Maruah Ketuanan Melayu Hanya Retorik



Prof. Dr. Haim Hilman

Gambar Hiasan. foto AFFAN FAUZI Orang Melayu terkenal dengan budi bahasa, sikap suka menolong orang tanpa mengenal bangsa, bertolak ansur dan berbagai lagi nilai murni.

Orang Melayu sanggup berkongsi apa sahaja dengan mereka yang disenanginya. Hebat orang Melayu bukan pada hartanya tetapi pada baik budinya.

Orang Cina, India dan siapa juga dianggap oleh orang Melayu sebagai saudara walau berbeza agama.
Kedatangan mereka ke Tanh Melayu dahulu tanpa apa-apa melainkan harapan.

Namun, atas sebab sejahteranya bumi Melayu ini dan baiknya hati orang Melayu itu, mereka hari ini ramai yang hidup mewah dan berjaya.

Ingatlah sejarah bagaimana bersungguh-sungguhnya Tunku Abdul Rahman ketika meyakinkan kita semua bahawa kita semua adalah saudara.

Maka tanpa banyak bicara, apa yang ada, orang Melayu tidak berkira untuk berkongsi sama dengan yang lain.

Tanah yang ada dipajak atas nama membantu mereka yang tiada apa.

Dari pajak tahun bertukar kepada dekad. Dari pajak juga tanah itu dijual kepada sahabat kerana rayuannya dan rasa kasihannya kepada sahabatnya itu.

Orang Melayu sifatnya mulia, kalau orang baik kepada dia, dia akan lebih baik kepada orang itu.

Malangnya Budi Baik Dinilai Tiada

Tahun demi tahun dan dekad demi dekad berlalu dengan harmoni berakhir dengan mimpi ngeri.
Dahulu orang Melayu sahabat kini kuli. Dahulu diberi hormat, kini dihambat. Dahulu dipuji kini dikeji.

Maka kini sedarlah orang Melayu bahawa hormat itu apabila ada, bila tiada apa, hinaan menjadi perkara biasa.

Bila bekerja di kilang, gaji diberi berbeza-beza, bila berniaga di tepi jalan dihambat penguasa, bila berniaga di kedai ditindas oleh pembekal dan berbagai lagi cerita aniaya.

Itulah nasib Melayu yang baik budi itu. Namun mengeluhpun tiada guna kerana bila tiada apa memang begitulah fitrahnya.

Kebangkitan Melayu dan Islam

Orang Melayu perlu berubah. Cukup-cukuplah membiarkan muka kita diludah, disumpah dan diseranah.

Bangkitlah menjadi bangsa bermaruah. Jadikan agama panduan hidup dalam mengatur langkah.
Amalkan Islam wassatiyah sebagai panduan baik dalam hidup mahupun ibadah.

Jangan jadikan faham kita tentang Islam punca kita berpecah belah.

Pemimpin Melayu dan Islam

Jujurlah kalian dalam membela nasib agama, bangsa dan negara kita. Jangan kalian gadai tanah pusaka ini kerana kelam mata akan sogokan menggila dari mereka.

Berbaik-baiklah kalian di antara satu sama lain. Belalah bangsa, belalah agama dengan cermat lagi bijaksana. Pasti harum nama kalian di hati anak bangsa.

Sudah-sudahlah dengan kelaku menjengkelkan baik di sidang parlimen mahupun DUN dan juga pentas ceramah baik di bandar mahupun desa.

Jadilah pemimpin Melayu yang berwawasan, bijaksana, kuat berkerja dan berintegriti terpuji dalam menyantuni orang Melayu dan rakyat semua.

Kalian boleh jadi punca untuk Melayu bermaruah semula dan boleh juga menjadikan Melayu lebih hina.

Ingatlah, kalian diangkat oleh rakyat khususnya umat Melayu untuk membela mereka, bukan menjadi penjilat tegar taukeh-taukeh kaya.

Pendidik Melayu

Guru dan pensyarah adalah pemangkin utama kebangkitan bangsa dan agama. Janganlah leka dan berputus asa dalam mendidik anak bangsa.

Jangan rasa diri sempurna selagi ada anak bangsa kita yang masih tercicir dan terpinggir kerana kurang ilmu di dada.

Jadikan sekolah tempat anak bangsa kita benar- benar faham apa itu ilmu, iman dan amal.

Usahakan sehabis daya kalian dengan penuh kesungguhan dan keinsafan dalam mempersiapkan mereka kerana mereka adalah masa depan kita.

Begitu juga para pensyarah universiti dan IPT lain. Jangan kalian alpa untuk membina jiwa, jati diri, ketajaman fikir dan seumpamanya buat semua anak bangsa kita.

Kecerdasan, iman dan amal mereka adalah senjata utama bangsa kita dalam mendepani sesiapa juga.

Teknokrat & Birokrat Melayu

Jadilah Melayu yang ada rasa kasih pada bangsanya sendiri. Ramai kalian bermula dari tiada apa-apa.
Gunakanlah kedudukan kalian untuk membantu Melayu lain yang berpotensi untuk berjaya, dan yang lemah kembali berdaya.

Jangan minta, terima mahupun beri rasuah. Jangan gadai maruah. Melayu jadi bangsat apabila cerdik pandai Melayu iaitu teknokrat dan birokrat boleh dibeli ikut pangkat.

Begitu juga kepada Melayu yang jadi penguatkuasa. Jangan jadi alat pemusnah utama akan maruah bangsa dan negara.

Hampir 100 peratus pasukan penguatkuasaan baik di peringkat negara, negeri mahupun tempatan dianggotai oleh orang Melayu. Malangnya masih banyak bocor di mana-mana.

Sedarlah dan bertaubatlah segera jika ada antara kalian menjadi penghkhianat bangsa, agama dan negara dengan mengambil rasuah.

Kalian yang ambil rasuah benar-benar telah menghumbankan nama baik Melayu dan Islam ke dasar paling hina.

Orang Melayu

Sedarlah yang kita tidak akan dihormati oleh orang lain. Usah bicara ketuanan Melayu kalau kita tidak punya apa-apa.

Untuk itu seluruh bangsa kita kena berubah dan berikut antara yang perlu kita usahakan bersama.

Pertama, pilihlah pemimpin yang jujur dan ikhlas berkerja untuk rakyat iaitu sanggup menjadi hamba rakyat. Jangan beri ruang dan peluang kepada mereka yang menggunakan politik untuk meraih kekayaan peribadi dan kroni.

Kedua, pendidik Melayu perlu menjadi pemangkin kesedaran kepada umat Melayu tentang apa yang sedang dihadapi oleh orang Melayu hari ini dan di masa hadapan.

Ketiga, semua orang Melayu perlu berfikir dan berusaha habis-habisan untuk menjadi lebih pandai dan bijak dari bangsa lain.

Keempat, jangan biarkan sekolah kebangsaan dan universiti awam yang majoritinya tempat orang Melayu menerima pendidikan menjadi tempat kelas kedua buat rakyat Malaysia menimba ilmu.
Dengan kata lain, guru dan pensyarah perlu lihat diri mereka umpama pahlawan di medan perang dalam memastikan sekolah dan universiti mereka menjadi yang terbaik.

Kelima, semua institusi seperti sekolah, universiti dan lain-lain institusi perlu dipimpin oleh mereka yang benar-benar layak. Bebaskan institusi dan agensi dari politik. Jangan lantik pemimpin institusi atas kepentingan politik. Lantik mereka atas ketajaman akal, kesungguhan bekerja dan integriti terpuji sejajar dengan usaha melahirkan anak bangsa berkualiti dan berakhlak terpuji dalam membina negara ini.

Kesimpulan

Ingatlah wahai orang Melayu bahawasanya bangsa lain itu hatta dunia amnya akan menghormati kita orang Melayu apabila kita lebih bijak, lebih rajin, lebih kaya, lebih berintegriti dan sebagainya dari mereka.

Selagi kita tidak lebih baik dari mereka, kita tidak akan mereka hormati dan ketuanan Melayu itu akan menjadi retorik terhebat pemimpin dan orang Melayu.

Bangun dan bangkitlah bangsaku. Kitalah yang menentukan nasib dan maruh bangsa kita. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/maruah-ketuanan-melayu-hanya-retorik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vivo Apex 2020 Dapat Dicas Sepenuhnya Dalam Masa Hanya 13 Minit Menggunakan Pengecasan 120w

Vivo Apex 2020 Dapat Dicas Sepenuhnya Dalam Masa Hanya 13 Minit Menggunakan Pengecasan 120w

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 290 hits
https ift tt 3921ZM3 Peranti konsep Vivo APEX 2020 akan diperlihatkan di pada 23 Februari ketika acara MWC Barcelona Tahun demi tahun peranti APEX akan menggunakan teknologi terbaru bagi memberikan kelainan berbanding peranti pesaing Hari i...
Sri Mulyani Dampak Kenaikan Harga Rokok Terhadap Inflasi Hanya Musiman

Sri Mulyani Dampak Kenaikan Harga Rokok Terhadap Inflasi Hanya Musiman

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 179 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mengatakan kenaikan harga rokok mempengaruhi inflasi di Januari disebabkan oleh faktor musiman Dia menyebut hal ini bukan sesuatu yang perlu dikhawatirkan
Mandi Hanya 10 Hari Sekali Seorang Pria Diceraikan Sang Istri

Mandi Hanya 10 Hari Sekali Seorang Pria Diceraikan Sang Istri

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 297 hits
Seorang pria di India dilaporkan diceraikan oleh sang istri karena diketahui dia hanya mandi sekali dalam 10 hari Soni Devi wanita dari Bihar Vaishali mengurus berkas perceraian karena suaminya sama sekali tidak bersih dan tidak punya tata ...
Bos Bappenas Sebut Pertumbuhan Ekonomi Kuartal Iv 2019 Hanya Capai 5 05 Persen

Bos Bappenas Sebut Pertumbuhan Ekonomi Kuartal Iv 2019 Hanya Capai 5 05 Persen

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 239 hits
Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional Suharso Monoarfa memperkirakan pertumbuhan ekonomi di Kuartal IV 2019 mencapai 5 05 persen Angka ini naik tipis dibandingkan kuartal III 2019 sebelumnya sebesar 5 02 persen
Momen Haru Dokter Di Wuhan Rayakan Pernikahan Hanya 10 Menit Karena Virus Corona

Momen Haru Dokter Di Wuhan Rayakan Pernikahan Hanya 10 Menit Karena Virus Corona

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 227 hits
Seorang dokter di Wuhan menggelar pernikahannya selama 10 menit dengan konsep yang sederhana karena virus corona melanda
Di Sidang Mk Pemerintah Sebut Kpk Hanya Tangani Korupsi Paling Sedikit Rp1 Miliar

Di Sidang Mk Pemerintah Sebut Kpk Hanya Tangani Korupsi Paling Sedikit Rp1 Miliar

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 152 hits
Menurutnya jika unsur tersebut tidak dipenuhi oleh lembaga antirasuah tersebut wajib menyerahkan kasus yang di bawah Rp1 miliar ke pihak Kepolisian atau Kejaksaan
Bertahan Hanya 12 Hari Simbol Seks Pamela Anderson Putuskan Bercerai

Bertahan Hanya 12 Hari Simbol Seks Pamela Anderson Putuskan Bercerai

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 341 hits
Siapa sangka baru sahaja mendirikan rumahtangga keluar pula berita perceraian dalam jangka masa yang terdekat Itu lah yang berlaku pada selebriti antarabangsa Pamela Anderson dan bekas suaminya Jon Peters yang telah bercerai selepas 12 hari...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo