Guna Cara Permainan Video Yang Mengasyikkan Dalam Membentuk Budaya Kerja Syarikat Perniagaan Anda




Ada satu permainan video yang bernama 1948. Anda perlu tembak semua kapal terbang musuh satu persatu dan elakkan dari terkena peluru yang dilepaskan oleh kapal terbang musuh. Saya mula belajar permainan tu selepas habis peperiksaan SPM di kedai game berhadapan dengan panggung wayang Cheok Sah Bukit Mertajam.
Bagi mereka yang sezaman, tentu ingat bagaimana rupa sebuah permainan video ketika itu. Ia merupakan sebuah kotak dengan paparan skrin komputer di depan. Pemain perlu duduk atas kerusi bulat, masukkan duit siling 20 sen dalam kotak tersebut di tepi sebelah kiri depan kepala lututnya. Permainan bermula pada level pertama dan anda diberikan 3 buah kapal terbang untuk mula bermain.
Selepas habis ambil SPM, rutin saya sebelah petang adalah jalankan perniagaan burger, waktu itu burger berada di awal popularitinya dalam masyarakat kampung. Hasil dari perniagaan saya sangat lumayan. Saya buka selepas waktu asar hingga tengah malam. Jadi ada waktu lapang yang panjang sebelah pagi hingga ke petang. Masa itu saya habiskan dengan meronda di pekan Bukit Mertajam dan layan permainan video 1948 yang saya cerita di atas.
Nak dipendekkan cerita, dalam masa tak lama, saya dapat kuasai permainan. Tahap kecekapan yang ada membolehkan saya hanya perlukan 20 sen sahaja untuk bermain berjam-jam sampai ke stage paling akhir permainan dengan diberikan permainan percuma yang sangat banyak.
Kalau ada orang yang nak main game tu, bila tengok saya yang sedang main, dia tak akan tunggu, sebab tahu saya tak akan mati cepat dalam permainan tu. Biasanya saya akan berikan pada sesiapa yang nak sambung main permainan itu yang ada banyak kapal terbang percuma untuk teruskan permainan.
Rahsia saya sampai ke tahap itu adalah, fokus kepada hanya satu permainan dan main sampai pandai ke tahap maksimum.
Tapi itu bukan sebab utama saya cerita kenangan permainan tersebut. Yang nak disampaikan adalah, permainan video game atau apa saja permainan, direka sedemikian rupa sehingga anda leka permainan itu tanpa jemu.
Kenapa perkara sama tidak berlaku dalam urusan kerja? 
Persoalan itu sering timbul dalam kepala saya. Apa yang membuatkan video game istimewa sampai hati manusia terpaut kepadanya.
Saya makin tertarik terhadap dunia permainan ini apabila baca tafsir terjemahan Al-Quran surah ke-29 Al-'Ankabut, ayat 64 yang maknanya seperti di bawah.

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. 
Jika anda baca terjemahan, perkataan La'ib diterjemahkan sebagai 'Game'. Saya cuba memahami apa yang ada di sebalik permainan atau lebih spesifik lagi, Video Game dengan mencari bahan bacaan berkenaan industri itu di google dan tanya ChatGPT.
Jika direnung betul-betul, permainan video memang benar-benar dunia yang seronok dan melekakan. Dalam banyak ayat Al-Quran, perkataan permainan dan senda gurau sentiasa disebut bersama dalam satu ayat. Ia memberi gambaran bahawa untuk faham kehidupan dunia anda boleh lihat dan fahami permainan video. Hidup di dunia ini sama seperti satu game yang melalaikan, hanya akhirat sahaja yang benar-benar kehidupan.
Jika anda jalankan perniagaan, boleh bandingkan pembentukkan game dan cuba merangka syarikat perniagaan anda agar ia menepati ciri-ciri yang perlu ada pada sebuah permainan. Jika betul caranya, mereka yang bekerja di syarikat anda dapat merasakan yang ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan.
Anda pula sebagai Taukeh tak perlu serius sangat, tak perlu ada ikatan emosi kalah atau menang, sebab sasaran keduniaan yang ada pada kerja itu hanyalah senda gurau yang melekakan sahaja. Jangan sampai terikat dan terkesan pada jiwa anda sehingga merosakkan kehidupan sebenar nanti di akhirat.
Mari cuba fahami konsep game.
Komponen utama GameApakah komponen yang perlu ada dalam setiap permainan video?
Untuk jawab soalan itu, saya buat carian dan baca penerangan tentang cara untuk mencipta sebuah permainan video. Semua maklumat itu disesuaikan kepada proses mencipta sebuah syarikat perniagaan dengan menggunakan konsep dan komponen yang sama yang ada pada sebuah permainan video.
Berikut adalah senarai apa yang saya dapat.
Pertamanya, anda perlu merancang peraturan, mekanisme, tujuan, dan pengalaman perniagaan yang mahu dijalankan secara keseluruhan. Ia melibatkan pengambilan keputusan tentang bagaimana perniagaan harus dijalankan, apa cabaran dan rintangan yang akan dihadapi oleh pekerja termasuk anda sendiri sebagai taukeh, dan bagaimana semua individu dalam syarikat akan berinteraksi dalam dunia perniagaan yang anda mahu jalankan.
Susun atur perniagaan adalah blue print di mana anda memutuskan elemen apa yang harus disertakan dan bagaimana elemen-elemen tersebut saling terkait. Anda perlu gunakan kreativiti dan strategi yang betul bagi memastikan semua orang yang bekerja di syarikat anda dapat bersenang-senang dan menikmati perniagaan.
Berikut adalah komponen utama dalam membentuk sebuah perniagaan yang perlu ada agar ia disusun menjadi seperti sebuah permainan yang disukai tanpa jemu.
1. Mekanisme perniagaanApakah perkara yang perlu ada untuk membuat sesebuah perniagaan berjalan. Jika dirujuk kepada BMC, ada 9 elemen penting dalam sesebuah perniagaan. Saya senaraikan 9 elemen itu di bawah.

Pelanggan - Tentukan siapa yang anda mahu layan sebagai pelanggan. Iaitu mereka yang sanggup berikan duit sebagai pertukaran mendapatkan apa perniagaan anda tawarkan.Nilai Tawaran - Selain dari perkara fizikal yang produk atau perkhidmatan syarikat anda berikan kepada pelanggan, perlu ada makna tertentu terhadap pelanggan samada secara realiti atau persepsi.Saluran - Bagaimana pelanggan boleh dapatkan produk atau perkhidmatan yang syarikat anda tawarkan.Perhubungan Pelanggan - Bagaimana anda berhubung dengan suspek, prospek, pelanggan baru dan pelanggan setia, serta pelanggan yang lari.Aliran Pendapatan - Dari semua aktiviti di atas tadi, bagaimana syarikat boleh jana pendapatan.Sumber Utama - Apa yang anda perlukan untuk jalankan perniagaan.Aktiviti Utama - Apa aktiviti utama yang syarikat dan semua individu di dalamnya jalankan untuk pastikan semua urusan berjalan dengan baik dari A ke Z (Dari pemasaran hingga ke aktiviti selepas jualan)Rakan Kolaborasi Utama - Siapa yang anda perlukan sebagai rakan niaga untuk jayakan perniagaan. Vendor, bank, pembekal, freelance, ajen dll.Struktur Kos - Apakah kos yang terlibat dalam semua urusan no 6 hingga no 8 tersebut.
Keseluruhan mekanisme di atas terutamanya perkara no 7, menentukan apa yang dapat dilakukan pekerja, cabaran yang mereka hadapi, dan apakah yang bakal berlaku hasil dari tindakan mereka.
2. Sasaran dan tujuanPerniagaan memerlukan sasaran dan tujuan yang jelas untuk memberi para pekerja arah pergerakkan. Anda boleh bayangkan sama seperti dalam sebuah permainan video, iaitu misi yang harus dicapai ketika bermain dari mula hingga akhir permainan. Dalam permainan video yang saya cerita di atas tadi, misi permainan itu adalah untuk menjatuhkan semua kapal terbang musuh sehingga ke kapal induk mereka.
Untuk perniagaan, biasanya, syarikat merangka Visi dan Misi yang mahu dicapai dalam tempoh jangka pendek, pertengahan dan jangka panjang. Visi dalam maksud ringkas bermaksud, "mahu menjadi yang TERBAIK dalam SATU perkara". Anda perlu tentukan apakah perkara tersebut. Contoh paling mudah adalah seperti, "mahu jadi sebuah syarikat Pest Control yang paling menepati masa di Lembah Kelang". Misi syarikat adalah mahu memberikan perkhidmatan pest control kepada 10 ribu pelanggan tetap dalam tempoh 5 tahun.
3. Kewenangan pekerjaIni adalah keizinan yang diberikan ke atas kemampuan pekerja untuk membuat pilihan dan mempengaruhi perniagaan. Mereka perlu diberi kelonggaran untuk memutuskan apa yang terjadi selanjutnya supaya dapat merasakan diri mereka memegang kuasa dalam mengawal tindakan. Ini bakal membuatkan pekerja lebih terlibat dalam perjalanan perniagaan syarikat.
Amalan ini sudah lama diamalkan dalam banyak syarikat terutamanya syarikat yang besar. Tahap keupayaan membuat keputusan bergantung kepada kedudukan pekerja dalam syarikat. Juga bergantung kepada jenis kerja yang mereka lakukan.
Jika pekerja hanya menurut saja apa orang atas suruh, hilang keterujaan dan rasa keterlibatan dalam syarikat tersebut.
4. Perkembangan dan ganjaranPerniagaan perlu memiliki sistem yang memungkinkan pekerja untuk berkembang dan mendapatkan ganjaran sepanjang mereka bertugas di dalam syarikat. Sama seperti dalam permainan video di mana pemain akan dapat senjata yang lebih berkuasa dan canggih jika dia mencapai tahap tertentu atau melaksanakan kerja yang tertentu.
Sistem tersebut termasuk peluang naik ke jawatan baru yang lebih tinggi dan penting, membuka cawangan atau pasaran baru, menjadi lebih berkuasa menentukan keputusan, atau menerima kereta syarikat, gajet atau kelengkapan teknologi baru yang khusus setelah pekerja berjaya menyelesaikan tugas.
Perkara ini juga sudah jadi amalan biasa dalam kebanyakan syarikat besar. Pekerja ada peluang naik pangkat, ambil tanggung jawab lebih besar, ada pembantu di bawah, diberikan pejabat peribadi serba lengkap dengan kemudahan yang diperlukan untuk menjalankan tugas dengan lebih cekap.
5. Keseimbangan dan kesulitanPerniagaan harus mencabar tahap kesukarannya. Tetapi tidak terlalu sulit dan tidak juga terlalu mudah. ​​Perlu mencari keseimbangan yang tepat, sehingga pekerja tetap ada motivasi untuk terus berusaha kekal bersemangat.
Contohnya dalam menentukan sasaran jualan yang setiap jurujual perlu capai, sasaran mestilah sesuatu yang duduk antara tidak terlalu sukar dan tidak terlalu mudah. Angka perlu logik dan mampu dicapai. Begitu juga dengan sasaran pekerja di bahagian operasi dan lain-lain.
6. Maklum balasSyarikat perlu memberikan maklum balas kepada pekerja melalui saluran yang mudah dan jelas. Bahagian admin perlu membantu sediakan segala laporan prestasi setiap orang dan tunjukkan kepada semua prestasi kedudukan setiap orang.
Pengurusan syarikat juga mendengarkan maklum balas dari pekerja dan melakukan penambah baikan pada syarikat dan perniagaan berdasarkan saranan mereka.
7. Penyerapan dan naratifSyarikat perlu mencipta pengalaman yang mengasyikkan dengan menyampaikan perkembangan dan kedudukan syarikat, bercerita, mencipta watak (title jawatan dalam syarikat) yang menarik dan mereka bentuk persekitaran syarikat yang menawan. 
Apa saja yang berkaitan dengan alam semesta syarikat perlu sentiasa jelas dan menonjol, menarik, mudah dan mendatangkan keterujaan.
Jika anda lihat semua komponen yang saya senaraikan di atas, ternyata semuanya memang sudah jadi amalan hampir semua syarikat yang ada sekarang terutamanya syarikat multinasional. Jika semua panduan tersebut diikuti dengan baik, syarikat anda akan berjaya jadikan para pekerja seronok dan sentiasa bersemangat menjadi salah seorang pekerja di situ.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/08/guna-cara-permainan-video-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Langkah Praktikal Cara Mengatasi Buli Di Tempat Kerja

9 Langkah Praktikal Cara Mengatasi Buli Di Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 160 hits
Masalah buli di tempat kerja adalah suatu fenomena yang merisaukan di mana seorang atau lebih pekerja dalam organisasi diperlakukan secara buruk berterusan dan disengajakan Antara contoh masalah buli di tempat kerja adalah Mesej atau emel y...
Panduan Lengkap Untuk Memahami Forex Apa Itu Cara Kerja Dan Tips Bertrading

Panduan Lengkap Untuk Memahami Forex Apa Itu Cara Kerja Dan Tips Bertrading

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 236 hits
Artikel ini berisi panduan lengkap untuk Memahami FOREX Apa itu Forext Cara Kerja dan Tips Bertrading Pengertian ForexApa Itu Forex Forex singkatan dari Foreign Exchange Forex adalah pasar global untuk perdagangan mata uang Pasar FOREX adal...
Video Tun M Drive Guna Sebelah Tangan Tarik Perhatian Netizen

Video Tun M Drive Guna Sebelah Tangan Tarik Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 121 hits
Walaupun sudah berusia mencecah 99 tahun Tun Mahathir yang juga Perdana Menteri keempat dan ketujuh dilihat masih lagi sihat dan bertenaga Melihat kepada video yang tular di laman sosial Tun M dilihat memandu atau test drive kenderaan bahar...
Buat Kerja Sekolah Guna Aplikasi Canva

Buat Kerja Sekolah Guna Aplikasi Canva

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 143 hits
Assalamualaikum Baru je selesai bantu Raudah buat kerja sekolah dia menggunakan aplikasi Canva Bayangkan seawal usia lapan tahun dah kena dedahkan dengan platform digital dalam talian Kalau aku waktu umur lapan tahun sibuk cari biji getah k...
Cara Pemkot Bontang Ciptakan Tenaga Kerja Terampil Sesuai Kebutuhan Industri

Cara Pemkot Bontang Ciptakan Tenaga Kerja Terampil Sesuai Kebutuhan Industri

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 134 hits
Pemerintah Kota Bontang melalui Dinas Tenaga Kerja menyelenggarakan kegiatan Perluasan Kesempatan Kerja dan Pelatihan Tenaga Kerja Mandiri
Beza Cara Kerja Mb Bila Ke Luar Negara

Beza Cara Kerja Mb Bila Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 144 hits
Mohd FairulBandingkan cara kerja menteri2 besar di luar negara Ada yang sibuk cari pemain industri pelabur berpotensi ada yang ronda2 jumpa pegawai Malaysia dan orang2 Malaysia sekitar tu je Nilai la baik2 mana yang bekerja mana yang sekupa...
Video Kpu Loloskan Dharma Kun Calon Tunggal Pilkada Jakarta Polisi Hentikan Kasus Catut Ktp

Video Kpu Loloskan Dharma Kun Calon Tunggal Pilkada Jakarta Polisi Hentikan Kasus Catut Ktp

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 79 hits
Komisi Pemilihan Umum Jakarta menetapkan Dharma Pongrekun dan Kun Wardana memenuhi syarat sebagai pasangan calon independen di Pilkada Jakarta 2024
Video Sindiran Fahri Hamzah Ada Eks Gubernur Jakarta Sibuk Politik Saat Deklarasi Rk Suswono

Video Sindiran Fahri Hamzah Ada Eks Gubernur Jakarta Sibuk Politik Saat Deklarasi Rk Suswono

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 50 hits
Koalisi Indonesia Maju Plus resmi mengusung Ridwan Kamil Suswono sebagai bakal calon gubernur dan calon wakil gubernur di Pilkada Jakarta 2024
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut