Panduan Cara Membeli Sayuran Hijau Yang Betul
Panduan Cara Membeli Sayuran Hijau Yang Betul. Sekarang ni dah tiba musim cuti sekolah. Sibuknya ibu ibu di rumah mengalahkan ahli politik yang siamg malam bertengkar di media sosial. Haha, gurau aje..
Jadi, apa cerita cuti sekolah dengan tajuk artikel kita ni? Mestilah ada kaitannya, iaitu cuti sekolah adalah hari paling sibuk buat wanita bergelar ibu, samada yang bekerja atau yang duduk rumah. Inikah waktunya mereka sibuk di dapur menyediakan hidangan buat anak dan suami. Ketika inilah kepakaran membeli lauk pauk, sayuran dan sebagainya jatuh di tangan wanita.
Bagaimana nak memilih sayuran hijau dan sayuran buah yang betul? Meh baca sampai habis untuk panduan beli sayuran yang betul.
Panduan Cara Membeli Sayuran Hijau Yang Betul
Daun-daunan seperti kangkung, bayam, sawiTulang daun kelihatan amat jelasBatangnya mudah dipatahkan, bunyi rangup Daun itu masih cantik keseluruhannya, tidak koyak atau lubang-lubangWarnanya segar, pilihlah yang berwarna cerah tetapi jangan yang sudah berubah warna kuningDedaunan yang lubang-lubang adalah tanda bekas dimakan ulat. Maksudnya daun itu adalah daun yang sihat, bebas dari bahan kimia. Tetapi kalau nak beli juga, sila berhati-hati. Seterusnya sayuran buah seperti tomato, terung dan lemon. Yang paling popular tentulah tomato. Tomato biasanya dijadikan pelengkap sesuatu masakan. Buah ini juga sedap dijadikan jus atau bahan campuran sup, seperti sup ayam atau sup tomyam. Pilihlah sayuran buah dengan melihat ciri-ciri berikut:
Baunya tidak busukTiada bekas-bekas lubangTiada bekas gores atau calarTidak terlalu lembik Jadi, berhati-hatilah membeli sayuran hijau dan sayuran buah supaya kita tidak tersalah beli sayuran yang sudah busuk dan tidak berkhasiat.
Berhati-hati membeli sayuran berdaun hijau. Selamat bershopping.. Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2016/11/panduan-cara-membeli-sayuran-hijau-yang.html