Panduan Kewangan Untuk Pelajar Universiti




Panduan kewangan untuk pelajar universiti, manfaatkan elaun sebaiknya. 

KEHIDUPAN di universiti ialah fasa yang banyak mengajar tentang realiti hidup. Selain belajar segalanya berkaitan kursus atau bidang yang diambil, anda juga perlu belajar cara urus kewangan sendiri.

Berbeza dengan kehidupan di rumah di mana ibu bapa menanggung segala kos, kini pelajar perlu membuat keputusan bagaimana dan di mana anda mahu membelanjakan wang.

Perlu diingat bahawa setiap keputusan akan membawa kesan, sama ada positif atau negatif. Ikuti tip berikut untuk membantu anda menguruskan wang sebagai pelajar universiti dengan lebih baik.

1. Rancang perbelanjaan

Langkah pertama adalah mengenal pasti sumber pendapatan, sama ada daripada elaun yang diberikan ibu bapa atau pinjaman pendidikan. Jika anda lakukan apa-apa pekerjaan sambilan, masukkan juga pendapatan tersebut dalam rekod.

Setelah mendapat jumlah keseluruhan pendapatan, pelajar boleh mula merancang perbelanjaan untuk keperluan harian, sewa rumah, pengangkutan dan lain-lain.

Semua kategori dan jumlah perbelanjaan perlu direkodkan dalam buku nota atau aplikasi belanjawan. Jangan lupa asingkan sejumlah wang untuk kecemasan dan menabung jika ada lebihan.

2. Simpan wang

Bagi pelajar yang menerima bantuan pendidikan atau biasiswa, simpanlah lebihan wang dalam akaun bank, Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Jika anda belum mempunyai akaun Tabung Haji, daftarlah segera. Kos untuk membuka akaun Tabung Haji sangat rendah, iaitu hanya RM2.

Anda bebas untuk menyimpan berapa sahaja jumlah asalkan ia tidak membebankan. Perlu diingatkan juga, meskipun anda mahu fokus menyimpan wang, jangan sampai tidak makan dan tidak membeli barangan keperluan untuk belajar.
 
3. Kerja sambilan yang tidak membebankan

Jika ingin mencari kerja atau perniagaan sampingan, pastikan ia boleh dimulakan tanpa kos atau dengan modal di bawah RM100.

Modal yang lebih tinggi mungkin kurang sesuai untuk pelajar memandangkan anda masih belum ada simpanan dan pendapatan tetap.

Antara pilihan yang boleh dipertimbangkan termasuk dropship dan pemasaran bergabung (affiliate marketing).

Sebaiknya, cari kerja yang boleh menjana pendapatan lebih besar selepas tamat belajar, seperti perniagaan kecil-kecilan. Ini boleh membantu membina kemahiran pemasaran dan rangkaian yang sangat berharga apabila memasuki alam pekerjaan.

Anda juga boleh pertimbangkan untuk bekerja sambilan dalam bidang yang dipelajari.

Anda bukan sahaja dapat menjana pendapatan sampingan, malah mengutip pengalaman dan ilmu di lapangan yang semestinya akan membantu anda mencari kerja selepas tamat belajar nanti.

4. Kurangkan perbelanjaan

Untuk buku rujukan, pelajar tidak perlu membeli buku baharu. Sebaliknya, cari buku terpakai yang lebih murah sama ada secara dalam talian atau melalui pelajar senior.

Dalam era digital ini, pelajar juga boleh membeli e-buku yang lebih murah, ringan dan mudah diakses.

Tidak dinafikan, kos makan merupakan perbelanjaan terbesar di kampus. Jika tinggal bersama rakan-rakan di kolej atau rumah sewa, kos ini boleh dikurangkan dengan berkongsi makanan.

Anda boleh masak nasi di rumah dan membeli lauk dalam jumlah yang besar untuk dikongsi beramai-ramai.

Contohnya, harga hidangan nasi goreng kampung adalah antara RM7 hingga RM10. Namun, dengan harga yang sama, anda boleh membeli lauk tomyam yang boleh dikongsi bersama atau dimakan dua kali sehari.

Saya juga ingin menyelitkan satu nasihat buat adik-adik sekalian. Tidak kiralah berapa jumlah yang ibu bapa anda berikan, hargainya dan cuba manfaatkan sebaik mungkin.

Janganlah anda merungut tidak cukup dan membandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Setiap keluarga mempunyai pendapatan dan tanggungan yang berbeza.

Sekiranya anda perlukan bantuan kewangan, cuba dapatkan bantuan zakat di universiti masing-masing. –

www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/09/panduan-kewangan-untuk-pelajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pihak Universiti Harus Lebih Prihatin Kebajikan Pelajar Kenyataan Media Ppim 14 09 2024

Pihak Universiti Harus Lebih Prihatin Kebajikan Pelajar Kenyataan Media Ppim 14 09 2024

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 246 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak pengurusan universiti supaya lebih prihatin dengan kesusahan dihadapi pelajarnya Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi berkata pihaknya menerima aduan pelajar dan ibu bapa dari sebuah univers...
Bas Sekolah Rempuh Orang Ramai 11 Maut Termasuk Pelajar

Bas Sekolah Rempuh Orang Ramai 11 Maut Termasuk Pelajar

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 183 hits
KOSMO PETUGAS membantu mangsa yang cedera di lokasi kejadian AGENSIBEIJING Sebuah bas sekolah merempuh orang ramai di luar sebuah sekolah menengah di timur China hari ini menyebabkan 11 ibu bapa dan pelajar terbunuh demikian menurut media p...
3 Warga Garut Meninggal Usai Pesta Miras Oplosan Termasuk 2 Pelajar Smk

3 Warga Garut Meninggal Usai Pesta Miras Oplosan Termasuk 2 Pelajar Smk

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 115 hits
Dua dari tiga orang korban meninggal tersebut diketahui merupakan pelajar sekolah menengah kejuruan
Permohonan Bantuan Pendidikan Negeri Terengganu Untuk Pelajar Sekolah Ipta Dan Ipts

Permohonan Bantuan Pendidikan Negeri Terengganu Untuk Pelajar Sekolah Ipta Dan Ipts

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 332 hits
Makluman berkenaan Bantuan Pendidikan Negeri Terengganu Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan pelbagai bentuk bantuan pendidikan untuk anak anak negeri termasuk pelajar sekolah pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta Bantuan ...
Cara Mengendali Pelajar Adhd

Cara Mengendali Pelajar Adhd

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 313 hits
Mengendalikan pelajar dengan ADHD memerlukan pendekatan yang memahami dan menyokong keperluan unik mereka ADHD adalah satu keadaan neurobiologi yang boleh mempengaruhi tumpuan kawalan diri dan tahap aktiviti seseorang pelajar Pelajar dengan...
Ostard Main B Nt T Merumitkan Islamofobia Patut Persiapkan Pelajar Tahfiz Tidak Menjadi Mangsa

Ostard Main B Nt T Merumitkan Islamofobia Patut Persiapkan Pelajar Tahfiz Tidak Menjadi Mangsa

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 203 hits
mahu golongan pelajar huffaz dipersiapkan dengan ajaran Islam yang sebenar bagi berdepan kelompok Islamofobia dan pihak yang menanam kebencian menerusi Islam di negara ini hal ini kerana agama Islam di negara ini berada dalam persimpangan d...
Maiwp Prihatin Salur Bantuan Kewangan Kepada Keluarga Mangsa Tanah Runtuh Di Setapak

Maiwp Prihatin Salur Bantuan Kewangan Kepada Keluarga Mangsa Tanah Runtuh Di Setapak

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 355 hits
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah salur bantuan kewangan kepada keluarga mangsa yang terjejas akibat tanah runtuh yang berlaku pada 22 Ogos lalu di Taman Bunga Raya Setapak hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Ag...
Polisi Buru Penggerak Pelajar Dalam Demo Ricuh Di Balaikota Semarang

Polisi Buru Penggerak Pelajar Dalam Demo Ricuh Di Balaikota Semarang

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 165 hits
Polisi mengidentifikasi asal sekolah pelajar yang diamankan Dari 10 sekolah hanya dua di antaranya yang berada di Kota Semarang
Elok La Memalukan International Universiti Saja Level Pensyarah Gini

Elok La Memalukan International Universiti Saja Level Pensyarah Gini

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 267 hits
Najib Bakar Eloklah International Islamic University Malaysia ambil tindakan Level tepuk dahi dah kenyataan hamba Allah tu Makin merepek repek jauh dari disiplin ilmu
Ops Gempur Jabatan Imigresen Malaysia Berjaya Menahan 468 Warga Asing Atas Pelbagai Kesalahan Di Cameron Highlands

Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 Kali Ke 17 Berkibar Sana Sini Bendera Warna Warni

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Trump Berusaha Campur Tangan Selesaikan Perang Saudara Di Sudan Apa Motivasi Dan Implikasinya

Ultimate Middle Eastern Spiced Beef Recipe

Kedudukan Terkini Kumpulan F Dalam Kelayakan Piala Asia 2027

Sprm Pahang Dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Perkukuh Integriti Pengurusan Dana Awam

The Revival Of Analog Horror Why Retro Scares Are Dominating Modern Pop Culture


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempe Goreng Pedas Daun Limau Resipi Rangup Wangi Yang Sangat Menggoda

Rbnz Hampir Menamatkan Kitaran Pemotongan Kadar Menyediakan Ruang Untuk Pemulihan Kiwi Terhadap Dolar

Afgan Peluk Chord

Seribu Satu Rasa Antara Mendengar Memberi Dan Menghargai

Adakah Loan Rumah Loan Kereta Itu Riba

Sepatu Branded Wanita Terbaik 2025 17 Rekomendasi Elegan Timeless Untuk Fashionista