Jualan Proton Dijangka Terus Meningkat Menjelang 2025


Jualan Proton Dijangka Terus Meningkat Menjelang 2025
SUBANG JAYA, 11 December 2025 – Lepas mencuri tumpuan dengan pelancaran Proton e.MAS 5 dan Proton Saga serba baharu, PROTON menutup November dengan jualan kukuh sebanyak 13,451 unit (domestik dan eksport).
Prestasi ini menaikkan jumlah jualan November kepada 143,322 unit, iaitu 3.6% lebih tinggi berbanding pada 2024, sekali gus meletakkan PROTON di landasan selesa untuk menamatkan tahun dengan pertumbuhan positif sekiranya tiada halangan besar.
Pencapaian ini juga berbeza dengan prestasi keseluruhan industri, yang dijangka susut 0.9% berbanding tahun lalu. Berdasarkan anggaran semasa, PROTON dijangka meraih 18.4% pegangan pasaran bagi November, manakala pegangan pasaran tahun-ke-tahun berada pada 19.7%. Ini terus mengekalkan PROTON sebagai jenama kedua paling dipilih dalam pasaran automotif Malaysia yang semakin kompetitif.
Model ice kekal kuat, e.MAS 7 terus menjadi EV pilihan
Proton Saga terus jadi model utama pada November dengan 6,931 unit terjual, menjadikan jumlah tahunannya 66,038 unit. Walaupun dalam fasa peralihan ke Saga serba baharu, penghantaran masih stabil sementara kilang baharu di Tanjong Malim meningkatkan kapasiti untuk memenuhi permintaan tinggi. Dengan tempahan yang sudah melepasi 30,000 unit dan terus bertambah, Saga dijangka menduduki carta lebih tinggi dalam pasaran tahun 2026.
Proton X50 pula mengekalkan momentum kukuh dengan 2,127 unit pada November (YTD 25,974 unit), naik 23.5% berbanding tahun lalu dan kekal sebagai peneraju segmen SUV B. Proton S70 juga mempertahankan kedudukan sebagai sedan segmen C paling laris dengan 1,487 unit, menjadikan jumlah tahunannya 15,828 unit.
Model ICE lain turut mengukuhkan prestasi PROTON pada November. Proton Persona terus mendapat sambutan stabil dengan 1,050 unit terjual (YTD 14,214), diikuti Proton X70 dengan 471 unit (YTD 7,184). Proton X90 menambah 234 unit (YTD 2,357) manakala Proton Iriz menutup bulan dengan 241 unit (YTD 3,208).
November turut menjadi bulan yang positif untuk usaha elektrifikasi PROTON, didorong sambutan kuat terhadap pelancaran e.MAS 5 sebagai EV mampu milik pertama Malaysia. Kehadiran model itu menarik lebih ramai pembeli ke rangkaian EV PROTON, sekali gus membantu mencatat peningkatan 14.8% berbanding bulan sebelumnya. Proton e.MAS 7 kekal peneraju dengan 830 unit terjual pada November, menjadikan jumlah tahunannya 7,784 unit dan terus memegang gelaran EV paling laris di Malaysia.
“Pelancaran e.MAS 5 dan Saga baharu memberi kami momentum yang kuat menjelang 2026. Di Proton Tech Showcase, kami turut berkongsi pratonton awal model PHEV akan datang untuk mengekalkan minat pelanggan terhadap teknologi baharu. Semua usaha sepanjang tahun ini banyak membantu peningkatan jualan kami pada 2025, dan kami yakin dapat mencapai lonjakan lebih besar tahun depan,” kata Zhang Qiang, Naib Presiden Jualan & Pemasaran PROTON.
Jualan eksport kini 37.3% lebih tinggi daripada 2024 dan hampir capai 6,000 unit.
Sebagai sebahagian usaha mengembangkan pasaran luar negara, PROTON memberi tumpuan besar kepada eksport sepanjang 2025. Usaha ini merangkumi penubuhan Proton International Corporation Sdn Bhd (PICSB) bagi menguruskan pasaran luar negara dan pelancaran jualan e.MAS 7 di beberapa negara, termasuk kemunculan semula PROTON di Singapura pada Ogos
Hasilnya, jualan eksport terus menunjukkan peningkatan kukuh dengan 460 unit pada November, menjadikan jumlah terkumpul 5,014 unit iaitu 37.3% lebih tinggi berbanding 2024 dan yang tertinggi sejak 2022. Prestasi ini meletakkan PROTON hampir mencapai sasaran 6,000 unit pada 2025 dan mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeksport automotif utama negara.
“Eksport akan menjadi komponen penting dalam sasaran jangka panjang PROTON. Minat yang semakin kukuh di beberapa pasaran luar negara memberi kami keyakinan untuk terus berkembang. Kami akan memasuki lebih banyak negara dalam beberapa tahun akan datang dan memanfaatkan fasiliti pengeluaran berteknologi tinggi di Tanjong Malim untuk memperkukuh kehadiran kami di pasaran pemanduan kanan dan kiri,” tambah Zhang Qiang
The post Jualan Proton Dijangka Terus Meningkat Menjelang 2025 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/11/jualan-proton-dijangka-terus-meningkat-menjelang-2025/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri Terengganu Lebih 10 000 Orang

Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri Terengganu Lebih 10 000 Orang

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 136 hits
Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri Terengganu Lebih 10 000 Orang KUALA LUMPUR 29 November Jumlah mangsa banjir di Terengganu Pahang Selangor Negeri Sembilan Melaka dan Perak menunjukkan peningkatan pagi ini manakala di Kedah Kelan...
Menjelang Dicember 2025 Banyak Kebahagiaan Yang Bakal Dicipta

Menjelang Dicember 2025 Banyak Kebahagiaan Yang Bakal Dicipta

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 164 hits
Menjelang Dicember bulan yang pasti membahagiakan kepada semua Menjelang Dicember 2025 Kemaskinikan blog pada 2 12 2025 bersamaan awal pagi Selasa minggu pertama pada Bulan Dicember 2025 yang kini telah dua hari menjelang tiba Dicember tiap...
Gas Asli Dijangka Akan Melemah Pada Hari Selasa 9 Disember 2025

Gas Asli Dijangka Akan Melemah Pada Hari Selasa 9 Disember 2025

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 120 hits
Gas Asli Dengan keadaan petunjuk teknikal menunjukkan aliran melemah Gas Asli berpotensi menurun pada hari ini Tahap Utama 1 Rintangan 2 5 325 2 Rintangan 1 5 091 3 Pivot 4 971 4 Sokongan 1 4 737 5 Sokongan 2 4 617 Senario Taktikal Zon Teka...
Makluman Fenomena Air Pasang Besar Di Melaka Yang Dijangka Berlaku Pada 1 Hingga 9 Disember 2025

Makluman Fenomena Air Pasang Besar Di Melaka Yang Dijangka Berlaku Pada 1 Hingga 9 Disember 2025

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 146 hits
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Melaka Berikutan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada 1 hingga 9 Disember 2025 Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati hati dan mengambil langkah persediaan menghadapi
10 Perkhidmatan Peranti Yang Ditamatkan Pada Tahun 2025

10 Perkhidmatan Peranti Yang Ditamatkan Pada Tahun 2025

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 164 hits
10 Perkhidmatan Peranti Yang Ditamatkan Pada Tahun 2025 MONOLOG JIWA 10 Perkhidmatan Peranti Yang Ditamatkan Pada Tahun 2025 Dalam diam banyak yang pernah menjadi teman digital kita berakhir pada tahun ini Di bawah ialah ringkasan 10 perkhi...
Bsh Negeri Sembilan 2025 Mahasiswa Terima Sehingga Rm1 000

Bsh Negeri Sembilan 2025 Mahasiswa Terima Sehingga Rm1 000

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 126 hits
BSH Negeri Sembilan 2025 Mahasiswa Terima Sehingga RM1 000 Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan usaha memastikan anak anak negeri ini mendapat akses pendidikan tinggi tanpa terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat Melalui Bantua...
Random Photos Hujung Tahun 2025

Random Photos Hujung Tahun 2025

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 149 hits
Assalamualaikum uollz Untuk tidak terus tenggelam dalam dunia rekaan bercampur benar itu eloklah kita beralih kepada perkara yang lebih ringan dan menyenangkan Kadang kadang sendiri yang menulis pun boleh sakit hati apabila membacanya kemba...
Sabah 2025 Results Preliminary Ethnic Voting Findings

Sabah 2025 Results Preliminary Ethnic Voting Findings

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 108 hits
As the results of the Sabah 2025 polls reverberate across Malaysia it is useful to analyse voting patterns in terms of turnout and support This information can help provide a more informed assessment of how Sabahans voted in the election Th...
December 2025

December 2025

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 153 hits
Putting a note here that now we are entering Dec 2025 Slow writing activities hectic physical life juggling between work family and mainstream media social Blogs seem not significant anymore to the younger generation I saw people make money...
Al Fatihah Buat Abah Mama Yan

Krisis Ulasan Palsu Mengancam Kepercayaan Digital Di Malaysia

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung Amat Baik Untuk Kesihatan Dan 100 Semula Jadi

Jadual Sukan Sea 2025 Team Malaysia

Char Kuey Teow Sedap Resipi Paling Padu Mudah Yang Buat Ramai Ketagih

Yummy Shin Of Beef Curry Recipe

Trump Powell Atau Hasset Siapakah Yang Mengawal Pasaran Dan Apakah Senario Yang Menanti Dolar

Pemahaman Dan Impak Penawaran Awam Permulaan Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Kesilapan Biasa Dalam Reka Bentuk Packaging Yang Perlu Dielakkan

Kes Sulu Mahkamah Rayuan Paris Sahkan Keputusan Arbitrator Sepanyol

Keindahan Dunnottar Castle Permata Bersejarah Di Pantai Scotland

Dikritik Caj Yuran Kelas Agama Terlalu Mahal Pu Riz Dan Neelofa Bersuara Nak Angkat Industri Ceramah Lebih Tinggi

Jualan Proton Dijangka Terus Meningkat Menjelang 2025

Anuar Zain Lelaki Ini Chord