Pak 21 Jpn Ppd Dan Pentadbir Sekat Kreativiti Guru


Imej via www.aspire-cs.com
PAK-21: MUDAHKAN, JANGAN MENYUSAHKAN GURU

Rentetan daripada post saya sebelum ini tentang salah faham tentang konsep PAK-21 oleh sesetengah pihak, majoriti guru berpendapat bahawa pelaksanaan PAK-21 di sekolah telah menjadi beban untuk guru dan 'lari' daripada fungsi sebenarnya, iaitu yang sepatutnya menjadi pendekatan dan aktiviti menyeronokkan di dalam bilik darjah.
Hal ini kerana guru telah diasak oleh pihak pentadbiran/pencerap yang berpendapat kononnya pelaksanaan PAK-21 wajib mempunyai elemen-elemen seperti penggunaan ICT, sistem traffic light, susunan kelas yang rigid, bahan bantu mengajar yang canggih, terkini dan sebagainya.

Bahkan, ada guru yang diberitahu oleh pencerap sama ada daripada pihak pentadbir, PPD mahupun daripada pihak nazir bahawa markah penilaian yang diberikan semasa proses pencerapan akan rendah jika tidak menggunakan ICT atau 'sistem traffic light' semasa proses PdPc.

Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku?

Sebab, pemahaman tentang konsep Pembelajaran Abad Ke-21 telah dirumitkan oleh sesetengah pihak sedangkan pelaksanaan PAK-21 tidak serenyah seperti yang disangka.

Dicadangkan agar pihak KPM membuat penyelarasan semula tentang pemahaman konsep PAK-21 kepada 'orang tengah' yang bertanggungjawab menyampaikan maksud sebenar PAK-21 kepada pihak JPN, PPD dan pentadbir yang sepatutnya bersifat memudahkan guru, bukan menyusahkan.
Dalam proses PdP/PdPc, perkara paling penting yang perlu diihat oleh pencerap ialah adakah proses pembelajaran mencapai objektifnya selain suasana yang menarik dan menyeronokkan. Bukannya mempersoalkan 'tools' yang digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Sedangkan PAK-21 hanyalah salah satu pendekatan, bukannya wajib diikut.

Masalah yang berlaku sekarang ialah pihak atasan telah menyekat kreativiti guru dalam melaksanakan PdP/PdPc untuk murid-murid mereka kerana perlu mengikut acuan dan kehendak sesetengah pihak yang kadang-kadang mereka sendiri pun tidak faham konsep PAK-21 yang sebenar.

Ya, memang betul. ICT merupakan salah satu komponen dalam teras transformasi pendidikan abad ke-21 tetapi persoalannya sekarang adalah,
1. Adakah kita mampu dan berupaya untuk menyediakan prasarana dan infrastruktur ICT yang diperlukan oleh setiap guru dan murid di sekolah?
2. Adakah pihak sekolah mampu menyediakan bahan-bahan yang diperlukan oleh guru untuk merealiasikan PAK-21 di dalam kelas sedangkan kertas A4, kertas warna, plastik 'liminate', mesin liminate, 'printer' dan dakwat pun guru perlu beli sendiri.
3. Adakah pihak sekolah mampu untuk menyediakan peruntukan kepada setiap guru kelas membeli peralatan dan barang-barang perhiasan untuk merealisasikan 'Kelas PAK-21'? Sedangkan duit untuk membeli langsir dan pembalut meja pun menggunakan duit guru sendiri.Jika jawapan2 di atas adalah 'TIDAK', kembalilah kepada pemahaman konsep sebenar Pembelajaran Abad Ke-21 mengikut acuan 'Malaysia' sahaja. Bukannya acuan 'Finland'.
Kepada pihak atasan, berilah ruang dan peluang kepada guru untuk melaksanakan PAK-21 dan PdP/PdPc mengikut cara mereka sendiri. Guru2 kita telah dibebani dengan pelbagai tugas yang diluar tugas hakiki. Janganlah kita menambahkan lagi beban yang telah tersedia berat itu.

Ingat pesanan ini. PAK-21 tidak susah untuk dilakukan tetapi jangan sampai menyusahkan diri untuk melaksanakan PAK-21.

Sekian, terima kasih.

Cikgu Mohd Ridzuan Md Nasir
#cikgubiasasaja
#bukantunjukhebat
#berkongsiperasaancikgukita
#selamilahjiwagurukita

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/02/pak-21-jpn-ppd-dan-pentadbir-sekat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nervous Bila Hari Ni Dipanggil Masuk Bilik Imam Masjid Wilayah Macam Jumpa Guru Besar Rasa Dia

Nervous Bila Hari Ni Dipanggil Masuk Bilik Imam Masjid Wilayah Macam Jumpa Guru Besar Rasa Dia

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 943 hits
Nervous bila hari ni dipanggil masuk bilik Imam Masjid Wilayah Macam jumpa guru besar rasa dia Boleh dikatakan hampir setiap minggu wajah artis versatil Alif Satar muncul di kaca televisyen ketika menunaikan solat Jumaat di masjid tertentu ...
Pengambilan Guru Interim Bahasa Inggeris Di Kpm 2019 Dibuka

Pengambilan Guru Interim Bahasa Inggeris Di Kpm 2019 Dibuka

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 718 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan berpotensi berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Interim Bahasa Inggeris bagi mengisi kekosongan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di seluruh Malaysia SYARAT SYARAT KE...
Apa Beza Istilah Guru Ganti Guru Interim Dan Guru Sandaran

Apa Beza Istilah Guru Ganti Guru Interim Dan Guru Sandaran

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 778 hits
Berikut adalah beberapa istilah istilah jenis guru yang baru dilantik dan yang ada di dalam negara ini yang dikongsikan oleh blog Guru Sandaran Terlatih Guru yang baru menamatkan pengajian dan dalam proses untuk disahkan kepada jawatan sebe...
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 622 hits
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka Kota Bharu Kelantan pada tahun 1931 Bapanya Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Ra...
Syarat Kemasukan Institut Pendidikan Guru

Syarat Kemasukan Institut Pendidikan Guru

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 569 hits
Apakah syarat kemasukan IPG menjadi guru melalui permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru The post appeared first on
Setahun Sebagai Seorang Guru Sebagaimana Digambarkan Dalam Siri The Walking Dead

Setahun Sebagai Seorang Guru Sebagaimana Digambarkan Dalam Siri The Walking Dead

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 338 hits
Mengharungi setahun persekolahan kadang kadang dapat digambarkan seperti berperang dengan zombie Mujurlah murid murid ni tidak sekejam makhluk pemakan otak tersebut syukur Berikut kami cuba gambarkan bagaimana perjalanan setahun persekolaha...
Tuan Guru Nik Mat Raja Banjar

Tuan Guru Nik Mat Raja Banjar

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 1090 hits
Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar merupakan generasi Raja Jembal yang mentadbir Negeri Kelantan pada kurun ke 16 Sewaktu usianya muda beliau telah memasuki Pondok Haji Omar Mentuan dan seterusnya ke Pondok Tok Kenali Sewaktu mengaji di pon...
Salah Faham Konsep Pak21 Buat Guru Tertekan

Salah Faham Konsep Pak21 Buat Guru Tertekan

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 850 hits
Saya bersembang dengan seorang kawan tentang PAK 21 Dia cakap Susah nak buat PAK 21 kat sekolah saya Mana ada kelengkapan teknologi yang canggih2 LCD dan projektor pun terhad Berebut rebut dengan cikgu lain nak guna Makmal komputer pun sedi...
5 Fantasi Vs Realiti Guru Di Hujung Minggu

5 Fantasi Vs Realiti Guru Di Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 376 hits
Tahniah rakan rakan guru sekalian Anda berjaya juga survive di sekolah hingga Hari Jumaat Tiba masa untuk rehatkan minda dan fizikal daripada minggu yang sangat meletihkan Hurmmm apa perancangan hari minggu guru guru sebenarnya ya Jom kita ...
Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Pelesenan Mandatori Media Sosial Komitmen Malaysia Perangi Ancaman Dalam Talian

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Filem Abah Saya Uncle Mike

Reka Bentuk Kotak Kreatif Untuk Hari Perayaan Panduan Praktikal

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2024

An Injustice That Biden Can Still Set Right

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Ww Koleksi Pokok Bunga Raya Di Laman Rumah

Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka