Anwar Tunggang Isu Palestine Jom Baca


 
Norman Daud


Saya perasan banyak komen dalam media sosial ni cakap PMX menunggang isu palestin. Tersengih saya membaca komen macam ni, nampak sangat yang komen ni jenis malas membaca sejarah. 











Sebenarnya...ada satu benang merah dalam hidup Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang jarang orang sedar. Dari zaman mahasiswa, ke zaman menteri, jatuh ke penjara, bangkit jadi Perdana Menteri ..satu perjuangan tak pernah padam dari lidah dan nadi beliau adalah Palestin.


Bayangkan, pada tahun 1971 – ketika baru berusia 23 tahun  Anwar sudah dijemput ke Sidang Belia Sedunia di New york sebagai wakil belia Islam Asia Pasifik. Tahun yang sama beliau tubuhkan ABIM, sebuah gerakan anak muda yang jadi wadah dakwah dalam dan luar negara. Dari situlah bermula langkah kecil yang akhirnya mengangkat beliau ke pentas dunia Islam dan antarabangsa.


Tahun 1972, kerajaan Arab Saudi jemput Anwar ke persidangan penubuhan Kesatuan Belia Islam Sedunia di Riyadh. Umur baru 24 tahun, tapi sudah duduk semeja dengan pemimpin Islam antarabangsa. Setahun kemudian, beliau dilantik jadi penasihat belia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva. Tak lama selepas itu, beliau dinobatkan Tokoh Belia Antarabangsa pada tahun 1974.


Hubungan Anwar dengan dunia Arab makin kukuh. Tahun 1979, beliau menerima anugerah "Ulama Iqbal" daripada Presiden Zia Ul Haq di Pakistan. Dan ketika Revolusi Iran tercetus, Anwar adalah antara orang luar pertama yang dijemput oleh Imam Ayatollah Khomeini. Itu semua tanda beliau sudah dikenali sebagai pemikir Islam yang disegani.


Kemuncaknya, pada tahun 1983, Yasser Arafat  pejuang Palestin yang menjadi ikon perjuangan keadilan dunia  mengisytiharkan Anwar sebagai “Anak Palestin”. Bukan calang-calang pengiktirafan. Ia membuktikan hubungan erat dan kepercayaan Palestin terhadap Anwar sebagai suara mereka di dunia Islam dan juga di Barat.


Bila Arafat pergi, perjuangan itu tidak mati. Anwar terus berbicara dengan Mahmoud Abbas, dengan Hamas, dengan sesiapa sahaja yang membawa nama Palestin. Baginya, Palestin bukan milik parti. Palestin adalah darah, tanah, air mata  dan setiap tetesnya perlu dipertahankan.


Dan hari ini, bila Anwar sudah jadi Perdana Menteri ke-10, suara itu makin lantang. Di Parlimen, di OIC, di PBB  beliau tidak pernah tunduk. Ingat lagi waktu beliau duduk semeja dengan Presiden Joe Biden? Ramai pemimpin lain pilih untuk senyap, tak mahu sentuh isu sensitif. Tapi Anwar bangkitkan juga Palestin. Biden mungkin tak menjawab, tapi dunia dengar suara Malaysia.


Malah di Berlin, depan Canselor Jerman Olaf Scholz, ketika Scholz ulang naratif basi “Israel ada hak mempertahankan diri”, Anwar terus balas di hadapan media antarabangsa: “Bagaimana dengan hak rakyat Palestin yang dibunuh setiap hari? Atau itu tidak kita kira sebagai hak?” Satu dunia terkejut. Itu bukan suara lembut seorang diplomat, itu suara hati seorang pejuang.


Inilah Anwar Ibrahim. Dari doa kecil mahasiswa di surau kampus, sampai ke mimbar agung dunia, Palestin tetap hidup dalam nadinya. Ia bukan sekadar agenda diplomasi, ia adalah amanah. Amanah dari darah yang tumpah, dari jeritan anak kecil yang tidak pernah kenal apa itu erti merdeka.


Dan kita, rakyat Malaysia, jangan pernah biarkan suara ini padam. Selagi Palestin melawan, selagi itu kita mesti berdiri bersama. Kerana Anwar sudah tunjuk jalan  bahawa keadilan bukan untuk dijual beli, tapi untuk diperjuangkan dengan seluruh jiwa.


Dan.. suara suara yang mempertikaikan keperihatinan beliau terhadap palestin adalah suara yang dangkal dan lemah pemikiran interlektual, kerana Palestin sentiasa di hati beliau dan dihati kita semua.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/08/anwar-tunggang-isu-palestine-jom-baca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pandangan Dr Khairul Hafidz Mengenai Isu Dna Susu Lembu Benar Atau Salah Ayuh Baca

Pandangan Dr Khairul Hafidz Mengenai Isu Dna Susu Lembu Benar Atau Salah Ayuh Baca

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1829 hits
Saya merujuk kepada satu rancangan tv semalam yang membincangkan mengenai kebaikan susu ibu dan satu pernyataan daripada penyampai telahpun menjadi viral di laman social Di sini saya fikir ada beberapa perkara yang dapat kita pelajari bersa...
Tak Timbul Isu Anwar Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Dewan Rakyat Pm Agc

Tak Timbul Isu Anwar Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Dewan Rakyat Pm Agc

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 563 hits
Tak Timbul Isu Anwar Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Dewan Rakyat PM AGC Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata tidak timbul sebarang isu kehilangan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Rakyat dan Perdana...
Bukan Saja Rafizi Sindir K Jaan Madani Anwar Pun Kena Balun Atas Isu Rasuah

Bukan Saja Rafizi Sindir K Jaan Madani Anwar Pun Kena Balun Atas Isu Rasuah

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 2811 hits
Rafizi sindir k jaan Madani Ambil rasuah bisnes paling untungMalaysiakini nbsp Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menyifatkan pembebasan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad daripada 12 tuduhan rasuah dan pengub...
Peminat Teruja Dengar Betty Rahmad Cover Lagu Amira Othman Irfan Haris Video

Pengalaman Pelancong Malaysia Di Vietnam Tular Dedah Taktik Peniaga Buah Cuba Tipu Timbangan

Hiburan Zizi Kirana Tak Pasti Bila Pulang Ke Tanah Air Akui Tiada Jawapan Dah Lupa Saya Ini Seorang Penyanyi

Tukar Mykad Percuma Jpn

Belanjawan 2026 Bantuan Rakyat Dijangka Ditingkatkan Gaji Penjawat Awam Naik

Jpn Mof Integrasi Sistem Elak Mykad Hilang Disalah Guna Tebus Bantuan Kerajaan

Apakah Kekuatan Bitcoin Semakin Lemah

Dulu Dan Sekarang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempat Menarik Terbaharu Di Baling Baling Boulevard

Singgah Minum Petang Di Warung Mbah Sugeh Bandar Baru Parit Ibrahim Majid

Pihak Berkuasa Malaysia Masih Lagi Pandang Remeh Jenayah Stalking

Subsidi Budi95 Mungkin Akan Guna Ai Untuk Pemantauan Penebusan

Jangan Main Petik Bukan Dia Kak Ton Nafi Isteri Riezman Khuzaimi Hantar Sihir

Beli Tempe Mentah Di Tiktok