Anak Cepat Marah Mengamuk Bila Mainan Di Kacau Pakar Kongsi Cara Atasi Kemarahan Anak


“Setiap kali bermain dia akan menyusun alat permainannya dengan rapi dan bila ada rakan yang melanggar dia akan marah sangat sampai berguling.”
Siapa yang tak risau melihat sikap panas baran anak kan. Bagaimanakah cara terbaik untuk mengajar anak supaya mengawal rasa marah? Ikuti perkongsian daripada pakar pendidikan awal kanak-kanak ini.


“..rakannya yang melanggar dia akan marah sangat sampai berguling..”
Berdasarkan tingkah laku anak anda, maka dia perlu didedahkan pada Kemahiran Pengurusan Kemarahan (Anger Management Skills)
Bezakan antara emosi dan tingkahlaku Kemarahan adalah sesuatu yang normal untuk menunjukkan perkembangan emosi seseorang yang sihat. Walaubagaimanapun, di peringkat kanak-kanak, mereka masih lagi di tahap yang mana mereka keliru untuk memahami perbezaan antara perasaan emosi marah dan perbuatan  agresif. Perasaan itu perlu, tetapi tidak perlu dizahirkan dengan perbuatan yang mengancam sekeliling.
Salah satu cara yang terbaik untuk mengajar anak-anak untuk melabelkan emosi mereka, dengan demikian, mereka boleh memberitahu jenis-jenis emosi yang berkaitan dengan kemarahan, kekecewaan dan sebagainya.
Ibu boleh atau guru boleh memberitahu anak-anak, “Tidak mengapa untuk merasa marah, tetapi bukan memukul.” Bantu si kecil untuk mereka mampu melihat perbezaan antara keduanya dan seterusnya membantu mereka untuk mengawal kemarahan terlahir.
Kadangkala, tingkah laku agresif boleh hadir melalui perasaan yang tidak selesa, bukan sahaja kemarahan, malah boleh jadi emosi yang berbentuk kesedihan, malu dan sebagainya. Adalah perlu untuk bercakap dengan anak tentang emosi dan perasaan , seterusnya ia membuatkan mereka mampu untuk membezakan jenis-jenis emosi yang ada.
Baca artikel:
“Anak Akan Rasa Lebih Tenang Bila Rasa Diri Difahami” Cuba Teknik Ajaib Ini Kalau Anak Mengamuk
Resepi Kuih Bakar ‘Super Simple’, Hanya Bakar Guna Air Fryer Sahaja!
Tak Cukup Nutrisi Punca Ramai Kanak-Kanak Bantut. Ini Sukatan Makanan Yang Betul Untuk Anak
Menunjuk cara kemahiran pengurusan kemarahan Ambil nafas dalam-dalam. Ingatkan diri sendiri bahawa untuk menenangkan anak bukan sesuatu yang terdesak. Jauhkan diri anak dengan barang-barang yang boleh mencederakan mereka sendiri serta orang lain. Jika ibu bapa tenang, anak akan tenang. Ini adalah konsep asas dalam Kemahiran Pengurusan Kemarahan (Anger Management Skills) untuk menunjukkan model terbaik untuk mengawal kemarahan.
Jika ibu bapa pun melampiaskan kemarahan dengan perbuatan seperti mengamuk dan memukul, ingatlah si anak sentiasa melihat tingkahlaku kita sebagai contoh di sekeliling. Ia hanyalah sekadar ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Ibu bapa juga perlu ingat bahawa sesetengah anak akan mengamuk untuk meredakan kemarahan. Otak mereka sedang berkembang dan masih belum ada atau neural pathways yang kukuh untuk mengajar mereka mengawal diri sendiri. Sedangkan, orang dewasa pun masih belum mampu mengawal selia kemarahan mereka sendiri.
Mewujudkan peraturan ketika marah Antara cara terbaik untuk mengembangkan neural pathways ialah dengan menawarkan empati. Maksudnya, kita membenarkan anak marah untuk melepaskan segala kekusutan, kemarahan, kesakitan dan emosi yang lain. Ia akan membina rasa percaya antara ibu bapa dan anak. Kemudian, jangan biarkan mereka keseorangan selepas marah, pergi kepada mereka dan mulakan perbualan ringkas seperti bertanya punca kemarahan, akibat kemarahan, cara penyelesaian terbaik dengan perbincangan bersama.
Ibu bapa juga perlu meletakkan had jika perlu untuk memastikan semua orang selamat. Sambil mengakui kemarahan adalah sesuatu yang normal tetapi dalam pada yang sama kita perlu hadirkan rasa penyanyang kepada anak. Had itu hanya pada perbuatan, bukannya emosi. Mengatasi emosi yang negatif adalah lebih baik untuk membantu perkembangan emosi anak-anak yang sihat.
Jika si kecil memukul ibu bapa, anda boleh bertoleransi dan kekal menjadi penyayang seketika. Sebenarnya, kanak-kanak tidak mempunyai niat untuk menyakitkan hati orang lain. Itu adalah benda yang menakutkan dan membuatkan mereka akan rasa bersalah.
Mengajar cara mengatasi kemarahan yang sihat Selain berbincang tentang kemarahan mereka selepas reda, ibu bapa boleh mencuba mencari bahan-bahan permainan lain yang membuatkan mereka boleh memudarkan perasaan marah. Contohnya, aktiviti mewarna dengan  krayon, musik yang menenangkan, terapi bauan yang menyegarkan supaya mereka boleh menjadi lebih tenang.
Guna time-out atau mengasingkan mereka sebagai langkah pantas untuk beri mereka bertenang. Jauhkan diri mereka dari situasi yang membuatkan mereka semakin marah. Walaubagaimanapun, ketika time-out, ia bukanlah bermaksud membiarkan mereka diasingkan diri keseorangan, bahkan ibu bapa perlu melihat mereka ditakuti mereka akan mencederakan diri sendiri.
Memberikan penghargaan jika perlu Ini adalah pengurusan tingkahlaku yang biasa iaitu dengan cara memberikan pengukuhan positif jika mereka membuat sesuatu yang baik. Contohnya, berikan pujian, pelukan dan ciuman kepada si kecil jika mereka mampu meredakan kemarahan. Jika mereka melanggar peraturan, kita boleh memberikan pengukuhan negatif iaitu dengan mengambil sesuatu dari mereka. Contohnya, tidak membenarkan menonton televisyen jika mereka masih marah.
Ketika mereka sedang marah, ia bukanlah masa yang baik untuk menerangkan kenapa mereka tidak boleh dapat apa yang merheka mahu. Selepas kemarahan reda, barulah masa yang sesuai untuk menerangkan sesuatu.
 

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 
The post “Anak Cepat Marah & Mengamuk Bila Mainan Di Kacau” Pakar Kongsi Cara Atasi Kemarahan Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/anak-cepat-marah-mengamuk-bila-mainan-di-kacau-pakar-kongsi-cara-atasi-kemarahan-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ini Kongsi Cara Bermain Dengan Bayi Boleh Rangsang Perkembangan Otak Anak

Ibu Ini Kongsi Cara Bermain Dengan Bayi Boleh Rangsang Perkembangan Otak Anak

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 209 hits
Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak bijak kan Ada cara yang boleh dilakukan untuk merangsang perkembangan otak bayi confirm si kecil banyak akal selepas ini Paling penting penglibatan ibu ayah dalam merangsang perkembangan otak anak anak ...
Tak Sangka Boleh Ajar Anak Guna Mainan Rosak Speech Therapist Ini Kongsi Caranya

Tak Sangka Boleh Ajar Anak Guna Mainan Rosak Speech Therapist Ini Kongsi Caranya

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 358 hits
Biasanya kalau ada mainan anak yang rosak kita akan kutip semuanya dan terus dibuang Sebabnya kita tak mahu terlalu banyak mainan yang dimpan dan akan buat rumah bersepah pula nanti Jadi lebih baik lihat semula mainan yang ada kalau rosak e...
Guna Air Buah Delima Sahaja Ibu Kongsi Tip Rawat Batuk Anak Cepat Sembuh

Guna Air Buah Delima Sahaja Ibu Kongsi Tip Rawat Batuk Anak Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 210 hits
Anak anak kecil sememangnya kerap jatuh sakit demam selesema dan batuk disebabkan antibodi yang masih lemah Ibu mana yang tak risau bila anak mula jatuh sakit lebih lebih lagi masih kecil dan tiada ubat yang sesuai Sebenarnya anak anak bole...
Teddy Bear Kotor Punca Anak Tak Sihat Ibu Ni Kongsi Cara Cuci Yang Betul Senang

Teddy Bear Kotor Punca Anak Tak Sihat Ibu Ni Kongsi Cara Cuci Yang Betul Senang

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 177 hits
Anak anak sudah tentu memiliki patung kegemarannya terutama anak perempuan Itulah yang menjadi temannya dan akan dibawa ke mana mana Masalahnya bila sudah dikelek ke sana ke mari itulah yang merungsingkan kerana kita tidak tahu berapa banya...
Risau Anak Tersadung Bucu Karpet Terkepak Buat Cara Ni Selesai Masalah

Risau Anak Tersadung Bucu Karpet Terkepak Buat Cara Ni Selesai Masalah

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 158 hits
Setiap rumah sekurang kurangnya pasti ada satu karpet kan Bukan sahaja untuk dekorasi tetapi juga untuk beri keselesaan kepada seisi keluarga Biasanya karpet akan diletakkan di ruang tamu atau bilik tidur Namun yang menjadi masalah bucu kar...
Hoi Safuan Disangka Mar4h Cara Mak Jenny Borak Dengan Anak Lawak Habis

Hoi Safuan Disangka Mar4h Cara Mak Jenny Borak Dengan Anak Lawak Habis

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 206 hits
Setiap negeri mempunyai cara percakapn yang tersendiri walaupun kadang kala ada sesetengah dialek dari negeri tertentu yang mungkin agak kasar bagi orang biasa yang bukan dari negeri berkenaan Namun ianya bukanlah kurang sopan untuk didenga...
Special Time Dengan Anak Buat Dia Rasa Disayangi Doktor Kongsi Apa Patut Buat

Special Time Dengan Anak Buat Dia Rasa Disayangi Doktor Kongsi Apa Patut Buat

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 125 hits
Bila kita terlalu sibuk dengan urusan lain ada masanya kita terlupa rupa rupanya kita kurang masa dengan anak Ketika mereka perlukan perhatian kita tak dapat beri sepenuh komitmen kepada anak Waktu itu kita dahulukan perkara lain yang diras...
Lukisan Ini Bernilai Usd2 75 Juta Mak Jangan Marah Anak Conteng Dinding Mana Tahu Jadi Seperti Cy Twombly

Lukisan Ini Bernilai Usd2 75 Juta Mak Jangan Marah Anak Conteng Dinding Mana Tahu Jadi Seperti Cy Twombly

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 221 hits
Lukisan ini bernilai USD2 75 juta mak jangan marah anak conteng dinding Mana tahu jadi seperti Cy Twombly Kalau tak jadi singa mak mak jadi harimau setiap kali melihat anak membuat lukisan mural di dinding rumah
Hiburan Solat Dengan Cara Ini Susah Nak Beribadat Ketika Jaga Anak Kecil Di Hospital Ini Penyelesaiannya

Hiburan Solat Dengan Cara Ini Susah Nak Beribadat Ketika Jaga Anak Kecil Di Hospital Ini Penyelesaiannya

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 217 hits
Tidak dinafikan bukan mudah untuk ibu bapa menjaga anak yang masih bayi ketika berada di wad hospital kerana kecenderungan mereka untuk clingy dan ingin berada di samping penjaga setiap masa Seperti seorang individu ini dia meluahkan tentan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut