Pandangan Negatif Mahathir Punca Saya Dipecat Mohamed Apandi




Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membentuk pandangan negatif dan jahat terhadapnya sehingga mendorong kepada penamatan kontrak perkhidmatannya sebagai Peguam Negara pada 2018.


Didorong dengan tekad itu, katanya, khidmatnya ditamatkan secara tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah oleh bekas perdana menteri itu.


“Plaintif (Mohamed Apandi) menegaskan akan mengemukakan bukti bahawa defendan pertama (Dr Mahathir) telah membentuk pandangan negatif dan berbisa terhadap plaintif sehingga membawa kepada pemecatannya,” katanya melalui afidavit jawapan kepada penyata pembelaan yang difailkan oleh Dr Mahathir dan kerajaan Malaysia, selaku defendan kedua.






Bekas Peguam Negara itu berkata beliau akan mengemukakan bukti bahawa peranan Yang di-Pertuan Agong tidak diambil kira atau diketepikan oleh Dr Mahathir terhadap pemecatannya.


“Oleh itu, terdapat kegagalan perlembagaan dalam proses penamatan kedudukan plaintif sebagai Peguam Negara,” katanya.


Mohamed Apandi juga berpendapat bahawa Dr Mahathir dan pendirian kerajaan seperti dinyatakan dalam penyata pembelaan bukan sahaja tidak dapat dipertahankan malah merungkai secara tertutup peruntukan Perlembagaan Persekutuan.  




Justeru, Mohamed Apandi berdoa agar mahkamah membenarkan tuntutannya dengan kos.


Peguam Datuk Baljit Singh Sidhu, yang mewakili Mohamed Apandi, memberitahu media bahawa Mahkamah Tinggi telah menetapklan 11 Dis ini untuk pengurusan kes.


“Ia bagi kami memfailkan permohonan penzahiran dokumen untuk dokumen tertentu,” katanya.


Dalam penyataan pembelaan difailkan pada 12 Nov lalu, kedua-dua defendan itu menegaskan tindakan mereka menamatkan kontrak perkhidmatan Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara adalah sah serta mengikut peruntukan undang-undang dan tiada penyalahgunaan kuasa oleh Dr Mahathir dalam hal tersebut.


Dr Mahathir dan kerajaan Malaysia memfailkan penyataan pembelaan sebagai maklum balas terhadap saman RM2.2 juta yang difailkan oleh bekas Peguam Negara itu.


Pada 13 Okt lalu, Mohamed Apandi memfailkan saman menamakan Dr Mahathir dan kerajaan, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua, memohon antara lain perisytiharan penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara yang dibuat oleh bekas perdana menteri itu sebagai tidak sah.


Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamed Apandi yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Negara pada 2015, juga menuntut perisytiharan bahawa defendan pertama telah menyalahgunakan kedudukannya dan bahawa defendan pertama telah mendorong berlakunya pelanggaran kontrak di antara beliau dan kerajaan Malaysia.


Beliau juga memohon perisytiharan bahawa wujud kegagalan pematuhan terhadap Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dalam pemecatannya dan bahawa pemecatannya adalah tidak mengikut undang-undang, dan oleh itu tidak sah.


Mohamed Apandi memohon ganti rugi khas RM2,233,599.36, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan/atau punitif, kos dan relief lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.


-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/pandangan-negatif-mahathir-punca-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ayah Stres Punca Anak Buat Perangai Aura Negatif Terkesan Pada Mereka

Ibu Ayah Stres Punca Anak Buat Perangai Aura Negatif Terkesan Pada Mereka

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 325 hits
Geramnya dengan anak yang buat perangai ni Sampai satu tahap ibu ayah rasa tak boleh biarkan Kena juga ajar bagi mereka faham dan ingat supaya lain kali tak buat lagi Tapi pernah tak kita terfikir emosi anak yang tak sama dengan pemikiran o...
Mahathir Dipecat Dari Ppbm

Mahathir Dipecat Dari Ppbm

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 313 hits
Pengerusi Bersatu yang dipertikaikan Dr Mahathir Mohamad Timbalan Presidennya Mukhriz Mahathir dan tiga yang lain hari ini dipecat daripada parti itu Berdasarkan surat yang dilihat Malaysiakini kelima lima mereka dipecat atas alasan duduk d...
Krisis Dalam Amanah Bercinta Dengan Anwar Tetapi Rindu Pada Mahathir

Krisis Dalam Amanah Bercinta Dengan Anwar Tetapi Rindu Pada Mahathir

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 260 hits
Tindakan dua anggota Dewan Undangan Negeri Amanah di Selangor beralih arah ke PKR di Selangor mungkin hanya sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar dalam parti itu Perkara itu dikatakan mempunyai kaitan jika tidak pun pergolakan ...
Civil Servants Will Still Get Salaries Even If Budget 2021 Not Approved Promises Dr Mahathir

Civil Servants Will Still Get Salaries Even If Budget 2021 Not Approved Promises Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 267 hits
Civil servants would still be paid their salaries even if Budget 2021 is not approved says Tun Dr Mahathir Mohamad The former premier said that it is untrue that should Budget 2021 be rejected civil servants and frontliners will not receive...
Konspirasi Jahat Muhyiddin Dap Dan Dr Mahathir Terdedah Dalam Video Klip 1mdb Al Jazeera

Konspirasi Jahat Muhyiddin Dap Dan Dr Mahathir Terdedah Dalam Video Klip 1mdb Al Jazeera

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 345 hits
17 November lepas Al Jazeera siarkan 2 siri video dokumentari yang bertajuk dan Admin tak berminat untuk mengupas tentang dokumentari tersebut tapi apa yang mahu admin bincangkan ialah mengapa secara tiba tiba dokumentari itu disiarkan seka...
Ph Gagal Ambil Alih Semula Kerajaan Sebab Anwar Tolak Saya Kata Mahathir

Ph Gagal Ambil Alih Semula Kerajaan Sebab Anwar Tolak Saya Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 362 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata keengganan Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menerima penglibatannya dalam rancangan Pakatan Harapan mengambil alih semula Putrajaya menyebabkan usaha itu gagal Usaha untuk tumbangkan kerajaa...
Dr Mahathir Says 92 The Reason He And Anwar Lost The Prime Ministership To Muhyiddin

Dr Mahathir Says 92 The Reason He And Anwar Lost The Prime Ministership To Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 321 hits
Dr Mahathir claimed he would have had 158 federal lawmakers behind him had Anwar not directed all 92 parliamentarians from PKR DAP and Amanah to nominate him instead Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Nov 21 Tun Dr Mahathir Mohamad shot b...
Ugutan Menteri Kewangan Tiada Asas Sama Sekali Tulis Mahathir

Ugutan Menteri Kewangan Tiada Asas Sama Sekali Tulis Mahathir

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 274 hits
Tidak ada asas sama sekali untuk menteri kewangan dan mana mana pemimpin kerajaan untuk mengugut ahli ahli Parlimen untuk menyokong Belanjawan 2021 di atas alasan jika belanjawan itu ditolak penjawat awam dan frontliners tidak akan menerima...
Awak Ni Merokok Ke Tertekan Kerap Dituduh Merokok Wanita Ini Dedahkan Punca Bibir Anaknya Hitam

Awak Ni Merokok Ke Tertekan Kerap Dituduh Merokok Wanita Ini Dedahkan Punca Bibir Anaknya Hitam

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 409 hits
Makanan sihat sangat bagus untuk kesihatan dan tumbesaran anak anak Di samping itu juga pengambilan makanan yang sihat juga dapat mencerdaskan minda anak anak Makanan ringan dan segera perlu dikurangkan atau terus dielakkan untuk kesihatan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash