Pakej Makcik Kiah Tertipu Bang Non Tertinggal Terkial Kial



Populariti Makcik Kiah jauh tinggalkan Bang Non

NAMA Makcik Kiah, tiba-tiba meletup dengan pantasnya disebalik negara sedang berperang dengan wabak COVID-19 sekarang. 

Ini adalah kerana namanya diletupkan oleh sosok yang terpenting negara ketika ini iaitu YAB Perdana Menteri Malaysia, di waktu seluruh rakyat tertunggu-tunggu pengumuman pakej rangsangan kepada rakyat bagi menangani masalah ekonomi yang terjejas kerana wabak ini.

Siapa Makcik Kiah? Tiada siapa yang mengenalinya. Tetapi apa yang Makcik Kiah dapat, sungguh mengujakan rakyat. Ianya datang dari bantuan kerajaan kepada golongan marhaen. Makcik Kiah dijadikan contoh sebuah keluarga yang mendapat hampir semua pakej yang ditawarkan oleh kerajaan. Bertuah sungguh Makcik Kiah, kata rakyat yang menonton ucapan itu. Mereka semua gembira dan berpuas hati dengan pakej itu.

Nun jauh di sudut sebuah perpustakaan kecil di dalam sebuah mahligai di Segambut, melalui sebuah rakaman video, duduk seorang tua yang sungguh berazam menyedarkan rakyat atas apa yang dikatakan beliau sebagai penipuan pakej rangsangan. 

Kata kumpulan mereka, ‘Pakej Makcik Kiah Tertipu’, merujuk kepada pembohongan PM terhadap tawaran-tawaran yang kabur dari kerajaan. Beliau ialah Bang Non atau Pak Syeikh, nama gelaran yang amat sinonim kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, oleh rakan-rakan politik lama beliau. Bang Non cuba juga menaikkan nama Makcik Som dari Permatang Pauh dan Pak Mat dari Bagan Pinang di Port Dickson, tetapi nama Makcik Kiah sukar ditewaskan.

Bang Non telah mencuba sebaik mungkin, tetapi tetaplah nama Makcik Kiah disebut orang. Bang Non cuba mengajak rakyat melihat dengan mendalam akan pengiraan yang telah dilakukan oleh Kerajaan PN. Kata beliau ianya bukan berjumlah RM250 bilion seperti yang didakwa. Ianya cuma bernilai sekitar RM25 bilion sahaja. Maka Makcik Kiah dibimbangi tertipu oleh pakej rangsangan ini. Segeralah bertaburan kiraan-kiraan oleh pakar-pakar formula PH di medsos. 

Banyak yang perlu PH lakukan dalam masa yang singkat dan cemas ini. Ianya mesti suatu perkara berkenaan memberikan malu yang teramat besar kepada PN, bagi mendapatkan kembali keyakinan dari rakyat, setelah mereka teruk dikutuk dan dihina kerana ditipu hidup-hidup oleh bekas ketua pakatan mereka sendiri, Tun Mahathir. Kiranya, selain dari Covid-19, PH terpaksa juga berhadapan dengan rakyat.

Maka Bang Non dengan berani dan perkasa, mencabar kerajaan agar membuka gelanggang Parlimen bagi semua Ahli Parlimen memperbahaskan sebelum pakej ini diluluskan. Tanya Bang Non lagi, dari mana datangnya sumber wang yang banyak ini, bagi dia menunjukkan kepada rakyat yang sememangnya kerajaan tidak mempunyai wang.  Rakyat, ramai semakin lapar. Berbahas menambah lagi masa berlapar.

Lalu apa sebenarnya yang dimahukan Bang Non untuk perkara ini mahu dibahaskan di dalam Parlimen? Ada peruntukan kerajaan menggunakan wang tabungan atas perkara kecemasan. Ianya bukan suka-suka dibuat demikian. Jadi amat difahamilah oleh orang politik iaitu Bang Non hanya mahu ditonjolkan dirinya agar dilihat turut menggembleng tenaga.

Supaya dilihat orang dia juga sibuk, nampak pada pandangan orang dia juga ada menyertai dalam memberikan sumbang saran kepada pakej ini, orang akan tengok dia juga berkerja untuk rakyat walaupun bukan kerajaan, diharap rakyat perhatikan yang dia juga mempunyai kualiti menjadi Perdana Menteri.  
Apa terjadi sekarang? Bang Non hanya membebel di medsos sahaja. Bang Non tidak berjaya menaikkan _rating_ memuji beliau, tetapi ribuan komen-komen yang singgah di medsos ialah makian, cercaan, kehinaan dan sumpah seranah. Bang Non tidak biasa dengan keadaan hina ini. Bang Non selalunya dipuji kerana Bang Non hebat. Jadi Bang Non perlukan pentas rasmi bagi mempersembahkan kebolehannya.Kerana nanti setelah berbahas beberapa hari, pada akhirnya Bang Non akan menggulung turut bersetuju untuk pakej ini tetapi dengan beberapa penambahbaikan darinya. Jadi nampaklah ianya secara rasmi pakej ini juga dipersetujui oleh Bang Non yang juga tinggi kecaknaannya kepada rakyat. Dan fikirnya rakyat akan melopongkan mulut mereka terpesona dengan formula dan hujah-hujah Bang Non bagi masalah ini.Dalam politik, taktik ini dikira sebagai taktik asas dalam mencari ‘glamour’. Menumpang pentas orang yang terkenal dan disukai bagi dia turut menayangkan dirinya. Sebab itu PM tidak melayan kehendak Bang Non untuk menumpang populariti beliau. PM sekarang amat popular dan disayangi rakyat. Kerana itulah Makcik Kiah menjadi ‘glamour’ begitu pantas dalam masa hanya sehari, kerana dapat menumpang PM.Nyata Bang Non jauh terperosok ketinggalan di belakang dalam mengejar populariti. Makcik Kiah yang entah siapa, dari mana, dengan tenang memotong Bang Non di selekoh dan meninggalkan Bang Non yang terkial-kial menahan makian rakyat dengan formulanya. Nama Bang Non sudah pudar di persada politik tanah air, mungkin buat seminggu dua ini dan diharap akan lebih panjang lagi tempohnya.Bang Non gagal dengan formula gelaran ‘Kerajaan Pintu Belakang’, tewas dengan formula turun harga minyak, tumpas dengan idea serah jawatan PM oleh Tun M, kalah dengan TS Muhyiddin dalam mendapat perkenan YDPA sebagai PM, tidak memenangi hati rakyat jelata dek kerana politiknya tidak kira tempat dan keadaan. Sekarang ini pula, jauh ditinggal di belakang oleh Makcik Kiah. Malang sungguh Bang Non.Segalanya tidak menjadi bagi Bang Non yang dilihat bagai mati kutu. Walaupun begitu, semangat juangnya tetap tinggi dan terpuji. Bang Non tidak mengalah, apatah lagi kepada Makcik Kiah, kerana taraf Bang Non ialah bakal PM, manakan sama dengan Makcik Kiah. Dengan sisa pengikut politik yang masih setia dengan Bang Non, nama dikata menyerah, pantang sekali. “Lawan tetapppp…Lawannn!!!”, seru Bang Non.Ya Bang Non akan bangkit dan mesti bangkit. Tetapi dengan isu apa? Kerajaan muflis? Sudah dibuktikan ada wang. Kerajaan menipu? PH yang gagal tunai janji dulu. Kerajaan tidak cekap? PH yang ramai Menteri tiada sijil. Bang Non ajak rakyat kutuk kerajaan, balik-balik Bang Non yang kena maki, kena kutuk.Atau mungkinkah Bang Non dah dapat jumlah Ahli Parlimen yang sokong Bang Non. Lalu Bang Non ajak PM buka Parlimen, bukan nak bahas pakej, tapi nak buat undi tak percaya kepada PM, untuk Bang Non pula menjadi PM. Bang Non ni kan, pening….pening sungguh.MOHD NASIR ABDULLAH
28 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 28/3/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/pakej-makcik-kiah-tertipu-membuat-bang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Makcik Kiah Tertipu Makcik Kiah Jgn Tertipu

Pakej Makcik Kiah Tertipu Makcik Kiah Jgn Tertipu

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 280 hits
PAKEJ MAKCIK KIAH TERTIPU MAKCIK KIAH JGN TERTIPU NOTA EDITOR Di bawah adalah huraian berfakta Pakej Ransangan Ekonomi untuk B40 dan M40 yang baru sahaja dibaca oleh Perdana Menteri kita Muhyiddin Yaasin Ia sumbangan dari sumber yang tidak ...
Pakej Ransangan Makcik Kiah Tertipu

Pakej Ransangan Makcik Kiah Tertipu

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 242 hits
Banyak juga pengunjung blog dan Facebook saya yang bertanya pandangan saya mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin semalam Bagi memudahkan lagi kefahaman mengenainya izinka...
Apa Kena Mengena Makcik Kiah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat

Apa Kena Mengena Makcik Kiah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 360 hits
Apa Kena Mengena Makcik Kiah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat Assalamu alaikum Semenjak Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan
Benarkah Makcik Kiah Tertipu Lelaki Ini Sekolahkan Kadir Jasin

Benarkah Makcik Kiah Tertipu Lelaki Ini Sekolahkan Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 299 hits
Rasa nak jawab Kadir Jasin ni Sebelum tu apa perlu kita faham ini dinamakan sebagai stimulus package bukan belanjawan Duit dalam perbendaharaan negara itu semua duit rakyat Bila duit rakyat kenalah sampai kepada rakyat ketika rakyat susah Y...
Pakej Mak Cik Kiah Tertipu Kadir Lupa Ker Masa Ph Dulu Banyak Tin Kosong

Pakej Mak Cik Kiah Tertipu Kadir Lupa Ker Masa Ph Dulu Banyak Tin Kosong

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 474 hits
Banyak juga pengunjung Blog dan Facebook saya yang bertanya pandangan saya mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin siang tadi Bagi memudahkan lagi kefahaman mengena...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menyebelahi B40 Seperti Makcik Kiah

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menyebelahi B40 Seperti Makcik Kiah

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 401 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menyebelahi B40 Seperti Makcik Kiah Teruja dengan penuh khusyuk bila PM8 mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN tempohhari Sambil dok dengar tu sambil membuat ulasan kecil...
Pakej Kiah Tertipu Versi Baru

Pakej Kiah Tertipu Versi Baru

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 211 hits
MOHD ASRO ABU BAKARJangan kecam saya baca dan faham kalau tak betul jangan marah haaaa 1 Pertama kerajaan tak keluarkan RM250b Jumlah sebenar kerajaan belanjakan tak sampai pun 10 iaitu hanya RM22bil aja Yang lain duit rakyat seperti a Tang...
Pakej Kiah Tertipu

Pakej Kiah Tertipu

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 345 hits
Jangan terpedaya rakyat sekalian Ini sebabnya1 Pertama kerajaan tak keluarkan RM250b Jumlah sebenar kerajaan belanjakan tak sampai pun 10 iaitu hanya RM22bil aja Yang lain duit rakyat seperti a Tangguh bayar bank b Keluar duit sendiri dari ...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Untung Mak Cik Kiah

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Untung Mak Cik Kiah

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 433 hits
Salam to all readers Sekali lagi Perdana Menteri kita Tan Sri Muhiyyidin Yassin melakukan siaran langsung petang semalam Kali ini berkenaan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat gara gara covic 19 ramai orang dapat impak Jadi bagi mengur...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator