Panas Ada Beberapa Pemimpin Umno Dapatkan Sokongan Untuk Anwar


themalaysialife.com
November 24, 2020

Seorang pemimpin tertinggi Umno yang menentang Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, bercanggah dengan pemimpin parti dalam memberi tekanan kepada ahli-ahli Parlimen parti Melayu itu untuk menandatangani akuan berkanun (SD) bagi menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim, kata sumber kepada MalaysiaNow.

Ini berlaku menjelang pengundian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Khamis yang bakal menentukan masa depan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Difahamkan, pemimpin yang masih berpengaruh dalam Umno itu mengadakan pertemuan dengan beberapa ahli Parlimen parti itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur minggu lalu untuk meyakinkan mereka menggulingkan Muhyiddin.

“Tetapi beliau masih belum berjaya, atau masih belum berjaya mendapatkan sokongan ahli-ahli Parlimen itu untuk menyokong presiden PKR,” kata sumber Umno kepada MalaysiaNow dengan syarat tidak dinamakan.

MalaysiaNow masih belum dapat mengesahkan dakwaan itu dan tidak akan menamakan pemimpin itu buat masa ini.

Bulan lepas, bekas presiden Umno Najib Razak dan penggantinya Ahmad Zahid Hamidi menulis surat secara bersama kepada Yang di Pertuan Agong bagi menyokong Anwar dilantik sebagai perdana menteri.

Surat itu dihantar menjelang panggilan mengadap Anwar oleh Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mana presiden PKR itu gagal membuktikan beliau mempunyai sokongan “kukuh dan meyakinkan” untuk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin.

Akan tetapi selepas kemarahan pemimpin Umno berhubung langkah itu, Zahid mengeluarkan kenyataan mengumumkan gencatan politik dan memperbaharui sokongannya terhadap Muhyiddin.

“Tetapi beliau masih belum berjaya, atau masih belum berjaya mendapatkan sokongan ahli-ahli Parlimen itu untuk menyokong presiden PKR,” kata sumber Umno kepada MalaysiaNow dengan syarat tidak dinamakan.

Najib yang berdepan dengan pelbagai pendakwaan rasuah dan dijatuhkan hukuman berhubung transaksi RM46 juta berkait 1MDB, tidak merahsiakan sokongannya terhadap Anwar.

Najib dan Anwar juga dilihat menggunakan naratif sama dalam mengkritik Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November, dengan kedua-dua pemimpin itu mengatakan sokongan mereka dengan syarat kerajaan mesti membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan secara sekali beri atau “one off” sebanyak RM10,000 dan melanjutkan moratorium pinjaman bank secara pukal sehingga enam bulan lagi termasuk mereka daripada kumpulan M40.

Kegagalan kerajaan untuk meluluskan Belanjawan 2021 Khamis ini bermakna kerajaan PN yang berusia lapan bulan akan tumbang.

Ini akan menyebabkan pilihan raya umum perlu diadakan pada musim pandemik Covid-19 kerana agak sukar bagi Anwar untuk mendapatkan sokongan majoriti di Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan.

Istana Negara sudah beberapa kali mengingatkan tentang pentingnya politik diketepikan dan memastikan Belanjawan 2021 diluluskan agar usaha kerajaan memerangi Covid-19 akan berjaya.

Sementara itu sumber sama memberitahu MalaysiaNow semasa pertemuan di hotel minggu lepas, ahli-ahli Parlimen yang hadir keliru dengan “kempen agresif” pemimpin itu.

“Mereka bangkitkan yang Zahid sudah memperbaharui komitmen Umno untuk terus bersama blok PN,” tambahnya.

Ramai ahli-ahli Parlimen juga dikatakan tidak bersedia untuk dilihat menderhaka kepada Agong selepas gesaan berulang Istana Negara agar politiking dihentikan dan fokus kepada perang melawan Covid-19.

“Terutamanya pengundian Belanjawan 2021 ini bukan macam pilihan raya yang mana undi adalah rahsia, maknanya, siapa yang tak sokong akan diketahui umum.

“Rakyat akan tahu siapa yang tak sokong Belanjawan 2021, disebabkan itu, ahli-ahli Parlimen Umno tidak akan mengikut ‘paksaan’ pemimpin berpengaruh itu,” kata sumber itu.

Walaupun masih belum jelas bagaimana ahli-ahli Parlimen pembangkang akan mengundi, difahamkan belanjawan masih boleh diluluskan.

Kali terakhir pengundian dilakukan adalah usul kerajaan untuk menukar Yang Dipertua Dewan Rakyat yang menyaksikan kerajaan menang dengan majoriti tipis dua undi.

Difahamkan kali ini, Umno dan PAS sudah bersetuju menyokong belanjawan dengan usaha terus dijalankan untuk mendapatkan sokongan Warisan dan Pejuang bagi memastikan ia diluluskan.

Ini juga berlaku selepas gesaan Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa agar satu “grand coalition” ditubuhkan melibatkan Warisan dan Pejuang.

sumber: https://www.malaysianow.com/berita/2020/11/24/pemimpin-umno-bergerak-solo-dapatkan-sokongan-untuk-anwar/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/11/panasada-beberapa-pemimpin-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Amanah Kini Berpecah 2 Kumpulan Geng Dr M Dan Geng Anwar

Pemimpin Amanah Kini Berpecah 2 Kumpulan Geng Dr M Dan Geng Anwar

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 284 hits
PETALING JAYA Ahli Amanah yang berpengaruh akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin mereka berhubung perselisihan semakin meningkat antara mereka yang menyokong Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seterusnya Or...
Umno Harus Berubah Jika Mahu Sokongan Padu Rakyat Kembali Bukannya Memburukkan Pas Dan Ppbm

Umno Harus Berubah Jika Mahu Sokongan Padu Rakyat Kembali Bukannya Memburukkan Pas Dan Ppbm

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 335 hits
Yang marah marah dan mengamuk ini mungkin tidak faham Dasar parti sehingga hari ini ialah UMNO BN akan berunding dengan Pas dan PPBM supaya tidak berlaku pertembungan sesama sendiri Antara dasar utama dalam perundingan ialah semua kerusi ya...
Baik Fokus Pru 15 Jika Perlukan Sokongan Umno

Baik Fokus Pru 15 Jika Perlukan Sokongan Umno

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 281 hits
Mohd Muklis Mohd Syarif Undi belah bahagiBenda ini simple pembangkang paling kuat ada 107 MP jadi even kalau luluspun undi belah bahagi belum tentu dapat tolak budget kalau tak ada MP dari kerajaan yang belot Sekarang ini kita cerita proces...
Ahli Amanah Bimbang Pemimpin Berpecah Sokong Dr M Anwar

Ahli Amanah Bimbang Pemimpin Berpecah Sokong Dr M Anwar

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 326 hits
Ahli Amanah yang berpengaruh akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin mereka berhubung perselisihan semakin meningkat antara mereka yang menyokong Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seterusnya Orang dalam part...
Zahid Ketuai Pemimpin Umno Jumpa Menteri Kewangan

Zahid Ketuai Pemimpin Umno Jumpa Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 400 hits
Beberapa pemimpin Umno diketuai presidennya Ahmad Zahid Hamidi bertemu Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menjelang undian terhadap Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat esok Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata pertemuan itu berl...
Bukti Kalut Cacamarba Nya Pemimpin Umno

Bukti Kalut Cacamarba Nya Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 242 hits
Mengimbas isu bajet yang akan di putuskan pada Khamis ini UMNO lah satu satunya parti yang di lihat amat kalut dengan barisan Ahli Parlimen yang cukup cacamarba menghadapinya Rakyat menerima pembentukan kerajaan Perikatan Nasional kerana ma...
Mampukan Political Will Pemimpin Utama Umno Membetulkan Keadaan

Mampukan Political Will Pemimpin Utama Umno Membetulkan Keadaan

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 258 hits
Tajuk berita memang selalunya lebih sensasi dari kandungan berita Ianya kaedah biasa untuk menarik minat pembaca UMNO kena sedar diri kata TS Annuar Musa Ini macam cerita biasa sahaja saya terfikir Hanya yang luar biasa kali ini ialah ini i...
Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo