Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal.


Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.


Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.


Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu.


Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.


Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.


Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.


Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.


Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.


Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab.


Kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.


Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin.


Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.


Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Maahad Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.


Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa).


Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api.


Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.


Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990.


Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.


Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Maahad Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah.


Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Maahad Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.


Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.


Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya.


Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.


Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.


Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.


Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.


Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962.


Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.


Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.


Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.


Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.


Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.


Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/02/nik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuan Guru Nik Mat Raja Banjar

Tuan Guru Nik Mat Raja Banjar

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 1043 hits
Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar merupakan generasi Raja Jembal yang mentadbir Negeri Kelantan pada kurun ke 16 Sewaktu usianya muda beliau telah memasuki Pondok Haji Omar Mentuan dan seterusnya ke Pondok Tok Kenali Sewaktu mengaji di pon...
Tok Guru Kami Merinduimu Genap 4 Tahun Nik Aziz Meninggalkan Kita Netizen Titip Doa

Tok Guru Kami Merinduimu Genap 4 Tahun Nik Aziz Meninggalkan Kita Netizen Titip Doa

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 1279 hits
Tok Guru Kami Merinduimu Genap 4 Tahun Nik Aziz Meninggalkan Kita Netizen Titip Doa Tanggal 12 Februari 2019 genaplah empat tahun pemimpin terkenal negara Allahyarham Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kita Menerusi la...
Pengkhianat Rakam Suara Nik Abduh Dalam Majlis Tertutup Kata Tuan Ibrahim

Pengkhianat Rakam Suara Nik Abduh Dalam Majlis Tertutup Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 728 hits
TIMBALAN Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan individu yang merakam dan menyebarkan suara Nik Abduh dalam satu majlis tertutup yang kecoh baru baru ini sebagai pengkhianat Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah m...
Nik Aziz Afiq Sah Calon Psm Bagi Prk Semenyih

Nik Aziz Afiq Sah Calon Psm Bagi Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 440 hits
SEMENYIH 13 Feb Parti Sosialis Malaysia mengumumkan Nik Aziz Afiq Abdul 25 sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih Anggota Jawatankuasa Pusat PSM S Arutchelvan yang juga Pengarah PRK DUN Sem
Rahsia Khusyuk Solat Tuan Guru Dato Dr Haron Din Rileks Media

Rahsia Khusyuk Solat Tuan Guru Dato Dr Haron Din Rileks Media

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 415 hits
Setiap hari kita bersolat sekurang kurangnya 5 kali sehari Kewajipan mengerjakan solat fardhu inilah yang membezakan umat Islam dengan penganut agama yang lain Tapi cukup mengerjakan solat 5 waktu tidak menjadikan kita umat Islam yang cemer...
Tuan Ibrahim Sahkan Audio Nik Abduh Sifatkan Orang Yang Rakam Adalah Pengkhianat Video

Tuan Ibrahim Sahkan Audio Nik Abduh Sifatkan Orang Yang Rakam Adalah Pengkhianat Video

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 401 hits
Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan man dalam satu video yang tular mengesahkan rakaman audio Nik Abduh dirakam oleh mereka yang hadir dalam program tertutup tersebut Beliau turut menyifatkan orang yang merakam ucapan terbabit adal...
Terima Kasih Pengundi Pas Cameron Highlands Tuan Guru Haji Hadi Awang

Terima Kasih Pengundi Pas Cameron Highlands Tuan Guru Haji Hadi Awang

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 436 hits
Ayah Chik mengucapkan terima kasih kepada para ahli PAS dan pengundi di Parlimen Cameron Highlands
Nik Abduh Pas Bola Kat Hadi Hadi Pas Pula Kat Tuan Ibrahim

Nik Abduh Pas Bola Kat Hadi Hadi Pas Pula Kat Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 469 hits
Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini tampil mengakui rakaman audio yang dikaitkan dengannya sebelum ini Dalam kenyataan panjang di Facebook hari ini Ahli Parlimen Bachok itu berkata penafiannya sebelum ini dibuat...
Umno Dan Utusan Mangsa Muslihat Aziz

Umno Dan Utusan Mangsa Muslihat Aziz

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 380 hits
Membaca tulisan Johardy Ibrahim dalam Mingguan Malaysia Ahad lepas berhubung penguasaan Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu Dato Aziz Sheikh Fadzir ke atas syarikat akhbar itu agak memualkan Johardy hanya mengambil jurus pandangan bagi mewaja...
Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Gear Up For Standard 1 Registration

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Suami Tukang Masak Dadah Isteri Tolong Edar



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


Adapting To Consumer Behavior

App Inarah

Aktiviti Majlis Mesra Aidilfitri Tnb Peringkat Korporat Ppim 30 04 2024

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pemimpin Muda

Rukun Bacaan Dalam Solat Jenazah

Marsha Hening Rindu Chord