Pakej Mak Cik Kiah Tertipu Kadir Lupa Ker Masa Ph Dulu Banyak Tin Kosong


Banyak juga pengunjung Blog dan Facebook saya yang bertanya pandangan saya mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin siang tadi

Bagi memudahkan lagi kefahaman mengenainya, izinkan saya menulis semula nukilan bertajuk "Pakej Kiah Tertipu"

Rencana tersebut adalah analisis pakar ke atas pakej berkenaan. Antara perkara perlu dipertimbangkan dan difahami adalah seperti berikut:
1. Walaupun pakej itu berjumlah RM250 bilion tetapi adalah dianggarkan tidak sampai 10% atau hanya sekitar RM22 bilion saja duit kerajaan. Yang selebihnya adalah duit rakyat jelata sendiri. Duit kita

BANkami : Ini dikatakan political persepsi yanh dulunya diwujudkan untuk membuatkan minda rakyat tertanya kepada perkara yang dia sendiri tidak faham. Perkara mudah kadir jasin buat hanyalah bidas melalui hanya 10% tanpa perincian details. Dan raykat semestinya terpukau.
2. Namun kita alu-alukan peruntukan tambahan RM1 bilion kepada Kementerian Kesihatan dalam usaha memerangi wabak besar Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang

3. Kalau kerajaan hanya peruntukkan RM22 bilion duit negara, dari manakah datang jumlah RM250 bilion yang Muhyiddin umumkan itu

Jawapannya adalah sebahagian besar – mungkin hingga 90 peratus – daripada jumlah RM250 bilion itu adalah kemudahan kewangan. Kemudahan kewangan tidak sama dengan peruntukan kewangan.

BANkami : Secara tak langsung kadir membuka sendiri pekung cara PH mencari duit ketika mentadbir negara. Dalam masa singkat dan tiada impak pelaburan dibawa masuk dan hanya menggunakan propaganda "ini hutang kerajaan lama". Kita perlu tahu percairan wang yang disuntik yidin bagi merancak pembelian domestik dalam negara supaya pengaliran wang ada berlaku dan rakyat tidak tertekan. 

5. Kalau begitu, dari manakah datangnya baki RM228 bilion pakej itu? Jawabnya daripada duit rakyat jelata sendiri yang wujud dalam berbagai-bagai bentuk dan di bermacam-macam tempat

BANkami : Sama propa persepsi. Nasib baik dia tak cakap duit dari bantuan jho low. Duit 1mdb.

6. Misalnya, RM100 bilion adalah dalam bentuk penangguhan bayaran balik hutang rakyat jelata kepada bank. Duit kita sendiri. Bank hanya tangguh sementara. Lambat laun kena bayar juga

BANkami : Yang ni aku rasa, rakyat yang belajar ekonomi sampai form 3 sudah faham. Duit tu ditangguh untuk mengurangkan beban rakyat. Bak kata pemimpin PH semasa menjadi kerajaan, hutang perlu dibayar.

7. Kemudian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) benarkan kita yang ada simpanan untuk keluarkan sebahagian daripadanya. Jumlah itu dianggarkan RM40 bilion. Sekali lagi duit kita, bukan duit kerajaan

BANkami : Yang ni persepsi yang cuba ditanam tetapi tidak berjaya. Malah banyak komen membidas kenyataan tidak berasas PH. Duit kwsp hanya diberi kelonggaran dan tidak mewajibkan rakyat mengeluarkannya. So, kalau tiada kesempitan wang, buat apa keluarkan. Simple jer bro kadir.

8. Kita juga dibenarkan tangguh caruman kepada KWSP dan kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau Human Resource Development Fund (HRDF) untuk selama enam bulan yang jumlah besarnya RM6 bilion serta jaminan pinjaman daripada Danajamin sebanyak RM50 bilion. Semua ini duit rakyat sendiri. 
9. Muhyiddin bagi contoh seorang suri rumah yang dia bagi nama Makcik Kiah. Makcik Kiah ni suami dia pesara tapi terus bekerja sebagai pemandu Grab dan ahli Rela, ada anak seorang. Tapi bukan semua orang macam Makcik Kiah. Muhyiddin kata, dengan semua kemudahan yang dia umumkan itu, Makcik Kiah dan keluarganya akan dapat penjimatan RM4,464. Tapi penjimataan sebenar hanyalah RM864 pasal pinjaman kereta (RM1,800), PTPTN (RM1,200) dan kredit mikro (RM600) yang jumlahnya RM3,600 akhirnya kena bayar balik juga

BANkami : Sembang ptptn buat malu jerla 😂

10. Sebenarnya Makcik Kiah hanya jimat sewa rumah PPR sebanyak RM744 dan bil letrik RM120 sebulan. Jadi yang Makcik Kiah jimat hanyalah RM864 bukan RM4,464

11. Macam mana pula dengan Makcik Limah, seorang suri rumah yang tinggal di Kampung? Suaminya bekerja di kedai tomyam bergaji hari. Anak tiga orang masih di sekolah rendah. Jumlah bantuan prihatin RM1,600 dan baki Bantuan Sara Hidup RM600. Jumlah semuanya RM2,200. Jauh lebih rendah daripada yang Muhyiddin sebut dalam ucapan di televisyen


Muhyiddinomics: merangsangkan Mak Cik Kiah
12. Bantuan kepada Mak Cik Kiah bukan setiap bulan tapi hanya sekali sahaja dan akan dibayar dua kali, setengah setengah

13. Ramai orang akan hilang pekerjaan. Kerajaan hanya bayar RM600 subsidi upah kepada majikan. Tapi syarikat yang tidak ada pendapatan akan tetap buang pekerja atau tutup terus. RM600 terlalu sedikit bagi membantu atau menggalakkan majikan terus bayar gaji atau mengekalkan pekerja. Sebagai perbandingan, Kerajaan Singapura bayar sehingga 75% daripada gaji pekerja. Jika gaji S$4,500 Kerajaan Singapura bayar S$3,375 untuk tempoh sembilan bulan. Kita bagi tiga bulan sebanyak RM600. Ini tidak cukup untuk mengelak jutaan pekerja kilang daripada dibuang

14. Bantuan baru kepada mereka yang hilang sumber pendapatan kerana dibuang kerja antara RM500 dan RM1,600 (bantuan prihatin) pun dibayar sekali saja

15. Sebagai perbandingan, kos sara hidup di Kuala Lumpur untuk suami isteri dan dua orang anak adalah RM6,700 sebulan. Di Singapura, kerajaan bagi S$800 (kira-kira RM2,400) sebulan selama tiga bulan kepada yang hilang pekerjaan. Bagi yang kerja sendiri, kerajaan mereka bagi S$1,000 (RM3,000) sebulan selama sembilan bulan. Kita bagi sekali saja

15. Menurut Kementerian Kewangan, kadar pertumbuhan ekonomi dijangka tidak turun di bawah sifar (0 peratus). Tapi ramai ahli ekonomi menganggarkan yang ekonomi akan menguncup dan sekurang-kurangnya sejuta orang akan hilang pekerjaan

16. Kesimpulannnya, Mak Cik Kiah janganlah mudah tertipu. Bantuan yang diberikan terlalu kecil dan tidak mencukupi untuk mengatasi mala petaka ekonomi ini. Kerajaan masih kedekut. Peruntukan kewangan sebenar hanyalah sekitar RM22 bilion bukan RM250 bilion seperti yang diuar-uarkan. Malah jumlah ini termasuk RM20 bilion daripada pakej yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 27 Februari lalu

17. Orang yang tidak faham ekonomi dan kewangan tentu seronok sebab dapat sedikit bantuan yang meringankan sedikit beban. Tapi orang faham ekonomi dan kewangan akan membuat analisis dan simulasi yang lebih luas dan mendalam

BANkami :  Aku nak explain satu2 pun, dia cuma swing perkara yang sama. Supaya pembaca membaca persepsi yang sama dari sudut yang berbeza. As a blogger itulah cara menanam persepsi kepada masyarakat. Menulis perkara menjurus tempat yang sama tetapi dalam dialog berbeza. 

Yang pastinya, tiada input idea yang bernas. Sebab pakar formula rafizi ramli dah bersara.
KadirJasin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/03/pakej-mak-cik-kiah-tertipu-kadir-lupa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Untung Mak Cik Kiah

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Untung Mak Cik Kiah

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 431 hits
Salam to all readers Sekali lagi Perdana Menteri kita Tan Sri Muhiyyidin Yassin melakukan siaran langsung petang semalam Kali ini berkenaan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat gara gara covic 19 ramai orang dapat impak Jadi bagi mengur...
12 Meme Mak Cik Kiah Trending Selepas Pengumuman Pm Pakej Ransangan Ekonomi

12 Meme Mak Cik Kiah Trending Selepas Pengumuman Pm Pakej Ransangan Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 490 hits
Siapa Mak cik Kiah tiba tiba nama Makcik Kiah kini trending dan heboh diperkatakan oleh nitizen Rata rata tahu akan siapa makcik ini dan ada juga yang tidak ketahui siapa makcik yang disebut sebut ini Dimana Cik Kiah Avengers VersionSebelum...
Meletop Letop Nama Mak Cik Kiah Penangan Tsmy Pakej Ransangan Ekonomi Covid19

Meletop Letop Nama Mak Cik Kiah Penangan Tsmy Pakej Ransangan Ekonomi Covid19

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 789 hits
Meletop Letop Nama Mak Cik Kiah Penangan TSMY Pakej Ransangan Ekonomi Covid19 Sekarang trending mengenai makcikkiah dan semua sosial media menceritakannya Contoh yang diberikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhiyudin Yassin memang on point s...
Mak Cik Kiah Kini Trending Di Twitter

Mak Cik Kiah Kini Trending Di Twitter

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 398 hits
kini trending setelah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi contoh perbelanjaan yang bakal diterima dalam isi rumah setelah selesai pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Contohnya Mak Cik Kiah penjual goreng pisang ...
Nama Mak Cik Kiah Dari Sudut Tatabahasa Arab Dan Sirah

Nama Mak Cik Kiah Dari Sudut Tatabahasa Arab Dan Sirah

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 369 hits
Nama MAK CIK KIAH dari sudut tatabahasa Arab dan Sirah Mak Cik Kiah adalah nama yang sinonim dengan nama kampung yang harmoni Barangkali penama ini mendapat gelaran daripada nama penuh RUKIAH RUQIAH atau RUQAYYAH Kesemua nama di atas membaw...
Pakej Ransangan Makcik Kiah Tertipu

Pakej Ransangan Makcik Kiah Tertipu

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 241 hits
Banyak juga pengunjung blog dan Facebook saya yang bertanya pandangan saya mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin semalam Bagi memudahkan lagi kefahaman mengenainya izinka...
Mak Cik Kiah Oh Makcik Kiah

Mak Cik Kiah Oh Makcik Kiah

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 399 hits
Banyak juga pengunjung blog dan Facebook saya yang bertanya pandangan saya mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin semalam Bagi memudahkan lagi kefahaman mengenainya izinka...
Mak Cik Kiah Yang Terangsang

Mak Cik Kiah Yang Terangsang

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 372 hits
Al Abror Mohd Yusuf PULASAN Itulah makbul doa arwah Ustaz Fadzil dulu kata seorang guru yang sudah berpuluh puluh tahun berkhidmat memandaikan anak bangsa Panjang umur Mahathir biar dia nampak kerosakan yang dia buat sebelum ini Soal seoran...
Pakej Makcik Kiah Tertipu Bang Non Tertinggal Terkial Kial

Pakej Makcik Kiah Tertipu Bang Non Tertinggal Terkial Kial

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 304 hits
Populariti Makcik Kiah jauh tinggalkan Bang NonNAMA Makcik Kiah tiba tiba meletup dengan pantasnya disebalik negara sedang berperang dengan wabak COVID 19 sekarang Ini adalah kerana namanya diletupkan oleh sosok yang terpenting negara ketik...
Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga

Pdrm Siasat Resit Makanan Cepat Saji Di Johor Didakwa Mengandungi Teks Menghina Islam

Ini 32 Wajah Bakal Berentap Membawa Pulang Rm1 Juta Peserta Sabah Dominasi Csoiam