Kes Lobak Dan Parti Dumno Majoriti Pengundi Melayu Sudah Tolak Politik Samseng Lah




UMNO harus faham bahawa antara sebab parti itu kalah majoriti 2/3 sewaktu Abdullah Badawi dan akhir sekali tumpas di PRU14 ialah kerana satu  'critical mass' telah wujud di kalangan pengundi  Melayu yang menolak (sebenarnya membenci) politik samseng dan ancaman ganas yang diamalkan Umno.  Pengundi Melayu ini menolak UMNO kerana parti itu sudah dikaitkan dengan keganasan dan cara samseng untuk menang pilihanraya.
Pada zaman Badawi tertimbul kumpulan samseng - kononnya pasukan gempur atau shock troops yang di tugaskan untuk buli orang, menghasut penyokong parti lawan dan juga menakutkan pengundi. Mereka termasuk kumpulan seni pertahankan diri, bouncer dan juga kumpulan tarik kereta.
Pada zaman Najib pula beberapa kepala samseng lain telah timbul yang "dibenarkan" (maksudnya tiada tindakan diambil) untuk melakukan provokasi kaum, membuli orang dan menunjuk perangai samseng dan ganas mereka.  Antara yang famous adalah seorang pengusaha ikan bakar dan seorang lagi yang dikaitkan dengan sukan tinju. 
Yang latest pula adalah seorang gemuk yang dikenali sebagai lobak oleh ahli UMNO sendiri yang sering terlibat dalam kekecohan, provokasi dan mengancam orang dengan bahasa yang mengugut. 
Satu lagi taktik 'ganas' UMNO yang telah backfire banyak kali adalah menakutkan pengundi dengan peristiwa May 13 yang tiada siapa pun meningatinya lagi. Peristiwa itu berlaku 51 tahun yang sudah. 
Untuk perbandingan, dalam tempoh kurang daripada 40 tahun sahaja selepas tamatnya Perang Dunia 2, Dr Mahathir pun telah melupakan penjajahan kejam oleh bangsa Jepun dan sebaliknya Dr Mahathir  membentuk dasar Look East  "tukar kiblat ke Jepun". 
Dr Mahathir tidak pernah bangkitkan isu penjajahan kejam Jepun sewaktu kempen pilihanraya.    Majoriti pengundi negara tidak tahu apa pun berkenaan penjajahan kejam Jepun. 
Begitu juga peristiwa coup de etat untuk menggulingkan Tuanku Abdul Rahman aka Peristiwa Mei 13 tidak lagi diingati oleh sesiapa pun di bawah umur 51 tahun. Peristiwa itu berlaku 51 tahun yang lalu.
Yang terkini pula UMNO telah membuang lobak daripada keahlian parti.   Lobak ini famous kerana berperangai samseng dan terlibat menyerang  orang yang dianggap musuh politik. 
Bersama dengan kumpulan samseng Melayu (waktu Badawi), samseng tarik kereta, bouncer, samseng penjual ikan bakar dan bekas peninju, si lobak ini mewakili aliran pemikiran dinosaur di kalangan UMNO bahawa parti itu boleh menggunakan keganasan dan cara menakutkan orang untuk kekalkan kedudukan politik.
Sedih sekali  pihak berkuasa (Polis, Peguam Negara dan Mahkamah) tidak mengambil tindakan yang secukupnya  untuk membendung, menghukum dan menghapuskan politik ganas UMNO yang merebak dalam negara kita.  Ini adalah kegagalan atau mungkin subahat daripada pihak berkuasa yang tidak terlepas daripada pengaruh politik, samada dari dalam atau dari luar. 
Dan kisah lobak dibuang dari parti hanya terjadi kerana dia telah menghina dan mencabar presiden parti ia itu seorang lagi makhluk yang pernah dikaitkan dengan politik ganas, menunjuk penumbuk, terlibat kes tertentu  dsbnya.
UMNO harus faham bahawa taktik dinosaur (politik wang, rasuah, menggunakan samseng dan watak-watak ganas) tidak menjamin survival politik. Membunuh wanita Mongolia, membunuh pendakwa raya,  menculik dan melenyapkan syiah dan kristian semua adalah taktik bodoh dan baghal. Mereka telah kalah PRU14.
Jika UMNO ingin relevan parti itu mesti melalui proses 'lahir semula' atau 're-invention' di mana parti itu mesti mewujudkan dan bersandarkan keahlian yang lebih intelligent, lebih terpelajar dan lebih moden dalam pemikiran mereka (bukan PhD entah apa, bukan ijazah palsu, bukan Masters daripada Anderson School, bukan lulusan agama atau yang sewaktu dengannya).  

Pemimpin yang menunjuk penumbuk, ahli parti yang gusti di tepi jalan atau ulang tayang peristiwa coup de etat menggulingkan Tuanku Abdul Rahman mencerminkan politik dinosaur sesat.  The party has become stupid.

Pemikiran kuda liar seperti ini juga telah menyumbang kepada kes wanita Mongolia diletupkan, kes pendakwaraya di bunuh dan orang lain di culik dan dilenyapkan. Walaupun bukan UMNO tersendiri yang terlibat dalam kes bunuh dan penculikan tetapi bekas pemimpin parti dikaitkan dengan kes itu dan tentu sekali kerajaan pimpinan UMNO yang berkuasa pada waktu kejadian bodoh itu. Dan kes itu semua belum menemui penyelesaian yang complete - hingga ke hari ini.

UMNO sudah jadi parti kuno. Sama taraf atau lebih goblok daripada PAS. Sebab itu apabila kita melihat kedua presiden parti ini berpeluk dan berpegangan tangan ia menggambarkan "village idiots"  yang berjaya berdiri atas pentas. Dinosaur masuk kampong.   Keduanya tidak faham apa pun berkenaan real world, ekonomi negara atau ekonomi dunia, mereka berdua tidak boleh berbahasa Inggeris pun dan fahaman agama mereka pun tergelincir.  

UMNO juga harus faham bahawa dalam bilangan penduduk negara (demographics)  kaum Melayu dan bumiputera Islam adalah 60% daripada jumlah penduduk. Baki 40% adalah bumiputera dan bukan bumiputera yang bukan Islam (Iban, Kadazan, Cina, India dsbnya).  Tetapi dalam 60%  penduduk "Islam" pula sudah berlaku perpecahan politik yang ketara. Tambah lagi bukan semua orang Islam (Melayu dan bukan Melayu) yang sokong UMNO (terutama sekali di Sabah dan Sarawak).
Tentu sekali 35 kerusi Parlimen di Negeri Sarawak dan 21 kerusi Parlimen di Sabah (jumlahnya 56) tidak boleh dijamin sokongannya kepada UMNO - termasuk di Sabah. Dan sekarang ini negeri Sarawak dan Sabah sedang mendesak bahawa kedua negeri itu diberi 1/3 daripada semua kerusi Parlimen. 
Oleh itu satu lagi 're-invention' yang UMNO mesti fikirkan dan lakukan adalah sebuah idea yang berusia lebih 74 tahun. Ini adalah idea Dato Onn Jaafar pada tahun 1946 untuk membuka keahlian parti kepada semua kaum dan bangsa. 
Selama ini UMNO bergantung kepada MIC, MCA, Gerakan dan parti bumiputera Sarawak untuk membentuk kerajaan campuran (power sharing / coalition) dengan bangsa dan kaum lain. Kini sudah tiba masa bagi UMNO untuk mewakili semua lapisan rakyat negara tanpa perlu outsourcing kepada parti kaum yang lain. Terlalu banyak bergantung kepada parti jenis kaum seperti MIC, MCA, Gerakan dsbnya akhir sekali telah membawa kegagalan besar kepada UMNO.
Di Britain (atau United Kingdom) orang putih silam telah mengenali Lord of the Manor atau tuan tanah yang menguasai kawasan tanah yang luas.  Lord of the Manor itu bukan saja mengusahakan tanah (untuk pertanian, ternak lembu, haiwan, ladang dsbnya) tetapi dia juga bertanggungjawab atas semua penghuni tanah itu termasuk orang kampong, kawasan kampong dan pekan kecil, haiwan liar dalam hutan, ikan sungai yang mengalir dalam kawasannya dan semua sekali. Sebanyak serupa dengan raja atau sultan sebuah negeri. 

Lord of the Manor itu faham bahawa periuk nasi dia sendiri, kekayaan dan kedudukan dia sendiri, maruah dan kehormatan dia sendiri terikat ketat dengan kepintaran dan kebolehannya mengurus tanahnya dan semua penghuni atas tanah itu dengan adil, bijak dan hemah.
Jika UMNO ingin menjadi Lord of the Manor atau tuan tanah yang baik maka parti itu mesti singkirkan pemikiran "ketuanan Melayu" di mana parti itu sangat mementingkan keMelayuannya tanpa ambil peduli sangat terhadap kaum dan bangsa lain.  

Kaum bukan Melayu dilonggokan di bawah 'isu-isu lain' dan di outsourcekan kepada Kapitan Cina, Kapitan Keling, Pehin dan Patinggi. Representative democracy atau sistem demokrasi berteraskan perwakilan rakyat jangan di-outsourcekan kepada parti lain. You are not in control.   Untuk menenangkan perasaan takut bahawa UMNO akan diambil alih oleh bukan Melayu (Islam Kerala dan Islam Tamil dikecualikan) ahli bukan Melayu boleh dihadkan menduduki 30% sahaja daripada AJK disemua peringkat parti daripada cawangan hingga ke Majlis Tertinggi. Tetapi ahli bukan Melayu jangan dihalang daripada bertanding presiden parti ataupun ketua cawangan dan bahagian. Maksudnya ahli bukan Melayu boleh jadi presiden tetapi dengan persetujuan majoriti besar ahli Melayu juga. Tiada sebab bahawa presiden yang bukan Melayu tidak boleh menjaga kepentingan orang Melayu. Contohnya presiden parti berasal Kerala yang menjadi presiden lebih 22 tahun. Orang yang hendak sangat menjadi PM-8 pun adalah keturunan India. 

Kesimpulannya realiti sosial, ekonomi, politik dan demographics negara sedang berubah dengan cepat. Realiti dunia sedang berubah sepantas kilat.  Suka tak suka negeri China akan menjadi gergasi dunia yang terlalu besar.

Seluruh Empayar British, empayar Amerika Syarikat, empayar Rom, empayar Arab, Turki, Moghul, empayar Parsi dan semua empayar dunia jika dilonggokan sekali pun tidak akan menandingi kebesaran negara China yang sudah pun tiba di pentas dunia. 

Dan dalam abad dan kurun yang akan datang ini, kedua agama ahlul sunnah dan shiah serta cabang-cabangnya akan gagal membawa kebaikan yang menyeluruh kepada pengikutnya. Kita boleh melihat kehancuran dan kemunduran negara-negara ini menjadi makin serius, termasuk negara kita Malaysia.

Hanya orang Islam yang berpandukan Al Quran yang boleh bersaing dan hidup berjiran baik dengan masyarakat negara dunia. 

Apakah UMNO boleh faham semua ini? 
Ataupun UMNO akan terus menjadi Dumno?
Terus menjadi parti kuno dipimpin oleh orang yang berijazah palsu, yang suka menunjuk penumbuk, lebih senang dengan kekecohan, politik benci-membenci dan huru-hara?  Yang hanya tahu membeli undi dengan duit RM50? Atau gunakan politik wang untuk membeli ketua bahagian dan wakil rakyat?  

Tuan-tuan kena fikir baik-baik. 
Can you do this?Posted by Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/02/kes-lobak-dan-parti-dumno-majoriti.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majoriti Tolak Kerjasama Muafakat Nasional Dengan Tun M Asyraf Wajdi

Majoriti Tolak Kerjasama Muafakat Nasional Dengan Tun M Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 242 hits
Status Facebook Dr Asyraf yang mendakwa majoriti rakyat menolak Muafakat Nasional bekerjasama dengan Dr Mahathir dan menolak Anwar serta DAP SHAH ALAM Majoriti rakyat menolak cadangan Muafakat Nasional untuk bekerjasama dengan Pengerusi Pak...
Pengundi Memilih Parti Bukannya Calon

Pengundi Memilih Parti Bukannya Calon

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 222 hits
Salleh Said 1 Di United Kingdom ramai daripada 47 juta pengundi dalam pilihan raya umum lepas keluar ke pusat pengundian tanpa mengetahui siapakah calon yang mereka akan undi 2 Mereka buat keputusan untuk memberikan undi kepada parti terten...
Panduan Mengenal Samseng Melayu

Panduan Mengenal Samseng Melayu

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 374 hits
Baru baru ini kita membaca berita tentang bagaimana Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menteri belia dan sukan merangkap ahli Parlimen Muar bercempera menyelamatkan nyawa setelah diancam sekumpulan 200 orang di sebuah restoran di Ulu Tiram Johor...
Ugutan Dap Parti Politik Gangster Mulut Yang Tak Menjadi

Ugutan Dap Parti Politik Gangster Mulut Yang Tak Menjadi

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 540 hits
Masa zaman havoc dulu perkataan gangster mulut selalu admin dengar Gangster mulut gelaran yang diberi pada orang yang cakap berdegar degar tapi setakat itu jer lah Macam pepatah orang Melayu anjing menyalak tak akan menggigit Tapi dalam pen...
Pkr Pan Bukan Parti Melayu Presiden Pas

Pkr Pan Bukan Parti Melayu Presiden Pas

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 491 hits
KUALA LUMPUR Pembentukan Muafakat Nasional mendahulukan parti parti Melayu Islam kerana menyedari bahawa politik Malaysia mesti dikuasai oleh kaum yang mendominasi iaitulah orang Melayu Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berk...
Kes Ltte Mahkamah Tolak Permohonan Ikat Jamin Adun Gadek

Kes Ltte Mahkamah Tolak Permohonan Ikat Jamin Adun Gadek

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 346 hits
HIDIR REDHUAN ABDUL RASHID Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan ikat jamin Adun Gadek G Saminathan berkaitan pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE Keputusan dibuat hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh hari ini Sel...
Rakyat Tolak Politik Berlebihan Fokus Ekonomi Ronnie Liu

Rakyat Tolak Politik Berlebihan Fokus Ekonomi Ronnie Liu

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 228 hits
Pelbagai khabar angin mengenai terbentuknya kerajaan baharu Pakatan Nasional dan sokongan kepada PM Tun Mahathir meneruskan pemerintahan sehingga hujung penggal memerlukan Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan tarikh peralihan kuasa ya...
Isma Sambut Baik Penyatuan Politik Asalkan Melayu Islam Dominan

Isma Sambut Baik Penyatuan Politik Asalkan Melayu Islam Dominan

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 453 hits
Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia menyambut baik sebarang bentuk penyatuan politik asalkan orang Melayu Islam dominan dalam pentadbiran negara serta menguntungkan Islam dan agenda pemerkasaan Bumiputera Presidennya Haji Aminuddin Yahay...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii