Krisis Dalam Amanah Bercinta Dengan Anwar Tetapi Rindu Pada Mahathir



Tindakan dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Amanah di Selangor beralih arah ke PKR di Selangor mungkin hanya sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar dalam parti itu.
Perkara itu dikatakan mempunyai kaitan, jika tidak pun pergolakan dalaman, dengan isu hala tuju parti sama ada cenderung kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim atau Pengerusi Parti Pejuang Tanah Dr Mahathir Mohamad.
Ia antaranya dikaitkan dengan pertemuan Mahathir, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah pada 29 Oktober yang dikatakan membincangkan isu “kerajaan perpaduan”.


Mohamad enggan mengulas lanjut manakala Mahathir pula berkata ia cuma “pertemuan biasa antara rakan”.
Tambahan lagi pertemuan itu berlaku selepas Tengku Razaleigh mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selepas Anwar mempersembahkan dokumen sokongan bagi membentuk kerajaan baru.
Seorang pemimpin PKR Selangor memberitahu tindakan pemimpin kanan Amanah yang dilihat pantas membela Mahathir ketika diserang tetapi “perlahan” ketika Anwar berdepan perkara sama membuatkan rasa tidak selesa sesetengah anggota dan pemimpinnya.
Perkara itu, dakwanya, antara sebab yang membawa kepada peralihan arah Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Adun Sabak Ahmad Mustain Othman kepada PKR.
Bagaimanapun, dalam kes Mustain, katanya, agak berbeza apabila dia dikatakan menjadi mangsa spekulasi dan dakwaan pro-Perikatan Nasional (PN).
“Tapi Mustain (tetap) dengan PH. Sebab lepas dipecat dia pergi ke PKR, bukan Bersatu,” katanya.
Shahidan, letak syarat untuk sokong belanjawan bukan khianat tapi mendengar rintihan rakyat

Selepas Fakhrulrazi dan Mustain…
Pemerhati melihat dilema itu sebelum ini tidak menjadi isu memandangkan Mahathir dan Anwar sama-sama berada dalam satu gabungan.
Sumber-sumber Amanah memberitahu bahawa kepimpinan parti itu sekarang tidak menutup terus pintu kepada Mahathir, walaupun komited dengan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar.
Bagaimanapun, pihak dalam Amanah yang dilihat rapat dengan Anwar pula dikatakan lebih selesa membuka lembaran baru tanpa Mahathir.
Dilema inilah yang dikatakan menyebabkan Fakhrulrazi dan Adun Sabak Ahmad Mustain memilih PKR sebagai parti baru.
Selain mereka, dua lagi wakil rakyat Amanah – Adun Morib Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang Saari Sungib (bawah) – turut dikaitkan dengan spekulasi itu tetapi menafikannya.

 
Bagaimanapun tidak jelas sama ada terdapat lagi beberapa pemimpin dan wakil rakyatnya yang akan beralih arah ke PKR.
Naib Presiden Amanah, Husam Musa pada September lalu turut dikaitkan dengan spekulasi akan meninggalkan Amanah dan menyertai PKR tetapi dia menafikan perkara itu.
Sementara itu, pemimpin-pemimpin Amanah memberikan reaksi berbeza susulan konflik parti itu.
Seorang pemimpin kanan parti serpihan PAS itu memberitahu tiada pergolakan dalaman, tetapi cuma dalam isu pendekatan politik.
“Tiada masalah dalaman dalam Amanah. Hanya ada (pihak) yang nak paksa Amanah pilih Anwar dan tolak Mahathir.
“Amanah merasakan walaupun kita pilih Anwar tak semestinya kita tolak atau serang Mahathir. Kita serang PN,” kata seorang pemimpin kanan Amanah
KWSP, moratorium: BN telah cuba yang terbaik membawa harapan rakyat, kini terpulang kepada kerajaan

 
Permintaan dalaman
Dia mendedahkan terdapat permintaan dalaman supaya mereka bersikap lebih keras terhadap Mahathir yang kini membentuk blok bebas bersama Warisan Sabah pimpinan Shafie Apdal.
“Maka pihak yang nak cuba paksa kami tolak dan serang Mahathir, timbulkan kekeliruan di kalangan ahli, dengan menuduh Amanah pro-Mahathir.
“Sedangkan kami pro-Anwar tetapi tidak anti Mahathir. Kita anti-PN kerana kami pembangkang dan PN kerajaan,” katanya lagi.

 
Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin (atas), pula berkata tiada konflik dalaman kerana ketetapan telah dibuat.
“Sejujurnya tiada. Kepimpinan Amanah di peringkat nasional sebulat suara dengan pendirian memperkukuhkan PH dan Anwar,” katanya.
Turut senada, Ahli Jawatankuasa (AJK) Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
“Sekiranya ada alasan yang mengatakan Amanah berbeza pandangan berkaitan pencalonan PM, Amanah telah tegaskan daripada awal, pilihan parti adalah Anwar.
“Sokongan ini telah pun diberikan di hadapan Yang di-Pertuan Agong semasa Langkah Sheraton dan sejurus pengumuman oleh Anwar 23 September lalu,” katanya lagi.
Pendirian sama turut dinyatakan oleh anggota Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.
Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan masih belum memberi maklum balas mereka.
The post Krisis dalam Amanah? ‘Bercinta’ dengan Anwar tetapi ‘Rindu’ pada Mahathir appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/20/krisis-dalam-amanah-bercinta-dengan-anwar-tetapi-rindu-pada-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Propaganda Musuh Tajamkan Sentimen Anwar Mahathir Dalam Amanah

Propaganda Musuh Tajamkan Sentimen Anwar Mahathir Dalam Amanah

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 214 hits
November 18 2020 Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional Faiz Fadzil menegaskan sentimen Anwar Mahathir terus berlegar dalam kalangan ahli parti itu ekoran manipulasi propaganda pihak musuh Menurutnya sentimen membabitkan dua regu berkenaan palin...
Walaupun Telah Ditegur Oleh Khalid Samad Mahathir Terus Serang Anwar Anwar Terus Bertahan

Walaupun Telah Ditegur Oleh Khalid Samad Mahathir Terus Serang Anwar Anwar Terus Bertahan

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 350 hits
haaaa apanama Walaupun ditegur oleh Khalid Samad Mahathir tidak peduli serangan Mahathir terhadap Anwar semakin kuat dan terbuka Anwar masih bertahan Mengapa Menjelang penentuan nasib Muhyiddin di Parlimen Mahathir terpaksa menyerang Anwar ...
Mahathir Mahu Usaha Anwar Kembalikan Mandat Pada Ph Gagal

Mahathir Mahu Usaha Anwar Kembalikan Mandat Pada Ph Gagal

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 292 hits
Amin AhmadKATA MP Terima kasih Dr Mahathir Mohamad atas celoteh panjang di pagi Sabtu ini Entah kenapa sejak kebelakangan ini Dr Mahathir begitu bersungguh memberikan gambaran bahawa Anwar adalah punca kenapa mandat rakyat tidak dapat diamb...
Ph Gagal Ambil Alih Semula Kerajaan Sebab Anwar Tolak Saya Kata Mahathir

Ph Gagal Ambil Alih Semula Kerajaan Sebab Anwar Tolak Saya Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 361 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata keengganan Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menerima penglibatannya dalam rancangan Pakatan Harapan mengambil alih semula Putrajaya menyebabkan usaha itu gagal Usaha untuk tumbangkan kerajaa...
Dr Mahathir Says 92 The Reason He And Anwar Lost The Prime Ministership To Muhyiddin

Dr Mahathir Says 92 The Reason He And Anwar Lost The Prime Ministership To Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 320 hits
Dr Mahathir claimed he would have had 158 federal lawmakers behind him had Anwar not directed all 92 parliamentarians from PKR DAP and Amanah to nominate him instead Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Nov 21 Tun Dr Mahathir Mohamad shot b...
Kenapa Sekarang Anwar Tidak Serang Mahathir Habis Habisan Mati Matian Seperti Budak Berhingus Pekan

Kenapa Sekarang Anwar Tidak Serang Mahathir Habis Habisan Mati Matian Seperti Budak Berhingus Pekan

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 439 hits
Aku puji dan hormat Anwar jika dia kekal tidak menyerang Itu lebih baik dan meminimakan kerosakan pada peluangnya untuk menjadi PM jika masih ada Lagipun budak pekan dah jadi budak suruhannya untuk tibai Mahathir upah lumayan lepaskan tengk...
Analysts Scoff At Mahathir S Unity Govt Ploy To Block Anwar

Analysts Scoff At Mahathir S Unity Govt Ploy To Block Anwar

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 218 hits
An analyst views former prime minister Dr Mahathir Mohamad s consistent support for a unity government as just a ploy to keep PKR president Anwar Ibrahim from ever becoming Malaysia s prime minister James Chin of the University of Tasmania ...
Muhyiddin Tidak Menang Anwar Tidak Kalah Cuma Mahathir Kian Tersisih Jauh

Muhyiddin Tidak Menang Anwar Tidak Kalah Cuma Mahathir Kian Tersisih Jauh

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 235 hits
Ramai yang terlihat kecewa dengan keputusan PH menolak undi belah bahagi bagi pengundian peringkat dasar Belanjawan 2021 semalam sehingga menyebabkan ia diluluskan hanya berdasarkan kuatnya suara Ahli Ahli Parlimen yang menyokong Sehubungan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya