Panduan Daftar Kursus Kahwin Online Mudah Untuk Seluruh Malaysia


Kursus kahwin online adalah sesuatu yang sinonim dengan pasangan yang dalam proses untuk dikahwinkan. Prosedur ini telah ditetapkan oleh pejabat bahagian agama di setiap negeri. Kepentingan menghadiri kursus kahwin adalah untuk memastikan setiap pasangan mempunyai ilmu untuk menempuhi kehidupan selepas kahwin.
Melalui inisiatif kursus kahwin online setiap pasangan yang berjaya sesi kursus akan diberikan sijil sekaligus akan memudahkan urusan para bakal pengantin yang mana sijil kursus kahwin adalah wajib sekali seumur hidup. Jadi, jikalau tidak tahu bagaimana untuk mendaftarkan diri bagi kursus kahwin online boleh rujuk daripada perkongsian kami.
Daftar Kursus Kahwin Online Untuk Pasangan Yang Bakal Berkahwin Pengenalan Sistem SSPIM Makluman untuk semua, kursus kahwin online adalah dipertanggungjawabkan dan didaftar bawah Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Pengurusan sistem ini adalah dibawah JAKIM dan terpakai kepada seluruh negeri.
Kenapa Perlu Daftar Dibawah Sistem SSPIM? Bagi setiap pasangan yang ingin berkahwin adalah perlu daftar kursus kahwin online melalui laman ini kerana ia telah disahkan sebagai autoriti untuk kursus pra-perkahwinan. Anda juga akan mendapat manfaat dan menjimatkan masa dan tempat dengan melalui daftar secara atas talian.
Pendaftaran juga adalah perlu untuk ikuti kursus kahwin di negeri asal anda atau di negeri tempat anda ingin mengadakan pernikahan. Contohnya, anda berasal dari Selangor tetapi kini bekerja di Kelantan, maka mestilah anda daftarkan kursus kahwin online Selangor jika anda bercadang bernikah di Selangor.
Panduan Lengkap Daftar Kursus Kahwin Online Cara Daftar Kursus Kahwin Online Terdapat beberapa langkah yang perlu anda ikuti bagi menjayakan urusan permohonan kursus kahwin online anda. Berikut adalah langkah yang perlu anda ikuti:
Langkah 1 : Daftar Kursus Kahwin Online Melalui Portal Rasmi SPPIM Bagi anda atau pasangan anda, boleh daftar secara online melalui satu portal sahaja iaitu portal kursus kahwin online SPPIM.
Langkah 2 : Pilih Tarikh dan Tempat Lokasi Kursus Kahwin Mengikut Negeri Anda boleh memilih dan menetapkan tarikh dan tempat mengikut pilihan yang disediakan di portal tersebut. Sekiranya anda memilih untuk berkahwin di Selangor maka anda perlu memilih anjuran kursus kahwin Selangor.
Selepas membuat carian, keputusan atau kekosong anjuran kursus kahwin anda boleh memilih untuk ikuti kursus anjuran pihak berkenaan.
Langkah 3: Isi Maklumat dan Butiran Diri Anda perlu memasukkan maklumat yang betul dan semasa berkenaan diri anda seperti nombor kad pengenalan, nama penuh seperti dalam IC dan lain-lain maklumat yang diminta wajib anda isi di dalam kolum.
Langkah 4: Membuat Pengesahan Setelah selesai mengisi, anda akan diberikan perakuan kursus kahwin dan anda boleh mengatakan “Saya Bersetuju” untuk mengesahkan maklumat perakuan anda.
Langkah 5 : Permohonan Kursus Berjaya Selepas melalui proses yang tersebut, anda akan dibawa ke paparan seperti gambar dibawah. Kemudiannya anda hanya perlu ikuti langkah-langkah dinyatakan berkenaan syarat dan kaedah pembayaran yang mungkin berbeza-beza mengikut pengajur.
Pasca Daftar Kursus Kahwin Online Selepas selesainya pendaftaran kursus kahwin, anda boleh membuat persiapan awal untuk menghadiri kursus kahwin yang bakal berlansung di hari dan lokasi yang ditetapkan. Untuk bayaran, anda perlu merujuk kepada pihak penganjur. Anda boleh menghubungi mereka dan mengesahkan bahawa anda daftar kursus kahwin dan pembayaran sekaligus dengan pihak berkenaan.
Seterusnya, para peserta kursus kahwin perlu mengetahui syarat-syarat dan maklumat yang anda kena cakna berkenaan kursus kahwin.
Menghadiri Kursus Kahwin Bagi Pasangan Yang Bakal Berkahwin Penerangan Kursus Kahwin Kursus Kahwin adalah merupakan persediaan kepada bakal suami dan isteri mengenai tanggungjawab mereka dalam perkahwinan. Ia juga membincangkan proses pendaftaran perkahwinan, pengurusan rumahtangga, cara mengatasi masalah perkahwinan, kisah-kisah berhubung perkahwinan sebagai contoh, serta pengetahuan yang penting mengenai perkahwinan.
Kursus ini berlangsung selama dua hari berturut-turut, bermula pada waktu pagi dan berakhir pada sebelah petang, dengan setengah hari pada hari kedua menurut kebiasaan program kursus. Peserta akan menerima sijil selepas menghadiri kursus ini, sijil ini akan digunakan untuk memohon surat kebenaran perkahwinan di masa akan datang dan sah diguna untuk semua negeri.
Nota : Sijil kursus ini adalah sah sepanjang hayat tanpa tarikh luput. Untuk individu yang mempunyai sijil pengajian Islam yang diiktiraf, mereka boleh memohon pengecualian daripada menghadiri kursus perkahwinan.
Bayaran Kursus Kahwin Untuk Setiap Negeri Untuk bayaran adalah tertakluk kepada penganjur dan negeri masing-masing. Kos purata untuk kursus perkahwinan di kebanyakan kawasan adalah sekitar antara RM80 perbezaan yuran kursus perkahwinan dikenakan kerana mengikut Jabatan Agama Negeri masing-masing yang berbeza.
Bayaran yuran ini adalah untuk kos seperti berikut:
Makanan Buku Perkahwinan Fail Alatan tulis Sijil Bayaran penceramah Berikut adalah senarai bayaran di setiap negeri dan rujukan hal ehwal agama negeri perkahwinan negeri Malaysia:
NegeriBayaranPautan RasmiKuala LumpurRM120JAWISelangorRM80JAISJohorRM120JAINJMelakaRM80JAIMNegeri SembilanRM100JHEAINSPulau PinangRM80JAIPPKedah RM80JAIKPerlisRM80JAIPSTerengganuRM50JHEATPahangRM70JAIPKelantanRM80JAHEAIKPerakRM80JAIPKLabuanRM100JAWISarawakRM100JHEAINSSabahRM100JAIS Kandungan Modul Kursus Pra Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin Pihak JAKIM telah membuat garis panduan untuk mana-mana kursus kahwin dibawahnya perlu mengikuti modul kursus yang telah ditetapkan. Untuk kursus perkahwinan, ianya adalah mengikuti tujuh Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam yang wajib dipelajari semasa kursus tersebut. Berikut adalah senarai 7 Modul kursus yang anda perlu ketahui:
Akidah dan Ibadah Akhlak dan Hubungan dalam Keluarga Pengurusan Kesihatan Keluarga Perkahwinan dan Prosedur Perkahwinan Pengurusan Tekanan dan Konflik Komunikasi antara Suami Isteri dan Pengurusan Kewangan dan Masa Perkhidmatan Runding Cara dan Pembubaran Perkahwinan Setiap modul ini akan dibahagikan kepada beberapa sesi, dan semua peserta mestilah menghadiri setiap sesi. Jika peserta gagal menghadiri sesi untuk mana-mana modul, mereka perlu mengambil semula modul tersebut sebelum layak menerima sijil kursus kahwin.
Syarat dan Peraturan Menghadiri Kursus Kahwin Untuk setiap peserta, anda adalah perlu untuk mengikuti peraturan yang perlu dipatuhi oleh para peserta agar mereka layak menerima sijil kursus kahwin. Peraturan-peraturan tersebut termasuk seperti dibawah:
Mengisi borang pendaftaran dan membawa salinan kad pengenalan. Menandatangani kehadiran bagi setiap sesi. Mengikuti semua sesi selama dua hari mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Mematuhi peraturan berpakaian yang ditetapkan oleh negeri masing-masing. Lelaki dengan rambut panjang perlu mengikat rambut dengan kemas atau tidak dibenarkan hadir. Dilarang merokok sepanjang kursus berlangsung. Dilarang berpasangan. Dilarang membawa makanan atau membuang sampah merata-rata. Peserta perlu melaporkan masalah kepada pihak urusetia jika berlaku. Dilarang mengganggu dengan telefon bimbit atau peralatan lain. Tempat duduk untuk lelaki dan perempuan dipisahkan. Sebelum kursus bermula, penganjur akan memberikan taklimat mengenai peraturan kursus, peraturan peserta, jadual kursus, sijil, dan kemudahan yang disediakan. Oleh itu, mohon untuk para peserta mengambil maklum sepanjang berlansungnya kursus kahwin.
Etika Pemakaian untuk Kursus Kahwin Dari segi pemakaian pula, adalah perlu untuk setiap peserta lelaki dan perempuan mengenakan pakaian yang sopan dan perlu mengikuti arahan pemakaian yang telah ditetapkan. Anda boleh merujuk peraturan pemakaian awam dibawah:
Peserta Lelaki
Berbaju kemeja dan seluar slack Tshirt berkolar sahaja dibenarkan Dilarang memaki gelang, subang, rantai dan topi Dilarang memakai selipar Wajib mengenakan songkok mengikut lokasi Peserta Perempuan
Berbaju kurung atau berjubah Seluar yang labuh sahaja dibenarkan Dilarang memakai pakaian yang berlengan pendek, nipis, ketat, seluar jeans, dan berkain belah Untuk etika pemakaian, ianya adalah tertakluk kepada pihak penganjur dan peraturan mungkin adalah berbeza mengikut negeri dan kawasan. Oleh itu, para peserta pelu lebih cakna sebelum menghadiri kursus kahwin.
Soalan FAQS Berkenaan Kursus Kahwin Online Apakah kegunaan sijil Kursus Kahwin? Sijil Kursus Kahwin digunakan untuk memohon surat kebenaran perkahwinan di masa akan datang. Ia adalah dokumen yang sah digunakan untuk tujuan ini, dan sijil tersebut tidak mempunyai tarikh luput. Bagi individu yang mempunyai sijil pengajian Islam yang diiktiraf, mereka boleh memohon pengecualian daripada menghadiri kursus perkahwinan.
Di mana kursus-kursus Kursus Kahwin diadakan? Kursus Kahwin diadakan di pelbagai tempat mengikut kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Agama di setiap negeri. Anda boleh menghadirinya di mana-mana tempat yang paling sesuai bagi anda, tetapi ia adalah penting untuk mendapatkan maklumat dari penganjur kursus mengenai lokasi dan jadual kursus kahwin yang mereka tawarkan.
Adakah sijil Kursus Kahwin boleh untuk digunakan untuk tujuan selain permohonan perkahwinan? Sijil Kursus Kahwin adalah khusus untuk permohonan perkahwinan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain. Ia adalah dokumen yang hanya membuktikan bahawa anda telah menghadiri kursus perkahwinan yang diperlukan.
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya kehilangan sijil Kursus Kahwin? Jika anda kehilangan sijil Kursus Kahwin, anda perlu menghubungi penganjur kursus kahwin sebelum ini untuk mendapatkan salinan atau maklumat mengenai prosedur penggantian sijil. Penting untuk anda menjaga sijil tersebut dengan baik kerana ia diperlukan untuk memohon surat kebenaran perkahwinan di masa akan datang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/10/kursus-kahwin-online.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Bermain Judi Poker Domino Qq Online Di Indonesia

Panduan Bermain Judi Poker Domino Qq Online Di Indonesia

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 144 hits
Panduan Bermain Judi Poker Domino QQ Online di Indonesia Apakah Anda seorang penggemar judi online Jika ya maka Panduan Bermain Judi Poker Domino QQ Online di Indonesia ini adalah artikel yang tepat untuk Anda Kami akan membahas langkah lan...
Panduan Bermain Poker Online Di Indonesia Tips Dan Trik

Panduan Bermain Poker Online Di Indonesia Tips Dan Trik

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 143 hits
Panduan Bermain Poker Online di Indonesia Tips dan Trik Poker online telah menjadi fenomena di Indonesia dalam beberapa tahun terakhir Semakin banyak orang yang tertarik untuk bermain poker secara online karena kemudahannya dan kesenangan y...
Panduan Lengkap Cara Bermain Poker Online Untuk Pemula

Panduan Lengkap Cara Bermain Poker Online Untuk Pemula

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 193 hits
Panduan Lengkap Cara Bermain Poker Online untuk Pemula Halo teman teman pecinta permainan kartu apakah kalian sudah pernah mencoba bermain poker online Jika belum artikel ini akan menjadi panduan lengkap bagi kalian para pemula yang ingin m...
Mengenal Situs Judi Online Bola Panduan Lengkap Untuk Pemula

Mengenal Situs Judi Online Bola Panduan Lengkap Untuk Pemula

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 131 hits
Mengenal Situs Judi Online Bola Panduan Lengkap untuk Pemula Pada era digital ini aktivitas berjudi semakin mudah diakses melalui internet Salah satu jenis judi yang populer adalah taruhan bola online Bagi pemula mengenal situs judi online ...
Lepas Kahwin Haid Jadi Tak Teratur Pakar O G Jelaskan Sebabnya Jangan Ambil Mudah

Lepas Kahwin Haid Jadi Tak Teratur Pakar O G Jelaskan Sebabnya Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 217 hits
Kalau dulu ketika anak dara haid jadi baik dan lancar kini selepas kahwin haid setiap bulan jadi tak teratur Apa sebabnya Haid yang tidak teratur menyebabkan sasaran untuk hamil menjadi sedikit sukar Kenapa keadaan ini berlaku kepada kebany...
Senarai Lokasi Jalan Jalan Japan Di Seluruh Malaysia

Senarai Lokasi Jalan Jalan Japan Di Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 295 hits
Ramai yang kenal gedung bundle dan barangan branded Jepun di Jalan Jalan Jepun Tapi ramai yang tidak tahu bahawa ada 10 lokasi Jalan Jalan Japan seluruh Malaysia yang wajib anda kunjungi Dengan pengalaman JJJ adakan banyak event dan program...
Kerja Full Time Dan Kerja Part Time Zus Coffee Seluruh Cawangan Di Malaysia 2023

Kerja Full Time Dan Kerja Part Time Zus Coffee Seluruh Cawangan Di Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 175 hits
Kerja Full Time dan Kerja Part Time Zus Coffee Seluruh Cawangan di Malaysia 2023 41 Bagi kemasukan pekerja baru kerja part time zus coffee adalah merupakan pekerjaan yang biasa kita dengari untuk anda Oleh itu admin kongsikan maklumat jawat...
3 Resepi Bubur Cha Cha Mudah Viral Di Malaysia

3 Resepi Bubur Cha Cha Mudah Viral Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 280 hits
Bubur cha cha merupakan sejenis pencuci mulut dan hidangan sarapan pagi yang popular dalam masakan Malaysia Mesti ramai nak tahu resepi bubur cha cha kan Ikuti kami seterusnya bagi mengetahui resepi bubu cha cha paling sedap di alam semesta...
Panduan Mohon Border Pass Thailand Untuk Rakyat Malaysia

Panduan Mohon Border Pass Thailand Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 211 hits
Border pass Thailand membolehkan anda memiliki akses ke negara Thailand Seperti kita maklum jiran negara kita mempunyai tempat tempat yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga Segalanya mudah dengan kerjasama dan Thailand melalui penge...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco