Panduan Mohon Border Pass Thailand Untuk Rakyat Malaysia


Border pass Thailand membolehkan anda memiliki akses ke negara Thailand! Seperti kita maklum, jiran negara kita mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga. Segalanya mudah dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan Thailand melalui pengenalan ‘border pass’ yang hanya rakyat Malaysia sahaja boleh mohon.
Dengan bayaran yang dikenakan adalah murah, ia menjadikan destinasi wajib dikunjungi untuk merasai kelainan. Untuk mohon border pass dengan mudah serta mengetahui tip-tip yang anda boleh guna, sila teruskan bacaan informasi yang kami sediakan.
Border Pass Thailand yang Rakyat Malaysia Boleh Mohon Pengenalan Border Pass Thailand Yang Disediakan Kerajaan Malaysia Khusus memasuki negara Thailand melalui sempadan khusus, telah disediakan secara khas oleh kerajaan bagi rakyat Malaysia yang ingin memasuki Thailand.
Dengan alternatif yang diperkenalkan, cukup hanya dengan border pass Thailand yang khusus yang mana ianya hanya boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja.
Alternatif border pass ini hanya terpakai kepada rakyat yang daripada beberapa buah negeri di utara Malaysia yang layak mohon dokumen perjalanan sah bagi tujuan melancong semata. Ini adalah kerana, border pass adalah sebuah dokumen yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang lahir atau menetap bermanstautin selama lebih 1 tahun di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak iaitu Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong sahaja.
Maklumat Mengenai Border Pass Thailand Disediakan berkenaan maklumat yang penting untuk anda ketahui, berikut telah disusun mengikut perkara yang berkenaan:
BerkenaanPeneranganHad PerjalananPas ini hanya sah untuk perjalanan dari dalam negeri-negeri sempadan ke selatan Thailand seperti contohnya iaitu Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan PattaniTempoh SahlakuSatu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya.Baki Tempoh Sah Laku Pas Sempadan Malaysia – Thailand Untuk Keluar Ke ThailandTempoh sah laku Pas Sempadan hendaklah tidak kurang 30 hari sebelum perjalanan keluar ke Thailand.Bayaran DikenakanBayaran yang dikenakan untuk satu pas adalah RM10. Syarat Kelayakan Mohon Border Pass Thailand Kerjasama diantara kerajaan Malaysia dan Thailand telah memudahkan urusan rakyat yang berkenaan. Untuk membuat permohonan border pass Thailand ini, adalah perlu rakyat Malaysia mengikuti syarat-syarat yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Untuk kelayakan, adalah dibahagikan kepada dua golongan yang layak mohon:
KategoriSyarat KelayakanGolongan Pertama✔Golongan yang mana dilahirkan di negeri Kedah,Perak,Kelantan,Perlis (negeri yg bersempadan dgn Thailand).
✔Golongan ni boleh untuk membuat Pas Sempadan dengan cemerlang.Golongan Kedua✔Golongan yang bukan memegang IC (03, 08, 09 dan 02), kena menetap di salah sebuah negeri minimum setahun.
✔Dan perlu untuk tukar alamat di IC terlebih dahulu, Kemudian baru layak untuk mohon Border Pass Thailand. Langkah Permohonan Border Pass Thailand Untuk Rakyat Malaysia Dokumen Permohonan Yang Perlu Disediakan Sebelum membuat permohonan, menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pemohon perlu menyediakan dokumen yang perlu disenaraikan terlebih dahulu. Untuk dokumen adalah berbeza mengikut kategori. Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan mengikut kategori:
Kategori: Pemohon Berumur 12 Tahun Ke Bawah
SYARAT-SYARATDOKUMEN/KEPERLUANBerumur 12 tahun ke bawah✔Satu (1) keping gambar
-Berlatar belakang putih
-Rambut tidak menutupi dahi
-Tudung berwarna gelap (wanita muslimah)
✔Borang Permohonan
✔Sijil Lahir / Surat Beranak
✔Borang A1/B1 – borang izin ibu/bapa
✔(Mengiringi ibu atau bapa) Kategori: Pemohon Berumur Di Bawah 18 Tahun Ke Bawah
SYARAT-SYARATDOKUMEN/KEPERLUANBerumur di bawah 18 tahun ke bawah✔Satu (1) keping gambar
-Berlatar belakang putih
-Rambut tidak menutupi dahi
-Tudung berwarna gelap (wanita muslimah)
✔Borang Permohonan
✔Kad Pengenalan
✔Borang A1/B1 – borang izin ibu/bapa
✔Pas Sempadan Lama (jika ada) Kategori: Pemohon Berumur 18 Tahun Ke Atas
SYARAT-SYARATDOKUMEN/KEPERLUANBerumur 18 tahun ke atas✔Satu (1) keping gambar
-Berlatar belakang putih
-Rambut tidak menutupi dahi
-Tudung berwarna gelap (wanita muslimah)
✔Borang Permohonan
✔Kad Pengenalan
✔Pas Sempadan lama (jika ada)
✔Suami isteri perlu memohon Pas Sempadan secara berasingan Syarat-syarat pemohon adalah berbeza berdasarkan usia mereka, serta dokumen atau keperluan yang diperlukan untuk permohonan. Oleh itu, mohon para pemohon untuk menyediakan lampiran dokumen yang diminta. Kemudian anda boleh merujuk kepada cara membuat permohonan dibawah.
Permohonan Border Pass Melalui Jabatan Imigresen Malaysia Border Pass Malaysia adalah dokumen yang membenarkan pemohon untuk melintasi sempadan antara Malaysia dan negara jiran, seperti Thailand. Untuk memohon Border Pass, ikuti panduan lengkap di bawah ini:
Pertama sekali, pemohon perlu menghadiri mana-mana cawangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atau UTC berdekatan. Di cawangan JIM, pemohon akan diberikan borang permohonan Border Pass. Borang ini perlu diisi dengan maklumat peribadi yang betul dan lengkap. Pastikan untuk mengisi borang dengan teliti. Setelah membuat pengisian borang, pemohon perlu mengambil gambar berukuran pasport. Biasanya, terdapat kaunter khas di cawangan JIM yang menyediakan perkhidmatan pengambilan gambar pasport. Gambar tersebut akan diguna dalam urusan Border Pass anda. Setelah mendapatkan gambar pasport, tampal gambar tersebut pada borang permohonan Border Pass di tempat yang disediakan. Selepas mengisi borang dan menampal gambar, pemohon perlu menunggu giliran sehingga dipanggil oleh pegawai JIM yang bertugas. Pemohon perlu menyerahkan borang permohonan yang telah lengkap kepada pegawai. Pengesahan cap jari diperlukan dalam proses permohonan. Pemohon akan diminta untuk mengesahkan cap jari mereka dengan cara yang ditetapkan oleh JIM. Bayaran sebanyak RM10 perlu dibuat secara debit kepada JIM. Pastikan anda mempunyai wang yang mencukupi untuk bayaran ini. Setelah pemohon selesai dengan semua langkah di atas, mereka akan menerima Border Pass Malaysia berwarna biru. Border Pass ini adalah dokumen penting yang perlu disimpan dengan selamat untuk kegunaan perjalanan ke negara jiran, seperti Thailand. Pastikan untuk mematuhi semua arahan dan peraturan yang diberikan oleh JIM semasa proses permohonan.
Panduan Guna Border Pass Ketika memasuki negara Thailand Menggunakan border pass Thailand mempunyai prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan Thailand. Sebagai pelancong, anda perlu mengikuti beberapa langkah sebelum disahkan untuk dibenarkan masuk ke negara Thailand. Berikut adalah disenaraikanlangkah dan prosedur yang anda harus ikuti:
1. Sediakan Dokumen Utama
Pastikan anda telah menyiapkan dokumen-dokumen berikut sebelum memasuki Thailand:
a. Pasport: Pastikan pasport anda masih sah.
b. Border Pass: Pastikan anda mempunyai Border Pass yang masih sah tempoh.
c. Insurans Kenderaan: Jika anda menggunakan kenderaan peribadi, pastikan kenderaan anda mempunyai insurans yang sah selama tempoh tinggal anda di Thailand. 2. Pembayaran dan Pendaftaran
Di pintu masuk Thailand yang anda pilih, anda akan diminta untuk membuat pembayaran dan pendaftaran yang diperlukan.
a. Pembayaran Insurans Kenderaan: Jika anda menggunakan kenderaan peribadi, anda perlu membayar premium insurans kenderaan. Jumlah pembayaran mungkin berbeza-beza bergantung kepada jenis kenderaan dan tempoh tinggal anda di Thailand.
b. Kad Putih (White Card): Anda akan diminta untuk mengisi Kad Putih, yang mengandungi senarai bilangan orang yang memasuki dan tempoh tinggal mereka. Pembayaran dikenakan berdasarkan bilangan orang yang dibawa. 3. Pilih Pintu Masuk
Anda mempunyai pilihan untuk memilih pintu masuk ke Thailand. Pintu sempadan Padang Besar sering dianggap sebagai pilihan yang lebih tenang berbanding pintu sempadan lain seperti Bukit Kayu Hitam. 4. Pemeriksaan dan Pendaftaran Kesihatan
Selepas melalui imigresen Malaysia, anda akan melalui pemeriksaan kesihatan dan pendaftaran kesihatan Thailand. Pastikan anda mempunyai akses internet yang baik kerana anda akan diminta untuk mengimbas QR code yang disediakan untuk pendaftaran dengan pengakuan kesihatan Thailand. 5. Pengesahan Border Pass
Selepas menyelesaikan proses pendaftaran kesihatan, anda akan menerima cap Border Pass yang membenarkan anda memasuki Thailand. 6. Deklarasi Pengangkutan
Bagi mereka yang membawa kenderaan yang didaftarkan atas nama orang lain, anda perlu mengemukakan surat kuasa dari pemilik kenderaan. Namun, jika kenderaan tersebut didaftarkan atas nama anda sendiri, anda hanya perlu membawa geran asal atau salinan sebagai bukti kepemilikan kenderaan. Dengan menyelesaikan langkah-langkah di atas, anda sedia untuk memasuki Thailand dan menikmati perjalanan anda. Pastikan anda mematuhi semua peraturan dan peraturan yang berkuat kuasa semasa percutian anda.
Soalan FAQs Berkenaan Border Pass Thailand Apa kelebihan utama memiliki Border Pass Thailand bagi warganegara Malaysia? Border Pass Thailand membolehkan warganegara Malaysia tinggal di negeri sempadan (Kedah, Perlis, Kelantan, dan Daerah Hulu Perak) untuk melakukan perjalanan ke selatan Thailand dengan lebih mudah tanpa perlu mendapatkan visa konvensional. Ini memudahkan perjalanan rakyat yang tinggal di sempadan ke daerah Thailand yang berdekatan.
Bagaimana Border Pass Thailand dapat memudahkan perjalanan ke selatan Thailand? Border Pass Thailand membolehkan pemegangnya memasuki beberapa kawasan selatan Thailand tanpa perlu mendapatkan visa konvensional. Ini menjadikan perjalanan ke destinasi seperti Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat, dan Pattani lebih mudah dan cepat.
Apakah jenis perjalanan yang dapat dicover oleh Border Pass Thailand? Border Pass Thailand untuk perjalanan ke beberapa kawasan selatan Thailand yang terpilih yang hanya untuk tujuan pelancongan semata.
Apakah tempoh sahlaku Border Pass Thailand, dan bolehkah ia diperpanjang? Border Pass Thailand sah selama satu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan dan tidak boleh diperpanjang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/10/border-pass-thailand.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subsidi Ph Hilang Sokongan Rakyat Utusan Malaysia 16 10 2023

Subsidi Ph Hilang Sokongan Rakyat Utusan Malaysia 16 10 2023

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 314 hits
PETALING JAYA Cadangan pengurangan pelbagai subsidi yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu berkemungkinan boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan dan gabungan Pakatan Ha...
Gara Gara Kelantangan Anwar Ibrahim Menghentam Israel Peguam Ini Minta Rakyat Malaysia Bersedia

Gara Gara Kelantangan Anwar Ibrahim Menghentam Israel Peguam Ini Minta Rakyat Malaysia Bersedia

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 252 hits
Kita tak mintak banyak Kita hanya mintak rakyat Palestin dilayan selayaknya sebagai manusia Beri mereka makanan dan ubat2an Dan beri peluang untuk bayi mereka hidup dan membesar Kuasa besar Eropah dan Amerika akan menekan kita kerana bersua...
86 Kg Sabu Dari Thailand Malaysia Diselundupkan Ke Aceh Pakai Kapal Nelayan Pelaku Bawa Dua Pucuk Senpi

86 Kg Sabu Dari Thailand Malaysia Diselundupkan Ke Aceh Pakai Kapal Nelayan Pelaku Bawa Dua Pucuk Senpi

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 154 hits
Saat ini para tersangka dan barang bukti 86 kilogram sabu serta 2 pucuk senjata api telah diamankan di Bareskrim Polri
Konon La Solidariti Norish Karman Kritik Himpuan Rakyat Malaysia Bersama Palestin Sebagai Mengarut

Konon La Solidariti Norish Karman Kritik Himpuan Rakyat Malaysia Bersama Palestin Sebagai Mengarut

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 260 hits
Pelakon Norish Karman ada meluahkan pendapat mengenai penganjuran solidariti bersama rakyat Palestin oleh kerajaan baru baru ini Ujar Norish dia bersetuju dengan pendapat aktres Mona Allen mengenai perhimpunan Solidariti Palestin yang diras...
Maggi Menghargai Air Tangan Rakyat Malaysia

Maggi Menghargai Air Tangan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 202 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan hadir dalam majlis Perasmian Sambutan MAGGI Sah Malaysia yang dianjurkan oleh MAGGI bagi menzahirkan citarasa Malaysia sebenar menerusi AIR TANGAN rakyat Malaysia Seramai empat penggemar makanan dengan...
Malaysia Bela Rakyat Palestin Hantar 50 Tan Bantuan Kemanusiaan

Malaysia Bela Rakyat Palestin Hantar 50 Tan Bantuan Kemanusiaan

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 285 hits
Oleh Noraini NordinANALISIS Bukan hanya sekadar bersuara lantang dan berdemo Malaysia membuktikan usaha terus dijalankan tanpa henti bagi membantu rakyat Palestin yang terkesan derita perang Antara tindakan yang dilakukan untuk mengurangkan...
Pm Nyatakan Sokongan Jitu Malaysia Bantu Rakyat Palestin Menerusi Perbualan Telefon Dengan Ketua Hamas

Pm Nyatakan Sokongan Jitu Malaysia Bantu Rakyat Palestin Menerusi Perbualan Telefon Dengan Ketua Hamas

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 205 hits
1 Perdana Menteri YAB Dato Seri Anwar Ibrahim ketika perbualan menerusi telefon dengan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin 2 Dipetik dari laman Facebook Perdana M...
Panduan Daftar Kursus Kahwin Online Mudah Untuk Seluruh Malaysia

Panduan Daftar Kursus Kahwin Online Mudah Untuk Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 29/10/2023 - jumlah : 311 hits
Kursus kahwin online adalah sesuatu yang sinonim dengan pasangan yang dalam proses untuk dikahwinkan Prosedur ini telah ditetapkan oleh pejabat bahagian agama di setiap negeri Kepentingan menghadiri kursus kahwin adalah untuk memastikan set...
Ramai Tak Tahu Sardin Ayam Brand Sebenarnya Bukan Syarikat Milik Rakyat Malaysia

Ramai Tak Tahu Sardin Ayam Brand Sebenarnya Bukan Syarikat Milik Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 188 hits
Ayam Brand sebuah jenama yang tidak asing lagi di Malaysia dimana kewujudannya sudah ada di pasaran sejak 127 tahun yang lalu Pergilah di mana mana sahaja tidak kira kedai runcit di kampung hingga ke pasaraya besar terkemuka jenama Ayam Bra...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024