Pandangan Dr Khairul Hafidz Mengenai Isu Dna Susu Lembu Benar Atau Salah Ayuh Baca




Saya merujuk kepada satu rancangan tv semalam yang membincangkan mengenai kebaikan susu ibu, dan satu pernyataan daripada penyampai telahpun menjadi viral di laman social (saya tidak ingin menyiarkan semula gambar dan memberitahu nama penyampai tersebut, kerana tujuan artikel ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa). Di sini saya fikir, ada beberapa perkara yang dapat kita pelajari bersama
DNA ataupun deoxyribonucleic acid adalah asid nucleik yang terdiri daripada dua rantaian nucleotides yang panjang menyimpul di antara satu sama lain membentuk helix berganda. Asas pembentukan DNA ini adalah terdiri daripada 4 asid amino iaitu adenine (A), thymine (T), cytosine (C) dan guanine (C). DNA inilah yang membawa maklumat genetik untuk manusia. Kita boleh bayangkan DNA ini adalah seperti komputer yang menyimpan segala maklumat seseorang, seperti jantina, tinggi badan, warna kulit, warna mata, penyakit bawaan genetik dan sebagainya [1][2]
Susu ibu sememangnya mempunyai khasiat yang sangat banyak. Susu ibu boleh dipecahkan kepada dua, makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien terdiri daripada zat-zat untuk pertumbuhan anak, perkembangan otak, lemak tak tepu (polyunsaturated fatty acid) manakala mikronutriennya terdiri daripada Vitamins A, B1, B2, B6, B12, D, K dan iodine. Terdapat juga garam galian seperti sodium, potassium, kalsium, magnesium, fosfat dan chloride [3][4]. Susu ibu juga mempunyai kolostrum yang kaya dengan antibody untuk melawan penyakit
Komposisi susu lembu secara umum lebih kurang sama seperti susu ibu tetapi konsentrasinya berbeza sesuai untuk perkembangan anak lembu [5]
Banyak kelebihan susu ibu berbanding susu lembu, susu ibu adalah steril, mudah diberikan dan selalu ada, suhu yang tepat untuk bayi, tidak terlalu pekat atau terlalu cair, murah, bayi jarang mengalami allergi kepada susu, mudah dihadam bayi, pemberian susu ibu menguatkan ikatan ibu dan anak, stimulasi pengeluaran oxytocin untuk pengecutan rahim apabila anak menghisap puting, boleh mempunyai kesan kontrasepsi kepada ibu kerana menyusu menghalang ovulasi dan datangnya haid [6]
Kerana itu dalam perubatan moden kami menggalakkan pemberian susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan
Kesimpulannya,Pertama, pemberian susu ibu adalah yang terbaik.
Saya memahami penyampai ingin memberitahu bahawa susu ibu adalah yang terbaik, dan kami juga sependapat, cuma dalam kita berkongsi maklumat mengenai susu ibu, kita wajar memberikan MAKLUMAT yang TEPAT kepada pendengar
Memberi susu lembu, yang masuk ke badan (perut) bayi adalah NUTRIEN bukannya DNA. Kedua itu mempunyai beza yang amat besar. Bayi dapat khasiat daripada susu lembu bukannya DNA lembu
Kedua, takutnya berlaku kekeliruan
Saya banyak baca dan dengar kekeliruan daripada apa yang diberitahu, mungkin penyampai ada maksudnya yang tersendiri, tapi ramai yang memahami minum susu lembu DNA bayi bergabung dengan DNA lembu, akhirnya anak mungkin jadi pemarah kerana lembu cepat marah
Tidak mungkin DNA manusia boleh bergabung dengan DNA haiwan kerana pemakanan, jika begitu segala apa yang kita makan juga punya DNA mereka, takkan lah semua DNA ini juga bergabung? Jika kita mengkaji mengenai DNA secara mendalam kita akan tahu bahawa ia tak mungkin akan berlaku, apa lagi DNA lembu yang masuk ke badan mampu MENGUBAH tingkah laku manusia menjadi pemarah
Ini yang bahaya, kerana pernyataan seperti ini akan mengelirukan pendengar dan akhirnya menimbulkan kemarahan, dan ini akan menyebabkan maksud sebenar rancangan untuk menyebarkan susu ibu yang terbaik tidak sampai
Ketiga, ini juga menjadi PENGAJARAN kepada diri saya dan juga para professional, ahli akademik, ahli agama dan selebriti yang lain. Dalam kita memberi maklumat, masyarakat MUDAH PERCAYA kepada kita kerana KREDIBILITI yang kita ada. Jadi kita punya TANGGUNGJAWAB untuk MENYAMPAIKAN PERKARA YANG BETUL
Jadi saran saya, bercakaplah mengikut kapasiti dan kepakaran kita. Buat kajian, jika boleh quote rujukan yang kita ambil supaya hujah dan fakta yang kita sampaikan itu adalah tepat dan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat
Wallahualam
‪#‎MasyarakatKenaTahu‬Sumber rujukan:
[1] Essential Genetics: A Genomic Perspective, Daniel L. Hartl, 6th Edition (2014)[2] Looking At How Genetic Traits Are Inherited With Graphic Organizers, Chris Hayhurst, 1st Edition (2005)[3] Human Milk Compositions: Nutrients and Bioactive Factors, HHS, Olivia Ballard (2014)[4] The Composition of Human Milk, PubMed, Jennes R. (1979)[5] Bovine Milk In Human Nutrition – A review, BioMed, Anna Haug et al (2007)[6] Understanding Medical Physiology, Nutrition During Infancy and Childhood, RL Bijlani, 3rd Edition (2004) 
kredit fb beliau - https://www.facebook.com/khairulhafidz.alkhair/posts/10153739890905769

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://gengmediaa.blogspot.com/2015/08/pandangan-dr-khairul-hafidz-mengenai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fadhlina Sedia Teliti Pandangan Semua Pihak Tangani Isu Buli

Fadhlina Sedia Teliti Pandangan Semua Pihak Tangani Isu Buli

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 759 hits
Fadhlina Sedia Teliti Pandangan Semua Pihak Tangani Isu Buli KUALA LUMPUR 21 Ogos Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengalu alukan pandangan dan cadangan daripada semua pihak bagi memperkukuh aspek keselamatan serta menangani gejala buli di...
Baca Pun Sebak Cerita Botol Susu Di Hari Merdeka Curi Perhatian Ramai

Baca Pun Sebak Cerita Botol Susu Di Hari Merdeka Curi Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2477 hits
Baca Pun Sebak Cerita Botol Susu Di Hari Merdeka Curi Perhatian Ramai Kalau sebut pasal Hari Kebangsaan mesti ramai setuju auranya memang luar biasa Ada sesuatu pada tarikh keramat 31 Ogos yang buat jiwa kita terasa lain macam Tahun ini sam...
Tak Salah Isteri Bantu Suami Ezzaty Abdullah Ulas Isu Provider Dalam Rumah Tangga Boleh Kerja Bersama

Tak Salah Isteri Bantu Suami Ezzaty Abdullah Ulas Isu Provider Dalam Rumah Tangga Boleh Kerja Bersama

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 1430 hits
Ramai mengenali pasangan dua sejoli Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos kerana personaliti mereka yang menarik serta perniagaan tepung kek yang diusahakan bersama Ketika ditemui baru baru ini Ezzaty memberitahu perniagaan itu adalah idea dari ...
Anwar Tunggang Isu Palestine Jom Baca

Anwar Tunggang Isu Palestine Jom Baca

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 908 hits
Norman DaudSaya perasan banyak komen dalam media sosial ni cakap PMX menunggang isu palestin Tersengih saya membaca komen macam ni nampak sangat yang komen ni jenis malas membaca sejarah Sebenarnya ada satu benang merah dalam hidup Datuk Se...
Pakar Tolak Kemungkinan Kematian Zara Qairina Di Sebabkan Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Pun Di Tolak

Pakar Tolak Kemungkinan Kematian Zara Qairina Di Sebabkan Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Pun Di Tolak

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 4341 hits
KOTA KINABALU Pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari koridor di tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya dalam kejadian awal pagi 16 Julai lalu Pendedahan itu dibuat Pakar P...
Ww Adakah Ini Benar Wahai Kaum Hawa Dan Kaum Adam

Ww Adakah Ini Benar Wahai Kaum Hawa Dan Kaum Adam

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 219 hits
Assalamualaikum Tadi jenjalan scroll Twitter atau sekarang dikenali dengan X jumpa ni ha terus nak share ngan korang So nak tanya la kat korang betul ke ni Nasib baik x minum Matcha ke Green Tea ke apa benda ni pernah cuba la sip sikit dari...
Dakwaan 10 000 Pelajar Bangladesh Dibenar Bekerja Di Negara Ini Tidak Benar Zambry

Dakwaan 10 000 Pelajar Bangladesh Dibenar Bekerja Di Negara Ini Tidak Benar Zambry

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 531 hits
Dakwaan 10 000 Pelajar Bangladesh Dibenar Bekerja Di Negara Ini Tidak Benar Zambry PUTRAJAYA 23 Ogos Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan dakwaan kononnya 10 000 pelajar Bangladesh di Malaysia akan diberikan Gr...
Ko Memang Bodoh Kau Hasut Guna Sentimen Agama Dan Bangsa Maklumat Kau Tu Tak Selidik Sahih Atau Tidak

Ko Memang Bodoh Kau Hasut Guna Sentimen Agama Dan Bangsa Maklumat Kau Tu Tak Selidik Sahih Atau Tidak

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2726 hits
Mohd AKHMAL JailaniKetua Pemuda PAS Perak berkata dia mendapat makluman awal bahawa serangan terhadap Sultan Perak dilakukan seorang perempuan Cina Ko buat report pun x guna la sial kau yang bodoh buat posting memfitnah Bangsa CINA di Perak...
Peminat Teruja Dengar Betty Rahmad Cover Lagu Amira Othman Irfan Haris Video

Pengalaman Pelancong Malaysia Di Vietnam Tular Dedah Taktik Peniaga Buah Cuba Tipu Timbangan

Hiburan Zizi Kirana Tak Pasti Bila Pulang Ke Tanah Air Akui Tiada Jawapan Dah Lupa Saya Ini Seorang Penyanyi

Tukar Mykad Percuma Jpn

Belanjawan 2026 Bantuan Rakyat Dijangka Ditingkatkan Gaji Penjawat Awam Naik

Jpn Mof Integrasi Sistem Elak Mykad Hilang Disalah Guna Tebus Bantuan Kerajaan

Apakah Kekuatan Bitcoin Semakin Lemah

Dulu Dan Sekarang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempat Menarik Terbaharu Di Baling Baling Boulevard

Singgah Minum Petang Di Warung Mbah Sugeh Bandar Baru Parit Ibrahim Majid

Pihak Berkuasa Malaysia Masih Lagi Pandang Remeh Jenayah Stalking

Subsidi Budi95 Mungkin Akan Guna Ai Untuk Pemantauan Penebusan

Jangan Main Petik Bukan Dia Kak Ton Nafi Isteri Riezman Khuzaimi Hantar Sihir

Beli Tempe Mentah Di Tiktok