Paling Kurang 15 Minit Dedahkan Anak Aktiviti Luar Rumah Baru Imun Makin Kuat


Anak yang sakit kerap demam, selsema dan batuk mungkin berpunca daripada gaya hidup sejak kecil. Tidak didedahkan dengan aktiviti luar rumah dan aktiviti fizikal membuatkan anak kecil kita lebih rendah imun tubuhnya. Dan inilah yang membuatkan anak lebih mudah sakit.
Membiarkan anak-anak bermain di luar rumah sebenarnya banyak manfaatnya kepada perkembangan mereka. Disebabkan itulah perlu membiasakan diri dan memperkenalkan mereka kepada dunia luar. Belajarlah untuk mendedahkan anak dengan alam dan persekitarannya agar lebih tinggi imun mereka.
Melihat dari segi perkembangan anak-anak, aktiviti luar sebenarnya luar dapat memberi pelbagai manfaat kepada anak-anak kita.

* Mendukung pertumbuhan tulang yang sihat di mana sinaran matahari membantu meningkatkan vitamin D pada tubuh yang baik untuk pertumbuhan tulang anak-anak. Selama 10 hingga 15 minit sudah mencukupi anak-anak menerima vitamin D untuk pertumbuhan tulang mereka.
*Menguatkan otot dan tubuh anak-anak selain dapat belajar untuk berkawan dengan rakan sebaya yang baru.
*Dapat melihat alam semulajadi malah meneroka flora dan fauna di sekeliling mereka dan memberikan pengalaman baru yang bermakna buat mereka.
* Aktiviti bermain di luar adalah bebas dan tidak berstruktur, minda mereka akan lebih berkembang kerana mereka perlu memikirkan apa yang perlu dilakukan – berbanding sekadar menatap skrin televisyen atau gajet. Melalui proses ini, anak-anak belajar untuk membuat keputusan, tindakan, dan menguruskan emosi. Semua ini membantu mereka berasa lebih konfiden.

* Menggalakkan interaksi dan ekspresi emosi yang sihat. Ini disokong oleh pelbagai pemerhatian yang mendapati bahawa anak kecil akan menggunakan 5 kali ganda lebih banyak perkataan semasa bermain di luar rumah berbanding di dalam.
* Aktiviti luar bukan saja menyeronokkan, tetapi ia juga boleh membantu anak untuk menyalurkan tenaga mereka yang ‘tak pernah habis’. Bila tenaga ini dapat disalurkan dengan betul, mereka sebenarnya dapat tidur lebih awal. Sikap agresif dan tantrum merupakan salah satu tindakbalas untuk anak mengeluarkan tenaga dan mengekspresikan perasaan mereka.
* Anak bergerak lebih aktif berbanding duduk diam sahaja dan membantu langkah awal untuk mengelakkan komplikasi penyakit seperti diabetes, serangan jantung, rabun jauh, dan sebagainya.
Kesan Kurang Diberi Pendedahan Bermain di Luar
Ramai antara ibu bapa yang tidak sedar bahawa kekangan pergerakan yang diberikan kepada anak-anak, walaupun atas apa sebab sekali pun, boleh membawa banyak keburukan kepada perkembangan minda dan fizikal anak-anak.
Ini kerana kanak-kanak yang tidak atau kurang terdedah kepada aktiviti outdoor akan menjadi lebih lemah dari segi emosi dan fizikal.
Antara kesan yang berlaku kepada anak-anak ini apabila tidak diberi peluang untuk bermain aktiviti luar adalah:
* Tidak dapat membina otot
* Kurang membakar kalori
* Kurang kemahiran mengawal emosi
* Kurang membina kreativiti
* Kurang kemahiran penggunaan minda dan sekaligus, melemahkan kemahiran akademik (kesan jangka panjang)

Mungkin kita tidak menyedari bahawa anak kita selama ini ‘terasing’ daripada alam semulajadi seperti tumbuhan, haiwan, batu-batuan, awan, dan langit. Mereka sepatutnya mampu melempar bola, melompat, berlari, meneroka, menyentuh, dan menikmati masa di luar. Semua ini adalah manfaat bermain di luar yang merangsang perkembangan saraf motorik.
Tak perlu jauh, bermain di halaman rumah atau taman permainan awam pun dah cukup bagi mereka. Walaupun nampak kecil, ia adalah dunia yang serba gergasi untuk mereka terokai.
Artikel berkaitan: Nakal & Suka Bereksplorasi Tu Mungkin Tanda Otak Anak Tengah Berkembang, 5 Aktiviti Ini Pakar Saran Boleh Bantu Proses Belajar Anak-Anak!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
 
The post Paling Kurang 15 Minit Dedahkan Anak Aktiviti Luar Rumah, Baru Imun Makin Kuat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/paling-kurang-15-minit-dedahkan-anak-aktiviti-luar-rumah-baru-imun-makin-kuat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musim Pkpb Kurang Aktiviti Luar Ramai Kanak Kanak Terkena Sawan Kurang Vitamin D Boleh Affect Tulang

Musim Pkpb Kurang Aktiviti Luar Ramai Kanak Kanak Terkena Sawan Kurang Vitamin D Boleh Affect Tulang

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 396 hits
Musim PKPB ramai ibu bapa mengambil jalan selamat untuk mengasingkan anak anak daripada dunia luar supaya anak anak sentiasa selamat daripada virus virus yang tidak diingini Ada juga anak anak yang langsung tidak terkena cahaya matahari dan...
Nak Anak Bijak Rajin Rajinlah Uji Minda Anak Latih Anak Dengan 5 Aktiviti Ni Di Rumah

Nak Anak Bijak Rajin Rajinlah Uji Minda Anak Latih Anak Dengan 5 Aktiviti Ni Di Rumah

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 540 hits
Anak anak kecil sememangnya sukakan sesuatu yang boleh diterokai bagi merangsang minda skil motor halus dan kasarnya skil bahasa dan perkembangan kognitif serta keperluan emosi mereka Menurut Dr Nurul Ain Zulkifeli MD daripada Hospital Manj...
Makin Lama Kahwin Sepatutnya Makin Sayang Baru Anak Tengok Pun Bahagia

Makin Lama Kahwin Sepatutnya Makin Sayang Baru Anak Tengok Pun Bahagia

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 313 hits
Semakin hari semakin lanjut usia perkahwinan kita Takkan kita nak biarkan usia perkahwinan kita semakin berkubur dengan usia Semakin lama usia perkahwinan sepatutnya semakin banyak cerita dan pengalaman yang manis dibina bersama Saya pernah...
Kena Asah Skil Motor Halus Anak Dari Awal Lagi Ini Aktiviti Yang Boleh Mak Ayah Cuba Baru Anak Tak Asyik Dengan Gajet

Kena Asah Skil Motor Halus Anak Dari Awal Lagi Ini Aktiviti Yang Boleh Mak Ayah Cuba Baru Anak Tak Asyik Dengan Gajet

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 471 hits
Perkembangan setiap anak kecil mungkin berbeza beza tapi jika ingin mengasah kemahiran motor halus anak beberapa aktiviti yang akan menyeronokkan si kecil akan mengalihkan perhatian anak dari gajet Malah tak perlu tunggu anak usia enam tahu...
Kuat Merajuk Suka Berbohong Rupanya Tu Cara Anak Tunjuk Rasa Kurang Secure Yakin Diri Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Kuat Merajuk Suka Berbohong Rupanya Tu Cara Anak Tunjuk Rasa Kurang Secure Yakin Diri Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 556 hits
Bila di rumah dialah paling nakal paling kuat menyakat tapi bila dikalangan kawan kawan guru dan orang luar anak jadi pendiam menyendiri dan takut untuk bersuara Apakah ada antara anak anak kita yang bersikap begini Apa yang dinyatakan di a...
Kabar Bahagia Datang Dari Zaskia Gotik Anak Pertamanya Baru Saja Lahir Selamat

Kabar Bahagia Datang Dari Zaskia Gotik Anak Pertamanya Baru Saja Lahir Selamat

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 321 hits
Bayi Zaskia dikabarkan lahir prematur ibu dan jabang bayi dikabarkan dalam kondisi sehat
Suami Bawa Parang Panjang Datang Ke Rumah Bekas Mentua Alasan Nak Jumpa Anak

Suami Bawa Parang Panjang Datang Ke Rumah Bekas Mentua Alasan Nak Jumpa Anak

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 454 hits
Polis menahan seorang lelaki yang membawa parang ketika datang ke rumah bekas mentuanya dipercayai cuba melakukan ugutan jenayah Suspek telah bercerai dengan bekas isterinya itu pada Ogos lalu di Mahkamah Syariah Kepala BatasKetua Polis Dae...
Ibu Biarkan Anak Mati Dalam Bilik Air Dakwa Banyak Syaitan Dalam Rumah

Ibu Biarkan Anak Mati Dalam Bilik Air Dakwa Banyak Syaitan Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 404 hits
Seorang wanita warga emas ditahan polis pada Khamis lalu kerana dipercayai telah membiarkan anak lelakinya yang juga Orang Kurang Upaya mati di bilik air setelah dibiarkan selama beberapa hari lapor Daily Star Cheryl Christensen 60 didakwa ...
Rutin Harian Bila Anak Anak Kelas Online Di Rumah

Rutin Harian Bila Anak Anak Kelas Online Di Rumah

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 516 hits
Rutin Harian Bila Anak Anak Kelas Online Di Rumah Assalamualaikum Good morning Sebelum start buat apa apa kerja sebelum suami dan anak anak start online class Sarapan WAJIB ambik So as a mom pepagi lagi dah ke dapur untuk masak apa yang pat...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya