Panduan Buat Duit Dengan Affiliate Untuk Orang Yang Baru Bermula


Anda berminat nak buat duit tambahan melalui affiliate marketing, tapi anda tak tahu cara yang betul disebabkan anda masih baru dalam bidang ini?
 
Jangan risau, panduan buat duit dengan affiliate yang saya tulis ini, memang saya sediakan “special” untuk anda! 
 
Kalau anda sanggup luangkan masa, dan ikut apa yang saya syorkan dalam posting ini, In Shaa Allah, kalau setakat nak dapatkan income tambahan RM100 – RM500 setiap bulan tu… memang boleh sangat aih…
 
Jom kita bincangkan.

Program Affiliate merupakan suatu kaedah yang popular dan berkesan untuk menghasilkan pendapatan secara online.
 
Timbul persoalan.
 
Apa yang membuatkan affiliate marketing ini cukup popular? Saya fikir ianya disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya
1. Ianya mudah untuk dilakukan
2. Sesiapa sahaja boleh lakukannya
3. Risiko kerugian yang rendah
4. Sesuai untuk mereka yang masih baru dalam bidang jualan
 
Artikel ini saya tulis untuk mereka yang masih baru dalam bidang pemasaran dan kurang familiar dengan topik pemasaran affiliate. Dalam posting ini, saya akan kongsikan kepada anda, serba sedikit informasi yang boleh anda gunakan bagi tujuan menjana pendapatan menerusi program affiiliate.

 
In Shaa Allah, walaupun perkongsian ini adalah percuma, tapi kalau anda luangkan masa untuk ikuti, anda juga ada peluang untuk mula menghasilkan pendapatan menerusi program affiliate.
 
Apa itu program affiliate? Program affiliate atau affiliate marketing sebenarnya merujuk kepada satu cara untuk menghasilkan pendapatan online sebagai seorang ejen pemasaran yang tugasnya adalah mempromosikan produk, servis atau jenama tertentu.
 
Apabila seorang ejen affiliate berjaya hasilkan jualan, beliau akan menerima bayaran dalam bentuk komisen.
Baca juga: Apa itu program affiliate marketing
 
Kelebihan menjadi ejen affiliate Sebelum kita nak terus mula melibatkan diri dalam bidang ini, ada baiknya kita ambil tahu dulu, apakah kelebihan menjadi ejen affiliate terlebih dahulu.
 
Ada beberapa kelebihan menjadi ejen affiliate, antaranya
1. Anda boleh mulakan bisnes anda tanpa risau tentang modal
Apa kaitan antara buat duit sebagai ejen affiliate dengan memulakan bisnes?
 
Konsep buat duit dengan affiliate ini, sebenarnya ada banyak persamaan dengan memulakan bisnes anda sendiri. Kalau ada pembaca yang merancang untuk menjalankan bisnes online mereka sendiri satu hari nanti, saya amat-amat mengesyorkan anda untuk mula dengan affiliate marketing.
 
Dapatkan dulu seberapa banyak pengalaman yang boleh dalam bidang pemasaran affiliate, dan setelah anda benar-benar faham, bagaimana kaedah pemasaran online itu dilakukan, barulah anda melancarkan bisnes anda sendiri.
 
Dalam konsep affiliate marketing ini, anda boleh melihat ia dari perspektif pemilik perniagaan atau dari perspektif orang yang nak buat duit tambahan sebagai seorang ejen, memandangkan peranan anda adalah sebagai ejen jualan bagi produk tersebut.
 
Walaubagaimanapun, bakal pelanggan mungkin tak ambil kisah dan tak peduli pun, sama ada produk tersebut adalah produk anda, ataupun produk yang anda promosikan sebagai ejen.
 
Bagi bakal pelanggan, ianya bukan satu isu yang besar. Apa yang penting, barangan yang dia nak beli, berguna dan bermanfaat untuk dirinya. Kemudian barangan tersebut dia boleh terima dengan selamat.
 
2. Anda hanya perlu fokus bab pemasaran sahaja
Anda tak perlu fikir tentang mencipta produk atau menguruskan isu simpanan stok produk, bab penghantaran mahupun khidmat pelanggan.
 
Sebagai ejen affiliate, anda hanya fokus untuk buat kerja pemasaran sahaja.
 
3. Peratus komisen yang agak tinggi
Bagi sesetengah produk, misalnya produk digital, kadar komisen yang anda boleh perolehi adalah agak tinggi, iaitu sehingga 50% untuk setiap jualan. Ini bermakna, jika produk tersebut berharga RM100, anda boleh menerima komisen sebanyak RM50.
 
Dalam keadaan ini, lagi banyak produk digital yang anda berjaya jual, maka makin besarlah pendapatan yang anda bakal perolehi.

Kalau dalam sebulan, anda hanya berjaya dapatkan jualan 2 unit sahaja, itupun sudah cukup untuk melayakkan anda memperolehi pendapatan sebanyak RM100.
 
Kekurangan affiliate marketing? Sudah tentu, konsep affiliate marketing ini juga ada kelemahannya.
 
1. Persaingan yang sengit
Ikut pengalaman saya, kebanyakkan syarikat ataupun individu yang menganjurkan program affiliate ini, tidak meletakkan sebarang had, berapa ramai orang yang boleh jadi ejen.
 
Kalau ada sejuta orang berminat nak jadi ejen, maka sejutalah orang yang akan mempromosikan rangkaian produk milik syarikat tersebut. Lebih ramai ejen affiliate, maka lebih tinggi peluang untuk penganjur program hasilkan pendapatan yang besar.
 
Tidakkah ini akan menyebabkan persaingan sesama ejen akan jadi lebih sengit?
Sudah tentu jawapannya adalah ya!
 
Walaubagaimanapun, itu bukan satu masalah bagi pihak penganjur. Malahan ia merupakan satu kelebihan buat penganjur apabila ada banyak orang yang minat nak mempromosikan produk yang mereka jual.
 
2. Kadar komisen yang berubah-ubah
Peratusan komisen ini ditetapkan oleh penganjur program, dan dari masa ke masa, mereka mempunyai kuasa dan hak untuk mengemaskini kadar komisen yang bakal dibayar kepada ejen.
 
Setiap kali kemaskini dilakukan, mereka boleh menaikkan atau menurunkan kadar komisen, mengikut kesesuaian dan kedudukan kewangan syarikat.
 
Sebagai contoh, pada tahun pertama mungkin penganjur tawarkan kadar komisen sebanyak 75% untuk setiap jualan. Namun setelah beberapa tahun beroperasi, mereka merasakan kadar tersebut terlalu tinggi, lalu mereka buat keputusan untuk turunkan kepada 50% sahaja.
 
3. Program boleh ditamatkan bila-bila masa
Selain kadar komisen yang boleh berubah-ubah, program affiliate yang anda sertai ini juga boleh dihentikan pada bila-bila masa.
 
Biasanya, ada beberapa keadaan yang akan membuat pengendali program mengambil keputusan untuk menghentikan program affiliate yang dianjurkan.
 
Antaranya
a. Mereka yakin mereka mampu menguruskan sendiri kerja pemasaran tanpa perlu bergantung pada peranan ejen affiliate.
b. Produk mereka sudah tak relevan dipasaran.
c. Produk mereka mempunyai masalah dan perlu dihentikan jualan.
d. Penganjur sudah tak berminat untuk menguruskan program affiliate.
e. Penganjur telah mencapai kuota jualan yang disasarkan
 
4. Isu komisen dicuri atau hilang
Jangan terkejut, kalau komisen yang anda berjaya kumpul selama ini, tiba-tiba hilang!
 
Kenapa komisen boleh hilang?
Sebenarnya ia terjadi disebabkan beberapa faktor. Sebagai contoh, jika produk yang anda promosikan itu mempunyai jaminan wang dikembalikan dalam masa beberapa hari, jika pelanggan tak berpuas hati dan inginkan refund.
 
Kalau berlaku situasi dimana pelanggan meminta refund, biasanya komisen jualan yang anda berjaya hasilkan itu akan dibatalkan, dan akan kelihatan seperti komisen anda hilang.
 
Dalam hal ini, anda perlu bertanya terus kepada penganjur program untuk meminta penjelasan, jika anda dapati bayaran yang anda perolehi kurang daripada yang sepatutnya.
 
5. Anda boleh ditamatkan sebagai ejen
Satu perkara yang anda perlu ingat, peranan anda adalah sebagai ejen sahaja. Pihak penganjur berhak untuk menamatkan atau memberhentikan anda dari terus menjadi ejen, terutama sekali jika anda melakukan kesalahan atau melanggar terma dan syarat yang ditetapkan.
 
Oleh yang demikian, nasihat saya buat mereka yang ingin menjadi ejen affiliate bagi mana-mana syarikat,
i. Patuhi terma dan syarat yang ditetapkan
ii. Jaga betul-betul akaun affiliate anda
iii. Pelajari kaedah pemasaran yang betul
iv. Jangan buat spam
v. Jangan mencemar nama baik syarikat yang anda wakili
 
Jika anda melakukan kesalahan yang agak besar, ini boleh menyebabkan akaun affiliate anda disekat dan dibatalkan.
 
Setelah kita bincangkan mengenai definisi affiliate marketing, berserta dengan kelebihan dan kelemahannya, mari kita teruskan perbincangan kepada topik yang seterusnya.
 
Apakah sebenarnya yang anda perlu ada, (dan perlu lakukan) bagi membantu anda menghasilkan pendapatan menerusi program affiliate ini?

Saya tahu, mungkin ada dalam pelawat blog ini yang tak sabar untuk dapatkan jawapan bagi persoalan ini. Jadi, biarlah saya beritahu dari awal lagi.
 
Untuk berjaya buat duit melalui program affiliate ini, ada dua perkara yang anda perlu sediakan.
1. Platform untuk pemasaran
2. Konten
 
Perbincangan kita seterusnya, akan lebih banyak berkisar tentang pemilihan platform dan juga apakah bentuk konten yang perlu anda hasilkan bagi menarik golongan audiens yang anda ingin sasarkan.
 
Ada beberapa persoalan yang bakal kita bincangkan, antaranya
1. Bagaimana cara untuk memilih platform yang sesuai untuk buat duit dengan affiliate marketing?
2. Bagaimana cara untuk memulakan langkah pertama setelah anda mempunyai platform pilihan?
3. Bagaimana caranya untuk menghasilkan konten yang betul?
4. Bagaimana memilih program affiliate yang betul?
5. Bagaimana memilih produk yang betul untuk dipromosikan?
6. Apa tips untuk meningkatkan lagi komisen affiliate anda?
 
1. Pemilihan niche yang betul Apakah perkara pertama, yang perlu dilakukan untuk mula menjana pendapatan menerusi program affiliate?
 
A. Adakah pilih produk untuk dipromosikan?
Bila ada orang kata, produk sekian sekian ini bagus, senang nak dapat sales, kita pun terus cepat-cepat daftar sebagai ejen, dengan niat nak dapat komisen mudah.
 
Maklumlah, orang kata produk tu senang nak dapat komisen.
Kemudian pada satu hari, anda dengar pula orang lain kata, produk sekian sekian pula tengah viral dan senang dapat komisen.
 
Lalu anda pun sentiasa tukar-tukar produk untuk dipromosikan.
Adakah cara ini betul?
 
B. Adakah pilih syarikat mana untuk kita join?
Diluar sana, ada banyak syarikat yang menawarkan program affiliate. Adakah pendapatan kita, bergantung kepada syarikat mana yang kita pilih?
 
Mungkin ada kebenarannya. Sekiranya kita menjadi ejen untuk syarikat yang sudah popular dan mempunyai reputasi yang baik, ini lebih meyakinkan pelanggan untuk buat pembelian.
 
Lalu akan memudahkan kita untuk berjaya dapat komisen yang banyak.
Setuju?
 
Kalau anda kata, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah pilih produk, anda betul.
Kalau anda kata, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah pilih syarikat, anda juga betul.
Saya percaya, anda mempunyai sebab tersendiri kenapa anda memberikan jawapan tersebut.
 
Walaubagaimanapun, kalau tanya pada saya, saya akan kata langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah pilih niche, atau pilih niche-niche.
 
Apa benda niche ni sebenarnya?
Niche ini sebenarnya merujuk kepada topik atau kategori yang anda ingin fokus untuk dipromosikan sebagai ejen affiliate.
 
Biasanya pemilihan sesuatu niche ini berkait rapat dengan faktor seperti
1. Minat anda
2. Kepakaran anda
3. Skill yang anda miliki
 
Pemilihan niche ini akan dapat membantu anda untuk lebih dikenali dalam kelompok audiens yang anda minat, menarik golongan pelanggan yang anda ingin sasarkan dan berupaya untuk meningkatkan jualan.
 
Rasanya tak salah kalau saya katakan, diluar sana terdapat beratus niche yang anda boleh fokuskan, namun bukan semua niche ini benar-benar menguntungkan.
 
Dekat bawah ini adalah beberapa contoh niche yang anda boleh fokuskan, contohnya
1. Kesihatan
2. Kecergasan & Penurunan Berat Badan
3. Travel & Lifestyle
4. Kecantikan & Fesyen
5. Game
6. Hiburan
7. Teknologi dan gadget
8. Automotif
9. Haiwan kesayangan
10. Kewangan & Perniagaan
11. Pertukangan rumah, dekorasi dan tanaman
12. Sukan
13. Hobi
 
Setiap orang pasti mampu untuk memiliki niche pilihan mereka sendiri. Tak semestinya kalau anda terbaca dimana-mana, mengenai produk tertentu yang tengah viral, maka anda juga mesti promosikan produk yang sama.
 
Kalau produk tersebut adalah produk dalam niche fitness & weight loss, sedangkan niche pilihan anda adalah tentang haiwan kesayangan, adakah wajar untuk anda prromosikan produk tersebut?
 
Sila ambil kira, hakikat bahawa produk tersebut langsung tak ada kaitan dengan niche anda.
 
Sudah tentu, anda masih boleh pilih untuk promosikan produk tersebut. Tak ada siapa yang akan halang anda untuk berbuat demikian. Cuma pada perkiraan saya, ianya kurang sesuai.
 
Tips memilih niche yang sesuai untuk anda Saya faham, proses memilih niche ini adakalanya sedikit menyukarkan.
 
Perkara ini, memang nampak macam remeh, tapi ianya penting untuk kelangsungan pendapatan yang bakal anda hasilkan melalui aktiviti pemasaran.
 
Ia juga akan menentukan sama ada anda akan menunjukkan sebarang kemajuan atau hanya akan kekal ditahap yang sama, sampai bila-bila. Justeru, ini antara tips yang anda boleh jadikan rujukan dalam pemilihan niche.

(1) Buat senarai hobi, minat, masalah, matlamat dan juga pengalaman yang anda pernah lalui
Cuba anda fikirkan, apakah perkara atau topik yang anda suka untuk lakukan, pelajari, buat pembacaan, atau bercakap tentang perkara tersebut.
 
Ada tak kemungkinan, selepas anda buat senaraian tersebut, rupa-rupanya anda merupakan seorang yang menggemari topik sejarah dan politik?
 
Kalau masih belum jumpa lagi niche yang sesuai, kita cuba fikirkan dari sudut pandang ingin menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba fikirkan, apakah dia masalah yang anda pernah atau sedang alami, dan bagaimana langkah-langkah yang anda lakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
 
Besar kemungkinan, diluar sana terdapat orang lain yang turut menghadapi masalah yang lebih kurang sama dengan anda.
 
Sebagai contoh, diluar sana mungkin terdapat ramai individu yang mempunyai masalah kewangan dan berminat untuk mencari cara yang betul untuk menambahkan pendapatan. Kebetulan, anda juga menghadapi masalah yang sama.
 
Jadi, apa yang anda lakukan adalah menjadikan topik tersebut, iaitu “buat duit tambahan” sebagai niche pilihan anda.
 
Justeru konten yang anda bakal hasilkan nanti mungkin akan banyak tertumpu kepada perjalanan hidup anda dalam mencari dan mencuba cara baru untuk menjana pendapatan tambahan.
 
Pendekatan lain yang boleh anda gunakan adalah fokus kepada perkara yang anda pernah capai atau ingin capai, sebagai topik utama anda. Benda ini ada kaitan dengan bidang kerja, kepakaran atau mungkin satu kejayaan yang anda pernah capai.
 
Diluar sana, terdapat orang lain yang ingin mengecapi impian yang sama seperti anda. Anda boleh bertindak sebagai seorang mentor dan memberikan panduan kepada mereka, disamping anda mempromosikan produk atau servis yang berkaitan.
 
Kaedah seterusnya, dalam memilih niche adalah kita fokus kepada pengalaman yang pernah anda lalui. Biasanya, konten yang berkisarkan tentang perkongsian pengalaman ini, lebih sesuai dihasilkan oleh individu yang betul-betul berpengalaman dan sudah matang.
 
Kalau mereka yang jenis lebih banyak luangkan masa mengadap skrin komputer, ehem… pengalaman apa agaknya yang dia ada?
Well… maybe pengalaman jadi programmer, jadi penulis, pengalaman bekerja dari rumah dan sebagainya.
 
Pendekatan perkongsian pengalaman ini juga, boleh diolah bagi menghasilkan konten berbentuk
i. Perkongsian pengalaman bekerja
ii. Pengalaman belajar
iii. Pengalaman pergi bercuti
iv. Pengalaman menggunakan sesuatu produk atau servis
v. Pengalaman hasilkan keuntungan dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia
 
(2) Buat kajian permintaan dan persaingan berkaitan dengan topik dan kata kunci
Cara seterusnya yang anda boleh gunakan, bagi tujuan mencari niche atau topik yang sesuai adalah dengan membuat kajian berkaitan dengan topik yang sedang trending di platform media sosial, dan juga membuat kajian kata kunci.
 
Kajian seumpama ini boleh dilakukan dengan menggunakan tools seperti
i. Google Keyword planner
ii. UberSuggest
iii. Youtube
iv. Google Trend
 
(3) Buat kajian mengenai produk dan juga program affiliate yang ditawarkan
Kaedah mencari niche ini, adalah kaedah yang boleh digunakan tapi secara peribadi, saya kurang gemarkan kaedah ini.
 
Dalam kaedah ini, kita akan fokuskan kepada produk yang sedang hangat dipasaran dan mempunyai permintaan yang sangat tinggi. Selalunya, laman web seperti Lazada, Shopee, PG Mall dan lain-lain platform shopping akan memaparkan maklumat seperti produk apa yang sedang laris jualannya.
 
Sebagai contoh, saya tunjukkan produk yang sedang laris jualannya di platform Shopee.

Tugas kita seterusnya setelah mendapat maklumat ini, adalah membina konten berdasarkan kepada jenis produk yang mendapat permintaan yang sangat tinggi tersebut.
 
Sekarang kita tahu, produk lampin pakai buang bayi adalah antara produk yang tinggi jualannya. Jadi, mungkin kita boleh mulakan niche tentang penjagaan bayi, kesihatan, tips kekeluargaan dan sebagainya.
 
Perasan tak, dalam perbincangan mengenai pemilihan niche ini, ia bukan semata-mata tentang apa niche yang anda minat. Ia juga perlu merangkumi persoalan sama ada niche tersebut, turut diminati oleh sekelompok audiens yang cukup besar.
 
Kalau anda minat sesuatu topik, tetapi topik tersebut tak banyak orang yang minat, maka anda akan ada masalah untuk tarik crowd untuk melihat konten anda.
 
Sebaliknya, jika sesuatu topik itu memang sangat dicari-cari tapi anda langsung tak minat topik tersebut, dan anda juga tak mempunyai kepakaran atau pengalaman dalam bidang tersebut, anda juga akan ada masalah untuk buat duit melalui niche tersebut.
 
2. Pilih platform untuk bina konten Platform adalah tempat dimana anda bakal menerbitkan konten anda. Kalau sebelum ini, anda telah pun pilih niche, kali ini kita akan fokus pula kepada pemilihan platform.
 
Terdapat banyak pilihan platform diluar sana, dan setiap platform ini memiliki kelebihan dan fungsinya yang tersendiri. Kita akan lihat beberapa contoh platform yang anda boleh gunakan.
 
Sebelum buat keputusan, satu pesanan saya.
 
Setiap platform ini memerlukan masa dan komitmen untuk dibangunkan. Jika anda cenderung untuk lompat-lompat platform, anda mungkin akan memerlukan masa yang lebih lama untuk nampak hasil usaha anda.
 
Sebaik-baiknya, anda fokus pada satu platform sampai betul-betul berjaya, kemudian barulah anda buka platform yang lain pula.
 
Saya ingin nasihatkan anda untuk jangan cepat terpengaruh dengan nasihat dan kejayaan orang lain.
 
Nasihat itu percuma. Kadang-kadang orang yang beri nasihat ini, mereka tak pernah pun lalui betapa susahnya nak bina platform yang berjaya. Apa yang mereka tahu, platform sekian sekian itu bagus, algorithm dia sangat power dan macam-macam lagi.
 
Padahal, semua ini hanya untuk sementara. Pemilik platform akan sentiasa bermain dan mengubah algorithm bagi menarik lebih ramai pengguna. Apabila mereka berjaya dapatkan jumlah user yang cukup besar, mereka ubah algorithm sekali lagi.
 
Justeru, buat mereka yang buat keputusan berdasarkan kepada faktor algorithm ini, saya harap anda fikirkan dengan sebaik-baiknya.
 
Terdapat pelbagai platform yang anda boleh gunakan untuk menyiarkan konten anda, dan saya akan sentuh secara ringkas disini. Antaranya ialah
 
(1) Website Website merupakan sebuah halaman yang mengandungi teks, imej, audio, video dan lain-lain jenis media, yang dibina bagi tujuan tertentu.
 
Anda boleh bina website menggunakan perisian seperti wordpress, blogspot, shopify, wix dan banyak lagi.
 
Kebiasaannya, setelah laman web tersebut siap dibina, ianya sudah tidak akan dikemaskini dengan kerap, seperti mana blog.
 
(2) Blog Blog juga merupakan sejenis laman web (website). Walaubagaimanapun, saya suka membezakan antara website dengan blog.
 
Pada pandangan saya, blog ada sedikit perbezaan berbanding laman web. Blog itu sendiri ada banyak fungsinya yang tersendiri.
Baca juga: Apa fungsi sebuah blog?

 
Sebuah blog lazimnya akan dikemaskini dengan konten terkini dari masa ke masa. Ada pemilik blog yang cukup produktif dan mampu hasilkan konten baru setiap hari.
 
Kadang-kadang dalam sehari, dia mampu untuk terbitkan 3 ke 4 konten baru.
 
(3) Youtube Youtube merupakan sebuah platform perkongsian video yang mana anda boleh memuat naik video hasil ciptaan anda sendiri ataupun menonton video yang disiarkan oleh pencipta video lain.
 
Anda boleh menghasilkan channel Youtube anda sendiri menggunakan akaun Google. Anda boleh anggap channel Youtube ini ibarat stesen TV anda sendiri, yang mana andalah yang akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyiarkan konten yang bersesuaian dengan target audiens anda.
 
(4) Media sosial Akaun media sosial yang pada pendapat saya, sesuai untuk digunakan bagi tujuan mempromosikan produk affiliate adalah Facebook, Twitter dan juga LinkedIn.

Mungkin selain daripada yang saya sebutkan ini, masih ada lagi platform media sosial lain, yang sesuai digunakan bagi tujuan pemasaran produk affiliate.
 
Untuk pengetahuan anda bukan semua platform media sosial membenarkan penggunanya untuk mempromosikan sebarang link dalam posting media sosial yang dihasilkan.
 
Jadi, kalau anda ingin menggunakan media sosial bagi tujuan pemasaran, anda perlu melihat kepada kesesuaiannya terlebih dahulu.
 
(5) Email marketing Ini merupakan platform pemasaran gaya old school tapi masih lagi tetap power.
 
Satu perkara yang buatkan saya kurang berkenan untuk menggunakan platform ini adalah sebab ianya memerlukan kos yang agak besar. Untuk menggunakan platform ini, anda perlu melanggan perkhidmatan sistem autoresponder.
 
Ada beberapa sistem autoresponder yang popular, antaranya
1. Aweber
2. Getresponse
3. Mailchimp
4. Convertkit
 
Kos penggunaan sistem autoresponder akan meningkat seiring dengan bertambahnya bilangan subscriber yang mendaftar untuk masuk ke dalam mailing list kita.
 
Apa yang membuatkan audiens kita berminat untuk mendaftar masuk ke dalam mailing list kita, dan seterusnya menerima email dari kita secara berkala (newsletter)?
 
Kebiasaannya sebab mereka nampak ada sesuatu yang bernilai yang mampu kita tawarkan kepada mereka, sebab tu mereka minat nak langgan newsletter dari kita.
 
Tapi bagaimana kalau kita tak ada sesuatu yang menarik untuk ditawarkan?
Dekat sinilah kita akan rugi. Kita bayar kos autoresponder mahal-mahal, tapi tak ada siapa yang subscribe.
 
Tapi pada hari ini, saya lihat semakin ramai marketer yang menggunakan platform seperti Group Whatsapp, ataupun Group Telegram bagi menggantikan fungsi email marketing ini.
 
Bagaimana cara untuk memilih platform yang sesuai? Saya tahu, kalau anda masih baru dan kurang pengalaman, mesti anda rasa tak pasti macam mana nak pilih platform yang betul.
 
Anda boleh gunakan tips dibawah ini.
 
Pemilihan platform ini juga sebenarnya ada kaitan dengan kriteria berikut
 
(1) Kemahiran dan citarasa anda
Pilih platform yang menepati kemahiran dan skil yang anda miliki.
 
Jika anda seorang yang suka menulis, dan mampu untuk menulis dengan baik, anda mungkin boleh pilih website, blog, atau media sosial sebagai platform untuk kerja-kerja penghasilan konten kelak.
 
Kalau anda secara semula jadi, lebih suka bercakap sama ada dihadapan kamera, anda boleh pilih podcast ataupun youtube sebagai platform pemasaran.
 
Apa akan berlaku kalau, anda tersalah memilih platform yang tak bersesuaian dengan kemahiran yang anda miliki?
Sebagai contoh, anda sebenarnya lebih bagus dalam bidang penulisan berbanding penghasilan video, tapi anda memilih video sebagai platform.
 
Perkara ini akan memberi implikasi terhadap kerja-kerja pemasaran yang anda akan lakukan kelak.
 
Kalau konten dalam bentuk penulisan, anda mungkin hanya perlukan 4 – 5 jam untuk menyiapkan satu konten.
 
Sebaliknya, jika anda kurang mahir dalam aspek pembikinan video, anda mungkin akan perlukan 10 – 15 jam untuk menyiapkan satu konten. Itupun belum tentu konten tersebut cukup bagus.
 
Apabila anda memilih platform yang anda sebenarnya tak mahir, anda akan memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyiapkan dan menyiarkan sesuatu konten.
 
Ia juga akan menyebabkan anda memerlukan masa yang lebih lama untuk mula menjana pendapatan.
 
(2) Tingkahlaku audience anda
Apa yang audiens anda suka?
Adakah mereka suka menonton video? Suka membaca? Suka mendengar rakaman audio? Suka membaca posting pendek?
 
Bagi kategori audiens yang suka untuk dapatkan maklumat penuh dalam bentuk review, platform yang bagus untuk anda gunakan adalah blog dan juga youtube. Anda boleh hasilkan konten yang lebih mendalam menggunakan kedua-dua platform ini.
 
Tapi kalau anda mensasarkan audiens yang sukakan konten pendek dan ringkas, maka platform media sosial lebih sesuai untuk digunakan.
 
(3) Permintaan dan persaingan terhadap niche
Anda mungkin berminat untuk memilih sesuatu niche yang kebetulan, mempunyai permintaan yang besar, tapi persaingan juga sangat banyak. Kalau dalam situasi ini, apakah platform yang anda patut pilih?
 
Kalau dalam situasi ini, saya syorkan anda pilih platform yang tak begitu terbuka.
Misalnya, kalau guna Facebook, anda buat tapisan dulu dan ajak audiens anda untuk join group Facebook tertutup.
Ataupun, minta mereka untuk join mailing list.
 
Biasanya dalam ekosistem seperti Facebook Private Group, Group Telegram, atau mailing list, orang luar tak akan dapat lihat apakah konten yang kita sajikan kepada mereka yang menjadi ahli.
 
Setelah anda menetapkan, apakah platform yang anda bakal gunakan, kita beralih kepada langkah yang seterusnya.
 
3. Daftar program affiliate Program affiliate adalah tempat dimana anda mendaftar sebagai seorang ejen dan mula mempromosikan produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat.
 
Berita baiknya ialah, diluar sana terdapat banyak program affiliate yang anda boleh join.
 
Setelah anda join sebagai ejen affiliate, anda akan menerima link url unik yang mengandungi identiti yang mewakili diri anda. Kita panggil ia sebagai link affiliate.
 
Setiap ejen affiliate mempunyai link affiliate unik mereka sendiri. Melalui link affiliate inilah, pihak penganjur dapat mengenalpasti, ejen yang mana yang telah berjaya menghasilkan jualan.
 
Apabila ada orang yang pernah menekan klik pada link affiliate anda, lalu dia membuat pembelian, komisen jualan akan direkodkan terhadap link affiliate anda.
 
Dibawah ini adalah beberapa program affiliate yang saya boleh kongsikan kepada anda.
 
Program affiliate ini, ada yang dianjurkan oleh orang perseorangan dan ada juga yang dikenalikan oleh syarikat.
 
Kemudian, ada juga syarikat yang memilih untuk outsource program affiliate mereka, kepada syarikat lain, yang dikenali sebagai Affiliate Network.
 
Berikut adalah antara program affiliate yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk join.
 
1. Klikjer
Laman web klikjer menjual produk digital seperti ebook dan juga rakaman seminar yang mengajar cara-cara untuk menghasilkan pendapatan dalam bidang tertentu.
 
Kalau anda minat nak mempromosikan ebook berkonsepkan panduan, contohnya seperti
i. Panduan buat bisnes homestay
ii. Panduan bisnes di Shopee
iii. Panduan melabur saham
 
Semua jenis panduan ini (dan banyak lagi) ada dijual di platform Klikjer.
Anda boleh ke pautan ini untuk mendaftar sebagai ejen affiliate.
 
2. JV Warrior
Konsep JV Warrior ini juga lebih kurang sama dengan Klikjer. Mungkin kita boleh katakan, program ini adalah alternatif bagi klikjer.
 
Walaubagaimanapun, rangkaian produk yang terdapat di JV Warrior tidak sebanyak produk yang dijual di klikjer.
Anda boleh daftar sebagai affiliate menerusi pautan ini.
 
3. Bookcafe
Bookcafe ini merupakan sebuah platform online marketplace yang fokusnya menjual pelbagai jenis buku.
 
Buat para pencinta buku yang ingin buat duit dengan mempromosikan buku-buku yang anda minat dan pernah baca, bolehlah join program affiliate ini.
 
Anda boleh daftar program affiliate bookcafe dan dapatkan akaun anda di pautan ini.
 
4. On Pay Solutions
Ini sebenarnya merupakan platform yang menyediakan perkhidmatan payment processor. Namun mereka juga mempunyai senarai produk yang agak banyak yang kita boleh promosikan.
 
Anda boleh lihat senarai produk menerusi halaman marketplace disini.
 
5. Ordersini
Platform ordersini ini juga merupakan sebuah payment processor dan laman web jualan.
 
Ia juga mempunyai sistem marketplace mereka sendiri dan kita boleh daftar sebagai ejen affiliate jika minat untuk mempromosikan produk yang tersenarai di marketplace tersebut.
 
Anda boleh ke halaman ordersini melalui pautan ini.
 
6. Lazada
Lazada ini pula merupakan sebuah platform online marketplace yang cukup popular dan mempunyai beribu-ribu barangan yang boleh dipromosikan.
 
Anda boleh sertai program affiliate Lazada ini menerusi platform affiliate network, ataupun boleh juga join secara terus.
Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan ini.
 
7. PG Mall
Konsep program affiliate yang dibawakan oleh PG Mall ini memang lain dari yang lain. Saya juga mempromosikan program ini. Kalau anda nak tahu, apa kelainan program PG Mall ini, boleh baca posting saya dibawah topik PG Mall Consurmerchant Program ini.

Kalau anda nak terus daftar program PG Mall, boleh ke pautan ini.
 
8. Shopee Ambassador Program
Shopee juga ada menjalankan program affiliate mereka sendiri yang diberi nama Shopee Ambassador Program. Program ini boleh disertai dengan membuat pendaftaran dipautan ini.
 
9. Zalora
Platform Zalora ini fokus kepada penjualan pakaian dan fesyen. Anda boleh join sebagai affiliate di pautan ini.
 
10. Agoda
Bagi mereka yang memilih niche berkaitan dengan percutian, anda patut join program affiliate Agoda ini. Produk yang anda boleh promosikan adalah merupakan tempat penginapan seperti hotel, resort, homestay dan sebagainya.
 
Untuk daftar sebagai ejen affiliate Agoda, anda boleh layari laman url berikut https://partners.agoda.com/
 
11. Involve Asia
Involve Asia, Access Trade dan juga Indoleads adalah merupakan platform affiliate network. Kalau anda nak tahu apa kelebihan join syarikat affiliate network seperti ini, anda boleh baca posting saya sebelum ini yang tajuknya apa itu affiliate network.
 
Untuk buka akaun dengan pihak Involve Asia, anda boleh pergi ke pautan ini.
 
12. Access Trade
Daftar sebagai ejen affiliatte di pautan ini.
 
13. Indoleads
Dapatkan akaun affiliate anda menerusi pautan ini.
 
Apa yang saya senaraikan ini hanyalah sebahagian daripada banyak-banyak peluang yang tersedia untuk anda. Kalau anda minat nak mula buat duit dengan program affiliate, bolehlah mula pilih mana-mana satu program affiliate yang sesuai dengan anda dan buat pendaftaran.
 
Perlukah join semua program ini untuk jana pendapatan yang lumayan?
Jangan tamak.
 
Untuk permulaan, join salah satu sahaja. Bila anda dah mula dapat rentak, barulah mula susun strategi untuk tingkatkan lagi komisen affiliate anda, melalui strategi mempelbagaikan pilihan program.
 
Satu perkara yang anda perlu tahu ialah bukan semua program affiliate yang saya senaraikan ini akan menerima dan meluluskan semua permohonan untuk jadi ejen.
 
Kelulusan permohonan ini, bergantung kepada faktor, platform pemasaran yang anda bakal gunakan?
(1) Website / Blog
Kebanyakkan platform affiliate akan menerima permohonan sebagai ejen jika anda merupakan pemilik laman web (atau blog). Dengan syarat, laman web tersebut
i. Memiliki nama domain anda sendiri
ii. Mempunyai trafik yang besar
iii. Mempunyai konten yang berkualiti
iv. Konten laman web tak melanggar undang-undang dan sensitiviti sesetengah pihak
 
(2) Akaun Media Sosial
Jika anda ingin menggunakan akaun media sosial sebagai platform pemasaran, biasanya perkara yang akan dipertimbangkan adalah
i. Berapa banyak jumlah follower yang anda miliki
ii. Berapa besar enggagement antara anda dengan follower
iii. Kualiti posting yang anda lakukan
 
Saya kurang familiar dengan terma dan syarat untuk pengguna akaun media sosial dan juga pemilik Youtube Channel. Memandangkan saya sendiri lebih banyak menggunakan platform blog dalam kerja-kerja pemasaran affiliate.
 
Tapi jangan risau, sebabnya kalau anda kurang faham, atau pendaftaran anda ditolak, anda boleh hubungi pihak penganjur program affiliate untuk dapatkan penjelasan.
 
Cara memilih program affiliate yang betul Ada banyak sangat program affiliate dekat luar sana. Mesti pening kepala kan, dan tak tahu nak pilih mana satu yang terbaik.
 
Jangan risau, sebabnya saya akan kongsikan juga kepada anda, beberapa tips untuk membantu anda membuat pilihan program affiliate yang tepat.
 
(1) Cari program yang relevan
Pertama sekali, beri keutamaan kepada program affiliate, yang mampu menawarkan produk atau servis yang relevan dengan niche dan target audiens anda.
 
Sebagai contoh, kalau anda lebih cenderung untuk menghasilkan konten dalam niche percutian dan lifestyle, saya berpendapat program affiliate yang sesuai untuk anda adalah program yang menawarkan produk seperti tiket penerbangan, tempat penginapan, pakej percutian, perkhidmatan kereta sewa dan banyak lagi.
 
Dalam situasi ini, antara program affiliate yang sesuai dengan anda ialah
1. Agoda
2. Booking.com
3. Involve Asia
4. Access Trade
5. IndoLeads
6. Shopee
7. Lazada
 
Saya telahpun kongsikan link untuk mendaftar program-program seumpama ini sebelum ini.
 
(2) Kualiti perkhidmatan dan produk yang dihasilkan
Kita juga perlu ambil kira, kualiti perkhidmatan dan produk yang dijual oleh pihak pengendali program affiliate.
 
Kalau dalam situasi saya sendiri, saya lebih yakin untuk mempromosikan produk yang dijual di platform marketplace sama ada di Lazada, Shopee ataupun PG Mall berbanding lain-lain platform e-commerce yang saya kurang kenali.
 
(3) Komisen yang ditawarkan
Faktor komisen ini juga salah satu perkara yang anda perlu berikan perhatian. Cubalah cari program affiliate yang boleh tawarkan kadar komisen yang agak tinggi.
 
Lazimnya, untuk produk fizikal yang dijual di platform marketplace seperti Lazada, Shopee, PG Mall dan sebagainya, kadar komisen yang diberikan tak begitu tinggi.
 
Komisen yang ditawarkan berbeza, mengikut kategori produk, dan ia bermula dari serendah 0.5% – 10% untuk setiap jualan.
 
Kalau produk digital, seperti ebook, rakaman seminar, software dan sebagainya, produk seperti ini mampu memberikan komisen sehingga 50% dari setiap jualan.
 
Contohnya seperti program affiliate Klikjer.
Setiap jualan yang anda berjaya hasilkan, anda akan menerima komisen sebanyak 50%.
 
Setelah anda mengenalpasti, mana satu program affiliate yang anda ingin fokuskan, maka seterusnya kita akan pergi ke langkah mempromosikan produk tersebut.
 
4. Pilih produk untuk dipromosikan Jenis produk yang bakal anda pilih akan menentukan berapa banyak pendapatan yang bakal anda perolehi melalui komisen affiliate.
 
Terdapat pelbagai pilihan produk yang anda boleh pilih sebagai ejen affiiliate, antaranya adalah
 
(1) Produk fizikal Produk ini adalah produk yang biasanya ada dijual di shopping mall dan di kedai-kedai. Produk seperti ini memerlukan pembungkusan dan penghantaran produk, dari penjual kepada pembeli.
 
Secara lazimnya, produk fizikal ini menawarkan peratus komisen yang rendah, namun ia lebih mudah untuk convert kepada jualan.
 
Apa contoh produk fizikal yang kita boleh promosikan selaku ejen affiliate?
Ada banyak. Antaranya lampin pakai buang, buku, gadget, baju, kosmetik dan banyak lagi.
 
Pengguna boleh membeli produk seumpama ini dipasaraya berhampiran, namun mereka memilih untuk beli secara online. Kenapa agaknya?
Salah satu sebabnya adalah faktor harga.
 
Biasanya, pengguna setia jenama atau produk tertentu, mereka sudah sedia maklum berapa harga produk tersebut bila dijual dipasaraya. Apabila mereka buat perbandingan harga, mereka akan dapati, harga yang boleh diperolehi secara online adalah lebih murah.
 
(2) Produk digital Ini merupakan produk yang hanya wujud secara maya, atau digital, dan ia memerlukan perisian khas serta peranti tertentu bagi memastikan ianya dapat beroperasi dengan baik.
 
Apa contoh produk digital?
Ada beberapa contoh, misalnya ebook, rakaman audio, software dan sebagainya.
 
Produk digital lazimnya menawarkan komisen yang tinggi. Pembeli juga boleh memperolehi produk yang dibeli, sama ada sebaik sahaja bayaran disahkan, atau dalam masa 24 jam selepas pembelian dilakukan.
 
Penghantaran produk pula dilakukan sama ada melalui emel, ataupun pembeli perlu mendaftar akaun peengguna dan boleh muat turun produk di member area.
 
(3) Perkhidmatan Perkhidmatan adalah contoh lain yang kita boleh promosikan sebagai ejen affiliate.
 
Produk berbentuk perkhidmatan adalah seperti sesi latihan, penginapan, tiket penerbangan, pembinaan laman web dan banyak lagi.
 
(4) Keahlian pada laman web Ada juga syarikat yang menjual keahlian bagi laman web tertentu dan mereka memerlukan bantuan ejen affiliate untuk mempromosikan sistem keahlian tersebut.
 
Sebagai ahli, mereka akan menerima manfaat tertentu, yang tak terdapat kepada orang awam.
 
5. Cipta konten untuk mempromosikan produk pilihan anda Saya ada sertai beberapa group sokongan (support group) untuk beberapa program affiliate yang saya pernah sertai.
 
Dari masa ke masa, akan ada ahli baru yang menyertai group ini. Mereka ini mungkin pernah mendengar tentang affiliate marketing dari mana-mana sumber, dan mereka ingin mencuba untuk buat duit melalui affiliate marketing.
 
Biasanya, setiap awal bulan, admin akan buat pengumuman tentang prestasi ejen affiliate yang berjaya meraih komisen dan dapat masuk ke senarai 10 teratas.
 
Setiap kali itu juga, akan ada respon seperti
“Saya ini orang baru dalam bidang affiliate marketing ini… ada tak sesiapa yang boleh beri tunjuk ajar?”
“Saya dah buat macam-macam cara untuk promosi, tapi sampai sekarang masih tak dapat lagi hasil… Macam mana ye?”
 
Sebenarnya affiliate marketing ini, dia bukannya satu konsep yang terlalu rumit. Setakat ini, kita dah bincangkan, perkara-perkara yang anda perlu lakukan, jika ingin hasilkan pendapatan melalui kaedah ini.
 
Kita imbas kembali, langkah yang perlu diambil adalah
1. Pilih niche
2. Pilih platform yang anda ingin gunakan
3. Daftar dan join program affiliate
4. Pilih produk yang anda ingin promosikan
 
Sekarang kita beralih kepada langkah yang kelima, iaitu hasilkan konten.
 
Satu masa dulu, saya terlalu fokus untuk buat jualan. Setiap hari, saya akan fikir apakah strategi yang patut saya gunakan, bagi tujuan untuk mendapatkan jualan?
 
Kemudian saya mula merasakan, kaedah yang saya pakai ini sedikit membosankan. Hari-hari fikir pasal nak buat jualan. Saya mula rasa kurang seronok, terutama sekali bila saya tak berjaya hasilkan jualan.
 
Kemudian, saya mula mengubah pendekatan. Kali ini, saya tak nak fokus sangat kepada buat jualan. Sebaliknya, saya nak fokus kepada membangunkan sebuah platform yang mempunyai konten yang berkualiti dan berguna kepada orang ramai.
 
Kalau saya pilih untuk menulis topik tentang bisnes homestay, saya nak fokus untuk hasilkan seberapa banyak konten yang berkualiti dan berguna yang membincangkan tentang bisnes tersebut.
 
Apabila saya pilih untuk menulis tentang topik perniagaan kedai runcit, saya nak fokus kepada hasilkan seberapa banyak artikel yang boleh beri manfaat kepada bakal usahawan yang turut ingin membuka perniagaan yang sama.
 
Aspek jualan? Jatuh nombor dua.

Apabila saya ubah sedikit pendekatan, daripada fokus untuk buat jualan kepada fokus untuk hasilkan konten bermanfaat, saya dapati ada beberapa perkara yang bagus mula terjadi.
 
Pertama, saya dah tak terlalu stress memikirkan tentang nak buat jualan.
Kalau sebelum ini, saya hanya fikirkan tentang sales sahaja. Bila saya mula menulis, matlamat saya adalah untuk menghasilkan jualan sahaja.
 
Bila penulisan yang saya hasilkan tak berjaya untuk convert kepada jualan, saya mula rasa stress, lemah semangat dan lama-kelamaan saya mula hilang minat untuk terus hasilkan karya penulisan.
 
Kedua, saya boleh hasilkan konten dengan lebih tenang mengikut kreativiti saya sendiri.
Saya dah tak risau tentang jualan. Kalau ada jualan, Alhamdulillah.
 
Kalau tak berlaku jualan sekalipun, saya tetap bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menyumbang sesuatu kepada para pembaca.
 
Ketiga, trafik blog saya mula meningkat.
Apabila saya mula ubah fokus, daripada nak buat jualan kepada nak hasilkan konten yang lebih baik berbanding sebelum ini, saya dapati trafik yang masuk ke blog saya semakin bertambah.
 
Seiring dengan peningkatan trafik, jualan yang berjaya saya hasilkan juga turut bertambah.
 
Wow… rupa-rupanya bila kita tak fokus sangat untuk buat jualan, sebaliknya fokus untuk hasilkan konten yang terbaik, saya masih ada peluang untuk dapatkan jualan juga rupanya.
 
Tips untuk hasilkan konten bagi mempromosikan produk affiliate Sebelum ini, saya pernah hasilkan penulisan yang membincangkan topik mengenai pemasaran content, atau content marketing ini.
 
Saya syorkan anda baca posting berikut
1. Apa itu content marketing?
2. Strategi content marketing dalam membuat jualan
 
Kalau dalam konteks perbincangan mengenai topik content marketing dalam menghasilkan jualan produk affiliate, saya akan sentuh secara ringkas sahaja.
 
Ini antara tips yang anda boleh praktikkan.
 
(1) Berikan nilai dan manfaat melalui konten anda
Konten yang anda hasilkan, tak kiralah sama ada dalam bentuk artikel, video mahupun dalam bentuk audio perlulah memberikan nilai dan manfaat kepada golongan yang anda sasarkan.
 
Bagaimana untuk kita katakan bahawa konten tersebut mempunyai manfaat?
 
Ada beberapa kriteria, misalnya
i. Konten anda menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh audiens anda
ii. Konten anda membantu mencapai matlamat tertentu
iii. Konten anda dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka
iv. Konten anda memberi jawapan kepada persoalan yang mereka hadapi
v. Konten anda berkongsi pengalaman yang anda lalui
 
Walaupun anda memang berniat ingin menjual sesuatu, sebaik-baiknya konten yang anda hasilkan tak kelihatan seperti terlalu terdesak untuk menjual atau mempromosikan produk tertentu.
 
Sebaliknya, anda fokus kepada memberikan maklumat, membincangkan tentang kelebihan dan manfaat produk.
 
Konten seperti ini lebih diminati dan lebih menarik pada pandangan audiens anda.
 
(2) Relevan
Poin berkenaan dengan relevan ini memang sangat penting, dan atas sebab itulah saya ulang ia beberapa kali.
 
Konten yang anda bakal hasilkan perlulah relevan dengan niche yang anda pilih dan relevan pada pandangan audiens anda. Jangan campur aduk konten yang tak relevan dalam satu platform.
 
Agak janggal, apabila niche anda sebenarnya adalah tentang politik, tetapi anda juga memberi nasihat mengenai kecantikkan.
 
(3) Jujur
Ada ketikanya, anda perlu berlaku jujur kepada audiens anda, bahawa anda merupakan ejen yang mempromosikan sesuatu produk, dan anda akan menerima sejumlah komisen tertentu, apabila audiens anda membuat pembelian.
 
Justeru, jika terdapat beberapa perkara yang nampak seperti bias dalam konten yang anda hasilkan, ianya kerana anda memang akan menerima manfaat dari pembelian yang dilakukan oleh audiens anda.
 
(4) Meyakinkan 
Cuba hasilkan konten yang cukup menarik dan pada masa yang sama, ianya meyakinkan.
 
Kalau anda bercerita mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan, tak cukup sekadar anda mengatakan bahawa produk tersebut bagus.
 
Anda perlu nyatakan juga, apakah hujah, atau bukti, yang boleh menguatkan dakwaan anda, bahawa produk tersebut memang betul-betul bagus.
 
6. Pantau prestasi dan kemajuan anda Bila kita nak buat duit dengan affiliate marketing, salah satu perkara penting yang tak sepatutnya anda abaikan, adalah aspek pemantauan prestasi dan kemajuan anda setakat hari ini.
 
Jangan syok sendiri bila hasilkan konten.
 
Dari masa ke masa, anda perlu lihat sama ada konten yang anda hasilkan itu
(1) Berkualiti ke tidak?
Aspek kualiti ini memang sangat subjektif. Berkualiti pada pandangan sesetengah pihak, namun belum tentu pihak yang satu lagi mempunyai pandangan yang sama.
 
Jadi apa kata kita ambil pendekatan begini.
Dari masa ke masa, cuba anda sendiri tanya pada follower anda, adakah konten yang anda hasilkan itu berkualiti ataupun tidak, memandangkan mereka inilah yang akan berinteraksi dengan konten yang anda hasilkan.
 
Ataupun, jika anda terlalu segan untuk berbuat demikian, anda sendiri boleh buat semakan.
Cuba cari masa untuk buat post morterm terhadap konten yang anda sendiri pernah hasilkan sebelum ini.
 
Letakkan diri anda sebagai pembaca.
Sebagai pembaca (atau penonton), adakah anda merasakan konten yang anda hasilkan itu benar-benar berkualiti, atau sekadar syok sendiri?
 
(2) Adakah konten anda menerima trafik?
Sebaik sahaja konten yang anda hasilkan itu diterbitkan, lazimnya platform yang anda gunakan itu nanti ada menyediakan tools yang anda boleh gunakan bagi tujuan membuat semakan, sama ada ianya menerima trafik atau tidak?
 
Kalau pengguna blog seperti saya, kita memang ada statistik blog yang kita boleh jadikan rujukan.

Setiap hari kita boleh pantau, berapa banyak trafik yang masuk dalam blog kita.
 
(3) Jika menggunakan teknik SEO, adakah berjaya masuk ke page pertama Google?
Dalam teknik Search Engine Optimization ini, lazimnya kita ingin lihat sama ada konten kita berjaya masuk ke halaman pertama enjin carian Google bagi kata kunci yang kita sasarkan.
 
Kalau kita ingin mensasarkan kata kunci “pelaburan emas” misalnya, sudah tentu kita mahukan konten kita berjaya tersenarai di muka surat pertama, apabila ada pengguna search engine yang membuat carian bagi kata kunci tersebut.
 
Tapi, bagaimana kalau konten kita tak tersenarai?
Itu maknanya kempen atau usaha SEO kita masih belum berjaya, dan ada banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan!
 
(4) Adakah link affiliate anda menerima sebarang klik?
Syarat untuk kita dapat komisen adalah link affiliate kita perlu di klik oleh bakal pembeli, sebelum mereka buat pembelian.
 
Justeru, kalau link affiliate kita ini pun tak ada yang klik, macam mana kita nak dapat komisen?
 
Ada orang dia fikir, kalau link affiliate dia ada banyak orang klik, pasti komisen dia pun akan naik mencanak-canak.
 
Jadi, apa yang dia buat ialah
i. Dia tunggang isu yang tengah viral
Setiap kali ada isu yang viral, dia akan cipta konten untuk dapatkan banyak views. Kemudian dia selitkan link affiliate.
 
ii. Dia guna strategi click bait
Click bait ini adalah umpan klik. Kadang-kadang headline atau tajuk dia tulis benda lain, tapi bila kita klik, konten cerita benda lain, yang mungkin langsung tak ada kaitan.
 
Benda ini memang sengaja dilakukan sebagai umpan untuk orang klik.
 
iii. Dia guna konten yang mengandungi bahan terlarang
Sebagai contoh, dia menggunakan imej wanita seksi, gambar kantoi, gambar lucah, penipuan dan macam-macam lagi, bagi tujuan untuk mendapatkan klik.
 
Ketiga-tiga kaedah yang saya sebutkan ini, memang ada potensi untuk menghasilkan jumlah klik yang besar pada link affiliate anda. Namun, ianya masih belum mampu beri jaminan bahawa ianya akan convert kepada sales.
 
Boleh jadi, walaupun klik sehingga ratusan ribu, tapi yang betul-betul convert kepada sales hanya sedikit sahaja.
 
Tapi anda perlu tahu, cara ini ada risikonya!
 
Biasanya pengendali atau penganjur program affiliate tak suka jika ejen melakukan pemasaran dengan kaedah yang tak beretika. Ini memandangkan cara pemasaran tersebut boleh memberikan implikasi negatif terhadap imej syarikat.
 
Anda sebagai ejen, berisiko untuk ditamatkan perkhidmatan anda sebagai ejen.
Ya.
Akaun affiliate anda boleh digantung atau ditamatkan.
 
Justeru sayangi dan jagalah akaun affiliate anda dengan sebaik-baiknya.
Hanya gunakan kaedah pemasaran yang beretika sahaja, ok?
 
7. Tingkatkan pendapatan dari bisnes Affiliate Marketing anda Affiliate marketing ini patut dilihat dari sudut pandang sebuah perniagaan. Ia bukan sekadar sebagai satu hobi atau aktiviti yang dilakukan bagi mengisi masa lapang sahaja.
 
Apabila dibuat dengan strategi yang betul, ia boleh memberikan pendapatan yang cukup selesa, dan tak mustahil boleh dapat setara dengan pendapatan sepenuh masa.
 
Setelah kita lalui fasa-fasa sebelum ini, kini anda telahpun mempunyai pendapatan yang konsisten melalui program affiliate.

Kita andaikan, anda telah berjaya hasilkan pendapatan yang konsisten, sekitar RM200 – RM500 setiap bulan.
Mahukah anda tingkatkan lagi pendapatan dari program affiliate ini?
 
Jika jawapan anda adalah ya, maka ini merupakan langkah seterusnya yang perlu anda lakukan.
Dalam langkah ini, kita akan fokus kepada melakukan perkara berikut iaitu
1. Besarkan capaian audiens
2. Tingkatkan trafik
3. Tingkatkan pendapatan
 
Kesemua tiga perkara tersebut akan boleh dicapai, melalui strategi yang bakal saya kongsikan dibawah.
 
(1) Cipta lebih banyak konten Audiens atau bakal pelanggan akan berinteraksi dengan kandungan yang anda hasilkan.
 
Interaksi disini saya maksudkan dengan
a. Baca jika konten dalam bentuk artikel
b. Menonton jika konten dalam bentuk video
c. Mendengar jika konten dalam bentuk audio / podcast
 
Kalau anda mahu audiens anda setia dengan konten yang anda hasilkan, maka anda perlu sentiasa hasilkan konten yang baru dan up to date. Jika ada konten lama, yang sudah tak relevan, biasanya konten seperti itu sudah tak akan dibaca lagi.
 
Justeru, cari masa untuk kemaskini konten tersebut.
Kalau konten dalam bentuk artikel, ianya mudah untuk dilakukan. Anda hanya perlu edit sahaja artikel tersebut dan masukkan informasi yang terkini.
 
Kalau konten dalam bentuk video, anda mungkin perlu rakam semula dan muatkan dengan poin-poin yang lebih terkini.
 
(2) Promosikan lebih banyak produk Kalau sebelum ini, anda hanya promosikan satu produk sahaja, kali ini mungkin anda boleh pertimbangkan untuk promosikan lebih dari satu produk.
 
Kita berikan pilihan kepada audiens untuk memilih mana-mana produk atau perkhidmatan yang lebih mereka sukai.
 
Audiens anda akan ada lebih banyak pilihan.
Kita pula sebagai ejen affiliate, akan tetap dapat komisen, tak kira walau yang mana satu yang jadi pilihan pelanggan.
 
(3) Join lebih banyak program affiliate Sertai lebih banyak program affiliate juga merupakan satu lagi strategi yang baik untuk dilakukan.
 
Salah satu program affiliate yang saya sertai adalah program affiliate klikjer. Klikjer ini menjual produk digital iaitu ebook.
 
Pembaca blog saya, ada yang suka baca ebook dan ada yang lebih suka membaca buku fizikal. Isunya ialah pihak klikjer tak menjual produk buku fizikal.
 
Justeru, kalau saya nak mempromosikan buku fizikal, saya perlu join program affiliate lain, yang menjual buku fizikal. Antaranya yang menjual buku fizikal adalah
i. Bookcafe
ii. Lazada
iii. Shopee
iv. PG Mall
 
Tahu tak, apa yang paling seronok bila kita join banyak program affiliate ini?
Ya, seronok bila semua yang kita join tu, berjaya dapat komisen.
 
Cuba bayangkan, kalau kita join 10 program affiliate, dan setiap satu menghasilkan komisen sebanyak RM200 setiap bulan.
 
Berapa pendapatan kita? Jom kita buat kira-kira.
RM200 (purata income dari satu program) X 10 program affiliate = RM2,000
 
Sudah tentu, pengiraan ini sekadar contoh sahaja.
Anda mungkin dapat satu nilai yang berbeza, sama ada lebih besar, sama banyak, kurang atau langsung tak ada income.
 
4. Buka platform pemasaran yang baru Kalau sebelum ini, anda memilih untuk menggunakan platform Youtube sebagai platform pemasaran, dan anda berjaya dapatkan income dari situ, mungkin untuk masa akan datang, anda boleh pertimbangkan untuk buka channel pemasaran yang baru.
 
Saya beri contoh, anda buka blog pula.
 
Apa nak tulis dalam blog tersebut?
Boleh guna konten yang sama seperti yang anda pernah siarkan di Youtube.
 
Bezanya kali ini ianya dalam bentuk artikel.
Anda boleh tulis perkara yang sama, seperti mana yang anda pernah cakap dalam video anda.
 
Kalau anda tak ada masa untuk buat sendiri, anda sebenarnya boleh outsource kerja-kerja penulisan ini kepada freelancer.
 
Begitu juga sebaliknya. Kalau anda sebelum ini lebih banyak hasilkan konten dalam bentuk penulisan, mungkin kali ini kalau nak besarkan lagi income, boleh target untuk hasilkan konten dalam bentuk video pula.
 
Saya pernah cuba, hasilkan konten dalam bentuk video.
Kemudian saya rasa macam ianya tak kena dengan jiwa saya.
 
Jadi saya stay dengan penulisan sahaja.
 
5. Besarkan audiens anda Bagaimana cara nak besarkan audiens?
 
Besarkan audiens dan tambahkan trafik ini sebenarnya merujuk kepada perkara yang sama. Ada beberapa cara untuk besarkan audiens, antaranya
i. Gunakan teknik Search Engine Optimization (SEO) untuk dapatkan lebih banyak trafik dari enjin carian
ii. Galakkan pengikut anda disosial media untuk berinteraksi dengan konten anda, sama ada like, komen atau share
iii. Minta bantuan pengikut anda untuk share link artikel atau link video anda di pelbagai platform
iv. Dapatkan khidmat pemasaran untuk viralkan konten anda
 
Baca juga: 26 Tips buat duit dengan Program Affiliate Marketing
 
Penutup Kita andaikan, anda telahpun ikuti langkah demi langkah yang saya syorkan melalui perkongsian tentang panduan buat duit dengan affiliate marketing ini.
 
Ada orang, pada bulan pertama lagi, dia sudah mula nampak hasilnya.
Ada orang mungkin perlukan masa yang lebih lama.
 
Cepat atau lambat dapat komisen, ia berkait rapat dengan faktor seperti
i. Kualiti konten yang anda hasilkan
ii. Trafik yang berjaya anda dapatkan
 
Sampai satu ketika, anda akan dapat lihat hasil usaha penat lelah anda selama ini.
 
Percayalah, apabila anda berusaha dengan bersungguh-sungguh, dan seterusnya
i. Komited dalam membangunkan platform yang anda pilih
ii. Sanggup meluangkan masa untuk hasilkan konten yang berkualiti tinggi
iii. Guna strategi yang betul untuk dapatkan trafik
 
Hasilnya pasti anda akan berjaya menghasilkan jualan dan seterusnya meraih komisen yang konsisten dari bulan ke bulan.
 
Kemudian, apa seterusnya?
Jawapan saya… business as usual.
 
Teruskan buat konten dan jika ada kesempatan, kemaskini mana-mana konten terdahulu yang mula menjadi kurang relevan disebabkan oleh maklumat baru yang semakin berkembang.
 
Buat mereka yang
1. Masih belum dapat kerja sepenuh masa
2. Mereka yang masih belum habis belajar di kolej & universiti
3. Suri rumah yang ingin membantu pasangan mencari pendapatan tambahan
4. Suami atau isteri yang ingin mencari pendapatan baru
 
Ayuh mulakan langkah anda untuk menghasilkan pendapatan dari program affiliate.
 
Pendapatan dari program affiliate ini mungkin tak terlalu besar. Terutama sekali kalau anda baru nak bermula.
 
Selain itu, program yang berbeza juga menawarkan struktur komisen yang berbeza. Sebagai contoh, kalau anda perasan dekat media sosial ada ramai yang mempromosikan produk dari platform Shopee.
 
Mereka ini menyertai Shopee Ambassador Program.
Komisen yang mereka perolehi jika berjaya dapat jualan mungkin hanya beberapa sen atau beberapa ringgit sahaja untuk setiap jualan.
 
Tapi jangan pandang rendah terhadap potensi pendapatan yang boleh diperolehi.
 
Nilai yang sen sen ini, jika dikumpul-kumpulkan, ia mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan, mencecah ratusan ke ribuan ringgit setiap bulan.
 
Justeru, carilah masa yang sesuai.
Mulakan perjalanan anda untuk membina pendapatan menerusi program affiliate hari ini.
In Shaa Allah, setelah anda berjaya perolehi komisen affiliate anda yang pertama, anda akan rasa betapa seronoknya buat duit dengan program affiliate ini.
 
Saya harapkan semoga perkongsian saya mengenai panduan buat duit dengan affiliate marketing untuk orang yang masih baru ini berguna untuk pembaca sekalian.
 
Semoga anda dapat memanfaatkan informasi yang saya kongsikan dalam posting ini, dan saya doakan semoga anda juga berjaya hasilkan pendapatan menerusi program affiiliate.
 
Kalau ada yang anda masih kurang jelas, atau kurang faham, boleh tinggalkan komen dibawah.
 
Kalau anda nak kongsi pendapat juga boleh kongsikan dibahagian komen dibawah ini ya.
 
Oh ya, kalau anda dah ikuti tips dan langkah-langkah yang saya kongsikan dalam posting ini, namun anda masih belum berjaya dapat komisen affiliate, boleh hubungi saya dan tunjukkan hasil kerja anda.
 
Boleh jadi, ada sesuatu yang saya boleh komen, In Shaa Allah.
 
 
The post Panduan buat duit dengan Affiliate untuk orang yang baru bermula appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/panduan-buat-duit-dengan-affiliate-untuk-orang-yang-baru-bermula/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Duit Dengan Involve Asia Affiliate Dan Involveshare

Cara Buat Duit Dengan Involve Asia Affiliate Dan Involveshare

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 413 hits
Mesti ramai dah tau yang kita boleh buat duit dengan Involve Asia melalui program affiliate kan Tapi tau tak korang yang sekarang Involve Asia ada feature baru iaitu InvolveShare yang membolehkan kita buat duit dengan lebih senang Kalau tak...
Pakai Duit Jutaria Ke Bro Founder Misi Bakal Perkenal Matawang Baru Netizen Kritik Salah Di Sisi Undang Undang

Pakai Duit Jutaria Ke Bro Founder Misi Bakal Perkenal Matawang Baru Netizen Kritik Salah Di Sisi Undang Undang

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 211 hits
Pemilik akaun Founder Misi Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi memaklumkan bahawa dia akan memperkenalkan matawang baru bagi membantu kitaran ekonomi rakyat di Malaysia Dalam kenyataan yang dibuat di media sosial Faiz 8216 matawang 8217 baru itu bukan...
Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Di Tepi Jalan Raya Masih Bertali Pusat Mempunyai Uri

Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Di Tepi Jalan Raya Masih Bertali Pusat Mempunyai Uri

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 160 hits
Bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di tepi jalan di hadapan kawasan tempat letak kenderaan di bawah sebuah pangsapuri di Kajang Bayi yang masih mempunyai uri dan tali pusat itu ditinggalkan dalam keadaan terbaring tanpa seb...
Penerima Str Terima Bantuan B40 Rm75 Rm250 Bermula Hari Ini

Penerima Str Terima Bantuan B40 Rm75 Rm250 Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 161 hits
Penerima STR Terima Bantuan B40 RM75 RM250 Bermula Hari Ini Bantuan daripada kerajaan Madani Skim Perubatan Madani yang telah dilancarkan hari ini dijangka memberi manfaat kepada 700 000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta menur...
Kemeriahan Malam Di Jalan Raja Alang Kampung Baru Kuala Lumpur

Kemeriahan Malam Di Jalan Raja Alang Kampung Baru Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 292 hits
Catatan kisah hari Jumaat malam Sabtu lalu Saya dan encik suami ke Jalan Raja Alang Kg Baru untuk makan malam dan melihat kehidupan malam di sini Pada bulan Mac lalu kami pernah mengunjungi di jalan ini Tapi tak perasan kedai apa yang ada d...
Penantian 15 Tahun Aliff Syukri Baru Terbuka Hati Tunai Haji Tahun Ini

Penantian 15 Tahun Aliff Syukri Baru Terbuka Hati Tunai Haji Tahun Ini

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 239 hits
Musim haji yang sedang berlangsung memperlihatkan beberapa selebriti dan public figure telah mengambil kesempatan untuk menunaikan ibadah tersebut pada tahun ini Antaranya ialah usahawan terkenal Dato Seri Aliff Syukri Kamarzaman apabila me...
God Bless Luncurkan Album Baru Bertajuk Anthology 50th Anniversary

God Bless Luncurkan Album Baru Bertajuk Anthology 50th Anniversary

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 189 hits
God Bless meluncurkan album terbarunya bertajuk Anthology 50th Anniversary di Jakarta Selasa Anthology berisi 11 lagu terbaik serta satu komposisi instrumental medley yang berasal dari enam album selama 50 tahun karir God Bless di dunia mus...
6 Hari Berpantang Baru Hilang 14kg Rasa Jauh Lagi Nak Kurus Tapi Warga Maya Terkejut Madammu Cepat Turun Berat

6 Hari Berpantang Baru Hilang 14kg Rasa Jauh Lagi Nak Kurus Tapi Warga Maya Terkejut Madammu Cepat Turun Berat

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 298 hits
Usahawan terkenal Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abdul Rashid berkongsi perkembangan terkini ketika berpantang di laman Instagramnya Dia yang kini berpantang anak sulungnya berusaha untuk mendapatkan berat badan asal sebelum ha...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik