Pakar Antikeganasan Sokong Isa Dikembalikan


HASPAIZI ZAIN



Pakar Kajian Strategik & Anti Keganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Dr Mizan Aslam menyokong cadangan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan.

Beliau berkata, ini kerana situasi negara kini berdepan dengan pelbagai ancaman yang boleh menggugat keharmonian negara.

Jelasnya, hanya mereka yang bersalah saja pasti akan takut jika akta itu dikembalikan.

"Hari ini Malaysia berdepan beberapa ancaman berat dan merbahaya yang dipuncakan daripada agenda tersembunyi dan licik seperti, komunis, Syiah, LTTE (Harimau Pembebasan Tamil Eelam), kristianisasi, wahabi dan ajaran sesat serta kegiatan jenayah terancang.

"Hanya dengan memperkenalkan semula ISA maka ancaman-ancaman ini sudah pasti dapat dikekang bagi menjamin keharmonian rakyat.

"Apabila ISA dimansuhkan kita dapat lihat kelompok-kelompok ini semakin berani menonjolkan diri dan menyebarkan ideologi mereka secara terbuka,"  katanya kepada Malaysiakini.

Kelmarin, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Malaysia (Putra) Ibrahim Ali mencabar kerajaan untuk memperkenalkan semula ISA bagi membendung ideologi komunis di negara ini.

"Bila ISA dimansuhkan, mereka (penyokong komunis) menjadi berani. Di bawah nama manifesto Pakatan Harapan, mereka berkerja keras untuk mansuhkan Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012).

"Ia cerita lain jika mereka nak memperbaiki Sosma, tapi ini nak mansuhkan.

"Dan mereka (juga) nak Suruhanjaya Aduan dan Salah laku Polis Bebas (IPCMC); ini menunjukkan perjuangan komunis.

"Untuk menghargai pengorbanan oleh polis dan tentera, dan mengambil kira kekecewaan mereka, saya menjemput rakyat, dan mencabar kerajaan, untuk mengembalikan ISA demi kebaikan negara," katanya.

Untuk rekod, Ibrahim merupakan bekas tahanan ISA dan dipenjarakan sebanyak dua kali pada tahun 1974 dan 1987.

Pakatan Harapan dalam manifesto berjanji untuk mansuhkan peruntukan dalam beberapa akta tertentu, termasuk Sosma, selain akan membentang Rang Undang-Undang (RUU) IPCMC 2019 yang dijadual pada Mac tahun depan.

Sementara itu, Mizan berkata pihak yang menantang ISA harus melihat dari sudut kebaikan undang-undang ini dalam mengawal keganasan dan jenayah serta keselamatan negara ini.

Katanya, selama ini ISA telah berjaya "menyelamatkan jutaan nyawa rakyat" di negara ini termasuklah pemimpin kerajaan dan juga pembangkang.

"ISA juga telah berjaya menyelamatkan harta benda rakyat dan kelompok-kelompok yang menentang undang-undang ini, jika tidak maka banyaklah kerosakan dan kemusnahan yang boleh menggagalkan perniagaan mereka.

"Apa akan terjadi pada negara ini jika ISA tidak diwujudkan sejak zaman komunis dulu lagi? Pastinya Malaysia tidak semaju dan semakmur apa yang dikecapi hari ini.

"Hanya yang bersalah takutkan ISA. Yang tidak bersalah tidak perlu rasa takut. Yang perlu dikawal adalah pengurusan ISA, jika salah guna kuasa di pihak polis, maka pihak polislah yang harus dikenakan tindakan bukannya undang-undang yang dibangunkan untuk mengawal keselamatan negara," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/pakar-antikeganasan-sokong-isa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokong Ozil Bela Uyghur Dari Disiksa Maher Zain Seru Lebih Ramai Selebriti Bersuara

Sokong Ozil Bela Uyghur Dari Disiksa Maher Zain Seru Lebih Ramai Selebriti Bersuara

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 692 hits
Pemain bintang bola sepak dunia Mesut Ozil pada minggu lepas telah mengeluarkan satu kenyataan panas berkenaan dengan penindasan etnik Uighur di China di akaun Twitter serta Instagram miliknya Kenyataan yang mengkritik negara negara Islam k...
Maknanya Dap Sokong Tun M Jadi Pm Berbanding Anwar La Kan

Maknanya Dap Sokong Tun M Jadi Pm Berbanding Anwar La Kan

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 364 hits
Setiusaha Agung DAP Lim Guan Eng mengingatkan agar ahli ahli partinya tidak membuang masa mempersoalkan isu peralihan kuasa perdana menteri Jelas Lim tiada pihak yang seharusnya mempersoalkan peralihan jawatan perdana menteri dari Dr Mahath...
Malaikat Jibril Ajarkan Doa Ini Pada Nabi Isa

Malaikat Jibril Ajarkan Doa Ini Pada Nabi Isa

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 632 hits
Ismul A dzam adalah nama nama Allah yang sangat agung di mana ketika seseorang berdoa dengannya maka Allah pasti mengabulkannya Nabi Muhammad Saw mengajarkan beberapa doa Ismul A dzam kepada para sahabatnya sebagaimana disebutkan dalam kita...
Safuwan Baharudin Sokong Selangor Sejak Kecil

Safuwan Baharudin Sokong Selangor Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 304 hits
Lahir dan membesar di negara jiran tidak menghalang pemain kebangsaan Singapura Muhammad Safuwan Baharudin untuk menyokong pasukan Selangor semasa beliau beliau kecil terutamanya sewaktu zaman kegemilangan The Red Giants sehingga mendapat j...
Arab Saudi Sokong China Dalam Isu Uighur Ini Jawapannya

Arab Saudi Sokong China Dalam Isu Uighur Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 1036 hits
Oleh Anasz 1 Sejak dua tiga hari ini aku dapat mesej personal bertanyakan perihal isu kenyataan Mohamad Bin Salman yang katanya menyokong tindakan China ke atas penduduk Uighur di China 2 Sejujurnya aku kurang pasti dari mana media memetik ...
Ngo Wakil Pengusaha Ladang Sokong Roboh Kebun Haram Cameron Highlands

Ngo Wakil Pengusaha Ladang Sokong Roboh Kebun Haram Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 632 hits
NGO alam sekitar hari ini menyokong langkah kerajaan Pahang memusnahkan kebun sayur haram di Cameron Highlands Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Sharifah Sabrina Syed Akil berkata sepatutnya langkah tersebut dilaksanakan dulu lagi...
Prk Kimanis Pas Sokong Calon Umno S U Agung Pas

Prk Kimanis Pas Sokong Calon Umno S U Agung Pas

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 403 hits
PAS menyokong sepenuhnya langkah UMNO mewakili Barisan Nasional meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis yang akan diadakan pada 18 Januari 2020 berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke 14 yang memihak kepada BN melalui ...
Uighur Saudi Sokong China Ini 10 Perkara Oleh Anasz

Uighur Saudi Sokong China Ini 10 Perkara Oleh Anasz

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 334 hits
ARAB SAUDI SOKONG CHINA DALAM ISU UIGHUR INI JAWAPANNYA1 Sejak dua tiga hari ini aku dapat mesej personal bertanyakan perihal isu kenyataan Mohamad Bin Salman yang katanya menyokong tindakan China ke atas penduduk Uighur di China 2 Sejujurn...
Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb

Masjid Jamek Ar Rahimah

Lily By Alan Walker A Reminder Of Fear And Curiosity

Rinduuu Blogging

Aktiviti Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 Ppim 09 11 2025

Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad