Panduan Lengkap Cara Menggunakan Paypal


Paypal merupakan salah satu sistem pembayaran yang popular dan dipercayai untuk menjalankan sebarang transaksi duit secara online. Penggunaannya sangat meluas terutamanya apabila melibatkan transaksi mata wang asing dengan mata wang negara kita. 
Pengguna Paypal tidak memerlukan sebarang kad dan kesemua urusan transaksi akan direkod dalam akaun pengguna. Malah, anda boleh mendaftar akaun Paypal anda secara online sahaja dengan keselamatan pengguna yang akan sentiasa terjamin. Anda juga boleh muat turun aplikasi Paypal di telefon bimbit anda untuk memudahkan segala urusan transaksi di hujung jari anda. 

Sekiranya anda ingin menggunakan Paypal tetapi masih tidak tahu cara untuk menggunakannya dengan betul, baca artikel ini sehingga habis

Apa Itu Paypal?Paypal merupakan salah satu bentuk digital wallet untuk memudahkan proses transaksi dengan cara yang selamat melalui talian. Penggunaan Paypal sangat meluas di internet terutamanya sebagai option pembayaran untuk membeli belah secara online. 
Dalam erti kata lain, kegunaan Paypal ini sama sahaja seperti kebanyakan alat perbankan sedia ada yang lain di Malaysia seperti Maybank2u, CIMB Click, Bank Islam, dan sebagainya. Tetapi dengan Paypal, anda boleh melakukan transaksi (membayar atau menerima wang) bukan sahaja dalam Malaysia (transaksi domestik) malah hingga ke luar negara (transaksi antarabangsa). 
Kenapa Perlu Guna Paypal?Paypal sangat mudah digunakan pada zaman sekarang. Segala urusan transaksi secara online menjadi lebih mudah kerana penggunaan Paypal sangat universal di mana ianya boleh digunakan hampir di semua negara. Berikut merupakan antara sebab mengapa anda perlu ada akaun Paypal: 
Alat intergrasi yang mudah dan ringkas serta selamat untuk membuat sebarang transaksiBoleh menjadi alternatif pembayaran online selain kad debit/kredit atau perbankan onlineSistem transaksi berasaskan elektronik yang tidak memerlukan sebarang kad atau buku rekod fizikalBoleh digunakan untuk transaksi di dalam atau luar negaraSegala transaksi akan direkod dalam akaun Paypal masing-masingBoleh membayar dan menerima pembayaran pelbagai wang mata asingBoleh menambah baki akaun melalui kad debit atau kad kreditTiada setup atau monthly fee dikenakan. Anda hanya akan dikenakan transaction fee setiap kali anda ingin memindahkan wang dari akaun Paypal ke akaun bank anda 
Secara ringkasnya, bagi anda yang menjalankan urusan perniagaan bersama pelanggan dari luar negara atau anda ingin membeli sesuatu dari luar negara secara online, segala urusan transaksi akan menjadi lebih lancar dengan adanya Paypal. 
Tidak perlu lagi untuk beratur di cawangan bank untuk menyelesaikan transaksi yang melibatkan mata wang asing. Oleh itu, bagi yang belum ada akaun, anda memang digalakkan untuk mendaftar akaun Paypal bagi memudahkan sebarang transaksi antarabangsa anda

Cara Mendaftar Akaun PaypalProses untuk mendaftar akaun Paypal sangatlah mudah. Malah, proses verifikasinya juga hanya mengambil masa beberapa jam, tidak perlu menunggu berhari-hari. Untuk mendaftar akaun Paypal secara online, anda hanya memerlukan 4 perkara ini:
Kad pengenalanAlamat emailNombor telefon yang masih aktif (untuk menerima kod verifikasi)Kad debit atau kredit yang masih aktif 
Anda hanya perlu pergi ke laman web Paypal dan pilih sama ada untuk mendaftar akaun Personal atau Business. Anda boleh pilih akaun Personal untuk kegunaan peribadi dan akaun Business sekiranya untuk kegunaan syarikat dan transaksi dalam jumlah yang besar. 

Akaun Personal - kegunaan peribadi dan jika hanya digunakan beberapa kali dalam sebulanAkaun Business - kegunaan syarikat dan jika SERING melakukan transaksi dalam jumlah yang besar (angka ribuan dan keatas)Isi semua details yang diperlukan semasa mendaftar dan pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap. Jangan lupa sahkan akaun anda melalui email yang digunakan untuk mendaftar akaun Paypal. 
Cara Melakukan Transaksi Online Menggunakan PaypalSekarang anda sudah ada akaun Paypal dan anda sudah boleh menggunakan semua perkhidmatan yang disediakan oleh Paypal. Untuk proses yang lebih mudah, anda boleh memuat turun aplikasi Paypal di google play store atau pun app store. 
Deposit DuitUntuk membuat sebarang pembayaran melalui Paypal, anda perlu depositkan duit ke dalam akaun Paypal anda melalui ''Add Money''. 
Sekiranya baki anda masih kosong atau tidak mencukupi, anda boleh membuat pembayaran secara terus melalui preferred bank atau kad anda yang telah dilinkkan bersama akaun Paypal anda. 
Pembayaran Melalui Merchant OnlineKebanyakan online store kini sudah menyediakan butang Paypal sebagai salah satu medium pembayaran mereka selain perbankan internet dan kad debit atau kredit terutama sekali yang ada menyediakan penghantaran barang ke pelbagai negara. 
Untuk membuat pembayaran menggunakan Paypal di mana-mana merchant online, anda hanya perlu login username dan password akaun Paypal anda ketika checkout. 
Menghantar dan Meminta DuitSekiranya anda mahu menghantar sejumlah wang kepada rakan atau keluarga anda yang turut mempunyai akaun Paypal, anda hanya perlu masukkan username, email, atau pun nombor telefon pengguna tersebut melalui butang "Send Money" yang terdapat di dalam aplikasi Paypal dan pilih mata wang (currency) pilihan sebelum memasukkan jumlah yang ingin dihantar. 
Untuk meminta wang, anda boleh melakukan cara yang sama melalui "Request Money" atau anda juga boleh kongsikan link Paypal atau email Paypal anda kepada orang yang akan menghantar duit kepada anda

Mengeluarkan DuitJika anda ada menerima sebarang pembayaran melalui akaun Paypal, anda boleh memindahkan wang tersebut ke dalam akaun bank anda seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, RHB, dan sebagainya. 
Anda perlu menekan butang ''Withdraw'' dalam akaun anda dan masukkan amount yang anda ingin pindahkan

Pemindahan wang dari akaun Paypal ke akaun bank akan mengambil masa 3-5 hari bekerja dan akan dikenakan caj transaksi sekurang-kurangnya RM3. Pastikan anda memasukkan maklumat kad bank anda dengan betul sebelum anda melakukan pindahan wang. 
Sekiranya anda menerima pembayaran dalam bentuk mata wang asing, wang yang anda pindahkan ke dalam akaun bank anda akan ditukarkan secara automatik ke dalam ringgit Malaysia mengikut nilai pertukaran semasa. 
Segala maklumat nilai tukaran juga akan direkod dalam transaksi akaun anda. 
KesimpulanSebagai pengguna internet yang banyak melakukan transaksi secara online, tidak salah ingin mencuba untuk menggunakan Paypal jika sebelum ini anda tidak pernah menggunakannya kerana ianya sangat mudah dan selamat, malah percuma (bergantung kepada jenis akaun)

Walaupun tak ramai pengguna Malaysia yang menggunakan Paypal, tidak semestinya ianya susah untuk digunakan atau anda tidak boleh menggunakannya :)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.messarah.com/2021/01/panduan-lengkap-cara-menggunakan-paypal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Roti Kastard Menggunakan Kuali Memang Sedap

Cara Buat Roti Kastard Menggunakan Kuali Memang Sedap

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 335 hits
Anda suka makan roti Jika ya resipi Roti Kastard sedap perkongsian saudari Nita nvoo Daniels ni antara yang boleh dicuba Memang enak kalau dapat makan panas panas Malah inti kastard tu juga boleh digantikan dengan keju mozzarella atau apa a...
Panduan Cara Membeli Sayuran Hijau Yang Betul

Panduan Cara Membeli Sayuran Hijau Yang Betul

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 335 hits
Panduan Cara Membeli Sayuran Hijau Yang Betul Sekarang ni dah tiba musim cuti sekolah Sibuknya ibu ibu di rumah mengalahkan ahli politik yang siamg malam bertengkar di media sosial Haha gurau aje Jadi apa cerita cuti sekolah dengan tajuk ar...
Peraturan Baru Usia Di Bawah 5 Tahun Dilarang Pakai Masker Ini Panduan Menggunakan Masker Dari Who Untuk Anak Anak

Peraturan Baru Usia Di Bawah 5 Tahun Dilarang Pakai Masker Ini Panduan Menggunakan Masker Dari Who Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 415 hits
Baru baru ini WHO memberikan panduan menggunakan masker terbaru untuk anak Seperti kita ketahui bersama jika hingga saat ini virus Covid 19 masih mewabah dan menjadi momok di Tanah Air Oleh karenanya masyarakat harus mematuhi protokol keseh...
Cara Buat Mini Cup Pizza Menggunakan Air Fryer Mudah

Cara Buat Mini Cup Pizza Menggunakan Air Fryer Mudah

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 318 hits
Kalau rasa teringin nak makan pizza boleh je buat sendiri di rumah Menariknya resipi yang dikongsi oleh Mengrong Chai ini hanya menggunakan cup bersaiz kecil Comel comel belaka Anak anak mesti teruja nak makan Jom kita lihat bahan bahan yan...
Cara Mudah Menghapus Virus Komputer Menggunakan Avast

Cara Mudah Menghapus Virus Komputer Menggunakan Avast

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 342 hits
Gambar Avast AntivirusAvast merupakan aplikasi antivirus yang didirikan sejak tahun 1988 oleh Ceko eduard dan Pavel baudis Pada waktu itu komputer dunia sedang terancam oleh virus wina Kemudian kedua profesor tersebut akhirnya bekerja keras...
Cara Terbaik Menggunakan Sikat Kutu Kucing

Cara Terbaik Menggunakan Sikat Kutu Kucing

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 441 hits
Cara Terbaik Menggunakan Sikat Kutu Kucing Sebabkan kutu la akaun tiktok cik en jadi viral Hahahha Sebenarnya cik en ada upload satu video pendek yang tak sampai 30 saat pun di sosial media termasuk tiktok Tapi nampaknya ramai menyukakan vi...
Cara Kira Bmi Orang Dewasa Menggunakan Kalkulator Bmi Online

Cara Kira Bmi Orang Dewasa Menggunakan Kalkulator Bmi Online

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 449 hits
Cara Kira BMI Orang Dewasa Menggunakan Kalkulator BMI Online Salah satu perkara yang senantiasa terselit dalam azam setiap tahun adalah untuk menjaga BMI supaya tidak tersasar dari landasan untuk sihat Malangnya di penghujung tahun 2020 BMI...
Cara Memohon I Sinar Kategori 2 Panduan Menghantar Dokumen Sokongan

Cara Memohon I Sinar Kategori 2 Panduan Menghantar Dokumen Sokongan

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 1044 hits
Cara Memohon I sinar Kategori 2 Panduan Menghantar Dokumen Sokongan Seperti yang dimaklumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Permohonan i Sinar kategori 2 akan mula dibuka pada 11 Januari 2021 Baca Juga Cara Untuk Memohon i Sinar Katego...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord