Harga Alat Ganti Kenderaan Pula Dijangka Naik Hingga 60



PETALING JAYA: Harga alat ganti kenderaan semua kelas dijangka meningkat sehingga 60 peratus dalam tempoh terdekat ekoran masalah bekalan dan peningkatan kos pengangkutan selepas semua sektor ekonomi dibuka dan rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober lalu.
Peningkatan harga alat ganti termasuk alat ganti terpakai turut menggusarkan pemilik bengkel kenderaan dan secara tidak langsung bakal menekan pemilik kenderaan yang sedang menanggung pelbagai kenaikan harga barang lain ketika ini.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Persatuan Pemilik dan Pengusaha Bengkel Automotif Bumiputera Perak, Hadiman Ariffin yang melihat situasi itu bakal menjejaskan ramai pengguna, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, kenaikan tersebut bukan sahaja melibatkan alat ganti baharu tetapi turut melibatkan alat ganti terpakai ekoran kenaikan mendadak cukai import dan caj penghantaran.
Katanya, masalah tersebut sekali gus bakal memberi kesan kepada pemilik kereta dan pengusaha bengkel termasuk yang turut berdepan risiko gulung tikar.
“Kami sedaya upaya cuba untuk mengelakkan pelanggan terbeban. Namun masalahnya kenaikan agak tinggi sehingga ada alat ganti yang naik lebih daripada 60 peratus.
“Justeru, sebagai pengusaha, kami perlu ikut harga semasa dan tidak mampu menyerap kenaikan kos.
“Sebagai langkah yang lebih baik, kami sedaya upaya cuba membantu pelanggan termasuk memaklumkan kepada mereka lebih awal harga baharu alat ganti dan mendapatkan persetujuan mereka sebelum meneruskan kerja penyelenggaraan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Hadiman memberitahu, peningkatan paling ketara melibatkan gas pendingin hawa yang sebelum ini berharga RM300 satu tong, dijangka meningkat kepada lebih RM400.
Menurut beliau, harga tayar pula melibatkan kenaikan antara 35 sehingga 60 peratus selain kenaikan harga minyak enjin yang meningkat lebih 15 peratus.
Katanya, walaupun berlaku kenaikan kos alat ganti, pengusaha masih memberi jaminan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan milik pelanggan.
“Namun, jaminan dikurangkan kepada enam atau tiga bulan berbanding dahulu selama setahun.
“Ini kerana terdapat risiko kepada pengusaha bengkel kerana ada alat ganti seperti kompresor pendingin hawa tulen yang tidak diberikan jaminan pengeluar. Walau apa pun kami sebagai pengusaha tetap berikan jaminan kepada pelanggan atas dasar tanggungjawab,” katanya dengan memberitahu kos upah membaiki atau menyelenggara kenderaan kekal sama.
Sehubungan itu, Hadiman menggesa kerajaan melakukan pemantauan dalam kalangan pengedar, pembekal, pengeluar dan pengilang bagi mengawal kenaikan harga alat ganti sekali gus mengelakkan pengguna terbeban.
Bagi Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad pula, pihaknya turut menjangkakan kenaikan tersebut.
Malah jelas beliau, peningkatan kos alat ganti akan memberi kesan kepada sektor automotif pada masa akan datang termasuk penurunan dari segi pembelian.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George mendakwa, kebanyakan pengilang alat ganti kini menyimpan semua stok sedia ada sebagai langkah untuk meningkatkan harga barangan tersebut.
“Berdasarkan risikan, kita telah mengenal pasti pengilang dan mereka yang terlibat dalam bidang ini sedang menyimpan stok dan menimbulkan isu kononnya tiada bekalan alat ganti walhal hanya menunggu masa untuk mengenakan harga baharu kepada pengusaha bengkel kereta.
“Perkara ini sudah dirancang sejak September lalu. Jadi dalam keadaan ini, ia adalah satu perkara yang amat dukacita dan tidak boleh diterima,” tegasnya.
Dalam perkembangan lain, seorang pengusaha bengkel yang hanya mahu dikenali sebagai Asyraf berkata, sekiranya berlaku peningkatan mendadak terhadap alat ganti, dibimbangi berlaku lambakan komponen tiruan.
Jelasnya, ini sekali gus memberi implikasi terhadap keselamatan pengguna yang tiada pilihan dan terpaksa mencari alternatif membeli alat ganti lebih murah untuk menyesuaikan dengan kemampuan. – UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/11/harga-alat-ganti-kenderaan-pula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Padan Muka Harga Alat Ganti Kenderaan Pula Naik 60 Kami Tak Kisah Kami Pakai Vellfire

Padan Muka Harga Alat Ganti Kenderaan Pula Naik 60 Kami Tak Kisah Kami Pakai Vellfire

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 445 hits
Harga alat ganti kenderaan pula naik 60 November 26 2021 Harga alat ganti kenderaan semua kelas dijangka meningkat sehingga 60 peratus dalam tempoh terdekat ekoran masalah bekalan dan peningkatan kos pengangkutan selepas semua sektor ekonom...
Harga Sayur Dijangka Naik Hingga Cuti Tahun Baru Cina

Harga Sayur Dijangka Naik Hingga Cuti Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 343 hits
Kenaikan harga sayur juga disebabkan oleh kekurangan bekalan dan tenaga kerja menurut Persatuan Pemborong Sayur Kuala Lumpur PETALING JAYA Harga sayur sayuran dijangka terus meningkat sehingga selepas cuti perayaan Tahun Ba
Harga Sayur Naik Hingga 200 Ini Punca Kenaikan

Harga Sayur Naik Hingga 200 Ini Punca Kenaikan

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 318 hits
Harga Sayur Naik Hingga 200 Ini Punca Kenaikan AWAL September lalu kenaikan harga ayam mentah yang melambung memberi impak kepada ramai pengguna Tidak hanya daging ayam yang naik sehingga lebih RM10 sekilogram telur juga dilaporkan mengalam...
Rakyat Gusar Harga Makanan Melambong Naik Habis Macam Mana Depa Kata Kadar Inflasi Hanya 4 Cap Dengar Hearsay Pula

Rakyat Gusar Harga Makanan Melambong Naik Habis Macam Mana Depa Kata Kadar Inflasi Hanya 4 Cap Dengar Hearsay Pula

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 292 hits
https www msn com en my news berita harga makanan utama meningkat rakyat gusar ar AAR6iUlTurun naik harga makanan bergantung kepada bekalan dan permintaan pasarantidak semua lapisan masyarakat mampu menampung kenaikan tersebut Beban kenaika...
Harga Naik Kpdnhep Lancar Op Pasar

Harga Naik Kpdnhep Lancar Op Pasar

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 277 hits
Kenaikan harga barangan didakwa capai 200 peratus di pasaran KUALA TERENGGANU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna melancarkan Op Pasar di seluruh negara mulai semalam Ia susulan laporan kenaikan harga barangan makana...
Harga Sayur Naik 8 Notis Dikeluarkan Kepada Peniaga Pulau Pinang

Harga Sayur Naik 8 Notis Dikeluarkan Kepada Peniaga Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 347 hits
Oleh KHUZAIRI ISMAIL PPDNHEP Pulau Pinang mengeluarkan lapan notis kepada pengimport pengeksport dan pemborong sayur sejak Rabu lalu sehingga semalam untuk memberikan maklumat berkenaan kenaikan harga barang tersebut GEORGETOWN Pejabat Perd...
Genap 100 Hari Ismail Sabri Jadi Pm Harga Barang Pun Naik Juga

Genap 100 Hari Ismail Sabri Jadi Pm Harga Barang Pun Naik Juga

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 435 hits
AGENDA DAILY Flash mob pemuda Amanah di ibu kota hari ini Cukup 100 hari Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri Malaysia kesembilan hari ini tetapi pada masa sama harga barang keperluan rakyat juga nampaknya naik mendadak Se...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

Kkv Alamanda

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pekena Asam Pedas Ikan Merah Untuk Lunch

Drama Bru

Chombi Cintaku Sampai Ke Uganda Chord

Palpitasi Punca Cara Hilangkan Degupan Jantung Laju

Mercedes Solar Paint A Bright Future For Electric Vehicles

Subaru S Windshield Settlement Owners Will Be Rewarded 5 000 And The Lucky Lawyers Will Receive 7 2m