Awak Ni Merokok Ke Tertekan Kerap Dituduh Merokok Wanita Ini Dedahkan Punca Bibir Anaknya Hitam




Makanan sihat sangat bagus untuk kesihatan dan tumbesaran anak-anak. Di samping itu juga, pengambilan makanan yang sihat juga dapat mencerdaskan minda anak-anak. Makanan ringan dan segera perlu dikurangkan atau terus dielakkan untuk kesihatan yang berpanjangan. Bukan sahaja anak-anak, golongan dewasa juga disarankan mengurangkan pengambilan makanan sebegitu.


Di sangka merokok, tuduhan itu membuatkan anak lelakinya ini berasa tertekan. Begitu perkongsian oleh wanita ini yang menyatakan perubahan yang terjadi pada anaknya itu adalah kesan dari pengambilan makanan yang tidak sihat. Wanita ini cuba mencari solusi, dan akhirnya dia menemui punca itu.


MAK ayah mana yang tak sayang anak. Kalau boleh, segala apa yang anak nak, semua mak ayah nak bagi. Segala hajat, kalau boleh nak ditunaikan. Samalah dengan saya.


Masa kecil, anak-anak saya 'picky eater'. Makan sangat memilih. Bila dah masuk sekolah rendah, baru anak-anak belajar makan semua jenis makanan kerana makanan yang disediakan di kantin sekolah tiada pilihan (ia sudah termasuk dalam yuran bulanan).


Akan tetapi anak bujang sorang saya ni, Abid, walaupun pandai makan semua jenis makanan, dia amat gemar kepada roti, roti canai dan mee (kuning, segera). Dulu, sebagai seorang Mak yang tiada ilmu pemakanan, saya turutkan saja kemahuan anak bujang sorang saya ini.


Sehinggalah tahun lepas, semasa Abid menghadiri temuduga kemasukan sekolah menengah Tingkatan 1, hampir setiap penemuduga akan bertanyakan kepada Abid, "Awak ni merokok ke?".


Terkejut kami apabila Abid menceritakan semula kepada kami apa yang ditanya oleh penemuduga. Kami mula memerhatikan bibir Abid. Selama ini, kami ingatkan disebabkan tabiat dia yang suka menggigit bibir yang menyebabkan ia bertukar menjadi warna hitam.


Kami turut menanyakan soalan yang sama kepada Abid, memandangkan dia di umur meningkat remaja, sifat ingin tahu dan sifat ingin mencuba benda baru mula muncul. Abid hanya menyatakan bahawa dia tak pernah cuba merokok dan kami pun tahu bahawa dia berkata benar.


Setelah dia diterima masuk ke sekolah berasrama pada awal tahun 2020, dia sering ditanya soalan yang sama oleh rakan sebaya dan senior serta guru-guru. Abid menjadi semakin tertekan dan merasa rendah diri dengan soalan-soalan yang diterima. Kami juga buntu.


Kami membawa Abid untuk mendapatkan rawatan di klinik biasa dan doktor kata ia hanya disebabkan oleh pigmentation atau pewarnaan kulit.


Kami tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh doktor. Suami saya tergerak hati untuk meminta pendapat Dr. Linda Mat Hassin di Skyhill Clinic.


Suami saya membawa Abid untuk bertemu dengan Dr Linda. Selain dari kesan penghitaman di bibir, Abid turut mengalami kulit gatal di bahagian siku. Habis digarunya sampai berdarah-darah sehingga ada doktor yang mendiagnosis sebagai kudis buta dan sering diberi ubat krim steroid yang hanya memberikan kelegaan sementara.




Setelah diperiksa, Dr Linda menyatakan Abid mengalami inflamation seluruh badan, disebabkan oleh makan bergluten (dari tepung gandum), makanan manis bergula dan 'junk food'.


Selepas berbulan-bulan di bawah pengawasan Dr Linda dan diberi pelbagai preskripsi suplemen untuk membetulkan fungsi ususnya yang rosak teruk akibat tabiat pemakanan 'high-gluten', 'high-sugar' dan 'high-dairy', Abid menunjukkan hasil positif. Tiada lagi kesan hitam-hitam di bibir dan kulit di sikunya kembali sihat.




Melihatkan kejayaan rawatan oleh Dr Linda dan regimen diet #nosugar #nowheatflour #nodairy untuk Abid, maka saya dan suami mengambil keputusan untuk mengamalkan regimen diet ini di rumah kami. Ini kerana saya juga sangat mudah untuk mendapatkan serangan gegata (hives) tanpa sebab.






Gigitan serangga (semut, nyamuk) juga akan menyebabkan pembengkakkan luar biasa pada kulit saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana asbab Abid, saya mempelajari ilmu kesihatan.


Dari situ, saya sering mencari ilmu supaya kesihatan saya dan keluarga dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. Sihat itu sememangnya jihad. Bukan mudah nak berubah dari tabiat makan 'nak yang mudah dan cepat' kepada 'yang sihat, berkhasiat dan bermanfaat'.


Roti canai sangat mudah nak diorder dan murah berbanding dengan makan 'whole food' seperti buah-buahan di waktu pagi.


Mee segera dan mee kuning yang diperbuat dari tepung gandum sangat mudah, sedap dan murah serta senang disediakan berbanding dengan bihun yang diperbuat dari tepung beras yang agak renyah untuk dimasak. Namun, menurut Dr Linda, kesemua makanan yang 'mudah, murah, cepat' ini hampir kosong nilai nutrisinya.Its just empty calories.Sedap tetapi tiada nilai khasiat kepada tubuh badan.


Bagi yang tidak tahan, ia boleh menyebabkan kerosakan usus setelah bertahun-tahun makan makanan yang zero nutrisi ini.


Ada kanak-kanak yang terbantut tumbesarannya kerana kerap dihidangkan roti, fries, nugget, minuman / susu manis, mee segera kerana ia mudah, murah dan cepat.


Ada yang mendapat ekzema. Apabila dewasa pula, akan mendapat komplikasi obesiti, kencing manis, sakit jantung dan banyak lagi. Tidak ada zat besi, tiada protein, tiada mineral, tiada serat langsung dalam makanan 'mudah, murah, cepat' ini.Kosong.


Kasihan anak-anak saya ketika saya tiada ilmu pemakanan sihat ini dulu. Sebab nak cepat, nak senang, nak murah punya pasal.


Ya, memang kami berjihad. Berjihad melawan nafsu malas, nafsu nak cepat, nafsu nak mudah, nak sedap di tekak.


Jihad nak berhenti makan roti, kek, pastri, biskut yang sedap, tetapi mengandungi gluten dan akan membawa mudarat kepada kesihatan kami. Jihad nak berhenti dari makan makanan manis-manis yang sedap, yang diperbuat dari gula putih, demi kesihatan kami.


Setakat ni kami masih berusaha. Ada masa kuat lawan nafsu. Ada masa lemah dan tewas dek nafsu makan. Tapi, kami tetap berusaha.


Dengan berniatkan untuk menjaga tubuh badan yang diamanahkan oleh Allah ini supaya dapat kami jadi manusia bermanfaat dan konsisten beribadat kepada Yang Maha Esa sehingga ke akhir hayat nanti. In shaa Allah.


Sumber: Nurul Aini Mohd Noor


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/12/awak-ni-merokok-ke-tertekan-kerap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konon Berjodoh Dengan Lelaki 68 Tahun Wanita Dituduh Pentingkan Harta

Konon Berjodoh Dengan Lelaki 68 Tahun Wanita Dituduh Pentingkan Harta

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 630 hits
Kalau dah jodoh nak buat macam mana Sis jaga suami elok2 ya nampak bahagia sangat Konon berjodoh dengan lelaki 68 tahun wanita dituduh pentingkan harta Baru baru ini sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang wanita berusia 22 ta...
Kerap Kencing Malam Apakah Punca Puncanya

Kerap Kencing Malam Apakah Punca Puncanya

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 450 hits
KERAP KENCING MALAM APAKAH PUNCA PUNCANYA Kerap kencing malam dalam istilah perubatan dikenali sebagai nocturia Selalunya ketika anda tidur anda akan menghasilkan air kencing yang sedikit tetapi lebih pekat Ini bermaksud mereka yang normal ...
Aku Dah Bunuh 2 Anak Aku Ibu Tertekan Selepas Kematian Suami Bunuh 2 Anaknya Yang Masih Kecil

Aku Dah Bunuh 2 Anak Aku Ibu Tertekan Selepas Kematian Suami Bunuh 2 Anaknya Yang Masih Kecil

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 391 hits
Penduduk di Daerah Hulu Sungai Tengah digemparkan dengan kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang ibu terhadap dua anaknya Rabu 25 November 2020 Dua mangsa yang masih kecil dibunuh dengan cara kepala ditekup dengan bantal di kediaman mere...
Punca Kematian Arwah Adib Akan Dimaklumkan Tidak Lama Lagi

Punca Kematian Arwah Adib Akan Dimaklumkan Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 158 hits
Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi Dewan Rakyat diberitahu hari ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata siasatan polis kini di peringkat akh...
Walak Punca Pas Perak Rugi

Walak Punca Pas Perak Rugi

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 219 hits
Dr Ariff Kadir Al Katami Jika kita jemput tetamu datang rumah maksudnya kita dah bersedia Bersedia dgn hidangannya dgn agendanya rumah pun sudah dibersihkan ruang tempat tetamu juga sudah disediakan Puas menunggu tetiba tetamu tepon tak jad...
Punca Ketukan Misteri Ditemui Ini Kenyataan Dari Pihak Pengamal Perubatan Tradisional Darussyifa

Punca Ketukan Misteri Ditemui Ini Kenyataan Dari Pihak Pengamal Perubatan Tradisional Darussyifa

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 390 hits
loading Gangguan misteri ketukan pintu dan gegaran jeriji besi yang mengacau empat negeri di beberapa kawasan perumahan sejak pertengahan bulan lalu bukan kerja manusia
Punca Kawan Lari

Punca Kawan Lari

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 251 hits
Betul kata teman ai semalam kalau stress jangan biarkan diri terpuruk dalam bilik Nanti semakin dihasut syaitan Cara menghiburkan hati ialah bertemu sahabat2 yg menghiburkan hati Ya betul tu Sherry tapi masalahnya duit I tak pernah laku tia...
Cari Pembunuh Bukan Cari Punca Mati Tegas Keluarga Adib

Cari Pembunuh Bukan Cari Punca Mati Tegas Keluarga Adib

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 262 hits
Cari pembunuh bukan cari punca mati Tegas keluarga AdibDecember 16 2020 Keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim hairan dengan siasatan polis masih menjurus punca kematian arwah sedangkan Mahkamah Koroner sudah membuat keputusan mengenainya Ia su...
Tak Apa Zahid Minta Maaf Yang Penting Umno Dedahkan Ppbm Dan Faizal Lemah Kata Nur Jazlan

Tak Apa Zahid Minta Maaf Yang Penting Umno Dedahkan Ppbm Dan Faizal Lemah Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 396 hits
December 11 2020 8 16 AMNur Jazlan berkata ahli parti harus mengiktiraf peranan Umno yang memaksa timbalan presiden PPBM Ahmad Faisal Azumu meletak jawatan sebagai menteri besar dan diganti pengerusi Umno negeri Saarani Mohamad PETALING JAY...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik