Panas Kedudukan Kerajaan Negeri Sembilan Goyah Mb Hilang Kepercayaan September 6 2021


 

September 6, 2021 Kepimpinan tinggi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan sebulat suara menyatakan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Mereka terdiri daripada empat Ketua Cabang PKR iaitu Rasah, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah; tiga Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang (Rembau, Rasah dan Port Dickson); dua Timbalan Ketua Cabang PKR (Seremban dan Rembau); Ketua Wanita PKR Negeri, Amni Idris; Timbalan Ketua Wanita PKR Negeri, Rusnani Saring; Setiausaha Penerangan PKR Negeri, Madon Mislan; Ketua Penerangan PKR Negeri, Yusuf Tapar; Ahli Dewan Undangan Negeri Chuah, Datuk Yek Diew Ching dan Mantan Ketua Jurulatih Jentera Pilihan Raya Negeri (JPRN), Mdd Nordin Ismail.
Menurut Ketua Penerangan PKR Negeri, Yusuf Tapar, rombakan segera perlu dilakukan dalam MPN, bagi memastikan parti itu kekal relevan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan secara bersama pada Ahad, Pengerusi MPN tidak berusaha untuk merancang bagi mengukuhkan penguasaan politik Pakatan Harapan (PH) untuk terus kekal memerintah.
Dakwa mereka, pengerusi tidak melakukan sebarang penyusunan dan koordinasi yang berkesan untuk menarik sokongan pengundi terutamanya di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri yang perlu diberi tumpuan dan keutamaan.
“Selaku Pengerusi MPN, beliau gagal dalam memimpin dan memperkasakan cabang serta ahli parti, sehingga menyebabkan hilangnya keyakinan ahli serta penggerak parti di akar umbi.
“Pengerusi MPN gagal mengurus dan menyelesaikan masalah cabang dengan memberikan solusi terbaik, sehingga beberapa keputusan tidak mengikut perlembagaan parti.
“Beliau juga tidak membuat perancangan bersifat holisitik terhadap perkembangan parti, tiada tindakan atau program pengukuhan dan pemantapan pengurusan parti di peringkat MPN serta cabang, selain tiada sebarang program dalam menyantuni ahli-ahli parti di peringkat cabang dan ranting,”katanya.
Beliau berkata demikian semasa membaca memorandum menolak kepimpinan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Seri Aminuddin Harun di sini pada Ahad.
Hadir sama, Ketua Cabang Rasah, Datuk Ismail Ahmad; Timbalan Ketua Cabang Rembau Datuk Dr S Streram; Ketua Wanita PKR Negeri Amni dan Ketua Cabang Jelebu, Yuz Mazmi Ahmad Yusuf.
Dalam kenyataan itu juga, mereka mendakwa Pengerusi MPN tidak menunjukkan minat dan kesungguhan untuk menjadikan parti ini dominan dalam kerajaan negeri.
“Kekecewaan ahli dan hilang kepercayaan ini telah menyebabkan cabang (Parlimen/DUN) gagal membentuk jentera pilihan raya untuk melaksanakan gerak kerja kerana mereka tidak berminat membantu parti.
“Maka, kami percaya jika keadaan ini berterusan Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan akan berisiko besar dalam menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya.
Bagaimana pun, penerangan PKR Negeri Sembilan tetap komited dan teguh berdiri menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia.
Tambahnya, memorandum menolak kepimpinan Pengerusi MPN Negeri Sembilan ini telah ditandatangani oleh Ketua-Ketua Cabang terlibat dan sayap parti serta AJK tertinggi MPN untuk diserahkan kepada presiden parti dalam masa terdekat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/panas-kedudukan-kerajaan-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pimpinan Pkr Hilang Kepercayaan Terhadap Mb Negeri Sembilan

Pimpinan Pkr Hilang Kepercayaan Terhadap Mb Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 185 hits
Kepimpinan akar umbi PKR Negeri Sembilan menyatakan hilang kepercayaan terhadap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri yang juga menteri besar Aminuddin Harun
Jadual Ujian Psikometrik Kerja Kerajaan Bulan September 2021 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Dan Rujukan Mudah Lulus

Jadual Ujian Psikometrik Kerja Kerajaan Bulan September 2021 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Dan Rujukan Mudah Lulus

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 339 hits
Ujian Psikometrik untuk beberapa jawatan dalam kerajaan akan diadakan untuk bulan September 2021 oleh Suruhanaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA The post first appeared on
Menjawab Tuduhan Liar Kelompok Kecil Cuba Jatuhkan Mb Negeri Sembilan

Menjawab Tuduhan Liar Kelompok Kecil Cuba Jatuhkan Mb Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 143 hits
MALAYSIA DATELINESetiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Romli Ishak tampil menjawab tuduhan liar kelompok kecil yang cuba menjatuhkan Menteri Besar Aminuddin Harun Menurut beliau yang juga salah seorang penama disebut dalam ...
7 September 2021 Analisis Teknikal Dan Rancangan Perdagangan Urusniaga Harian Eur Usd

7 September 2021 Analisis Teknikal Dan Rancangan Perdagangan Urusniaga Harian Eur Usd

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 275 hits
Kegigihan menurun di bawah zon harga 1 2050 1 2000 membolehkan aliran menurun jangka pendek semasa ditetapkan Sasaran penurunan awal berada pada sekitar 1 1940 dan kemudian 1 1800 yang menawarkan penolakan kenaikan harga untuk suatu ketika ...
Sambal Tempoyak Daun Kayu Negeri Sembilan

Sambal Tempoyak Daun Kayu Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 264 hits
Kita throwback cerita di kampung lagi Disebabkan kepenatan mengerjakan buah kelapa Lepas mandi dan solat zohor saya baring menghilangkan penat lelah Dah pesan pada suami suruh kejut sebab nak tidur kejap je Sekali dengan dia tertidur jugak ...
Dua Penduduk Kampung Negeri Sembilan Terpaksa Dipindahkan Akibat Banjir

Dua Penduduk Kampung Negeri Sembilan Terpaksa Dipindahkan Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 171 hits
Limpahan air Sungai Linggi mengakibatkan penduduk penduduk kampung di Rantau terpaksa dipindahkan akibat banjir Sebanyak lapan keluarga yang membabitkan lebih kurang 40 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara Sekolah Sebangsaan Seg...
Ketua Penerangan Pkr Negeri Sembilan Dipecat

Ketua Penerangan Pkr Negeri Sembilan Dipecat

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 211 hits
SEREMBAN Selepas mengeluarkan kenyataan media mengenai Majlis Pimpinan Negeri secara terbuka pada Ahad lalu Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan Yusof Tapar dipecat daripada jawatan itu berkuat kuasa hari ini Surat pemecatan itu ditandatang...
Malindo Air Mula Terbang Ke Langkawi 16 September 2021

Malindo Air Mula Terbang Ke Langkawi 16 September 2021

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 362 hits
Wah Khabar gembira untuk semua kaki travel Malindo Air Mula Terbang Ke Langkawi 16 September 2021 Syarikat penerbangan Malindo Air menawarkan enam penerbangan setiap hari ke Langkawi susulan pembukaan semula sektor pelancongan secara gelemb...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik