yang terakam dalam benak Adi; “Orang Melayu malas, semenjak dahulu lagi, sukanya hanya hiburan, benda-benda seni, orang Melayu hidup, asal ada makan cukup. Ada pakai sudah. Bangsa lain tidak, mereka kerja siang malam cari kekayaan. Bila dia orang perintah negeri kita, kita marah. Tapi kita yang malas, kita tak sedar.”Perangai tipikal Bang Dolah di atas memang ada dalam kalangan kita. Kalau disuruh bersyarah nombor satu. Bukan main menggelisah bila ada YB atau menteri dari kalangan bangsa Cina mewakili DAP ligat membuat kerja. Mulalah tak senang duduk
Akan tetapi dia sendiri berkokok dan menyalak tanpa had. Bila rasa terancam, mulailah bermain bomoh. Persis karektor Bang Dolah
Dalam Batas Langit, Bang Dolah dan kawan-kawannya, menerima upah seringgit dua untuk bikin kecoh di mana-mana perhimpunan atau mesyuarat parti politik tatkala itu
Gamaknya inilah rupa Dolah yang membikin nanar dan gempar ketika makan malam Syed Sadiq itu. Rupa kaki betina, kaki malas goyang kaki, tapi kaki cakap berdegar-degar fasal agama dan bangsa. Ada kurang lebih 200 Bang Dolah di Muar itu. Mari manakah Bang Dolah ini? Siapakah yang menternak Bang Dolah ini
Cikgu Latiff, penulis novel Batas Langit ini tidak pernah jemu cuba membetulkan bangsa Melayu. Seperti terlihat dalam novel beliau di atas, dia cuba meluruskan bangsa dengan mengatakan, jangan melenting jika peluang dan hak direbut sedangkan kerja dan pengisian untuk memenuhi peluang dan hak tersebut tidak pernah dilakukan
Ada sebuah puisi yang dikarang Latiff juga dengan judul “Melayuku, Melayumu” lebih kurang bunyinya;“Melayuku adalah bulan purnamaHarum cempaka wangi cendanaMelayuku adalah pelamin yang patahPusara yang legamDan malam yang pasrah.”Saya mengkhayalkan, jika Cikgu Latiff di Malaysia hari ini; mungkin sahaja bait puisi di atas akan berbunyi “Melayu adalah Bulan Purnama, bunyi derum ngaum Mercedes”. Atau “Melayuku adalah upah yang basah. Poket yang kusam. Dan malam yang terbenam”
Watak Bang Dolah ada di mana-mana dalam kalangan kita. Jadi, saya kira kalau Dr Mahathir Mohamad mengherdik Melayu malas. Sesekali jangan melenting dulu. Muhasabah dulu
Kita toleh tengok Bang Dolah di sebelah kita. Barangkali dia mencaci Melayu seperti Bang Dolah ini. Saya jamin Melayu sebegini ada. Saya pernah melihat seorang di Sentul
Di Muar, minggu lalu 200 orang (atau penjodoh bilangan ekor?) muncul
Jika kita memberi peluang lebih kepada (contohnya) DAP buat kerja bagus, kita akan melihat main ramai Bang Dolah naik tocang. Seperti dilukiskan dalam Batas Langit
Yang perlu dijawab kemusykilannya adalah, Bang Dolah Samseng ini siapa ketuanya? Siapa? Siapa yang bayar mereka seringgit dua? - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/02/panduan-mengenal-samseng-melayu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Kno

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Lobak Dan Parti Dumno Majoriti Pengundi Melayu Sudah Tolak Politik Samseng Lah

Kes Lobak Dan Parti Dumno Majoriti Pengundi Melayu Sudah Tolak Politik Samseng Lah

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 247 hits
UMNO harus faham bahawa antara sebab parti itu kalah majoriti 2 3 sewaktu Abdullah Badawi dan akhir sekali tumpas di PRU14 ialah kerana satu critical mass telah wujud di kalangan pengundi Melayu yang menolak politik samseng dan ancaman gana...
Melayu Curiga Pentadbiran Dr Mahathir Dap Lebih Dominan

Melayu Curiga Pentadbiran Dr Mahathir Dap Lebih Dominan

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 357 hits
ICERD Statut ROM TH dan isu lain telah lukakan hati orang IslamNegara akan berdepan laluan sukar untuk beberapa tahun akan datang selagi mana tiada perubahan drastik atau mandat baharu seperti yang diharapkan rakyat kata Presiden Angkatan K...
Pertikai Jubah Dan Serban Wanita Melayu Acah Mat Saleh Ni Kena Pukulan Padu Maut Dengan Jaya Shanmugam Ni

Pertikai Jubah Dan Serban Wanita Melayu Acah Mat Saleh Ni Kena Pukulan Padu Maut Dengan Jaya Shanmugam Ni

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 844 hits
Foto FacebookSebelum nak kondem atau mengata orang cermin dulu diri tu Orang pakai jubah atau serban sekurang kurangnya jika niat mereka nak ikut Sunnah berpakaian Rasulullah SAW sudah pasti mereka dapat pahala Terbaiklah orang non muslim p...
Maruah Ketuanan Melayu Hanya Retorik

Maruah Ketuanan Melayu Hanya Retorik

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 238 hits
Prof Dr Haim Hilman Gambar Hiasan foto AFFAN FAUZI Orang Melayu terkenal dengan budi bahasa sikap suka menolong orang tanpa mengenal bangsa bertolak ansur dan berbagai lagi nilai murni Orang Melayu sanggup berkongsi apa sahaja dengan mereka...
Nak Ingatkan Melayu Kalau Tun Nak Pentingkan Diri Anak Kroni Nak Jadi Pm Sampai Kiamat Cukuplah Jadi Pm Boneka Dap

Nak Ingatkan Melayu Kalau Tun Nak Pentingkan Diri Anak Kroni Nak Jadi Pm Sampai Kiamat Cukuplah Jadi Pm Boneka Dap

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 427 hits
Tun tak perlu pun berkompromi dengan sesiapa Cukup jadi PM sampai habis penggal atau mati Berundur jika Majlis Presiden buat keputusan Berundur jika parlimen undi tidak percaya menang Sama juga masa Tun lawan najib faktornya kebenaran Kalau...
Melayu Jangan Terpengaruh Terpesona Muslihat Dap

Melayu Jangan Terpengaruh Terpesona Muslihat Dap

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 321 hits
PASIR SALAK Rakyat Malaysia terutama orang Melayu diingat supaya berwaspada terhadap DAP agar tidak terpesona atau terpengaruh dengan tindak tanduk dan muslihat yang ditunjukkan oleh pemimpin kerana parti itu Ahli Parlimen Pendang Awang Has...
Drama Melayu Popular 2020

Drama Melayu Popular 2020

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 745 hits
AssalamualaikumMacam mimpi je kita dah nak sampai ke tahun 2020 Banyak yang mencetuskan fenomena bagaimana pula tahun 2020 Slot Akasia Slot LestarySamarinda Megadrama Tiara RTM di facebooknanti admya update lagi ye
Isma Sambut Baik Penyatuan Politik Asalkan Melayu Islam Dominan

Isma Sambut Baik Penyatuan Politik Asalkan Melayu Islam Dominan

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 451 hits
Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia menyambut baik sebarang bentuk penyatuan politik asalkan orang Melayu Islam dominan dalam pentadbiran negara serta menguntungkan Islam dan agenda pemerkasaan Bumiputera Presidennya Haji Aminuddin Yahay...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game