Pakar Dari Perancis Jelaskan Maksud Kenyataan Dr Mahathir
Seorang ahli akademik  Perancis yang mengkaji politik Malaysia terutamanya membabitkan Dr  Mahathir Mohamad berkata komen bekas perdana menteri itu dalam Twitter  perlu dilihat mengikut konteks pandangan dunia yang membentuknya.
Sophie Lemiere, ahli antropologi politik yang mengkaji politik  kontemporari Malaysia sejak beberapa tahun lalu berkata, ciapan  kontroversi bekas perdana menteri itu, yang dipadam Twitter sememangnya  dimahukan Mahathir.
  “Mahathir suka kontroversi. Itu memang ‘makanan’ dia,” katanya.
Mahathir sebelum itu dalam ciapan Twitternya menulis “Orang Islam ada  hak untuk marah dan membunuh berjuta rakyat Perancis atas penyembelihan  di masa lalu,” komen yang dilakukan selepas meningkatnya keganasan  dikatakan dilakukan umat Islam termasuk komen Islamofobia oleh Presiden  Perancis Emmanuel Macron.
Macron bertindak mempertahankan karikatur Nabi Muhammad yang  mencetuskan kontroversi selepas seorang guru dipenggal kepala kerana  menunjukkan kartun Nabi Muhammad kepada murid-muridnya.
Beliau juga meminta Perancis dibersihkan daripada apa yang disebutnya  sebagai pemisah Muslim, mencetuskan protes daripada umat Islam seluruh  dunia termasuk beberapa siri insiden keganasan di negara itu.
Dalam catatan blognya, Mahathir menyifatkan Macron sebagai “sangat  primitif” kerana menyalahkan Islam dalam kes pembunuhan guru tersebut.
“Mahathir suka kontroversi. Itu memang ‘makanan’ dia,” katanya.“Tetapi tanpa mengira agama yang dianuti, orang sedang marah berisiko  untuk melakukan pembunuhan. Rakyat Perancis dalam sejarah mereka  membunuh berjuta-juta orang dan kebanyakan beragama Islam.
“Orang Islam ada hak untuk marah dan membunuh berjuta-juta rakyat  Perancis atas pembunuhan masa lalu. Tetapi kebanyakan orang Islam tidak  tidak mengguna pakai ‘hukuman darah dibalas darah’. Muslim tidak berbuat  demikian. Orang Perancis juga tidak harus buat demikian. Orang Perancis  sebaliknya perlu belajar menghormati perasaan orang lain,” kata  Mahathir dalam ciapan Twitter miliknya dan juga blog chedet.cc.
Komen itu dibuat beliau beberapa jam selepas satu lagi serangan berlaku di Perancis.
  Menjawab  reaksi marah terhadap komen Mahathir, Lemiere, yang sedang menulis  mengenai biografi politik baru Mahathir berjudul, “The Last Game:  Malaysian Politics in the Eye of Mahathir”, turut mengecam tulisan oleh  presiden PKR Anwar Ibrahim mengenai perkembangan semasa di Perancis  sebagai “kurang cerdik”.
Katanya Mahathir adalah seorang yang tegas bercakap perkara benar tetapi dengan kepentingan tempatan menjadi keutamaan.
“Mahathir menubuhkan sebuah parti baru pada bulan Ogos lalu (Pejuang)  dan berusaha menarik ahli baru daripada parti-parti konservatif  Melayu-Islam yang lain,” katanya.
Katanya seseorang perlu menilai Mahathir dalam konteks beliau dibesarkan dalam era mana.
“Mahathir bukan feminis dan mencerminkan paradigma lelaki berusia 95  tahun. Contohnya: Cuti bersalin padanya hanya satu merugikan ekonomi.”
Tetapi Lemiere berkata pemimpin-pemimpin Malaysia tidak memahami hal  berkaitan masyarakat Perancis, dengan berkata cabaran struktur menjadi  satu masalah berterusan dalam masyarakatnya.
Begitu juga, katanya golongan elit politik Perancis juga tidak  menghiraukan “kekompleksnya Islamisme, Islam atau apa yang disebut  sebagai dunia Islam”.
Lemiere berkata komen Mahathir merupakan batu loncatan dalam keperluan politik tempatannya.
  “Beliau  adalah pakar dalam pengurusan krisis, terutama melibatkan perkara  dimulakan beliau. Provokasi krisis antarabangsa dijadikan sebagai  sasaran untuk mencapai cita-cita dalam negara.”
#Sumber : www.malaysianow.com  
MR : Mhathir ni cakapnya sinikal.. kalau dia kata ya maksudnya tidak  
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/pakar-dari-perancis-jelaskan-maksud.html