Panduan Dapat Duit Di Tiktok Affiliate Malaysia 2023
Panduan Dapat Duit Di TikTok Affiliate Malaysia 2023 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh hari ini admin ingin berkongsi sedikit satu panduan buat duit secara mudah tanpa mengeluarkan keringat yang berat dan hanya banyak menggunakan jari sahaja dan anda akan mendapat duit dengan mudah ikuti perkongsian admin hari ini.
Cara Daftar Tiktok Affiliate Di Malaysia,TikTok kini bukan sahaja berfungsi sebagai aplikasi hiburan dan media sosial semata-mata. Malah, ia juga menjadi platform untuk membeli belah sejak TikTok Shop diperkenalkan.
Adakah anda berminat untuk jana pendapatan sampingan sebagai TikTok Affiliate?
Jangan risau, anda tak perlu menjual atau simpan stok seperti peniaga lain.
Anda hanya perlu hasilkan content bersesuaian dan letak pautan untuk promosikan produk.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui cara daftar TikTok Affiliate secara lebih lanjut.
Panduan Dapat Duit Di TikTok Affiliate Program Malaysia 2023
Untuk makluman semua, panduan ini dikongsikan supaya orang kita boleh merebut peluang dengan sebaiknya.Dan juga, ambil manfaat sebaiknya platform yang telah disediakan oleh Team Tiktok sendiri.
Apakah Kelebihan TikTok Affiliate
Apakah Syarat Jadi Tiktok Affiliate
Untuk makluman semua, disini kami kongsikan panduan ini supaya anda semua dapat manfaat sebaiknya.
Jika sekiranya terdapat sebarang perubahan ataupun kesilapan maklumat yang telah disediakan ia adalah diluar kawalan dan akan segera diperbaiki.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti atau menambah info info maklumat berkaitan dengan kerjaya bantuan rasmi daripada kerajaan dan info semasa anda boleh ikuti telegram maklumat terlaju di Malaysia:
Kelebihan TikTok Affiliate
Untuk maklumat semua disini kami kongsikan kelebihan tiktok affiliate.
Antara kelebihan yang anda boleh nikmati sebagai TikTok affiliate adalah :
Anda tak perlu keluarkan sebarang modal.
Anda tak perlu pegang stok atau produk, hanya promosikan link produk di video anda.
Anda akan dapat komisyen mengikut peratusan mungkin 10%, 20% atau 50%. Komisyen akan dimasukkan ke dalam akaun anda secara automatik jika pelanggan buat pembelian menggunakan link anda.
Anda tak perlu berhubung dengan penjual produk kerana sistem ini berfungsi secara automatik.
Anda tak perlu terlibat dalam urusan jual beli atau pengeposan barang.
Untuk pemegang akaun dengan followers seramai 1,000 ke atas
Untuk pemegang akaun dengan followers sedikit atau 1,000 ke bawah
Ayuh kita lihat cara daftar untuk pemegang akaun dengan followers lebih 1,000 ke atas terlebih dahulu.
Cara Daftar TikTok Shop (Untuk Akaun Lebih 1,000 Followers)
Masuk ke aplikasi TikTok, pergi ke akaun dan tekan pada tiga garis bertindih yang ada di bahagian kanan atas.
Pilih ‘Creator tools’. Di laman seterusnya, tekan TikTok Shop.
Syarat Jadi Tiktok Affiliate
Syarat Jadi Tiktok Affiliate (Untuk Akaun Lebih 1,000 Followers)
Anda akan dipaparkan dengan dua syarat untuk jadi affiliate iaitu seperti berikut :
Berusia 18 tahun ke atas
Mempunyai lebih 1,000 followers
Teruskan proses dengan Tick pada Terma dan Syarat dan tekan butang Apply.
Pada laman seterusnya, klik pada butang ‘Start Earning’.
Kemudian, masukkan nama penuh seperti yang tertera di kad pengenalan anda.
Cara Daftar TikTok Shop (Untuk Akaun Kurang 1,000 Followers)
Pergi ke pautan https://seller-my.tiktok.com
Masukkan nombor telefon, alamat e-mel dan kata laluan
Sebelum anda tekan Submit, pastikan negara yang dipaparkan di laman adalah Malaysia. Sekiranya salah, anda tidak dibenarkan untuk ubah.
Satu nombor telefon hanya layak mendaftar untuk satu akaun TikTok Shop sahaja.
Seterusnya, anda perlu pilih sama ada mendaftar secara individu (Individual) atau syarikat (Corporate).
Sekiranya anda mendaftar secara individu, anda perlu muat naik gambar kad pengenalan dan butiran akaun bank simpanan.
Sekiranya anda mendaftar sebagai syarikat, anda perlu muatnaik sijil SSM dan butiran akaun perniagaan.
Pendaftaran sebagai individu tidak boleh ditukar ke syarikat dan sebaliknya setelah selesai.
Anda perlu menunggu emel sebagai tanda verifikasi atau pengesahan dalam masa 24 jam.
Setelah pengesahan akaun selesai, anda perlu pautkan TikTok Shop dengan profil anda.
Ikuti Cara Daftar
Cara Pautkan TikTok Shop Dengan Profil
Pergi ke Settings dan tekan ‘Linked TikTok accounts’, kemudian pilih ‘Marketing Accounts’.
Seterusnya masukkan TikTok username anda (langkah ini untuk profil dengan kurang 1,000 followers sahaja)
Kemudian, tekan Send Invitation.
Selepas itu, pergi ke Inbox, kemudian tekan Activity. Seterusnya tekan All activity dan pilih From TikTok.Seterusnya, tekan Monetization : new request. Kemudian, tekan New Request (pilihan paling atas) dan tekan butang ‘Accept Request’ dalam masa 48 jam.
Kemudian, ikon beg untuk TikTok Shop akan muncul di profil anda.
Cara Tambah Produk Affiliate Untuk Promosi Barang
Bila dah ada TikTok Shop, anda tak semestinya perlu berniaga.
Sebaliknya, anda boleh sertai program affiliate untuk promosikan produk daripada TikTok Shop lain.
Berikut merupakan langkah-langkah untuk tambah produk affiliate :
Pergi ke profile dan tekan lambang beg TikTok Shop. Tekan butang Enter
Seterusnya, klik ‘Add Affiliate Products’.
Pada laman seterusnya, cari produk yang anda ingin promosikan. Anda juga boleh taipkan nama TikTok Shop yang anda ingin sertai sebagai Affiliate.
Seterusnya, anda boleh lihat senarai produk yang anda boleh promosikan.
Anda juga boleh lihat komisyen yang akan diterima bagi setiap 1 produk yang terjual.
Tekan Add untuk masukkan produk ke dalam TikTok Shop anda.
Kini, anda boleh mula hasilkan content yang bersesuaian mengikut kreativiti masing-masing untuk promosikan produk sebagai Affiliator.
Baca juga:
Bantuan Cakna Suri 2023 :RM200 One-off Untuk Surirumah
Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tahun 2023
Komen Netizen tentang Tiktok Affiliate
SISTEM AFFILIATE TIKTOK SHOP.
Affiliate = Dropship.
Jual produk affiliate tiktok dan dapat komisen dari seller tiktok.
Sy terangkan sedikit tentang affiliate di tiktok shop.
Affiliate tiktok ni simple je.
Affiliate tiktok dah build in sistem dalam tiktok.
✔️TAK PERLU KELUAR MODAL dulu macam shopee.
✔️Tak perlu ambil detail dan beri seller.
✔️Dapat ORDER detail terus dapat dekat seller tiktok.
✔️Boleh minta FREE SAMPLE pada seller yang ada bagi.
✔️Boleh BUY SAMPLE dan buat VIDEO n LIVE banyak kali.
Kita tunggu je duit komisen masuk akaun komisen kita.
Tiktok dah tolak siap2 komisen dari seller masuk akaun komisen.
Cukup bulan, withdraw.
Cuma kelemahan, duit dapat sekitar kurang 15 hari. Tapi tak rugi sebab tak keluar modal banyak.
Tugas kita hanyalah MARKETING.
Buat video untuk produk tu, atau buat live macam si view chin tu.
Senang kan affiliate tiktok?
Nak belajar lebih mendalam anda boleh cuba ikuti panduan yang telah Kami sediakan ini
Semoga Perkongsian Bermanfaat
Admin berharap dengan perkongsian Panduan Dapat Duit Di TikTok Affiliate Program Malaysia dapat anda buat duit di atas ini dapat membantu anda untuk membuka akaun Tiktok untuk anda semoga perkongsian ini juga menjadi saham ilmu antara kita semua dan sebarkan kepada yang lain terima kasih diucapkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/01/panduan-dapat-duit-di-tiktok.html