Tambah Baik Akta Insolvensi Utusan Malaysia 31 01 2023


 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan menambah baik pindaan Akta Insolvensi 1967 pada 2017 untuk membela nasib golongan yang dihukum bankrap.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, setakat November tahun lalu, seramai 270,234 orang diisytihar bankrap dan mereka seolah-olah tidak mempunyai masa depan kerana terus berada dalam keadaan tidak berupaya untuk bangkit semula.
Katanya, kerajaan perlu memberikan dinamisme dalam undang-undang bankrap supaya boleh ditadbir urus dengan lebih baik bagi membolehkan golongan itu lebih produktif.
“Golongan belia dan warga emas yang bankrap menerima kesan teruk sehingga ada yang kini masih berstatus bankrap walaupun berumur 75 tahun.
"Berbanding golongan bankrap yang dijatuhi hukuman selepas Oktober 2017, mereka menerima beberapa penambahbaikan dalam pindaan Akta Insolvensi seperti peruntukan Seksyen 33C iaitu Pelepasan Automatik selepas tiga tahun bankrap dan lapan pindaan lain dalam pindaan itu,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Nadzim berkata, golongan bankrap sebelum pindaan itu dibuat biasanya perlu menunggu sehingga 15 tahun pentadbiran kes di Jabatan Insolvensi Malaysia sebelum layak memohon bebas bankrap.
Kata beliau, sepatutnya golongan bankrap khususnya belia diberi peluang kedua, manakala golongan warga emas perlu dibebaskan secara automatik kerana faktor umur dan kesihatan mereka.
“Oleh itu, antara cadangan penambahbaikan adalah kerajaan perlu menguatkuasakan Seksyen 33C tanpa melihat tahun hukuman dijatuhkan dan meluaskan pembebasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi Seksyen 33A kepada semua golongan bankrap yang memohon.
“Ini kerana kira-kira satu atau tiga orang sahaja daripada 100 orang yang memohon mendapat kelulusan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Kontraktor Jentera Mekanikal dan Elektrikal Melayu Malaysia (Baru), Datuk Seri Mohd. Effandie Ahmad yang turut hadir berkata, kebanyakan golongan bankrap bukan tidak mampu membayar hutang, tetapi tidak mempunyai masa yang mencukupi berikutan pelbagai halangan seperti pandemik Covid-19.
“Semasa pandemik, ramai orang bankrap kerana bank tidak membenarkan penstrukturan semula dengan memanjangkan tempoh hutang dan mengurangkan bayaran bulanan.
“Bank sepatutnya menunjukkan belas ihsan dengan penstrukturan semula hutang kerana bank tidak akan mengalami apa-apa kerugian pun, sebab masih mendapat faedah daripada hutang,” katanya.
Tambahnya, tekanan yang dialami golongan bankrap itu menyebabkan pelbagai kesan seumur hidup, malah ada yang bunuh diri dan perpecahan rumah tangga.


Artikel oleh: Utusan Malaysia
TAMBAH BAIK AKTA INSOLVENSI
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/tambah-baik-akta-insolvensi/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/01/tambah-baik-akta-insolvensi-utusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Awal 2023 Penguatan Mata Uang Ri Lebih Baik Dibanding Malaysia Dan Filipina

Di Awal 2023 Penguatan Mata Uang Ri Lebih Baik Dibanding Malaysia Dan Filipina

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 384 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mengatakan nilai tukar rupiah di awal 2023 menguat 3 89 persen dibandingkan dengan level akhir Desember 2022
Bank Konvensional Pula Yang Amal Kaedah Islam Utusan Malaysia 04 02 2023

Bank Konvensional Pula Yang Amal Kaedah Islam Utusan Malaysia 04 02 2023

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 505 hits
SAUDARA PENGARANG SAYA ingin mengulas pendedahan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan bertajuk Kewangan Islam ada unsur menindas dalam Utusan Malaysia pada 30 Januari lalu Menurut beliau produk sistem kewangan ...
Kewangan Islam Ada Unsur Menindas Utusan Malaysia 30 01 2023

Kewangan Islam Ada Unsur Menindas Utusan Malaysia 30 01 2023

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 402 hits
PETALING JAYA Produk sistem kewangan Islam di negara ini didakwa tidak langsung melambangkan Islam kerana tiada aspek kemanusiaan seperti dituntut agama apabila terus menindas peminjam dengan pelbagai cara Ketua Aktivis Persatuan Pengguna I...
Pelancaran Lagu Tema Filem Baru 2023 Coast Guard Malaysia Ops Helang

Pelancaran Lagu Tema Filem Baru 2023 Coast Guard Malaysia Ops Helang

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 480 hits
Baru baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran lagu tema filem melayu baru 2023 bertajuk Coast Guard Malaysia Ops Helang yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 2 februari 2023 akan datang Pelancaran lagu tema filem Coas...
Jawatan Kosong Uum Universiti Utara Malaysia Januari 2023

Jawatan Kosong Uum Universiti Utara Malaysia Januari 2023

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 330 hits
Jawatan Kosong UUM Universiti Utara Malaysia Januari 2023 Makluman terkini untuk seluruh rakyat Malaysia UUM di cawangan Sarawak kini menawarkan pengisian kekosongan jawatan bagi seluruh rakyat Malaysia Permohonan sekarang boleh dimohon di ...
Filem Malaysia 2023

Filem Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 375 hits
Berikut senarai filem tempatan termasuk supertele ditayangkan di pawagam Astro First dan platform penstriman seperti Viu dan Neflix Filem Malaysia 2023 FilemTarikh Tayangan5 JanuariSilence Of The 17712 Januari19 JanuariLittle Sunshine19 Jan...
Jawatan Kosong Terkini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2023

Jawatan Kosong Terkini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 452 hits
Jawatan Kosong Terkini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2023 Makluman SPRM berita terkini tentang kerja kosong khas kepada warganegara Malaysia Permohonan pekerjaan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong atau laman rasmi jab...
Zafrul Malaysia Confident Of Growth And Avoiding Recession In 2023

Zafrul Malaysia Confident Of Growth And Avoiding Recession In 2023

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 362 hits
Malaysia is confident of achieving growth and avoiding a recession this year despite having to navigate through global headwinds Even though the country s economic growth this year is projected to moderate compared with 2022 International T...
Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Lazada S Christmas Promotion

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump

Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast

How Virtual Tours Shape The Future Of Architecture In The Metaverse


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Easy Beef Gravy Recipe Flour

Hari Konsultasi Fasa 2 Di Smk

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025

Lirik Lagu Ayuh Pulang Aina Abdul Amir Jahari

Pulang Bukan Bererti Kalah Tapi Menyelamatkan Diri

Bahaya Pinjaman Ah Long Dan Skim Pinjaman Tidak Berlesen