Pakej Ransangan Makcik Kiah Tertipu



Banyak juga pengunjung blog dan Facebook saya yang bertanya pandangan saya mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin semalam.
Bagi memudahkan lagi kefahaman mengenainya, izinkan saya menulis semula nukilan bertajuk “Pakej Kiah Tertipu”.
Rencana tersebut adalah analisis pakar ke atas pakej berkenaan. Antara perkara perlu dipertimbangkan dan difahami adalah seperti berikut:
Walaupun pakej itu berjumlah RM250 bilion tetapi adalah dianggarkan tidak sampai 10 peratus atau hanya sekitar RM22 bilion saja duit kerajaan. Yang selebihnya adalah duit rakyat jelata sendiri. Duit kita.
Namun kita alu-alukan peruntukan tambahan RM1 bilion kepada Kementerian Kesihatan dalam usaha memerangi wabak besar Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang.
Kalau kerajaan hanya peruntukkan RM22 bilion duit negara, dari manakah datang jumlah RM250 bilion yang Muhyiddin umumkan itu?
Jawapannya adalah sebahagian besar – mungkin hingga 90 peratus – daripada jumlah RM250 bilion itu adalah kemudahan kewangan. Kemudahan kewangan tidak sama dengan peruntukan kewangan.
Kalau begitu, dari manakah datangnya baki RM228 bilion pakej itu? Jawabnya daripada duit rakyat jelata sendiri yang wujud dalam berbagai-bagai bentuk dan di bermacam-macam tempat.
Misalnya, RM100 bilion adalah dalam bentuk penangguhan bayaran balik hutang rakyat jelata kepada bank. Duit kita sendiri. Bank hanya tangguh sementara. Lambat laun kena bayar juga.
Keluarkan RM500 KWSP
Kemudian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/ EPF) benarkan kita yang ada simpanan untuk keluarkan sebahagian daripadanya. Jumlah itu dianggarkan RM40 bilion. Sekali lagi duit kita, bukan duit kerajaan.
Kita juga dibenarkan tangguh caruman kepada KWSP dan kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau Human Resource Development Fund (HRDF) untuk selama enam bulan yang jumlah besarnya RM6 bilion serta jaminan pinjaman daripada Danajamin sebanyak RM50 bilion. Semua ini duit rakyat sendiri.
Muhyiddin bagi contoh seorang suri rumah yang dia bagi nama Makcik Kiah. Makcik Kiah ni suami dia pesara tapi terus bekerja sebagai pemandu Grab dan ahli Rela, ada anak seorang.
Tapi bukan semua orang macam Makcik Kiah. Muhyiddin kata, dengan semua kemudahan yang dia umumkan itu, Makcik Kiah dan keluarganya akan dapat penjimatan RM4,464.
Tapi penjimataan sebenar hanyalah RM864 pasal pinjaman kereta (RM1,800), PTPTN (RM1,200) dan kredit mikro (RM600) yang jumlahnya RM3,600 akhirnya kena bayar balik juga.
Sebenarnya Makcik Kiah hanya jimat sewa rumah PPR sebanyak RM744 dan bil letrik RM120 sebulan. Jadi yang Makcik Kiah jimat hanyalah RM864 bukan RM4,464.
Macam mana pula dengan Makcik Limah, seorang suri rumah yang tinggal di Kampung? Suaminya bekerja di kedai tomyam bergaji hari. Anak tiga orang masih di sekolah rendah. Jumlah bantuan prihatin RM1,600 dan baki Bantuan Sara Hidup RM600. Jumlah semuanya RM2,200. Jauh lebih rendah daripada yang Muhyiddin sebut dalam ucapan di televisyen.
Syarikat buang pekerja
Bantuan kepada Mak Cik Kiah bukan setiap bulan tapi hanya sekali sahaja dan akan dibayar dua kali, setengah setengah.
Ramai orang akan hilang pekerjaan. Kerajaan hanya bayar RM600 subsidi upah kepada majikan. Tapi syarikat yang tidak ada pendapatan akan tetap buang pekerja atau tutup terus.
RM600 terlalu sedikit bagi membantu atau menggalakkan majikan terus bayar gaji atau mengekalkan pekerja. Sebagai perbandingan, Kerajaan Singapura bayar sehingga 75 peratus daripada gaji pekerja.
Jika gaji S$4,500 Kerajaan Singapura bayar S$3,375 untuk tempoh sembilan bulan. Kita bagi tiga bulan sebanyak RM600. Ini tidak cukup untuk mengelak jutaan pekerja kilang daripada dibuang.
Bantuan baru kepada mereka yang hilang sumber pendapatan kerana dibuang kerja antara RM500 dan RM1,600 (bantuan prihatin) pun dibayar sekali saja.
Sebagai perbandingan, kos sara hidup di Kuala Lumpur untuk suami isteri dan dua orang anak adalah RM6,700 sebulan.
Di Singapura, kerajaan bagi S$800 (kira-kira RM2,400) sebulan selama tiga bulan kepada yang hilang pekerjaan. Bagi yang kerja sendiri, kerajaan mereka bagi S$1,000 (RM3,000) sebulan selama sembilan bulan. Kita bagi sekali saja.
Menurut Kementerian Kewangan, kadar pertumbuhan ekonomi dijangka tidak turun di bawah sifar (0 peratus). Tapi ramai ahli ekonomi menganggarkan yang ekonomi akan menguncup dan sekurang-kurangnya sejuta orang akan hilang pekerjaan.
Pekej ransangan kedekut
Kesimpulannnya, Mak Cik Kiah janganlah mudah tertipu. Bantuan yang diberikan terlalu kecil dan tidak mencukupi untuk mengatasi malapetaka ekonomi ini.
Kerajaan masih kedekut. Peruntukan kewangan sebenar hanyalah sekitar RM22 bilion bukan RM250 bilion seperti yang diuar-uarkan.
Malah jumlah ini termasuk RM20 bilion daripada pakej yang diumumkan oleh bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad pada 27 Februari lalu.
Orang yang tidak faham ekonomi dan kewangan tentu seronok sebab dapat sedikit bantuan yang meringankan sedikit beban. Tapi orang faham ekonomi dan kewangan akan membuat analisis dan simulasi yang lebih luas dan mendalam.
______________________________________________________________________________
Datuk A Kadir Jasin merupakan tokoh wartawan terkenal negara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26879

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Makcik Kiah Tertipu Makcik Kiah Jgn Tertipu

Pakej Makcik Kiah Tertipu Makcik Kiah Jgn Tertipu

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 276 hits
PAKEJ MAKCIK KIAH TERTIPU MAKCIK KIAH JGN TERTIPU NOTA EDITOR Di bawah adalah huraian berfakta Pakej Ransangan Ekonomi untuk B40 dan M40 yang baru sahaja dibaca oleh Perdana Menteri kita Muhyiddin Yaasin Ia sumbangan dari sumber yang tidak ...
Pakej Makcik Kiah Tertipu Bang Non Tertinggal Terkial Kial

Pakej Makcik Kiah Tertipu Bang Non Tertinggal Terkial Kial

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 299 hits
Populariti Makcik Kiah jauh tinggalkan Bang NonNAMA Makcik Kiah tiba tiba meletup dengan pantasnya disebalik negara sedang berperang dengan wabak COVID 19 sekarang Ini adalah kerana namanya diletupkan oleh sosok yang terpenting negara ketik...
Pakej Mak Cik Kiah Tertipu Kadir Lupa Ker Masa Ph Dulu Banyak Tin Kosong

Pakej Mak Cik Kiah Tertipu Kadir Lupa Ker Masa Ph Dulu Banyak Tin Kosong

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 469 hits
Banyak juga pengunjung Blog dan Facebook saya yang bertanya pandangan saya mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin siang tadi Bagi memudahkan lagi kefahaman mengena...
Pakej Kiah Tertipu

Pakej Kiah Tertipu

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 340 hits
Jangan terpedaya rakyat sekalian Ini sebabnya1 Pertama kerajaan tak keluarkan RM250b Jumlah sebenar kerajaan belanjakan tak sampai pun 10 iaitu hanya RM22bil aja Yang lain duit rakyat seperti a Tangguh bayar bank b Keluar duit sendiri dari ...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menyebelahi B40 Seperti Makcik Kiah

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menyebelahi B40 Seperti Makcik Kiah

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 394 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menyebelahi B40 Seperti Makcik Kiah Teruja dengan penuh khusyuk bila PM8 mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN tempohhari Sambil dok dengar tu sambil membuat ulasan kecil...
Apa Kena Mengena Makcik Kiah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat

Apa Kena Mengena Makcik Kiah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 354 hits
Apa Kena Mengena Makcik Kiah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat Assalamu alaikum Semenjak Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan
12 Meme Mak Cik Kiah Trending Selepas Pengumuman Pm Pakej Ransangan Ekonomi

12 Meme Mak Cik Kiah Trending Selepas Pengumuman Pm Pakej Ransangan Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 484 hits
Siapa Mak cik Kiah tiba tiba nama Makcik Kiah kini trending dan heboh diperkatakan oleh nitizen Rata rata tahu akan siapa makcik ini dan ada juga yang tidak ketahui siapa makcik yang disebut sebut ini Dimana Cik Kiah Avengers VersionSebelum...
Benarkah Makcik Kiah Tertipu Lelaki Ini Sekolahkan Kadir Jasin

Benarkah Makcik Kiah Tertipu Lelaki Ini Sekolahkan Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 291 hits
Rasa nak jawab Kadir Jasin ni Sebelum tu apa perlu kita faham ini dinamakan sebagai stimulus package bukan belanjawan Duit dalam perbendaharaan negara itu semua duit rakyat Bila duit rakyat kenalah sampai kepada rakyat ketika rakyat susah Y...
Pakej Kiah Tertipu Versi Baru

Pakej Kiah Tertipu Versi Baru

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 206 hits
MOHD ASRO ABU BAKARJangan kecam saya baca dan faham kalau tak betul jangan marah haaaa 1 Pertama kerajaan tak keluarkan RM250b Jumlah sebenar kerajaan belanjakan tak sampai pun 10 iaitu hanya RM22bil aja Yang lain duit rakyat seperti a Tang...
Your Ultimate Defense The Benefits Of A Strong Toto Verification Community

Revolutionize Your Viewing Experience With Xtv Ultra Iptv Player

Perbezaan Antara Buah Naga Merah Dan Buah Naga Putih

Haji Hadi Ajak Selamatkan Orang Melayu

Ballet Nights Kuala Lumpur Persembahan Balet Sensasi London Menampilkan Penari Cilik Cemerlang Sophia Ong Dari Selangor

Timor Leste Pm Departs Home After Three Day Official Visit To Malaysia

Biodata Ben Amir Pelakon Popular Dan Perjalanan Karier

Inovasi Energi Terbarukan Yang Mengubah Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan

Mengapa Individu Pandai Lebih Sedih dan Tertekan Dalam Hidup


Hyde Hotel Bodrum By Ye Im Kozanl Architecture Interior Design

Two Tales By Ministers Over Dnb

Yacht Outing Was Afternoon Tea Not 1mdb Embezzlement Plot Najib

Nearly 14 000 New Teachers Placed In Schools This Year

Dual Boot Windows Dan Ubuntu

Finding Hidden Passwords Saved In Your Browsers