Nak Anak Bijak Rajin Rajinlah Uji Minda Anak Latih Anak Dengan 5 Aktiviti Ni Di Rumah


Anak-anak kecil sememangnya sukakan sesuatu yang boleh diterokai bagi merangsang minda, skil motor halus dan kasarnya, skil bahasa dan perkembangan kognitif serta keperluan emosi mereka.
Menurut Dr Nurul Ain Zulkifeli, MD (UNIMAS) daripada Hospital Manjung, Perak, satu kajian yang pernah dilakukan oleh pengkaji di luar negara mendapati bahawa, anak-anak yang mendapat stimulasi yang baik sebelum umurnya menjangkau 5 tahun mempunyai masa hadapan yang lebih baik daripada anak-anak yang tidak menerima rangsangan yang sama semasa kecil.
Namun tiada alasan lagi bagi ibu bapa untuk tidak meluangkan masa dengan anak-anak walaupun sesibuk mana bekerja. Di sekeliling kita misalnya terdapat pelbagai aktiviti yang dapat merangsang minda anak untuk jadi lebih bijak. Malah di rumah juga banyak aktiviti yang dapat menguji kepintaran anak-anak kecil kita, tanpa mengeluarkan belanja dan kos yang tinggi.

1) Bermain jigsaw puzzle
Ibu bapa boleh sesuaikan tahap kesukaran jigsaw puzzle dengan umur anak. Dari hanya seminimum 6 keping puzzle kepada berpuluh-puluh kepingan kecil. Menyusun puzzle adalah cara yang termudah untuk melatih dan merangsang skil pemikiran anak melalui penyelesaian masalah kerana anak akan berusaha untuk memadankan imej dan warna kepingan kecil puzzle. Puzzle dalam bentuk gambar, abjad, bentuk dan pelbagai tema seperti nombor, haiwan, kenderaan dan sebagainya dapat menarik perhatian anak.
Otak anak dirangsang melalui cara mereka menyelesaikan masalah, berfikir bagaimana cara atau strategi untuk mencantum kepingan dan juga bagus untuk kemahiran motor halus. Apabila anak mengambil, mengutip, memegang dan mencantum kepingan puzzle dan di masukkan ke dalam slot, sedikit sebanyak minda mereka teruji.
Bermain jigsaw puzzle juga dikategorikan sebagai satu permainan yang paling mudah, ringkas dan murah kerana puzzle boleh dibeli atau boleh dibuat sendiri. Ibu bapa hanya perlu cari gambar yang menarik misalnya kartun kesukaan anak dan guntingkan. Tampal di atas kertas tebal atau kad manila dan guntingkan menjadi beberapa kepingan puzzle.

2) Bermain dengan warna
“Messy Play” melalui bermain dengan kepelbagaian warna dapat memberi keseronokan dan mengembangkan otak anak kecil dengan cepat. Ibu bapa boleh menyediakan kertas lukisan dan alatan melukis di rumah. Warna pula boleh dibeli dan pastikan yang bersesuaian dengan umur contohnya Crayola Water Colour yang amat selamat untuk anak berumur kecil.
Antara kepelbagaian aktiviti untuk bermain dengan warna adalah:
* Mencampurkan dua atau lebih warna untuk menghasilkan warna yang berbeza.
* Bermain warna dengan menggunakan alatan permainan anak-anak.
* Menggunakan medium seperti berus gigi, putik kapas, kapas, kain perca dan batang aiskrim untuk di buat corak.
* Menggunakan anggota badan sendiri.
* Penggunaan rempah ratus yang keras seperti bunga lawang dan kayu manis (juga elok untuk meningkatkan skil sensori anak)
Yang penting, kaitkan aktiviti mewarna dengan pembelajaran seharian dan libatkan anak ketika proses pembersihan selepas bermain aktiviti ‘messy play” ini.

3) Bercerita dengan anak
Anak suka mendengar dan juga ingin didengari. Fakta juga jelas mengatakan bercerita kepada anak-anak dapat merangsang perkembangan otak dan juga baik untuk emosi. Jadi tidak hairan jika model pendidikan prasekolah yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia menekankan perkembangan sosioemosi kerana perkembangan emosi yang matang menjadi asas pembentukan sahsiah individu yang seimbang.
Teknik bercerita boleh dipelbagaikan oleh ibu bapa bertujuan untuk menarik minat anak-anak. Contohnya:
* Pelbagaikan bahan bacaan dengan gambar dan warna yang menarik. Yang penting juga saiz perkataan yang digunakan.
* Sambil bercerita, ibu bapa boleh menggunakan alat seperti anak patung kesayangan anak perempuan atau alat bantu mengajar yang lain.
* Menggunakan teknik atau intonasi suara yang bersesuaian dengan jalan cerita.
* Bertanyakan pendapat atau ambil perhatian setiap daripada respons yang diberikan oleh anak. Itu tandanya anak sedang berfikir dan kreatif.
* Hidupkan kelainan suasana bercerita seperti ibu bapa memakai kostum yang dijahit sendiri bersama anak Gunakan watak-watak menarik seperti superhero kesayangan mereka.
Jadi bercerita pada anak di rumah amatlah penting. Hubungan fizikal, sosial dan emosi terjalin dua hala di antara keduanya. Cukup mudah.
4) Pretend & Play
Bermula seawal usia 3 tahun, anak sudah pandai bermain dan ‘memegang’ tanggungjawab ringan seperti menyuap anak patung kegemaran mereka makan dan medodoikan patung mereka ketika tidur.
Seperti kaedah bercerita juga, pretend & play memberi hak utama dan kebebasan kepada anak untuk memainkan peranan dan tanggungjawab mereka. Ibu bapa boleh menyediakan set permainan alatan doktor dan berlakon menjadi orang yang sakit dan sedang menerima rawatan dari anak.
Nampak ringkas tetapi aktiviti ini sangat merangsang perkembangan awal otak anak serta meningkatkan kebolehan sosial dan kematangan berfikir.

5) Bermain dengan tanah liat
Jika anak tidak dapat bermain di luar rumah atau ibu bapa terlalu sibuk untuk membawa mereka keluar. Alternatif yang ada, berikan mereka doh atau pun permainan yang berunsurkan tanah liat / play doh. Antara kebaikan aktiviti ini adalah dapat menajamkan skil pemerhatian dan daya berfikir, menjana minda dan kreativiti anak serta meningkatkan kemahiran mengikut arahan. Selain itu, bermain tanah liat juga;
* Membantu menguatkan otot dan meningkatkan koordinasi tangan dan mata
* Mempelajari tekstur bahan
* Membantu mengenal warna
* Membantu perkembangan sosial anak
Moga dengan pilihan aktiviti yang ringkas dan mudah ini dapat membantu ibu bapa dalam menceriakan dan mempelbagaikan aktiviti bersama anak di rumah. Yang penting hubungan ibu bapa dan anak terjalin dengan lebih erat dan mesra.

Jangan lupa untuk saksikan power talk istimewa #Nifightagainstcancer yang akan berbincang tentang topik kanser pada 18 November 2020 ini!
Artikel berkaitan: Nak Anak Bijak Tapi Mak Ayah Selalu Tersalah Langkah, Betulkan 2 Perkara Ni Dulu!
Nak Anak Bijak Kena Rangsang Otak Sejak Bayi 10 Aktiviti Ini Boleh Buat Bayi Bijak!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
 
The post Nak Anak Bijak, Rajin-Rajinlah Uji Minda Anak, Latih Anak Dengan 5 Aktiviti Ni Di Rumah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-anak-bijak-rajin-rajinlah-uji-minda-anak-latih-anak-dengan-5-aktiviti-ni-di-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Paling Kurang 15 Minit Dedahkan Anak Aktiviti Luar Rumah Baru Imun Makin Kuat

Paling Kurang 15 Minit Dedahkan Anak Aktiviti Luar Rumah Baru Imun Makin Kuat

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 421 hits
Anak yang sakit kerap demam selsema dan batuk mungkin berpunca daripada gaya hidup sejak kecil Tidak didedahkan dengan aktiviti luar rumah dan aktiviti fizikal membuatkan anak kecil kita lebih rendah imun tubuhnya Dan inilah yang membuatkan...
Suami Bawa Parang Panjang Datang Ke Rumah Bekas Mentua Alasan Nak Jumpa Anak

Suami Bawa Parang Panjang Datang Ke Rumah Bekas Mentua Alasan Nak Jumpa Anak

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 454 hits
Polis menahan seorang lelaki yang membawa parang ketika datang ke rumah bekas mentuanya dipercayai cuba melakukan ugutan jenayah Suspek telah bercerai dengan bekas isterinya itu pada Ogos lalu di Mahkamah Syariah Kepala BatasKetua Polis Dae...
Tak Perlu Tinggi Suara Kalau Mak Ayah Rajin Kemas Rumah Anak Akan Contohi

Tak Perlu Tinggi Suara Kalau Mak Ayah Rajin Kemas Rumah Anak Akan Contohi

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 386 hits
Anak anak yang manja biasanya adalah paling sukar untuk anda minta pertolongan darinya sehingga kena tinggikan suara Namun kalau nak meluntur buluh biarlah dari rebungnya Kalau nak anak jadi rajin kenalah dilatih dari awal Jadi bagaimana ca...
Minda Anak Jadi Lebih Cergas Fokus Lepas Buat Aktiviti Ini Rugi Tak Cuba

Minda Anak Jadi Lebih Cergas Fokus Lepas Buat Aktiviti Ini Rugi Tak Cuba

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 416 hits
Anak yang aktif melakukan aktiviti akan merangsang mindanya menjadi cerdas dan fokus Dengan aktiviti ini ia mendidik anak anak ini berfikir dan menyelesaikan masalah Tidak dinafikan kanak kanak pada usia lima dan enam tahun telah sedia akti...
Tolak Pelawaan Rujuk Semula Bapa Anak Lempar 6 Bom Ikan Ke Rumah Bekas Isteri Menyebabkan Seorang Terbunuh

Tolak Pelawaan Rujuk Semula Bapa Anak Lempar 6 Bom Ikan Ke Rumah Bekas Isteri Menyebabkan Seorang Terbunuh

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 272 hits
Seorang wanita selamat manakala saudaranya maut akibat kecederaan parah selepas terkena letupan bom ikan yang dilemparkan ke rumah mangsa Dalam kejadian yang berlaku di Desa Kedung Pengaron Daerah Kejayan Jawa Timur pada malam 15 November 2...
Tolak Tepi Membazir Rumah Bersepah Tetap Perlu Belikan Mainan Untuk Perkembangan Otak Anak

Tolak Tepi Membazir Rumah Bersepah Tetap Perlu Belikan Mainan Untuk Perkembangan Otak Anak

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 389 hits
Bagi sesetengah ibu bapa membelikan anak mainan mungkin dirasakan satu pembaziran Tak kurang juga yang menyatakan ia buat rumah jadi bersepah dengan taburan mainan kecil Salah tanggapan ini dan seharusnya diperbetulkan Menurut Dr Redza Zain...
Payah Sangat Ke Nak Duduk Di Rumah Dik Oit Wanita Pakai Gelang Pink Berada Di Tempat Awam Ditahan Anggota Rela

Payah Sangat Ke Nak Duduk Di Rumah Dik Oit Wanita Pakai Gelang Pink Berada Di Tempat Awam Ditahan Anggota Rela

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 476 hits
Payah sangat ke nak duduk di rumah dik oit Wanita pakai gelang pink berada di tempat awam ditahan anggota RELASeorang wanita yang memakai gelang kuarantin ditahan anggota RELA selepas didapati berada di tempat awam mencetuskan kemarahan ora...
Finger Food Boleh Latih Bunyi Bibir Seperti M B P O V Y Kalau Tak Dilatih Anak Akan Lambat Bercakap

Finger Food Boleh Latih Bunyi Bibir Seperti M B P O V Y Kalau Tak Dilatih Anak Akan Lambat Bercakap

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 228 hits
Betul ke makan ada kaitan dengan bercakap ni Mesti ramai nak tahu kan Mesti ada juga yang tak percaya dengan hanya makan boleh latih untuk anak bercakap Sebenarnya memang ada kaitanya dengan pemakanan Kita semua makan menggunakan mulut apab...
Nak Tegur Anak Kena Dari Usia Muda Senang Nak Didik Dari Kecil Dah Tahu Beza Apa Betul Apa Salah

Nak Tegur Anak Kena Dari Usia Muda Senang Nak Didik Dari Kecil Dah Tahu Beza Apa Betul Apa Salah

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 273 hits
Dalam mendidik anak anak memang setiap daripada kita mempunyai cara dan jalan yang tersendiri Tak dinafikan apa yang dibuat mungkin tidak ada salahnya tapi dalam kita tidak sedar mungkin ada antara cara kita kurang tepat dalam memberi didik...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities