Dakwaan 10 000 Pelajar Bangladesh Dibenar Bekerja Di Negara Ini Tidak Benar Zambry


Dakwaan 10,000 Pelajar Bangladesh Dibenar Bekerja Di Negara Ini Tidak Benar – Zambry
PUTRAJAYA, 23 Ogos (Bernama) — Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan dakwaan kononnya 10,000 pelajar Bangladesh di Malaysia akan diberikan ‘Graduate Pass’ bagi membolehkan mereka bekerja di negara ini.
Beliau berkata tuduhan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah Dr Haim Hilman Abdullah itu jelas tidak berasas dan Exco Kedah itu perlu berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan berhubung apa-apa isu termasuk yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.
“Hanya berdasarkan laporan surat khabar di Bangladesh, beliau (Haim Hilman) telah membuat tuduhan bahawa saya telah bersetuju mempertimbangkan ‘Graduate Pass’ kepada 10,000 pelajar Bangladesh di Malaysia untuk membolehkan mereka bekerja di sini.
“Tuduhan berkenaan adalah tidak benar dan tidak tepat sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini. Zambry berkata semasa lawatan Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh Prof Dr Muhammad Yunus baru-baru ini, tidak ada sebarang Memorandum Persefahaman (MoU) atau perjanjian ditandatangani yang mengikat Malaysia untuk menerima 10,000 pelajar Bangladesh bekerja di negara ini.
Beliau berkata dakwaan bahawa wujud perjanjian sedemikian adalah tidak berasas dan kenyataan Haim Hilman yang mendakwa kononnya rakyat resah kerana Malaysia telah bersetuju dengan perkara ini adalah sangat tidak bertanggungjawab.
“Sebagai seorang berlatarkan akademik, beliau seharusnya membuat kenyataan berdasarkan fakta yang benar, tepat, dan sahih, bukannya spekulasi atau menyebarkan maklumat semberono. Prinsip akademik menuntut kepada informasi yang berintegriti, bertepatan dan kebenaran.
“Saya ingin menegaskan agar Haim Hilman tidak sewenang-wenangnya mencipta persepsi dengan menyampaikan maklumat yang tidak tepat serta mengelirukan rakyat. Budaya menghasilkan ‘content’ untuk diviralkan di media sosial dengan fakta yang salah perlu segera dihentikan,” katanya.
Haim Hilman membuat dakwaan itu dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Khamis  dan rakaman ucapannya itu kemudian turut dimuat naik di laman sosial TikTok beliau yang juga Ahli Dewangan Undangan Negeri (ADUN) Jitra.
Sumber: BERNAMA
BACA: ETS3 Mula Operasi KL-Kluang-KL 30 Ogos Ini – Loke The post Dakwaan 10,000 Pelajar Bangladesh Dibenar Bekerja Di Negara Ini Tidak Benar – Zambry appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/23/dakwaan-10000-pelajar-bangladesh-dibenar-bekerja-di-negara-ini-tidak-benar-zambry/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 1 000 Pelajar Daripada 20 Sekolah Sertai Fiesta Rakan Muda Pahang 2025 Di Stadum Darul Makmur

Lebih 1 000 Pelajar Daripada 20 Sekolah Sertai Fiesta Rakan Muda Pahang 2025 Di Stadum Darul Makmur

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 633 hits
KUANTAN Seramai lebih 1 000 pelajar daripada 20 buah sekolah menyertai Fiesta Rakan Muda Negeri Pahang 2025 sebagai usaha memperkasa pembangunan belia menerusi pelbagai aktiviti berfaedah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multi...
Rif 2025 Hiburkan Lebih 8 000 Peminat Muzik Di Ibu Negara

Rif 2025 Hiburkan Lebih 8 000 Peminat Muzik Di Ibu Negara

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 1843 hits
KUALA LUMPUR 21 Ogos Lebih 8 000 peminat muzik bagi menyaksikan Ruang Inspirasi Festival 2025 yang menampilkan Tulus dan Juicy Luicy RIF mempersembahkan gabungan muzik dengan elemen inspirasi dan perkongsian kisah di sebalik karya karya pop...
Polis Sahkan Dua Pelajar Maut Jatuh Kondominium Siasat Dakwaan Buli

Polis Sahkan Dua Pelajar Maut Jatuh Kondominium Siasat Dakwaan Buli

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 1943 hits
Polis Sahkan Dua Pelajar Maut Jatuh Kondominium Siasat Dakwaan Buli KUALA LUMPUR 22 Ogos Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus mengesahkan dua insiden melibatkan pelajar institut pendidikan tinggi swasta di Setapak yang terjatuh dari ...
Khalifah Pahlawan Negara Chord

Khalifah Pahlawan Negara Chord

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 1101 hits
D E D E D C G m D Dari dulu sehingga sekarang D G m Peranan masih tidak berganjak G C m Walaupun zaman dah berubah C m Tugas yang diutamakan B C E F G m C Misi mengawal keamanan negara G m D Sumpah keramat yang membara D G m Kedaulatan yang...
Samsung Terus Mengejutkan Ia Mula Bekerja Dengan Tesla Kini Ia Akan Memberikan Pesaing Terbesarnya Kad Truf

Samsung Terus Mengejutkan Ia Mula Bekerja Dengan Tesla Kini Ia Akan Memberikan Pesaing Terbesarnya Kad Truf

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 173 hits
Samsung dikhabarkan akan mengurangkan kos dalam banyak bidang dan sekatan AS yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump mengurangkan keuntungannya Mungkin itulah sebabnya syarikat Korea Selatan baru baru ini telah mengambil beberapa langkah ...
Teruk Nak Kena Jaga Bukan Sikit Anak Anak Kita Yang Bersekolah Dan Bekerja Guru

Teruk Nak Kena Jaga Bukan Sikit Anak Anak Kita Yang Bersekolah Dan Bekerja Guru

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 347 hits
Fairul Al Qasas Ramai bandingkan bagaimana Datuk Dr Ashraf Wajdi urus sekolah Mara dan YBM Fadhlina urus sekolah KPM Mereka mahu macam Datuk Dr Ashraf Terjah marah nasihat tamatkan terus pengusaha kantin Buang terus pelajar buli Berapa MRSM...
Tak Dibenar Keluar Bersama Teman Wanita Warga Emas Bakar Pusat Jagaan

Tak Dibenar Keluar Bersama Teman Wanita Warga Emas Bakar Pusat Jagaan

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 586 hits
FMT ReportersSuspek 81 tahun tak puas hati dengan penjaga kerana enggan benarkannya keluar dapatkan alat bantuan pendengaran bersama teman wanita yang juga penghuni pusat Kebakaran mengakibatkan 50 kawasan dewan pusat jagaan musnah PETALING...
Bangladesh Chief Adviser Muhammad Yunus Arrives For Official Visit

Bangladesh Chief Adviser Muhammad Yunus Arrives For Official Visit

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 319 hits
Muhammad Yunus and Prime Minister Anwar Ibrahim are expected to review the progress of Malaysia Bangladesh relations Bangladesh s chief adviser Muhammad Yunus was received by home minister Saifuddin Nasution Ismail at KLIA Terminal 1 upon h...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

Nabila Maharani Titian Tak Bertepi Chord

Cara Lembutkan Ikan Beku Dengan Garam Dan Cuka Petua Cepat Berkesan

Ingat Sikit Dekat Batu Nisan

Pagi Yang Tak Disangka

Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 Pagi Waktu Arab Saudi

From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ngopi Kangar

Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Turkiye Terus Bantu Malaysia Usaha Bebaskan Sembilan Aktivis Pm Anwar

Zakir Naik Tuntut Rm10 Juta Daripada Portal Wartawan Berhubung Dakwaan Hiv

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Wanita Dijangkiti Parasit Selepas Percaya Petua Lama Untuk Hilangkan Sakit Belakang