Ibu Ayah Stres Punca Anak Buat Perangai Aura Negatif Terkesan Pada Mereka


Geramnya dengan anak yang buat perangai ni! Sampai satu tahap ibu ayah rasa tak boleh biarkan. Kena juga ajar bagi mereka faham dan ingat supaya lain kali tak buat lagi. Tapi pernah tak kita terfikir, emosi anak yang tak sama dengan pemikiran orang dewasa.
Menurut Pakar Psikiatri & Pensyarah UIAM, Dr Rozanizam Zakaria ada beberapa sebab anak kita buat perangai. Dalam fasa ini mereka memerlukan ibu bapa yang positif dan bukanlah yang selalu nak marah. Berikut perkongsiannya
“Memang sengaja dia nak buat perangai tu!”
Salam doktor, anak saya umur 2 tahun selalu buat perangai, mengamuk, tak nak dengar kata, kacau adik. Kalau saya marah dia menjerit. Kadang-kadang tak dapat control sampai terpaksa naik tangan. Macam mana nak handle? – Puan M –
Antara mesej yang sampai ke peti mesej Facebook saya dari ibu yang risau tentang masalah anaknya. Bukan satu, malah berpuluh mesej yang senada dengannya, sungguhpun banyak kali telah saya sebutkan yang saya tidak dapat menjawab semua persoalan-persoalan diutarakan kepada saya di mesej media sosial saya.
Sebelum kita pecah kepala fikir solusi ajaib kepada ‘masalah dunia’ ini, ayuh kita ambil kira perspektif asas tentang isu ini. Ini kerana dalam banyak keadaan, bagi saya persoalan yang lebih tepat bukan bagaimana, tetapi mengapa.

1. INGINKAN PERHATIAN
Kanak-kanak perlu bersaing untuk mendapat perhatian dari ibu bapa dengan anak-anak lain, kerjaya, urusan rumahtangga, gajet dan internet dan pelbagai lagi distraction yang menyebabkan kanak-kanak rasa tidak mendapat perhatian yang diingini. Adakalanya tingkah laku yang tidak disenangi itulah satu-satunya cara untuk mereka mendapat perhatian yang diinginkan.
2. CEMBURU DAN PERSAINGAN
Kanak-kanak pada usia 2-4 tahun mula belajar tentang konsep ‘my way, my things, myself’ dan kehadiran orang lain seperti adik beradik dan kawan-kawan adakalanya menguji wilayah mereka ini. Ini konsep yang sama seperti egocentricism yang saya kongsikan sebelum ini.
3. PERASAAN KECEWA
‘frustration’ adalah emosi yang tercipta bila mereka tidak dapat memenuhi keinginan mereka sendiri disebabkan ketidakmampuan mereka. Contohnya tak dapat ambil barang yang diingini, tak berjumpa dengan mainan yang dicari, tak dapat menonton cerita yang diingini.
4. PERASAAN TAKUT DITINGGALKAN ATAU BERJAUHAN DARI TEMPAT BERGANTUNG
Reaksi ini adalah tindak balas normal terhadap ketidak pastian mereka atau apa yang mereka pelajari dari pengalaman sebelumnya. Mereka tidak memiliki kematangan komunikasi untuk meluahkan perasaan mereka melainkan dengan tingkahlaku.
5. REAKSI NORMAL TERHADAP KESAKITAN, KELETIHAN DAN GANGGUAN EMOSI
Seperti mana orang dewasa, mereka juga mengalami situasi sebegini. Cumanya, mereka lebih kerap meluahkannya dengan tingkah laku. Jangan lupa orang dewasa pun ada juga berperangai sebegini.

6. KEHENDAK IBUBAPA YANG SUKAR DIPENUHI
Jangan letakkan jangkaan untuk anak-anak untuk berperilaku sempurna seperti dewasa pada setiap ketika (dewasa pun tak mampu penuhi kehendak ini). Adakalanya ibubapa perlu terima hakikat sesetengah tingkahlaku adalah kerana mereka masih kanak-kanak.
7. DRAMA IBU BAPA
Stress boleh berjangkit! Bila ibu bapa tidak mengurus emosi dengan baik, tekanan dan bebanan yang mereka hadapi singgah pada anak-anak. Drama mereka disambung oleh anak-anak dengan watak dan jalan cerita yang berbeza.
Banyak tenaga, suara, masa dan emosi dapat dijimatkan bila kita dapat kenal pasti punca dan selesaikannya dari puncanya dengan lebih rasional. Dalam hiruk pikuk cabaran mendidik anak-anak, ada ketika kita perlu mengambil beberapa langkah kebelakang dan berfikir…”kenapa agaknya anak bertuah ini jadi sebegini?” Mungkin jawapannya ada pada kita.
Kredit: Dr Rozanizam Zakaria
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Ibu Ayah Stres Punca Anak Buat Perangai. Aura Negatif Terkesan Pada Mereka! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-ayah-stres-punca-anak-buat-perangai-aura-negatif-terkesan-pada-mereka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Tiba Tiba Tantrum Ibu Kena Check Emosi Masa Menyusu Hormon Tak Stabil Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai

Anak Tiba Tiba Tantrum Ibu Kena Check Emosi Masa Menyusu Hormon Tak Stabil Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 367 hits
Anak tantrum buat perangai itu memang asam garam untuk membesar Namun ada caranya untuk mereka sentiasa punya mood yang baik iaitu daripada ibu dan ayah sendiri Percaya atau tidak hormon ibu menyusu juga boleh memberik kesan pada emosi anak...
Suami Isteri Tak Perlu Bergaduh Depan Anak Anak Punca Anak Tunjuk Perangai Tak Baik Biadap

Suami Isteri Tak Perlu Bergaduh Depan Anak Anak Punca Anak Tunjuk Perangai Tak Baik Biadap

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 445 hits
Geramnya rasa bila anak tunjuk perangai tak baik dan biadap Mungkin ibu bapa tanpa sedar membiarkan anak terdedah kepada punca puncanya Menggunakan perkataan kasar dan negatif berkelakuan ganas tidak hormat peraturan tidak menghormati orang...
Risaunya Anak Lambat Bercakap Ibu Cuba Guna Isyarat Tangan Bagi Merangsang Minda Mereka

Risaunya Anak Lambat Bercakap Ibu Cuba Guna Isyarat Tangan Bagi Merangsang Minda Mereka

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 310 hits
Ketika bayi kesayangan anda memasuki usia 1 tahun dia sepatutnya sudah mampu bercakap walaupun hanya satu patah perkataan sahaja Bagi merangsang proses komunikasi ini ibu ayah hendaklah menggunakan pelbagai teknik bersesuaian antaranya deng...
5 Benda Ni Anak Belajar Daripada Seorang Ayah Walaupun Nampak Mereka Tak Tahu Apa Apa Anak Cepat Tiru

5 Benda Ni Anak Belajar Daripada Seorang Ayah Walaupun Nampak Mereka Tak Tahu Apa Apa Anak Cepat Tiru

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 260 hits
Sebagai seorang ayah anda perlu berwaspada dengan tingkah laku anda bila berhadapan dengan anak anak Anak anak cenderung menjadikan ayahnya sebagai role model dalam hidupnya Pernah tak dengar bila cikgu tanya anak anak anda nak jadi apa bes...
Pukul Jerit Pada Anak Memang Tiada Luka Rasa Puas Tapi Kesan Mendalam Anak Jadi Pemarah Macam Ibu Ayah

Pukul Jerit Pada Anak Memang Tiada Luka Rasa Puas Tapi Kesan Mendalam Anak Jadi Pemarah Macam Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 494 hits
Danial Mommy cakap apa tadi Jangan main dekat TV kan Sekarang apa dah jadi Pecah tangan mommy laju memukul anak amarah menguasai diri Anak kecil dalam ketakutan tak tahu bagaimana nak meminta maaf hanya mampu menangis YA SEBENARNYA ANAK FAH...
Anak Kecil Selalu Meragam Bila Dengan Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Dengar Cakap Ini Hasil Kajian Yang Ramai Tak Tahu

Anak Kecil Selalu Meragam Bila Dengan Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Dengar Cakap Ini Hasil Kajian Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 388 hits
Tadi masa mama belum balik kerja elok je dia tak meragam Bila nampak mama macam macam perangai dia tunjuk ya komen papa pada si kecilnya yang mula merengek minta didukung bila nampak kelibat mama Situasi macam ini mesti biasa anda hadapi Ke...
Anak Dah Setahun Lebih Masih Tak Bercakap Faktor Ini Mungkin Penyebab Ibu Ayah Kena Cepat Bertindak

Anak Dah Setahun Lebih Masih Tak Bercakap Faktor Ini Mungkin Penyebab Ibu Ayah Kena Cepat Bertindak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 331 hits
Bertindak segera jika bayi berusia 12 18 bulan masih belum boleh menuturkan perkataan bermakna itu petanda awal masalah pertuturan Bertindak awal lebih baik Menurut Nawal Mohd Shafie Juruterapi Bahasa dan Pertuturan Pediatrik Sunway Medical...
Jangan Cepat Salahkan Anak Anak Kalau Mereka Degil Dan Bebal Ibu Bapa Pun Ada Salahnya Juga

Jangan Cepat Salahkan Anak Anak Kalau Mereka Degil Dan Bebal Ibu Bapa Pun Ada Salahnya Juga

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 1134 hits
hi there salam jumaat semua love hate relationship aku dgn anak anak ni ada pasang surutnya sebagai seorang mommy dlm apa hal sekalipun jangan benci dan dendam dengan anak anak kecil kerana takut esok2 tak sempat kita maafkan anak kita Alla...
Bertuahnya Anak Diam Diam Order Online Ibu Terkejut Kena Caj Lebih Rm200

Bertuahnya Anak Diam Diam Order Online Ibu Terkejut Kena Caj Lebih Rm200

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 391 hits
Agak agak apa perasaan anda sebagai ibu bapa bila dapat tahu anak tiba tiba membuat pesanan makanan dalam kuantiti yang banyak secara online Nak marah menangis atau gelak Jika ketiga tiga perasaan ini ada pada anda bermakna itulah perasaan ...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resepi Kerabu Nangka Muda Stail Kenduri Di Kedah

Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order