Pakar Kongsi Cara Pilih Mainan Untuk Anak 0 3 Tahun Jenis Mainan Yang Tahan Lasak
Bukan hanya anak yang excited memilih barang permainan, ibu bapa juga turut teruja. Yelah.. macam-macam jenis permainan yang cantik dan comel nak dipilih.
Sebenarnya dalam pemilihan barang permainan anak-anak, ibu bapa haruslah mengambil tahu jenis mainan, kesesuaian mengikut umur dan fungsi mainan itu sendiri. Kalau nak tahu lebih lanjut, ikut perkongsian daripada pakar terapi cara kerja Puan Maryam Jamadi.
CARA PILIH MAINAN DAN REVIEW MAINAN IKEA
❤ Post ini untuk mak ayah yang tertanya-tanya mainan apa paling bagus untuk anak dan review mainan dari Ikea ❤
– Bukan post berbayar –
Mungkin ada yang tak tahu sebenarnya IKEA bukan hanya menjual perabot tetapi ada jual mainan kanak-kanak juga. Barang terapi di Beyond Home Therapy memang kebanyakannya dari IKEA, boleh kata saya ada hampir semua mainan di IKEA kerana sangat tahan lasak sebab kebanyakannya diperbuat daripada kayu. Dah pernah kena campak berjuta kali pun masih elok.
Walaupun ada yang harganya mahal sedikit dari kedai lain, tetapi bagi saya ia adalah pelaburan untuk jangka masa panjang. Lagi-lagi yang baru ada anak sorang, insyaAllah kalau ada rezeki boleh tahan sampai anak berderet (kalau tak hilang lah 🤣).
Sebenarnya ramai mak ayah yang PM berkenaan macam mana pilih mainan untuk anak, maaf tak dapat reply satu persatu sebab sebagai terapis kanak-kanak banyak sangat komponen nak fikir dan terlampau complicated nak terangkan walaupun nampak mudah.
Jadi kali ini saya akan ceritakan ciri-ciri mainan yang bagus untuk anak 0-3 tahun. Lagi satu yang saya suka tentang mainan IKEA sebab setiap mainan ada label range umur yang sesuai untuk anak dan pendapat saya semua mainan bagus untuk anak asalkan tidak membahayakan.
Mainan yang paling bagus untuk anak bawah 2 tahun adalah mainan yang merangsang deria iaitu mainan yang mempunyai ciri- ciri:
1. Auditori
– Rattles
– Picit keluar bunyi (itik-itik)
– Alat musik
2. Visual
– Tekan keluar lampu
– Cermin
– Baling dan sepak bola
– Warna yang terang
– Mainan yang bergerak
3. Sentuhan
– Lembut (bulu- bulu patung lembut)
– Keras (apa -apa yang diperbuat daripada kayu)
– Buku yang mempunyai pelbagai tekstur
– Permukaan buah-buahan
4. Vestibular
– Terowong kanak-kanak
– Memanjat
– Bola
– Basikal
– Kereta tolak (push car)
– Basikal
– Trampoline
– Tangga
5. Proprioception
– Semua mainan yang melibatkan anggota badan.
6. Bau dan Rasa
– Main sewaktu makan.
Kategori merangsang kognitif/ imaginasi/ kreativiti:
– Mainan bongkah kayu pelbagai bentuk
– Lego
– Puzzles
– Apa-apa mainan yang perlu dipasang
– Role play
Beberapa jenis mainan yang bagus untuk perkembangan anak:
1) Bagus untuk merangsang deria keseimbangan, pergerakan (vestibular) yang secara tak langsung merangsang perkembangan motor kasar anak . Pastikan anak dah boleh duduk tanpa bantuan untuk main mainan jenis ini.
2)Dulu ingat tak masa kecil-kecil kita suka berjalan atas devider jalan yang jenis batu bata itu? Kadang-kadang tepi longkang pun nak jalan ikut batu bata yang selari?
Ini adalah natural bagi anak yang sudah pandai berjalan dengan betul untuk merangsang dan berlatih menguatkan deria keseimbangan badan. Mainan jenis ini sangat bagus untuk anak yang baru belajar nak meniti (melalui pemerhatian) hingga ke sekolah rendah. Good investment kalau bilik anak ada ruang lebih… dan bajet lebih
3) Dalam banyak-banyak mainan yang dibeli, mesti remote tv, calculator juga yang paling bayi suka sebab normal anak memang akan suka main sesuatu yang ada “cause and effect”. Calculator mainan ini boleh jadi mainan anak untuk tekan-tekan seawal umur 6 bulan (bagus untuk deria sendi dan sentuhan). Boleh guna sampai besar selagi tak rosak semasa bermain role play sebagai juruwang.
*Calculator ini bukan cuma sekadar calculator, ada drawer bawah tu siap ada partition duit ala-ala kaunter cashier. 😍
4) Jenis ini sangat sesuai untuk anak lelaki dan perempuan. Bagus untuk melatih “hand manipulation skill” (skil memanipulasi tangan) serta motor halus. Skil ini sangat penting untuk anak belajar menulis nanti.
Ada 2 jenis, boleh main ketuk-ketuk guna hammer ataupun screw. (Saya tahu main je, tapi tak tahu nama alatan yang ada dalam ini) 😅
Kalau ayah yang selalu bertukang tapi anak asyik nak kacau, boleh beli ini mesti anak suka.
*Komponen dalam box ini memang sikit.
5) Apa-apa mainan yang ada elemen pemasangan sangat bagus untuk anak.
6) Kereta jenis ini bagus untuk anak yang jenis lasak sebab terbukti sangat tahan lasak. Kena campak, pijak, baling berjuta kali pun elok. Yang jenis plastik di atas badan kereta itu boleh cabut dan pasang jadi anak boleh “mix and match” antara satu sama lain.
*Satu kotak ada 3 kereta, RM29.90
7) Dari bayi dah boleh beri main ini sebab ada pelbagai bentuk dan berlainan + murah 🤣. Saya selalu bagi anak main ini semasa anak mandi sebab setiap cawan itu ada lubang yang berlainan, anak suka bila tengok air keluar.
Sekarang banyak dah mainan yang ada label bagus untuk deria apa dan apa untuk memudahkan mak ayah untuk memilih 😍
8) Boleh dibeli seawal anak umur 4 bulan (dah mencapai barang). Bagus untuk skil manipulasi tangan.
9) Bagus untuk role play, tak payah buat biskut betul pun ok kalau malas nak bersepah satu dapur. Boleh guna playdoh ataupun buat playdoh sendiri guna tepung, air dan pewarna.
Walaupun kalau beli set yang betul-betul lagi murah tetapi yang bagusnya Ikea punya kids friendly sebab saiz yang kecil, tak berat untuk anak handle dan comel (paling penting). 😅
10) Ini adalah favourite toys hampir semua klien saya, sangat bagus untuk merangsang
1. Kongnitif dan imaginasi sebab kena pasang ikut kreativiti.
2. Motor halus, sebab kena pasang betul-betul.
3. Koordinasi mata dan tangan, untuk mengawal keretapi itu bergerak dalam landasan yang betul.
Landasan ini 100% diperbuat daripada kayu. Memang sangat tahan lasak. Kereta api pula boleh pisah atau sambungkan jadi panjang sebab ada magnet. Saya selalu guna landasan ini sebagai “reward” semasa sesi terapi dan selalunya menjadi.
Buat 1 task, dapat 1 landasan ataupun 1 train. 😍
Dalam banyak-banyak mainan, yang jenis ini salah satu mainan di dalam kategori “MUST HAVE”. Mak ayah boleh guna juga di rumah jika anak liat nak ikut arahan.
Apa yang membezakan semua jenis mainan diatas adalah tahap perkembangan dan fisiologi anak, adakah anak masih dalam:
A. FASA MEMASUKKAN BARANG DALAM MULUT (FASA A)
Jika anak masih di tahap fasa memasukkan barang di dalam mulut, jangan risau sebab ia normal dari anak umur 3 bulan sehingga 2 tahun kerana fasa ini deria yang paling kuat adalah deria di mulut berbanding tangan sebab itu anak akan masukkan barang dalam mulut untuk “rasa” benda tersebut sama ada selamat atau tidak. Jadi, mak ayah perlu sangat EXTRA CAREFULL dengan pemilihan mainan dan pastikan mainan sekeliling anak bersih. Elakkan mainan yang:
1. Toksik.
Kalau boleh elakkan membeli mainan yang tidak ada lebel “Non-Toxic” lagi-lagi mainan di kedai RM2 yang kita tak tahu diperbuat daripada apa. Murah memang murah, tetapi kesannya jangka masa panjang. (Saya pun ada belikan anak mainan kedai RM2 tetapi pastikan semasa anak dah tak masukkan mainan dalam mulut).
2. Boleh tercabut atau pecah.
Kalau perasan ada beberapa jenis anak patung ataupun mainan yang mempunyai hidung, butang, mata ataupun reben yang diperbuat daripada plastik kalau boleh jauhkan daripada anak. Sama juga dengan material mainan, cuba tekan sikit mainan tersebut kalau rasa macam mudah pecah sila elakkan membeli mainan itu.
3. Bertali lebih 12 inci.
Yang ini paling saya takut, pastikan tiada tali/benang/ reben/ kain yang panjang sebab ada risiko anak terjerut leher sendiri.
4. Terlalu kecil.
Mainan anak bawah 3 tahun sepatutnya lagi besar dari saiz mulut anak. Kalau nak tahu, boleh cuba masukkan mainan dalam ruang silinder bekas tisu tandas atau paling senang cuba bayangkan sama ada mainan itu muat dalam mulut anak atau tidak. Kalau muat, sila simpan sehingga anak habis fasa ini.
5. Belon.
Anak main belon memang comel, tetapi tak comel apabila mempunyai risiko sukar bernafas akibat tercekik belon. Serpihan belon boleh menyempitkan ruang penafasan anak. Hati-hati.
Pendapat saya kalau anak masih dalam fasa memasukkan benda dalam mulut, mak ayah layak untuk “overprotective”. Lagi-lagi apabila bermain di “indoor playground”, kerana risiko jangkitan lebih tinggi semasa fasa ini. Kalau main “outdoor playground” sekurang-kurangnya kotoran akan dibersihkan dengan hujan. Tetapi kalau main di “indoor playground” semuanya terpulang kepada pemilik sama ada mampu tak nak bersihkan kolam bola yang ada beribu bola. 😷
(Saya lebih suka anak berguling di rumput luar dan main pasir di pantai berbanding berenang dalam “ball pool” semasa anak dalam fasa ini)
Nak main duit syiling, tanah, pasir, batu atau tanah liat silakan tetapi pastikan dengan pemerhatian sebab sekelip mata anak dah masuk mulut. 😂
2. FASA BERMAIN MENGGUNAKAN MULUT DAN TANGAN (FASA B )
Selalunya semasa anak berumur 2 tahun hingga 3 tahun. Fasa ini anak dah mula banyak bermain menggunakan tangan berbanding memasukkan benda dalam mulut apabila deria sendi dan sentuhan di tangan sudah kuat untuk anak “rasa”. Kalau ada masukkan benda dalam mulut pun disebabkan “gatal gusi”.
Semasa tahap ini, dah boleh percaya anak sedikit semasa bermain benda kecil kerana anaak sudah pandai membezakan makanan atau bukan melainkan benda baru. Jika mak ayah kali pertama beri anak main benda baru contohnya tanah liat, terangkan pada anak ciri-ciri material tersebut dan jangan lupa beritahu yang mainan itu tak boleh dimakan. 🚫
Jika anak masih memasukkan mainan dalam mulut walaupun selepas umur 3 tahun, sila dapatkan pemeriksaan doktor kerana ini adalah salah satu tanda anak mengalami masalah Sensory Prosessing Disorder. ☡
Kalau nak cerita spesifik apa mainan bagus atau tak bagus, bagi saya semua mainan bagus selagi ia selamat. Periuk, senduk, beras, bawang di dapur pun bagus untuk bagi anak main 😂
Mak ayah boleh rujuk setiap gambar untuk review mainan IKEA daripada saya dan save sebab saya akan tambah info di setiap gambar dengan lebih lanjut jika ada masa terluang 😊
*Tak perlu pun beli daripada Ikea sebenarnya sebab ada banyak kedai yang ada jual mainan yang mempunyai fungsi yang sama dan lebih murah. Cuma review daripada Ikea ini untuk membantu mak ayah menggambarkan mainan yang bagus untuk anak.
Sumber: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Pakar Kongsi Cara Pilih Mainan Untuk Anak 0-3 Tahun & Jenis Mainan Yang Tahan Lasak appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/pakar-kongsi-cara-pilih-mainan-untuk-anak-0-3-tahun-jenis-mainan-yang-tahan-lasak-2/