Ahli Amanah Bimbang Pemimpin Berpecah Sokong Dr M Anwar



(FMT) – Ahli Amanah yang berpengaruh akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin mereka berhubung perselisihan semakin meningkat antara mereka yang menyokong Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seterusnya.
Orang dalam parti itu berkata, kata sepakat perlu dicapai dalam kalangan pucuk pimpinan parti.
“Parti ini kecil dan kami perlu mula mempunyai rancangan untuk pemilihan. Jika pemimpin boleh tampil dengan satu keputusan, kami boleh mula mengaktifkan jentera kami juga,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, akar umbi ketika ini berbelah bagi antara pemimpin mereka yang mempunyai pilihan berlainan untuk seorang pemimpin negara.
Semalam, Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar mencetuskan kekecohan dalam politik Selangor dengan meninggalkan Amanah untuk menyertai PKR.
Tindakan Fakhrulrazi keluar parti menyebabkan Amanah hanya mempunyai 6 kerusi di Dewan Undangan Negeri berbanding 8 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu.
Seorang lagi orang dalam parti itu berkata, ia menjadi ketara ahli Parlimen mana yang menyokong Mahathir atau Anwar, menimbulkan kucar-kacir dalam kalangan ahli parti yang mencari arah tuju kukuh.
“Mereka perlu berbincang dalam kalangan mereka sendiri.”
FMT sudah menghubungi Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan masih menunggu komennya.
Amanah, yang terdiri daripada puak serpihan PAS, bertanding 27 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum 2018 dan memenangi 11 kerusi. Lima daripada ahli Parlimennya dilantik sebagai menteri dan yang lain menjadi timbalan menteri dalam kerajaan Mahathir.
Pemimpin Amanah perlu buat keputusan
Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia berkata, sebahagian pemimpin Amanah bersama Ikram, sebuah NGO Islam, dengan ada yang menyokong Mahathir, manakala yang lain bersama Abim, organisasi beliau yang menyokong Anwar.
Ikram ialah Pertubuhan Ikram Malaysia, manakala Abim mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia.
Azizuddin berkata, disebabkan itu, perselisihan dalam Amanah mungkin berterusan.
Tambahan, katanya, Mahathir memberi keutamaan kepada Amanah kerana beliau menerima pendekatan parti itu “Islam Rahmat Untuk Semua”.
“Itu sebabnya ada yang menyokong Mahathir. Mereka berjaya mempengaruhi beliau.”
Katanya, Anwar juga cuba menarik ramai ahli Parlimen Amanah menyokong dirinya ketika beliau menyasarkan jawatan perdana menteri.
“Ia kini bergantung kepada apa yang pemimpin Amanah mahu sebagai sebuah pasukan supaya mereka boleh mara.”
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/11/17/ahli-amanah-bimbang-pemimpin-berpecah-sokong-dr-m-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Amanah Kini Berpecah 2 Kumpulan Geng Dr M Dan Geng Anwar

Pemimpin Amanah Kini Berpecah 2 Kumpulan Geng Dr M Dan Geng Anwar

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 230 hits
PETALING JAYA Ahli Amanah yang berpengaruh akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin mereka berhubung perselisihan semakin meningkat antara mereka yang menyokong Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seterusnya Or...
Amanah Tetap Setia Pada Anwar Sokong Beliau Sebagai Pm

Amanah Tetap Setia Pada Anwar Sokong Beliau Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 196 hits
Parti Amanah Negara menegaskan bahawa kesetiaan parti itu terhadap Pakatan Harapan yang diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah berbelah bahagi Naib Presidennya Datuk Hasanuddin Mohd Yunus malah berkata janji Amanah...
Amanah Nafi Berbelah Bahagi Tetap Sokong Anwar Sebagai Pm

Amanah Nafi Berbelah Bahagi Tetap Sokong Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 182 hits
Amanah menafikan sama sekali laporan yang mengatakan bahawa parti itu bergelora dan berbelah bahagi sebaliknya ahli parlimennya sebulat suara menyokong Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Pengarah Komuni...
Kalau Berlarutan Amanah Bakal Berpecah

Kalau Berlarutan Amanah Bakal Berpecah

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 239 hits
Ahli Amanah bimbang pemimpin berpecah sokong Dr M AnwarMinderjeet KaurPETALING JAYA Ahli Amanah yang berpengaruh akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin mereka berhubung perselisihan semakin meningkat antara mereka yang menyokong Dr Ma...
Lagi Ahli Amanah Mohon Sertai Pas Di Johor

Lagi Ahli Amanah Mohon Sertai Pas Di Johor

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 209 hits
BAKRI PAS Kawasan Bakri telah mengadakan satu acara ringkas penyerahan borang keahlian bagi permohonan menyertai PAS yang dilangsungkan sederhana di Markaz PAS Kawasan Bakri Simpang Jeram di sini kelmarin Di saat serangan pelbagai penjuru m...
Panas Ada Beberapa Pemimpin Umno Dapatkan Sokongan Untuk Anwar

Panas Ada Beberapa Pemimpin Umno Dapatkan Sokongan Untuk Anwar

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 229 hits
themalaysialife comSeorang pemimpin tertinggi Umno yang menentang Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bercanggah dengan pemimpin parti dalam memberi tekanan kepada ahli ahli Parlimen parti Melayu itu untuk menandatangani akuan berkanun bagi me...
Luahan Ahli Amanah Yang Setia

Luahan Ahli Amanah Yang Setia

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 183 hits
MAN TOBAYB yang lantang dan bermati matian menuntut kuota EXCO AGAMA Negeri Selangor diperuntukkan kepada AMANAH last last difitnah konon YB tu kemaruk kerusi exco pulak Yang YB tu pertahankan betul lah tindakan dia tuh Dia PERTAHAN KUOTA y...
Putar Belit Maksud Hadith Sebagai Dalil Tolak Anwar Tapi Buta Mata Sokong Pengkhianat

Putar Belit Maksud Hadith Sebagai Dalil Tolak Anwar Tapi Buta Mata Sokong Pengkhianat

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 251 hits
Lebai Hadi tak sokong Anwar sbb katanya ada hadith melarang menyokong orang yg meminta2 jawatan Lebai ni tak tahu beza kot meminta jawatan dgn yg disokong untuk pegang jawatan Anwar diangkat dan disokong ramai untuk jawatan tersebut Habis t...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih