Kadang Tak Perasan Anak Yang Terkesan 6 Kesilapan Cara Simpan Susu Ibu Wajib Elak


Disebabkan kita salah menyimpan susu, anaklah yang terkena kesannya. Kesian bayi kita. Nak menyimpan susu perlu tepat caranya supaya anak menerima khasiat sebaiknya dan susu masih dalam keadaan baik.
Kita selalu menganggap ia adalah satu perkara mudah untuk menyimpan susu ibu yang sudah dipam. Walau bagaimanapun, tanpa sedar, terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh ibu mengenai cara simpanan susu.
Kesilapan ini secara tidak langsung sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Jadi jom kita semak apakah kesilapan yang sering dilakukan.

Bekas tercemar
Susu badan dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan bayi daripada bakteria berbahaya. Tetapi keadaan akan menjadi sebaliknya jika bekas simpanan susu yang digunakan sudah tercemar. Bekas mengepam susu juga harus dipastikan bersih.
Penggunaan botol susu plastik atau kaca harus dicuci dan dikeringkan dengan sebaiknya. Ini kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Cuci menggunakan air suam dan lap bekas dengan kain bersih.
Kiub ais
Mungkin ada di antara ibu sekalian memilih untuk membuatkan kiub ais susu sebagai cara mudah untuk menyimpan susu. Tetapi mungkin selepas ini anda patut hentikan kaedah penyimpanan ini, kerana ia berisiko untuk dicemari bakteria memandangkan ia adalah bekas terbuka.
Jika masih ingin menggunakan kaedah kiub ais, disarankan untuk menggunakan bekas tertutup. Ia adalah cara yang lebih selamat.
Bekas plastik
Bukan semua bekas atau beg plastik sesuai untuk digunakan sebagai bekas penyimpanan susu. Anda perlu menggunakan bekas plastik yang bebas bahan kimia. Anda dinasihatkan untuk memilih bekas dengan label “BPA-Free”. Ini kerana ia adalah lebih selamat untuk si manja anda.
Dalam masa yang sama, pastikan bekas plastik yang digunakan tidak koyak atau bocor. Jika tidak, sudah tentu bakteria berkembang dan membiak di dalam bekas plastik tersebut. Sentiasa memeriksa bekas plastik yang digunakan.

Terlalu lama
Bagi ibu yang ‘meriah’ susu badannya sudah tentu akan memilih untuk menyimpan stok susu dalam peti ais beku. Malahan ada ibu yang menyediakan deep freezer semata-mata untuk menempatkan susu yang dipam.
Ia adalah ikhtiar yang harus mendapat pujian. Walau bagaimanapun, penyimpanan susu untuk tempoh yang terlalu lama adalah tidak bagus. Ini kerana badan ibu menghasilkan susu yang bersesuaian dengan keadaan semasa bayi.
Tempoh penyimpanan yang terbaik di dalam peti sejuk beku, di bawah suhu -18℃ adalah dari tempoh enam, adalah tempoh yang terbaik dan sehingga 12 bulan, tempoh yang masih boleh diterima untuk penyimpanan susu.
Tetapi jika disimpan dalam peti sejuk biasa, ia hanya boleh bertahan sehingga empat hari sahaja.
Kandungan nutrien dalam susu ibu adalah untuk memenuhi keperluan khasiat bayi pada ketika itu, jadi sebaiknya berikan susu tersebut secepat mungkin.
Berhampiran makanan mentah
Tempat di mana anda menyimpan susu juga perlu dititikberatkan. Ini kerana jika susu disimpan di tempat yang sama dengan bahan makanan lain seperti daging atau ikan mentah, ia akan meningkatkan risiko untuk bakteria berpindah dari makanan ke susu yang disimpan.
Jika boleh, sebaik-baiknya, asingkan ruang penyimpanan makanan barangan dapur dengan susu ibu. Selain itu, anda amatlah dinasihatkan untuk tidak meletakkan susu yang ingin disimpan pada bahagian pintu peti sejuk. Ini adalah untuk membantu melindungi susu daripada perubahan suhu ketika membuka dan menutup pintu peti ais.

Simpan semula
Pasti rasa sayang untuk membuang susu yang tidak digunakan. Tetapi jika susu tersebut sudah dikeluarkan daripada peti beku, anda dinasihatkan untuk tidak menyimpan semula walaupun ia tidak digunakan.
Maksudnya di sini, jika susu disimpan beku dan didedahkan kepada suhu biasa, jangan masukkan kembali untuk pembekuan semula, jika susu yang beku telah cair sepenuhnya. Sebaiknya ia digunakan dalam tempoh masa 2 jam selepas proses pencairan.
Ia bermakna tempoh 2 jam tersebut dikira dari masa ia tidak lagi beku atau dicairkan sepenuhnya, bukan dari semasa anda mengeluarkannya dari peti sejuk.
Ini kerana, selain daripada mengurangkan nilai khasiat di dalamnya, tindakan anda ini juga membuatkan susu lebih mudah dicemari bakteria. Jadi hanya keluarkan susu dalam jumlah yang diperlukan.
Secara terus
Sesungguhnya memberikan susu ibu secara terus adalah antara kaedah yang paling baik. Tetapi jika keadaan memerlukan anda menyimpan susu, pastikan anda melakukan ia dengan cara yang betul.
Jangan lupa untuk memastikan tangan anda juga dalam keadaan bersih semasa mengendalikan proses mengepam dan penyimpanan susu.
Artikel berkaitan: Simpan Susu Ibu Betul-Betul, Salah Cara Boleh Rosak, Hilang Nutrisi
Botol Simpan Susu Perlu Di Tukar Jika Ada Kesan Calar, Berubah Warna Dan Berbau
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Sumber: hellodoktor.com
The post Kadang Tak Perasan, Anak Yang Terkesan, 6 Kesilapan Cara Simpan Susu Ibu Wajib Elak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kadang-tak-perasan-anak-yang-terkesan-6-kesilapan-cara-simpan-susu-ibu-wajib-elak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Dapat Khasiat Sepatutnya Cara Sukat Bancuhan Susu Main Peranan Kalau Salah Boleh Kurang Zat Untuk Anak

Nak Anak Dapat Khasiat Sepatutnya Cara Sukat Bancuhan Susu Main Peranan Kalau Salah Boleh Kurang Zat Untuk Anak

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 357 hits
Membancuh susu anak ada aturannya Begitu juga pengendalian botol susu Cara yang tepat boleh membantu si kecil mendapatkan khasiatnya Adakalanya ibu bapa jadi kurang endah bab mencuci botol Mungkin kerana nak cepat ada yang mencuci dengan pe...
Cara Simpan Duit Untuk Kahwin Bakal Pengantin Wajib Baca

Cara Simpan Duit Untuk Kahwin Bakal Pengantin Wajib Baca

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 521 hits
Dengar saja perkataan kahwin semua pasangan akan tersenyum sampai ke telinga Namun bila memikirkan persiapan yang perlu dibuat seram sejuk dibuatnya Dari proses merisik sehinggalah berakhirnya majlis kedua dua belah pihak wang mengalir laju...
Kereta Dijadikan Rumah Air Kopi Ganti Susu Anak Mi Segera Lapik Perut

Kereta Dijadikan Rumah Air Kopi Ganti Susu Anak Mi Segera Lapik Perut

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 550 hits
Selepas rumah yang didiami terbakar seorang pengawal keselamatan S Ganesh tiada pilihan lain selain daripada membawa isteri dan tiga orang anaknya termasuk bayi berusia lapan bulan tinggal dalam kereta Selama lapan bulan Ganesh menjadikan k...
Ketahui Jantina Anak Cara Tradisional

Ketahui Jantina Anak Cara Tradisional

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 314 hits
Ketahui Jantina Anak Cara TradisionalHubungan antara ibu dengan anaknya sangatlah mulia dan diberi penekanan dalam Islam Masakan tidak sejak dari awal tanda kehamilan dikesan harus ditanggung oleh seorang ibu Dari morning sicknessnya muntah...
Jom Belajar Cara Urut Si Manja Manfaat Bukan Untuk Bayi Saja Tapi Juga Untuk Emosi Ibu

Jom Belajar Cara Urut Si Manja Manfaat Bukan Untuk Bayi Saja Tapi Juga Untuk Emosi Ibu

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 308 hits
Ibu ibu pernah tak mengurut bayi Tahu tak sebenarnya ada banyak kebaikan urutan untuk si manja Teruskan membaca perkongsian ini untuk mengetahui lebih lanjut Galakkan untuk mengurut bayi Menurut Hello Doktor walaupun pada dasarnya masih ban...
Anak Selalu Dengan Gajet Ada Risiko Rabun Guna Formula Yang Doktor Saran Elak Mata Rosak Sebab Gajet

Anak Selalu Dengan Gajet Ada Risiko Rabun Guna Formula Yang Doktor Saran Elak Mata Rosak Sebab Gajet

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 347 hits
Hari ini gajet sudah menjadi keperluan kepada setiap lapisan umur walaupun ramai yang tahu gajet tidak baik untuk diberikan kepada si kecil namun masalah ini seakan tiada jalan penyelesaiannya Memang tidak digalakkan sama sekali memberikan ...
Ibu Buru 10 Ahli Kartel Yang Culik Anak Perempuannya Seorang Demi Seorang Seperti Filem Taken

Ibu Buru 10 Ahli Kartel Yang Culik Anak Perempuannya Seorang Demi Seorang Seperti Filem Taken

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 424 hits
Seorang ibu sanggup membuat identiti palsu dan menyamar untuk mengesan pembunuh anak perempuannya serta memburu mereka seorang demi seorang Dalam kisah yang mirip dengan filem Hollywood Taken Miriam Rodriguez 56 tidak pernah berputus asa da...
Ibu Yang Gemar Makan Kacang Ketika Trimester Pertama Cenderung Miliki Anak Bijak Kajian

Ibu Yang Gemar Makan Kacang Ketika Trimester Pertama Cenderung Miliki Anak Bijak Kajian

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 310 hits
Amalan pemakanan ketika mengandung adalah perkara yang paling diutamakan bagi menjaga kesihatan ibu agar proses perkembangan janin berjalan dengan lancar Tahukah anda bahawa tabiat suka makan kacang berupaya melahirkan anak yang pintar dan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi