Padan Muka Harga Alat Ganti Kenderaan Pula Naik 60 Kami Tak Kisah Kami Pakai Vellfire


 


Harga alat ganti kenderaan pula naik 60%November 26, 2021 Harga alat ganti kenderaan semua kelas dijangka meningkat sehingga 60 peratus dalam tempoh terdekat ekoran masalah bekalan dan peningkatan kos pengangkutan selepas semua sektor ekonomi dibuka dan rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober lalu.
Peningkatan harga alat ganti termasuk alat ganti terpakai turut menggusarkan pemilik bengkel kenderaan dan secara tidak langsung bakal menekan pemilik kenderaan yang sedang menanggung pelbagai kenaikan harga barang lain ketika ini.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Persatuan Pemilik dan Pengusaha Bengkel Automotif Bumiputera Perak, Hadiman Ariffin yang melihat situasi itu bakal menjejaskan ramai pengguna, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, kenaikan tersebut bukan sahaja melibatkan alat ganti baharu tetapi turut melibatkan alat ganti terpakai ekoran kenaikan mendadak cukai import dan caj penghantaran.
Katanya, masalah tersebut sekali gus bakal memberi kesan kepada pemilik kereta dan pengusaha bengkel termasuk yang turut berdepan risiko gulung tikar.
“Kami sedaya upaya cuba untuk mengelakkan pelanggan terbeban. Namun masalahnya kenaikan agak tinggi sehingga ada alat ganti yang naik lebih daripada 60 peratus.

“Justeru, sebagai pengusaha, kami perlu ikut harga semasa dan tidak mampu menyerap kenaikan kos.
“Sebagai langkah yang lebih baik, kami sedaya upaya cuba membantu pelanggan termasuk memaklumkan kepada mereka lebih awal harga baharu alat ganti dan mendapatkan persetujuan mereka sebelum meneruskan kerja penyelenggaraan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Hadiman memberitahu, peningkatan paling ketara melibatkan gas pendingin hawa yang sebelum ini berharga RM300 satu tong, dijangka meningkat kepada lebih RM400.
Menurut beliau, harga tayar pula melibatkan kenaikan antara 35 sehingga 60 peratus selain kenaikan harga minyak enjin yang meningkat lebih 15 peratus.
Katanya, walaupun berlaku kenaikan kos alat ganti, pengusaha masih memberi jaminan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan milik pelanggan.
“Namun, jaminan dikurangkan kepada enam atau tiga bulan berbanding dahulu selama setahun.
“Ini kerana terdapat risiko kepada pengusaha bengkel kerana ada alat ganti seperti kompresor pendingin hawa tulen yang tidak diberikan jaminan pengeluar. Walau apa pun kami sebagai pengusaha tetap berikan jaminan kepada pelanggan atas dasar tanggungjawab,” katanya dengan memberitahu kos upah membaiki atau menyelenggara kenderaan kekal sama.
Sehubungan itu, Hadiman menggesa kerajaan melakukan pemantauan dalam kalangan pengedar, pembekal, pengeluar dan pengilang bagi mengawal kenaikan harga alat ganti sekali gus mengelakkan pengguna terbeban.
Bagi Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad pula, pihaknya turut menjangkakan kenaikan tersebut.
Malah jelas beliau, peningkatan kos alat ganti akan memberi kesan kepada sektor automotif pada masa akan datang termasuk penurunan dari segi pembelian.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George mendakwa, kebanyakan pengilang alat ganti kini menyimpan semua stok sedia ada sebagai langkah untuk meningkatkan harga barangan tersebut.
“Berdasarkan risikan, kita telah mengenal pasti pengilang dan mereka yang terlibat dalam bidang ini sedang menyimpan stok dan menimbulkan isu kononnya tiada bekalan alat ganti walhal hanya menunggu masa untuk mengenakan harga baharu kepada pengusaha bengkel kereta.
“Perkara ini sudah dirancang sejak September lalu. Jadi dalam keadaan ini, ia adalah satu perkara yang amat dukacita dan tidak boleh diterima,” tegasnya.
Dalam perkembangan lain, seorang pengusaha bengkel yang hanya mahu dikenali sebagai Asyraf berkata, sekiranya berlaku peningkatan mendadak terhadap alat ganti, dibimbangi berlaku lambakan komponen tiruan.
Jelasnya, ini sekali gus memberi implikasi terhadap keselamatan pengguna yang tiada pilihan dan terpaksa mencari alternatif membeli alat ganti lebih murah untuk menyesuaikan dengan kemampuan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/padan-muka-harga-alat-ganti-kenderaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Alat Ganti Kenderaan Pula Dijangka Naik Hingga 60

Harga Alat Ganti Kenderaan Pula Dijangka Naik Hingga 60

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 288 hits
PETALING JAYA Harga alat ganti kenderaan semua kelas dijangka meningkat sehingga 60 peratus dalam tempoh terdekat ekoran masalah bekalan dan peningkatan kos pengangkutan selepas semua sektor ekonomi dibuka dan rentas negeri dibenarkan pada ...
Hiburan Harga Roti Naik Daphne Iking Dikecam Netizen Gara Gara Suruh Buat Sendiri Pakai Thermomix

Hiburan Harga Roti Naik Daphne Iking Dikecam Netizen Gara Gara Suruh Buat Sendiri Pakai Thermomix

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 338 hits
Personaliti TV menjadi mangsa kecaman netizen apabila dia ada mencadangkan orang ramai agar membuat roti sendiri susulan harga makanan ruji hampir keseluruhan rakyat Malaysia itu mengalami peningkatan mulai hari ini Apa yang menjadi bahan k...
Rakyat Gusar Harga Makanan Melambong Naik Habis Macam Mana Depa Kata Kadar Inflasi Hanya 4 Cap Dengar Hearsay Pula

Rakyat Gusar Harga Makanan Melambong Naik Habis Macam Mana Depa Kata Kadar Inflasi Hanya 4 Cap Dengar Hearsay Pula

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 296 hits
https www msn com en my news berita harga makanan utama meningkat rakyat gusar ar AAR6iUlTurun naik harga makanan bergantung kepada bekalan dan permintaan pasarantidak semua lapisan masyarakat mampu menampung kenaikan tersebut Beban kenaika...
Harga Naik Kpdnhep Lancar Op Pasar

Harga Naik Kpdnhep Lancar Op Pasar

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 284 hits
Kenaikan harga barangan didakwa capai 200 peratus di pasaran KUALA TERENGGANU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna melancarkan Op Pasar di seluruh negara mulai semalam Ia susulan laporan kenaikan harga barangan makana...
Nilai Ringgit Jatuh Harga Barang Naik

Nilai Ringgit Jatuh Harga Barang Naik

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 329 hits
Kenaikan harga barang barang keperluan harian yang tidak terkawal sejak kebelakangan ini mungkin disebabkan oleh kemerosotan nilai mata wang Ringgit berbanding beberapa wata wang dunia lainnya Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul...
Jangan Hanya Salahkan Peniaga Naik Harga Barang Lim Guan Eng Tegur K

Jangan Hanya Salahkan Peniaga Naik Harga Barang Lim Guan Eng Tegur K

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 285 hits
Ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi yang memberi amaran kepada peniaga peniaga sekiranya menaikkan harga barang lebih awal menjelang perayaan...
Setelah Lama Membisu Akhirnya Ismail Sabri Akui Harga Barangan Keperluan Memang Naik

Setelah Lama Membisu Akhirnya Ismail Sabri Akui Harga Barangan Keperluan Memang Naik

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 282 hits
December 2 2021 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang hari ini turun padang meninjau harga barang di sini mengakui terdapat peningkatan harga barangan keperluan harian ketika ini Namun katanya kenaikan yang berlaku bukan berpu...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemakanan Ibu Gdm Jangan Sekat Makan Tapi Bijak Pilih

Imuniti Anak Lemah Kurang Bersenam Antara Penyebabnya

Kegunaan Servis Lori Roro Dan Lori Pembuangan Sampah Di Kl

Ya Allah Permudahkanlah Urusan Jodohku

Buat Lelaki Di Luar Sana Fikir Fikirlah Sebelum Kahwin Lagi

Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi